Peristiwa pembunuhan kejam ini pasti diingati sampai bila-bila. Biarpun tiada pertalian darah, namun bagi siapa yang mengikuti perkembangan kes ini pasti turut merasa sedih atas apa yang berlaku. Apatah lagi ahli keluarga.
Selepas lima bulan peristiwa hitam ini berlaku, keluarga ini sekali lagi diuji apabila ibu Siti Nur Surya pula meninggal dunia. Selepas lima bulan ibunya pula menyusul, dikatakan kesihatan ibunya memang makin merosot sejak ketiadaan Siti Nur Surya.
Selepas Lima Bulan Ibu Menyusul
Ibu kepada Allahyarham Siti Nur Surya Ismail, 19, yang dibunuh dengan kejam oleh rakan di kediamannya di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu, November tahun lalu meninggal dunia, Jumaat lalu.
Zaini Musa, 56, yang menghidap kanser otak menghembus nafas terakhir ketika sedang dimandikan dua anaknya di Kampung Beladau Kepong, di sini, jam 2.30 petang.
Suaminya, Ismail Muda, 59, berkata, ketika arwah menghembuskan nafas terakhir, dia berada di Jerantut, Pahang kerana urusan kerja.
Kesihatan Makin Merosot Sejak Ketiadaan Siti Nur Surya
“Sebaik anak menghubungi memberitahu ibunya sudah tiada, saya segera bertolak pulang.
“Arwah pergi (meninggal dunia) sangat mudah dan segala urusan pengebumian berjalan lancar. Semua urusan selesai selepas Isyak,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya, hari ini.
Ismail berkata, jenazah isteri disemadikan berhampiran dengan kubur Siti Nur Surya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat, kira-kira 300 meter dari rumahnya.
Menurutnya, sejak pemergian Siti Nur Surya pada awal November tahun lalu, kesihatan wanita itu dikatakan semakin merosot dan lemah.
Ads
Terkilan Tiada Di Sisi
Katanya, sejak peristiwa menyayat hati itu, dia sentiasa di sisi arwah isteri dan tidak pernah meninggalkan wanita itu sendirian.
Ismail berkata, pada hari pemergian arwah, dia terpaksa menguruskan kerja di Jerantut dan terkilan arwah meninggal dunia ketika dia tiada di sisi.
Menurutnya, sehingga kini dia tidak mampu pulang ke kediaman di Kampung Lubok Batu, Telemong.
“Sejak kejadian itu, kami masih lagi tidak pulang ke rumah. Rumah itu banyak kenangan, lagi pun peristiwa itu masih segar diingatan walaupun sudah lebih lima bulan berlalu.
“Saya akan terus tinggal di sini untuk menjaga bapa yang sudah uzur manakala, anak bongsu saya, Siti Nurliyana Syuhada juga sudah berpindah ke sekolah baru yang dekat dengan kawasan rumah,” katanya.
MW: MW merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan dirinya di kalangan orang beriman. Amin. Al-Fatihah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Bukan mudah bagi mereka yang berada di barisan hadapan hari ini. Jika diberi pilihan mungkin mereka tidak mahu menggadaikan nyawa mereka, tetapi akur dengan amanah dan tanggungjawab mereka tetap berdiri teguh.
Akhirnya perkara yang tidak diingini berlaku juga apabila seramai 15 petugas kesihatan telah dijangkiti wabak koronavirus (COVID-19). Bermakna virus ini tak mengenal status bangsa, agama dan nilai harta. Apatah petugas kesihatan yang berada di barisan hadapan medan perang kali ini.
15 Petugas Kesihatan Dijangkiti
PUTRAJAYA – Seramai 15 petugas kesihatan termasuk tiga daripadanya sektor kesihatan swasta telah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebooknya berkata, salah seorang daripada mereka berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
“Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda.
“Tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini,” katanya.
Nasihat Kepada Orang Ramai
Dalam hantaran itu, beliau terus menasihati orang ramai berada di rumah.
“Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah,” tegasnya.
Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 900 kes positif Covid-19 dan 20 daripadanya dirawat di ICU serta memerlukan mesin ventilator.
Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu sejak tiga hari lepas.
Bagaimanapun masih terdapat masyarakat yang tidak mengendahkan perintah berkenaan.
Pagi ini, Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan digerakkan bermula Ahad ini bagi memastikan kepatuhan rakyat terhadap perintah berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
MW: Cuba letakkan diri anda sebagai petugas di barisan hadapan, anda tak boleh bercuti di kala orang lain sedang bercuti di rumah. Anda perlu bekerja 24 jam tanpa henti dan perlu menggadaikan nyawa demi keselamatan orang lain. Jika anda tak mampu, ikutlah arahan kerajaan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga agar petugas barisan hadapan tidak terbeban. Fikirkan jua keadaan petugas yang tidak henti-henti mempertaruhkan nyawa mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Budak 14tahun dirogol penceramah bebas.” Manusia jenis apa sanggup ambil kesempatan atas kanak-kanak sekecil itu. Kanak-kanak yang masih mentah dan belum mengerti apa-apa.
Kes ini amat mengejutkan ramai mak ayah apabila seorang lelaki yang bergelar penceramah terkenal yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak tersebut bertindak sejauh itu.
Sepertimana yang dikongsikan oleh peguam, Nor Zabetha, 14 tahun, ini masih usia kanak-kanak selaras dengan definisi kanak-kanak bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Masih dalam Tingkatan 2. Haih!
Melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah 16 tahun sama ada dengan kerelaan atau tanpa kerelaan adalah jenayah rogol. Hukumnya berat.
DiRogol Penceramah Bebas
Manusia jenis bagaimana yang mengambil kesempatan atas seorang kanak-kanak? Sexual grooming.
Kalau ada yang ‘victim blaming’ menyalahkan kanak-kanak ini kerana ada hubungan intim dengan orang lebih tua dan dewasa. Dangkal sungguh!
Yang lebih dewasa dan tua itulah, perlu menjadi pembimbing. Perlu ikut suruhan Allah dan menasihatkan ke arah yang lebih baik. Seperti mana sentiasa dinasihatkan kita semua dalam ceramah-ceramah agama.
Manusia Jenis Apa
Dalam kes-kes rogol begini, selepas laporan polis dibuat, mangsa akan melalui proses klinikal Forensik.
Saya rujuk dalam laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, proses yang akan dihadapi mangsa rogol.
“Pemeriksaan Klinikal Forensik bermula dengan pemeriksaan fizikal yang akan dilakukan sebaik sahaja mangsa dibawa ke Jabatan / Unit Kecemasan Hospital. Sekiranya kes rogol, mangsa akan dirujuk kepada Pakar Obstetrik dan Ginekologi hospital untuk pemeriksaan dan pengambilan sampel”.
Panjang prosesnya, boleh semak dalam link KKM DI SINI . Seorang pengadu atau mangsa rogol, perlu melalui proses-proses ini.
Seterusnya segala bukti-bukti ini menjadi asas siasatan pihak polis, diikuti dengan pertuduhan di mahkamah. Dari awal jika tiada, bukti-bukti kukuh, suspek tidak akan dituduh di mahkamah. Bukti-bukti ini juga akan dirujuk sewaktu perbicaraan terhadap tertuduh.
Kalau mangsa adalah 16 tahun ke atas, pembelaan bagi kes rogol adalah kerelaan. Suka sama suka. Jadi tiada paksaan. 16 tahun ke bawah, dengan kerelaan atau tidak, adalah jenayah rogol.
Oleh Nor Zabetha
Mingguan Wanita : Mungkin banyak lagi kes sebegini berlaku tapi kita saja yang tidak tahu. Semoga keadilan terbela buat mangsa walau sehebat mana pun perogolnya.
Bahaya juga sebenarnya bila kaum wanita menghadapi jangkitan kuman dalam peranakan.Menerusi perkongsian oleh Dato’ Dr Hamid Arshat,antara punca jangkitan kuman ini adalah cara penjagaan kebersihan diri dan boleh menjadi punca ketidaksuburan yang mengakibatkan wanita sukar untuk mendapat anak.
Rupanya jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengamalkan membasuh dengan air garam atau dikenali sebagai Saline douching. Ia kaedah paling selamat natural dan organik
Dr Hamid Arshat ada berkongsi video yang dirakamkan dari Bilik Bedah hospital yang ketika itu baru sahaja selesai melakukan pembedahan laparoscopy dua orang pesakitnya. Menurut Doktor Pakar Sakit Puan terkenal ini, kedua-dua pesakit tersebut ada mempunyai jangkitan kuman dalam peranakan yang menyebabkan pelbagai masalah lain seperti saluran fallopian tersumbat, sekaligus boleh mengakibatkan ketidaksuburan.
Dr Hamid ada berkongsi antara PUNCA yang menyebabkan jangkitan kuman dalam peranakan terjadi pada para wanita.
1. Keputihan
Keputihan atau lelehan yang berbau dikawasan sekitar pintu faraj mudah mendapat jangkitan kuman.
2.Tidak Menjaga Kebersihan
Tidak menjaga kebersihan setelah membuang air kecil atau air besar. Bila keadaan haid tidak menjaga kebersihan sekitar faraj.
3.Imuniti Rendah
Disebabkan pengambilan makanan yang tidak seimbang, tidak cukup ambil vitaman.Disarankan makan vitamin C, makanan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum juga air-air yang masam seperti jus lemon, jus kranberi yang boleh meningkatkan imuniti disamping membersihkan kawasan kemaluan.
4.Kegemukan
Orang mengalami kegemukan, gula meningkat juga buat pesakit kencing manis mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
5.Memakai Alat Dalam Rahim (IUD)
Wanita yang memakai IUD juga mudah mendapat jangkitan kuman pada peranakan.
Salah satu langkah bagi membersihkan faraj bagi mengelakkan jangkitan kuman adalah menerusi kaedah Saline Douching.
Kaedah Saline Douching
Bahan Diperlukan:
1 gelas Air Suam
1 Sudu Garam Halus
Kapas
Sarung Tangan ( Glove)
Cawan Pakai Buang
Vaseline
Cara-Caranya:
1.Campurkan garam ke dalam air suam dan biarkan ia larut sebati.
2.Pakai sarung tangan, ambil kapas dan celupkan ke dalam larutan air garam tersebut.
3. Masukkan kapas tersebut kedalam kemaluan dan keluarkan kapas tersebut
4. Ambil kapas yang baru dan ulang langkah yang sama dalam 4 hingga 5 kali.
*Lakukan pada mandi petang, sekurang-kurangnya jika bersama dan melakukan hubungan intim pada waktu malam, kawasan kemaluan bersih daripada jangkitan kuman dan memudahkan ia hamil.
*Vaselin bertindak sebagai pelincir untuk jari, ketika masukkan dan keluarkan kapas yang direndam air garam tadi unutk bersihkan faraj.
Amalan begini sangat baik untuk menjaga kebersihan, penggunaan air garam adalah natural, tiada bahan kimia dan sangat organik.
Mengawal jangkitan kuman pada faraj dan organ peranakkan dengan membasuh dengan air garam. Saline douching. Kaedah paling selamat natural dan organik.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...