Besar harapan mak ayah apabila anak-anak mampu memikul amanah dan tanggungjawab menjaga keluarga selepas berlakunya kematian.Lebih-lebih lagi buat anak lelaki, lebih besar peranannya.
Umurnya baharu 14 tahun, namun rasa tanggungjawabnya sebagai anak tunggal lelaki menjadikan Muhammad Amierul Adlie Basiran lebih matang dari usianya.Pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh arwah bapanya (Basiran Ali) agar mengambil alih tugasnya menjaga keluarga dipegang erat oleh Amierul.
Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor ini melakar sejarah tersendiri apabila berani memikul amanah dan tanggungjawab menikahkan dua orang kakak kesayangan dalam dua majlis berbeza bulan ini, sekaligus menjadi wali muda.
Rujuk Pejabat Agama Islam
Menurut sepupu yang rapat dengannya, Mohd Syukri Madnor, pertama kali dalam hidupnya melihat remaja berusia 14 tahun mengijab kabulkan dua lelaki yang kini sah menjadi abang iparnya.Meskipun menerima berita sedih atas pemergian bapa tersayang, perkahwinan perlu diteruskan dan keluarga itu merujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka.
“Majlis pernikahan dua orang kakaknya telah dirancang sebelum bapa saudara saya (bapa Amierul) meninggal dunia pada 28 Ogos lalu akibat kanser.
“Perkahwinan diteruskan dan apabila kami rujuk dengan Pejabat Agama Islam di Melaka untuk calon menjadi wali, mereka ada tanya sama keluarga ini ada adik lelaki atau tidak.
“Kami beritahu ada, berusia 14 tahun. Apabila diberitahu dia sudah cukup syarat utama, jadi kami putuskan Amierul akan menjadi wali pernikahan kakak-kakaknya.
Ads
“Sebelum itu kami memang rancang untuk wakilkan kepada jurunikah, tetapi selepas berbincang dengan semua keluarga dan Amierul, akhirnya dia menjadi wali.
“Malah Amierul sendiri yakin memberitahu mahu menjalankan tanggungjawab sebagai anak lelaki dalam keluarga.
“Sebagai salah seorang keluarga rapatnya, saya amat berbangga dengan Amierul yang menunjukkan sifat matangnya itu,” jelas Syukri.
2 Kali Jadi Wali
Tambah Syukri, Amierul menjadi wali buat kali pertama untuk kakak ketiganya (Nur Aina Nabihah Basiran) pada 22 September lalu.
Ads
“Sehari sebelum majlis, dia telah berlatih bagi melancarkan majlis akad. Walaupun pada mulanya agak gugup, dia telah melakukannya dengan baik.
“Dan hari ini (29 September), Amierul sekali lagi menjadi wali untuk pernikahan kakak keduanya, Nur Amirah Basirandi di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj, Bukit Beruang, Melaka.
“Perjalanan majlis bertambah baik. Dia semakin matang dan rata-rata tetamu yang hadir turut terpegun dengan sikap dewasanya itu,” katanya yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Turut Mandikan & Sembahyangkan Jenazah Bapa
Dalam pada itu, ibu Amierul, Rosiah Othman memberitahu dia melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua majlis perkahwinan berjalan lancar.
Ads
“Saya berasa sebak, terharu, malah gembira kerana Amierul sedia memikul tanggungjawab sebagai anak lelaki tunggal dalam keluarga setelah pemergian bapanya.
“Sebelum ini juga, dia turut memandi dan sembahyangkan jenazah bapanya.
“Saya tanya juga kepada dia sama ada betul atau tidak dengan keputusan untuk mewalikan kakak-kakaknya itu, dan dia dengan yakin jawab ‘ya betul’.
“Sebagai ibu, walaupun usianya masih muda, saya amat bersyukur dengan jiwanya yang besar itu,” kata Rosiah.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat remaja ini atas keberanian dan sikap tanggungjawab yang dimilikinya selaku anak lelaki tunggal. Semoga menjadi contoh buat remaja yang lain.Sebagai mak ayah didiklah anak lelaki sebaiknya, tanamkan rasa tanggungjawab pada keluarga dalam diri mereka sejak dari kecil.Suatu hari nanti mereka akan menjadi ketua keluarga mereka pula.
Ernie & Syamel dikurniakan puteri sulung. Tahniah diucapkan buat pasangan penyanyi popular Ernie Zakri dan Syamel yang telahpun menimang cahaya mata.
Momen paling menggembirakan lagi buat mereka apabila bayi comel ini dilahirkan pada tarikh 22 Februari 2022 atau 22.2.22 yang juga angka yang cantik.
Ernie & Syamel Dikurniakan Puteri Sulung
Pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri itu telah melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada pukul 10.14 pagi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamel dan Ernie menerusi akaun media sosial mereka.
Perkhabaran ringkas beserta tersebut dimuat naik beserta foto bayi mereka yang masih belum didedahkan wajahnya.
“Syukur alhamdulillah.
“Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 22 Februari 2022 pada pukul 10.14 pagi tadi.
“Senang daddy ingat tarikh hari jadi,” tulis Syamel.
Semoga Ibu & Bayi Dalam Keadaan Baik
Malah Syamel juga mohon agar doakan Ernie dan anaknya diberikan kesihatan yang baik.
“Doakan kesihatan anak solehah kami dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya,” luahnya.
Menamakan Anak Pada Hari Ketujuh Kelahiran Ikut Sunnah Nabi
Syamel dan Ernie yang diijabkabul 26 Mac tahun lalu sebelum ini pernah menyatakan dirinya dan suami sudah mempunyai nama untuk bayi sulungdan akan menamakan pada hari ketujuh kelahirannya mengikut sunnah Nabi.
“Nama bayi kami sudah ada. Tetapi kami masih belum bersedia untuk mengumumkan.
“Insya-Allah, kami mengikut sunnah iaitu sebaiknya hari ketujuh baru kita menamakan anak.
“Doakan juga agar nama yang akan kami beri nanti menjadi nama yang baik buat cahaya mata kami,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Selain Ernie, tahniah juga buat Datuk Jamal Abdillah yang turut menimang cahaya mata pada tarikh 22.2.22
Kanak-kanak umur 3 tahun sudah di wajibkan ke sekolah.Itulah perubahan yang bakal dilakukan dalam sistem pendidikan di Perancis berkuat kuasa pada 2019 nanti.
Presiden Emmanuel Macron, mengumumkan semua budak berusia tiga tahun wajib bersekolah, berbanding enam tahun sebelum ini, sebagai sebahagian rancangannya mengubah sistem pendidikan.
Langkah itu cuma memberi kesan kepada minoriti keluarga, dengan 97.6 peratus kanak-kanak Perancis sudah pun memasuki sekolah pada usia tiga tahun, menurut data Kementerian Pendidikan.
Namun Macron menegaskan perubahan itu bertujuan memerangi ketidaksamaan di wilayah luar dan kawasan paling miskin di tanah besar Perancis terutamanya, yang menyaksikan semakin ramai ibu bapa memilih tidak menghantar anak mereka ke sekolah.
“Saya harap dengan kewajipan ini, bermula awal persekolahan 2019, kita boleh membetulkan perbezaan yang tidak boleh diterima ini,” katanya kepada sidang yang dianjurkan untuk membincangkan pendidikan prasekolah.
Beliau berjanji prasekolah menjadi semakin baik pada masa depan dalam sistem pendidikan Perancis.
Macron, yang menamakan pendidikan sebagai antara keutamaannya, melantik pakar psikiatri saraf, Boris Cyrulnik, untuk membantu membentuk perubahan kepada kurikulum prasekolah dengan kerjasama Menteri Pendidikan, Jean-Michel Blanquer.
Dengan keputusan ini menjadikan Perancis negara yang mewajibkan umur yang paling awal ke sekolah pada usia 3 tahun.
Mak ayah macam mana? Kalau dilaksanakan di Malaysia setuju tak seawal 3 tahun dah diwajibkan ke sekolah?
Datin Seri Ilyka atau pemilik nama penuh Zuraila Mohamed Yassin rasa sangat bersyukur apabila anak kesayangannya Arisya Ahmad Azizi meraih keputusan cemerlang 9A dalam peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.
Ilyka Akui Anak Hadapi Pelbagai Cabaran
Penyanyi era 90an yang popular dengan lagu Diusung Duka ini akui dalam suasana Pandemik Covid-19 bukan saja anaknya malah calon-calon SPM yang lain juga berdepan dengan pelbagai kekangan, termasuk cara pembelajaran berbeza.
“Tahun lalu cukup mencabar buat semua termasuk calon SPM dan ibu bapa. Anak-anak perlu meneruskan pengajian dalam talian dan mempraktikkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Arisya Tidak Jangka Peroleh Straight A
Arisya yang juga anak tunggal Ilyka akui tidak menjangka memperoleh keputusan sedemikian.
“Saya tak jangka dapat straight A kerana keputusan saya sebelum ini biasa-biasa sahaja. Saya juga gementar pandemik menyebabkan banyak kesukaran dalam proses menghadapi SPM 2020.
“Apapun, alhamdulillah dengan tunjuk ajar guru dan rakan-rakan saya dapat juga keputusan yang cemerlang terutamanya dalam mata pelajaran yang saya gemari iaitu fizik,” terang pelajar aliran Sains Tulen di sebuah kolej di Negeri Sembilan.
“Kejayaan Khas Untuk Mama”Arisya
Selain itu Arisya juga berhasrat untuk menyambung pelajaran di luar negara dalam bidang farmasi atau kejuruteraan. Malah kejayaanya ini didedikasikan buat ibu tercinta.
“Saya tidak mengharap apa-apa hadiah atas kejayaan ini, sebaliknya menganggap mama lebih layak untuk menerima hadiah straight A daripada saya,” katanya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...