Nabila Huda yang dijangkiti COVID-19 kini dalam proses kuarantin kendiri. Walaupun terpaksa sendirian di dalam bilik namun Nabila tetap memuat naik pelbagai hantaran di akaun Instagram (IG).
Malah ibu kepada Keisha Laila itu juga berterima kasih kepada rakan dan pengikut di IG yang sering mendokan kesihatannya kembali pulih.
Nabila Huda Gembira Dengan Komen Positif Peminat
“Selamat Pagi semua! Just a little update to everyone yang i share my journey kt live malam tadi, semalam i sakit tekak, today sakit tekak tu macam dah kurang tapi dia macam ada flame pulak.
“Rasa macam ada cecair kat tekak. Im not sure it’s a good sign utk bertambah pulih or not tapi i dapat rasa my body said im gettin better.
“Deria bau and rasa masih takde. But all good. Im getting happier! Mood pun macam dah kembali normal. Taktau la kejap lagi dia kacau balik ,aku emo balik! Haha.
“Thank you to my beloved friends and followers for all the doa and wishes. You guys are so sweet ! (Malam ni rasa nak spend time with you guys again on live because i think it helps untuk buat hati i happy dengan semua positive comments korang and abil boleh membebel! Membebel pun membantu jugak utk hilang kan overthinking haha!),” luah Nabila.
Syukur Suami & Anak Disahkan Negatif
Nabila pada masa yang sama juga bersyukur suami dan anaknya disahkan negatif COVID-19.
Ads
“Hendak sambut hari lahir Keisha yang ke-11 baru-baru ini pun terpaksa berjauhan.
“Saya dalam proses sembuh… Harap keputusan ujian calitan nanti jadi negatif,” katanya.
Tanpa Deria Rasa & Bau
Selain itu Nabila juga memuat naik entri di mana katanya deria rasa dan baunya hilang.
“Hi guys..Actually semalam i dah happy dah boleh rasa and bau..Hari ni,punah semuanyaaaaaaaaaa!
“Saya kembali ke pangkal jalan tanpa deria rasa dan bau..Haha! This shit is real ah..Susah gila nak faham but i’m trying hard untuk masuk dalam dunia dia ni. Dia bagi happy kejap je,” luahnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Rindu bapa ini masih bersisa. Baru empat hari, permata hatinya, Muhammad Sher Harraz seusia empat bulan meninggalkan ayahnya, Hazmeer Hassan (pelawak Chot) dan ibunya, Siti Zafirul Azzah Moh Idris.
Dan kala kerinduan datang bertamu, doa mak ayahlah jadi peneman anak syurga ini. Bermain-main di taman syurga Ilahi.
Malah itulah yang diharapkan ibu yang ditinggalkan ini. Sebagaimana kongsi ibunya beberapa hari lalu di instagram.
“Baru lepas ziarah anak syurga. Mommy, daddy rindu Sher Harraz. Kalau nak tahu, Sher Harraz sebelah kubur dengan pakcik Mommy.”
“Bermain-mainlah sayang dengan adik mommy. Hanya doa kami kirimkan pada awak sayang.” luah ibu yang dalam kerinduan ini.
Ketika mengimbas memori lalu inilah pelawak Chot dari kumpulan XOXO ini berkongsi satu berita sedih. Memori yang memberinya petanda awal akan pemergian anak kesayangannya.
Tentang hadiah kemenangan berupa set kelengkapan jenazah yang diterimanya beberapa bulan lalu.
“Waktu ini saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKA FM’. Kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah.”
“Waktu ini isteri saya masih sarat lagi mengandung. Sekitar 3 ke 4 bulan lagi waktu ni.”
“Kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama di saat itu. Rupa-rupanya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI.”
Benarlah kehadiran setiap anak itu ada rezekinya. “Terima kasih anakku sebab bagi mommy dan daddy rezeki juara dan ada di tahap ini.”
“Sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.” Zahir Chot dalam instagram miliknya semalam.
Dan ketika ditemubual mstar, penyampai radio Melaka FM ini memaklumkan yang set kelengkapan pengurusan jenazah itu tak sempat digunakan untuk menguruskan jenazah anaknya.
Namun, Chot percaya itulah hadiah yang Allah mahunya simpan sebagai kenangan untuknya mengingati cinta hatinya mereka.
Jangan salahkan isteri tak ada anak, timbalan Menteri KPWKM dedah masalah kesuburan lelaki di tahap membimbangkan. Berkahwin dan kemudian tidak dikurniakan anak adalah dilema perasaan yang dihadapi isteri.
Perasaan bersalah tidak mampu memberikan suami zuriat antara yang sering membuatkan wanita rela dimadukan dalam diam selain redha andai suami berkahwin lain atas alasan anak ini. Namun hari ini,jangan pernah menyalahkan diri sendiri kerana ada juga perkahwinan tidak dikurniakan anak kerana masalah itu datangnya dari lelaki.
Jangan Salahkan Isteri Tak Ada Anak
Satu pendedahan dari Timbalan Menteri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu di Dewan Negara semalam memaklumkan, masalah masalah kesuburan kaum lelaki di negara ini berada pada tahap membimbangkan.
Jelas YB Aiman Athirah Sabu, ia berdasarkan data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) yang mendapati sebanyak 60 peratus menunjukkan keputusan abnormal.
“Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia.
“Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin,” katanya.
Timbalan Menteri KPWKM Dedah Masalah Kesuburan Lelaki Di Tahap Membimbangkan
Aiman Athirah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tentang tindakan kementerian dalam menghadapi penurunan kadar kelahiran di negara ini, pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.
Katanya, sebagai langkah produktif kerajaan telah mewujudukan Klinik Kesejahteraan Lelaki yang mula beroperasi Oktober tahun lepas di Klinik Subfertiliti LPPKN di ibu negara dan akan diperluas ke enam lagi Klinik LPPKN di seluruh Semenanjung dan Sarawak tahun ini.
“Klinik ini menawarkan perkhidmatan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan hidup sihat serta rawatan ubatan untuk meningkatkan kesuburan.
“Dalam usaha bantu pasangan berkahwin tangani masalah kesuburan, LPPKN ada menawarkan rawatan kesuburan sejak 1979 … di Zon Utara iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang, Zon Tengah di Klinik Subfertiliti di Kuala Lumpur dan untuk Zon Selatan (Klinik Subfertiliti) di Johor,” katanya.
Beliau berkata inisiatif rawatan di fasiliti LPPKN itu sehingga kini telah berjaya mencatat 6,000 kehamilan dan 4,000 kelahiran yang merupakan satu pencapaian setanding pusat rawatan kesuburan antarabangsa.
Katanya, antara faktor menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan rakyat ialah perubahan gaya hidup dan kos sara hidup tinggi sehingga pasangan mengambil keputusan mengehadkan jumlah anak, peningkatan bilangan wanita berpendidikan, penyertaan wanita dalam tenaga buruh selain lewat berkahwin sehingga memendekkan usia reproduktif. Kredit :-BERNAMA
Bukan senang melupakan bila suami cuba dirampas perempuan lain. Pedih hati. Inilah dilalui oleh Bella Astilah. Katanya, memaafkan dan melupakan itu adalah dua perkara yang berbeza. Bukan senang kita nak melupakan perkara-perkara yang pernah melukai hati dan perasaan kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hari ini sudah masuk hari kelima Allahyarham Siti Nur Surya meninggalkan keluarganya. Anak yang semasa hayatnya masih ada menjadi sandaran buat keluarga. Menjaga ibu sakit kanser, demi membolehkan adik beradik malah ayah meneruskan rutin harian mereka dengan aman.
Belum pun sempat menggapai cita-cita mahu menjadi pelukis pelan, remaja ini dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan. Rentetan pembunuhan itu, rakan sekolah Allahyarham telah ditahan reman selama 7 hari.
Kisah tragis anak baik ini tular sehingga mendapat simpati orang ramai, artis malah terbaru pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew. Pendakwah bebas ini berkesempatan menziarahi keluarga mangsa yang masih lagi berduka.
Ibu Allahyarham Siti Nur Surya sakit kanser otak tahap 3
Menjejakkan saja kaki ke kediaman arwah, Ustaz Ebit disambut dengan tangisan pilu ayah Allahyarham, Ismail Muda, 58 tahun.
Wajah sugulnya tak dapat disembunyikan. Malah, dalam salah satu gambar yang dikongsi Ustaz Ebit seakan beliau cuba menenangkan ayah dalam kedukaan yang tak tertahan-tahan.
Ayah Nur Surya Menangis Peluk Saya – Ebit Lew
“Sayu pilu sangat rasa hati perginya adik Siti Nur Surya. Sampai jer rumah mereka. Ayahnya terus datang peluk saya menangis. Terharu ustaz hadir ke sini. Saya pun tak tahan rasa sedih. Ya Allah.
Saya tak dapat lupa ustaz. Air mata asyik mengalir jer cerita tentang arwah. Arwah anak baik. Beliau selepas SPM sentiasa jaga maknya yang sakit kanser. Boleh urus seorang diri dibantu adik perempuannya tingkatan 3.
Sanggup korban belajar sebab nak jaga mak dekat rumah. Mandikan dan uruskan mak nya sentiasa. Maknya kenal saya. Katanya selalu tengok saya walau dalam keadaan tak sihat.
Beratnya ujian mereka. Tadi berkongsi kisah Nabi Yakob as kehilangan Nabi Yusuf as. Kisah ujian Nabi saw yang kita cintai. Dapat berdoa bersama semua ahli keluarga. Saya beri sedikit sumbangan.
Semoga Allah beri kekuatan buat seluruh ahli keluarga.”
Ayah Mohon Pembunuh Terima Hukuman Setimpal
Sebelum ini, ayah Allahyarham mengharapkan agar ‘orang’ yang menyebabkan kematian anaknya itu menerima hukuman yang setimpal.
Malah, sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan untuk membantu siasatan merupakan bekas rakan sekolah yang pernah berkawan rapat dengan arwah.
Dalam kejadian Ahad lalu, mayat Siti Nur Surya ditemui dengan kesan tetakan pada badan serta putus tangan kiri di ruang tamu rumahnya. Dan polis menahan seorang suspek, pelajar tingkatan enam, yang juga rakan sebaya arwah.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...