Jodoh, ajal,maut semuanya ketentuan Tuhan. Bagi suami isteri, andai ajal memisahkan di dunia, jika boleh ingin bersama-sama menemui sang pencipta abadi. Takdir bagi pasangan suami isteri ini apabila menemui ajal selang sejam dan dikebumikan bersama-sama hingga ke liang lahad.
Seorang kiai di Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan meninggal dunia selang sejam setengah selepas isterinya menghembuskan nafas terakhir, malam Ahad lalu.
Portal Kompas melaporkan sebelum itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya mengucap. Isterinya itu, Sitti Saniah, 74, meninggal dunia jam 8 malam, manakala Kiai Idrus menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam.
Tak Dapat Menahan Kesedihan
Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus berkata, ketika mengucapkan kalimah syahadah kepada isterinya, Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata.
“Ketika kiai mengucap kalimah itu, dia menitiskan air mata. Selang kira-kira sejam, dia pula meninggal dunia,” katanya pada Rabu kepada portal Kompas.
Ads
Tokoh Agama Peribadi Mulia
Kiai Idrus mempunyai sejarah penyakit jantung dan ketika hayatnya, adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.Beliau rajin beribadah dan baca al-Quran rutin harian. Muhammad Yunus berkata, sepanjang hayatnya, Kiai Idrus mampu menghabiskan 10 juzuk al-Quran setiap hari selain sering menyampaikan ceramah di Masjid Tua Bantaeng.
“Jenazah suami isteri itu dibawa ke Bantaeng selepas Subuh sebelum disolatkan di Masjid Tua Bantaeng.
Ads
“Jenazah pasangan itu kemudian dikebumikan selepas solat Zuhur di Taman Pemakaman Umum (TPU) Letta, Jalan Dr Ratulangi, pada Isnin,” katanya.
Kiai Idrus pernah menjawat beberapa jawatan penting antaranya ketua Jabatan Agama Bantaeng pada 1989 hingga 2000 dan memiliki lima anak.
Isteri pertama Kiai Idrus, Sitti Djawiah meninggal dunia 2014 sebelum tokoh agamawan itu menikahi saudara kandung Allahyarham isterinya.
MW: Salam takziah buat keluarga pasangan ini. Semoga roh mereka keduanya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takdir menentukan pasangan ini meninggal dan dikebumikan bersama-sama.
Seorang lelaki warga emas maut digilis sebuah treler selepas terjatuh dari motosikal ditungganginya di Jalan Gangsa, Mergong, Alor Setar, Kedah.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.04 pagi berhubung kemalangan melibatkan warga emas berusia 73 tahun itu.
Seorang Lelaki Warga Emas Maut Digilis Treler Selepas Terjatuh Dari Motosikal
Jelas beliau, sepasukan anggota BBP Alor Setar digerakkan untuk melakukan operasi penyelamatan bersama jentera, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah motosikal Rapid Intervention Motorcycle (RIM).
“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda EX-5 dengan sebuah treler.
“Seorang lelaki warga emas dipercayai digilis di bahagian kepala dan badan, selain mangsa turut tersepit di bawah lori di bahagian tayar hadapan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ahmad Naufal memaklumkan, susulan itu anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.
Bagaimanapun kata beliau, pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tambah Ahmad Naufal, pihaknya melakukan tindakan lanjut dengan membersihkan sisa kemalangan di atas jalan raya di lokasi kejadian sehingga selesai dan operasi tamat pada jam 11.08 pagi.
“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut,” katanya.
Amat penting untuk memastikan ciri-ciri keselamatan dititikberatkan ketika menaiki motosikal.
Berikut beberapa tip keselamatan yang penting untuk diikuti ketika menaiki motosikal.
TIP KESELAMATAN KETIKA MENAIKI MOTOSIKAL:
Pakai topi keledar
Selalu pakai topi keledar yang memenuhi standard keselamatan yang telah ditetapkan. Topi keledar harus sesuai dengan ukuran kepala anda dan terpasang dengan betul.
Pakaian pelindung
Gunakan jaket, sarung tangan, seluar, dan kasut yang dibuat khusus untuk menunggang motosikal. Pakaian ini biasanya dapat melindungi anda dari luka jika terjatuh.
Ikuti peraturan jalan raya
Patuhi semua tanda lalu lintas dan kadar kelajuan. Pastikan anda memahami peraturan lalu lintas dan mengikutinya.
Kurangi Kelajuan ketika cuaca buruk
Hujan, kabut, atau cuaca buruk lainnya dapat mengurangi visibilitas dan meningkatkan risiko tergelincir. Kurangkan kelajuan dan jaga jarak yang selamat dari kenderaan lain.
Gunakan signal dengan tepat
Selalu gunakan signal untuk memberitahu pengguna lain tentang niat anda untuk membelok atau menukar laluan.
Periksa keadaan motosikal
Sebelum menunggang, periksa tekanan ban, rem, lampu, dan komponen penting lainnya untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Jaga jarak aman
Jaga jarak yang cukup dari kenderaan di depan anda. Ini memberikan waktu yang cukup untuk bereaksi dalam situasi darurat.
Waspadai titik buta
Pastikan anda menyedari titik buta dan selalu cek sebelum menukar laluan. Juga, waspadai titik buta pada kenderaan lain yang mungkin tidak melihat anda.
Elakkan menggunakan telefon bimbit
Menggunakan telefon bimbit ketika menunggang sangat berbahaya. Jika perlu berkomunikasi, berhentilah di tempat yang selamat terlebih dahulu.
Kursus keselamatan motosikal
Pertimbangkan untuk mengikuti kursus keselamatan motosikal. Kursus ini biasanya memberikan latihan dan teknik yang dapat membantu meningkatkan kemampuan menunggang anda secara selamat.
Moga tip ini dapat membantu anda mengurangkan risiko kecelakaan dan cedera saat menaiki motosikal.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengeluaran Khas KWSP, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berkongsi berita baik menerusi platform media sosialnya semalam tentang BAYARAN bagi kemudahan pengeluaran khas RM10,000 diawalkan kepada 18 April berbanding 20 April sebelum ini.
Pengeluaran Khas KWSP
Menurut Tengku Zafrul ramai yang memberikan komen di media sosialnya bagi mempercepatkan pengeluran khas.
“Ramai yang message dan komen dalam social media saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”
“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan KWSP, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Saya harap pengeluaran ini akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri #KeluargaMalaysia, InsyaAllah,” kongsi Tengku Zafrul.
Ternyata pengumuman itu memberikan khabar gembira buat pemohon permohonan khas KWSP.
Berhati-Hatilah Setiap Langkah Melibatkan Pengeluaran
Sebagaimana perkongsian oleh saudara Firdaus Shakirin yang boleh menjadi manfaat untuk mereka yang menerima pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 berhati-hatilah dalam setiap langkah yang melibatkan pengeluaran wang.
“Sedikit PERINGATAN utk ONE-OFF yg bakal diterima esok dan hari-hari seterusnya…
Elakkan dedah maklumat peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan, akaun bank di media sosial. Dalam keterujaan dan keeksaitetan nk update, tolong jgn sesekali muat naik maklumat ini.
Kalau ada panggilan daripada nombor yg tidak dikenali, maka elakkan drpd angkat atau menjawab panggilan tersebut. Saja2 nak layan dia pun xyah. Cer install TrueCaller di telefon anda. Anda akan dapat info yang call tu siapa.
Kalau dapat apa-apa mesej atau email yg menyatakan anda ada hutang, tunggakan, saman dan surat mahkamah, maka jangan call semula nombor yg tertera pada mesej atau email tersebut sebaliknya boleh sahihkan atau pastikan ttg perkara tersebut secara bersemuka di jabatan yg di nyatakan.
Jangan Login Jika Ragu-Ragu
Semasa melakukan transaksi online, pastikan web itu secure, ada lambang kunci diatas. Jangan login, jangan masukkan password jika anda ragu-ragu dengan kelainan pada paparan web tersebut.
Jika tiba-tiba anda dapat no TAC dan ada nombor tak dikenali wassup/mesej anda utk share no TAC tu sebab dia silap letak no telefon semasa melakukan transaksi online, maka jgn reply, jgn bg dia no TAC, terus block nombor yang tak dikenali tersebut.
Jika anda melakukan pengeluaran secara bersemuka, pastikan anda tidak melakukannya berseorangan. Pastikan anda telah meletakkan duit itu ditempat yg selamat sebelum keluar drpd bank. Jangan jalan sendirian, jangan galas beg dibahu. Pastikan anda pegang beg anda dan pastikan anda tidak keseorangan.
Jangan Melabur Di Tempat Yang Mengarut
Jika datang makhluk yg boleh menggandakan 10k ke 100k atau 1 Juta dalam masa sebulan, maka dengar boleh, percaya jangan. Jangan la masuk skim apa2 bila tgh duit byk. Jangan melabur di tempat yang mengarut. Jangan terpengaruh dgn mulut manis makhluk itu walaupun dia datang naik BMW.
Berhemahlah Dalam Berbelanja!
“Jumlah tu banyak, itu hasil titik peluh kita. Maka jagalah sebaiknya, gunakanlah sewajarnya dan berhemahlah dlm berbelanja,” pesan Firdaus Shakirin.
Peringatan Yang Sangat Baik – Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang berterima kasih kerana Firdaus Shakirin sudi berkongsi peringatan mesra.
Bunyi dentuman kuat yang disangka kilang terbakar rupanya pesawat ringan yang terhempas dan terbakar di laluan masuk kawasan kediaman Elmina, di Seksyen U16, di sini sebentar tadi.
Menurut saksi yang berada ditempat kejadian menyedari keadaan pesawat yang senget disusuli bunyi dentuman kuat.
“Saya yang ketika dalam perjalanan ke Paya Jaras menyedari sebuah pesawat dalam keadaan senget namun tidak lama kemudian terdengar bunyi dentuman kuat,” kata saksi kejadian pesawat ringan terhempas berhampiran kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.
Ingat Kilang Terbakar
Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Syahmie Md Hashim, 31, berkata, ketika itu dia sedang memandu kereta untuk menghantar barang dan pada mulanya menyangka kilang terbakar selepas terdengar bunyi dentuman.
“Saya kemudian terus ke lokasi dan lihat pesawat itu sudah berkecai.
“Malah saya juga melihat seseorang dalam keadaan terbakar rentung. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.
Menurutnya, dia ada bertanya dengan orang yang lebih dekat dengan kawasan itu yang memberitahu pesawat itu terjunam dan merempuh penunggang motosikal yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.
Terdahulu, video dan gambar pesawat yang terbakar sudah tersebar di media sosial sejak 3.10 petang tadi.
Adun Pahang Salah Seorang Mangsa
Salah seorang mangsa insiden pesawat dipercayai terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini dipercayai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pahang.
Difahamkan Adun terbabit yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang itu menaiki pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV petang tadi.
Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2:08 petang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
Difahamkan pesawat itu membawa enam penumpang dan dua kru terhempas menyebabkan seorang penunggang motosikal turut terkorban.