Sebak kisah yang dikongsikan bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim ini. Pemergian seseorang yang dipanggilnya Uncle Zul kerana Covid-19. Dan, seminggu selepas arwah menghembuskan nafas terakhir, isteri arwah pula dijemput Ilahi.

Sungguh, virus ini tidak mengenal siapa. Menduga mereka yang diuji malah meninggalkan kesan kesedihan yang begitu mendalam. Uncle Zul dan Aunty Zarina ini kedua-duanya adalah pesakit Covid-19.

Kongsinya,

Takdir Allah itu tiada siapa mampu elak. Pada ketika aku mendapat perkhabaran ini, aku hilang semua kata-kata. Genap seminggu selepas arwah Uncle Zul pergi, isterinya Aunty Zarina pula menyahut Ilahi. Sedihku belum hilang, air mataku belum kering. Kini kedua-dua telah tiada.

Kita sangkakan, pesakit yang telah dirawat dan dibenarkan pulang dari hospital sudah pulih. Hakikatnya kesan #PostCovid juga boleh membawa maut.

Ads

Arwah Suami Pergi Selamanya Kerana Covid-19..

Selama seminggu yang lalu, hati dan minda kerap memikirkan bagaimana Aunty Na meneruskan kehidupan tanpa Uncle Zul? Macam mana aunty nak berdepan dengan pakaian, barang-barang arwah yang ditinggalkan dan apa perasaan aunty Na bila masuk ke rumah setelah pulang dari Hospital tanpa suami (aunty sedang dirawat di hospital pada ketika suami meninggal dunia). Kediaman yang penuh dengan memori bersama bukan mudah untuk dipadam sekelip mata.

Aku mungkin tidak mampu menempuhi dugaan ini. Bagaimana mental nak kuat jika badan masih belum seratus peratus pulih. Foto yang dikirim pada hari aunty discharged jelas aunty amat tenang dan bersih rupa paras. Malah aunty menasihatkanku untuk terus kuat tanpa uncle selepas ini dan aunty banyak kali berterima kasih padaku kerna melayan dan menganggap suaminya seperti walidku sendiri.

Arwah Aunty Sempat Ziarah Pusara Suami Dan Anak Cucu

Rupanya, Allah itu mahu Aunty pulang untuk ziarah pusara dan berjumpa anak cucu seketika. Hanya 2 malam dapat meluangkan masa. MasyaAllah Allahuakbar. Kalaulahku tahu, pasti aku dan ibuku call aunty banyak kali.

Ads

Aunty pergi mengikuti Uncle. Cinta Agung hingga ke Syurga. Kasih sayang abadi. Cinta yang tidak boleh dipisahkan. Rumah baru haqiqi mereka berdua juga berdampingan. Ini semua ketentuan. Kuasa Tuhan #TrueLove #TillJannah

Inalillahi Wa’inailaihi Roji’un. Allahummagh firlaha warhamha wa’afihi wa’fu’anha

Ads

‘Bila kita hilang mak, bukan jasadnya saja tapi doa seorang ibu’ – Radin

Mingguan Wanita : Al Fatihah untuk kedua arwah Uncle Zul dan Aunty Zarina, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Azrinaz Mazhar Hakim

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI