Semalam rendam, pagi ni rebus KACANG KUDA cukup elok empuk lembutnya! Sedapnya makan kacang kuda elok lembut dan empuk begini. Malah kacang kuda ni kudapan yang sangat bagus untuk kesihatan dan cukup mengenyangkan.
Bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Rendam kacang kuda semalaman, hasilnya tetap elok lembut walaupun masak atau dapur biasa.
Bukan apa, lebih jimat dan puas hati bila rebus sendiri kacang kuda ni di rumah berbanding beli.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Puan Eniza M.Salim ini sebagai panduan;
Semalam rendam, pagi ni rebus cukup elok empuk dan lembutnya. Kacang kuda,kudapan sihat bagus untuk diet, mengenyangkan. Kalau rebus sendiri lagi banyak dapatnya. Beli 1 pek tu RM6 dapat dalam 4 bekas. Kali ni saya rebus je tak tumis.
Resepi Kacang kuda rebus yang simple.
Bahan-Bahan:
Kacang Kuda(Rendam semalaman) Murah beli dekat sini:https://invol.co/clehcye
Garam
Serbuk perasa knorr secukup rasa
Secubit serbuk kunyit untuk naik kan seri warna kuningnya.
Cara Membuat:
1. Basuh kacang kuda dan rendamkan kacang kuda semalaman.
Ads
2. Rebuskan kacang tersebut dalam 30 minit.
3. Campurkan garam dan secukup rasa.
4. Bila nampak kembang, tos dan hidangkan.
5. Kalau nak tumis lepas ditoskan, sediakan sedikit minyak, tumis bawang besar, biji sawi, potongan cili kering, daun kari,goreng sekejap.Letak perasa.Siap!
Simpan dalam bekas-bekas bertutup. Masukkan dalam peti sejuk. Bila teringin nak makan keluarkan sebekas dan panaskan dalam microwave. Setakat yang saya buat boleh tahan 5 hari, sebab tak sempat tahan lama,dah habis.
Mingguan Wanita:Sedapnya makan kacang kuda rebus. Lebih jimat bila rebus sendiri, malah bila nak makan tinggal panaskan je. Boleh cuba buat sendiri nanti.
Sumber:Eniza M.Salim
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Rupanya bil guna kapas dan kain buruk bagi menggantikan ‘Cocopeat’ ia lebih mudah sebab tak kotorkan tangan malah tanaman kekal lembap dan elok subur!
Bukan apa, bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam tapi tiada kawasan atau tanah di rumah boleh cuba kaedah hidroponik yang menggunakan air. Namun demikian, jika gunakan kaedah ini selalunya turut menggunakan cocopeat atau sabut kelapa/habuk kayu yang boleh menyebabkan tangan jadi kotor dang habis berhabuk.
Ikut cara ni lebih mudah, jimat kos malah mak-mak boleh dapat sayuran segar dan bebas racun serangga.
Kapas untuk menanam benih ia takkan terlalu lembab sebab dia kedudukan bahagian atas.
Kain buruk adalah serapan air untuk sentiasa basah bagi mengenakan bahagian atas iaitu kapas dan kapas tak kan kering. Kalau letak kapas saje ia akan terlalu padat serapan takkan sampai ke permukaan itu la teori aku sendiri, yang penting berhasil.
Guna Baja AB 40ml+40ml untuk 1 liter air lebih pun tak pe.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang bercucuk tanam guna kaedah Hidroponik boleh lah cuba guna kapas dan kain buruk untuk mengekalkan kelembapan tanaman dan tak kotor berbanding gunakan cocopit (habuk kayu). Malah lebih jimat!
Ada caranya untuk simpan petai supaya tahan lama, kekal segar dan rangup macam baru dikupas.Bukan apa bagi mak-mak yang suka petai, waktu musim petai ni lah kena buat stok jadi bila teringin nak makan tu dah ada. Tapi kena tahu cara simpan yang betul barulah petai kekal segar dan rangup.
Boleh cuba cara simpan petai seperti yang dikongsikan oleh Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali Cikgu Kebun ini.
Hari ni Cikgu Kebun nak kongsi kat hangpa yang ‘hantu petai’ macam kami suami istri suka makan petai, dikatakan setiap bulan 2-3 kali akan ada menu berasaskan petai.
Nasib baik lagi CK dan bidadari CK, kami kedua-dua suka makan petai, kalau tandas bau petai okey ja..hehe
Sapa-sapa yang suka makan petai boleh ikut cara CK macam mana nak simpan petai supaya segar dan boleh terus masak bila-bila masa sahaja.
Syukur rezeki jugak ayah mertua CK ada tanam petai banyak, lebih 100 pokok petai ada di dusun tu, jadi stok petai sentiasa ada. Kalau nk beli boleh tahan harga dia kan.
Cara-cara hangpa nak simpan petai bagi kekal segar dan tahan lama.
Tips simpan petai supaya tahan lama dan masih segar seperti baru dikupas.
1. Letak Tempat Sejuk
Setiap kali petai di ambil dan turun dari pokok, selalunya CK akan letak dalam surat khabar dan plastik hitam. Letak dalam bilik air, kira tempat sejuk la..
2. Kupas Satu Persatu
Kami akan ambil masa untuk kupas petai satu demi satu. caranya potong mata petai tersebut 2 bahagian (rujuk gambar di bawah). supaya jika ada ulat atau rosak boleh di buang terus.
3. Buang Selaput Putih
Kupas setiap biji petai dan buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai tersebut, jangan tak buang nanti petai cepat rosak kalau ada selaput tu.
4. Simpan Dalam Plastik
Masukkan dalam plastik kecik, bahagikan setiap plastik sekali masak. Nanti senang nak masak terus ambil sahaja.
5. Ikat Dengan Getah
Ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen tu.
Petai akan membeku, kalau hangpa tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.
Rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.
Basuh-basuh dan terus boleh masak bersama daging korban. pehhhh sedap. “sambal petai daging”
hangpa jangan tengok gambar last sekali kalau tak kuat. nanti auto lapar..hehe
Mak-mak perasan tak setiap kali bila beli kasut atau botol-botol ubat jenis kapsul ada disertakan sekali paket kecil, bertulis ‘Silica Gel’. Ia bukan disertakan saja-saja tau.Silica gel mengandungi bahan seperti silicon dioxide, yang bertindak sebagai pengering atau bahan yang menyerap kelembapan. Ia berfungsi untuk mengelakkan barang menjadi busuk atau rosak.
Walaupun dekat paket silica gel tu tulis “THROW AWAY” tapi sebenarnya ia masih bermanfaat dan mak-mak ia boleh digunakan lagi untuk tujuan lain.
Antaranya:
1. Menjaga Barang Perhiasan Agar Tetap Berkilau
Jika ingin memastikan barang kemas mahupun barang-barang perhiasan tetap berkilau, letakkan silica gel ini didalam kotak atau bekas perhiasan tersebut. Seeloknya kotak perhiasan tersebut dari jenis fabrik bagi mengelakkan kelembapan yang membuatkan barang kemas/perhiasan tersebut jadi pudar dan tidak bersinar.
2. Hilangkan Bau Busuk Pada Beg Sukan Atau Beg Gym
Bagi mak-mak yang suka bersukan dan pergi ke gym, silica gel ni sangat berguna. Sebabnya adalah, ia mampu menyerap kelembapan dan juga dapat melindungi kasut sukan. Ia juga dapat mengurangkan bau busuk serta menghapuskan bakteria pada kasut atau stokin yang diletak dalam beg tu.
3. Boleh Selamatkan Gambar-Gambar Lama
Walaupun zaman sekarang ni, ramai orang simpan gambar dalam komputer, hard disk,drive,dropbox atau cloud dan sebagainya kenangan gambar-gambar lama yang telah dicuci tetap ada.Jika tidak dijaga elok, gambarnya boleh ‘melekat’ dan rosak.Cara untuk selamatkan gambar-gambar penuh memori ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar tersebut ke dalam kotak bersama dengan beberapa paket silica gel.Ia akan kekal kering dan mampu bertahan lama daripada kerosakan.
4. Mengeringkan Handphone
Saat cemas, bila handphone terkena air.Memang panik dibuatnya. Ialah segala gambar, contact no dan benda penting ada dekat handphone tu.Lebih risau kalau risau jika rosak dan langsung tak boleh digunakan. Jangan bimbang, cara mudah hanya perlu lap handphone tersebut, masukkan silica gel dan handphone kedalam plastik kedap udara (ziplock). Biarkan selama 5 hingga 6 hari dan lihat hasilnya.
5. Baju Jarang Digunakan Tahan Lama
Salah satu trik untuk mengekalkan ketahanan baju-baju yang jarang digunakan adalah meletakkan sekali silika gel ketika menyimpannya. Baju-baju yang jarang digunakan seperti jaket, baju sejuk akan lebih tahan lama dan bau seperti baju baru bila diletakkan silica gel ini.
6. Alat Pencukur Tak Berkarat
Keadaan bilik mandi yang lembab dan basah menyebabkan alat pencukur mudah berkarat jika disimpan disini. Untuk memastikan alat pencukur ini tahan lama dan tidak berkarat caranya mudah. Hanya perlu meletakkan alat pencukur ini dan beberapa paket silica gel ke dalam plastik kedap udara untuk memastikan ia kekal kering.
7. Menjaga Dokumen Penting
Kelembapan dapat membuatkan dokumen penting seperti surat beranak, geran rumah, geran kereta dan sebagainya mudah rosak dan berlapuk. Malah lebih teruk ada yang dimakan anai-anai. Meletakkan paket gel silica diantara dokumen-dokumen penting ini dapat membantu mengelakkan ia lembap dan kekal kering, meskipun disimpan dalam waktu yang lama.
8. Segarkan Suasana Bilik
Jika bilik mula ‘berbau’ yang tidak menyenangkan, mak-mak boleh cuba silica gel untuk menyegarkan ia kembali. Caranya hanya perlu keluarkan biji-bijian silica gel daripada paket kedalam bekas dan titiskan pati minyak esential kegemaran seperti ros, lavender, lemon dan sebagainya. Hasilnya bilik berbau harum dan lebih segar.
Selamat Mencuba!
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi selepas ini, mak-mak jangalah buang silica gel ini iya. Manfaatkan iya untuk perkara-perkara tersebut.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.