Sebaiknya, selepas dapat gaji, seorang suami harus utamakan keperluan sendiri dahulu, dituruti isteri, anak-anak dan kemudian barulah ayah kepada suami atau pun keluarganya.
Sebenarnya Islam telah menggariskan panduan siapakah yang sepatutnya diberi nafkah dahulu dan susunannya amat teratur sekali. Namun masih ramai mak,ayah di luar sana memandang remeh perkara ini.
Oleh itu, ikuti perkongsian Firdaus Shakirindan hadam baik-baik iya:
Islam letak kedudukan menafkahi itu sudah cukup-cukup cantik. Tapi masih ramai yang tak faham, tak nak ambil tahu dan tak buat seperti yang sudah digariskan.
Saya sendiri sudah tak larat hendak ulang dan jawab soalan tentang siapa yang perlu didahulukan suami? Siapa yang perlu suami bagi nafkah dahulu…
Islam tak kejam… Islam juga tak berat sebelah… Dan Islam tak menganiaya penganutnya… Allah SWT tahu yang tugas mencari rezeki itu terletak di bahu seorang suami… Suami yang keluar setiap pagi, suami yang berhempas-pulas buat kerja untuk tanggung keluarga…
Ads
Dapat Gaji, Suami Perlu Utamakan Keperluan Sendiri
Dapat saja gaji, kemudian dapat saja duit, maka siapa dahulu yang perlu didahulukan?
Diri suami itu sendiri… dirinya berada di turutan pertama dalam aturan menafkahi…
Tapi sebagai suami, jarang kita letak diri kita sebagai nombor 1… Kita mesti akan bahagiakan orang sekeliling kita dahulu, tunaikan apa yang mereka mahu. Kita rasa cukup dengan melihat mereka gembira…
Selepas Diri Sendiri, Isteri Dan Anak-anak
Jadi, di turutan kedua ialah isteri… Isteri adalah insan yang perlu dinafkahi suami selepas dirinya sendiri…
So suami perlu melengkapi keperluan isteri seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian dan kebajikan isteri… Apa yang suami makan, isteri makan… Kemudian apa yang suami pakai, isteri pakai…
Ads
Selesai bab isteri, turutan yang ketiga ialah anak-anak… Isteri pun tak akan pentingkan dan utamakan keperluan dirinya melebihi anak-anak…
Banyak isteri yang mendahulukan anak-anak, biar anak-anak saja dapat apa yang mereka nak, isteri tak dapat pun tidak apa… Janji anak-anak gembira, alhamdulillah…
Kemudian Barulah Ayah Suami
Keempat, ayah suami… Bila kita bagi sedikit duit mengikut kemampuan kita pada si ayah, maka automatiknya ibu kita juga akan beroleh manfaat sebab turutan nafkah ayah kita, seterusnya ialah isteri dia iaitu ibu kita…
Ini pun ada yang tak nak faham dan ambil tahu… Benda mudah saja… Kalau kita ikut, insyalhah senang dan tenteram hidup… Tapi itulah, ramai yang tak nak belajar bila diajar…
MW: Sebenarnya ilmu ini tak sesusah mana pun jika dipelajari, namun tak ramai yang peka dan seolah-olah buat tak faham dengan hukum. Di dunia mungkin mak, ayah terlepas, di akhirat belum tentu. Jadi renung-renungkan.
Ada benarnya dalam mendidik dan membesarkan anak-anak perlukan ilmu. Sayang anak biarlah berpada-pada. Mak ayah berhentilah ‘micromanage’ anak sebelum terlambat. Janganlah terlalu bersikap ‘melindungi’ dan ‘prihatin’ dengan menguruskan serba serbi segala rutin kehidupan mereka. Risau mereka tak pandai berdikari dan terlalu mengharapkan bantuan kita pula nanti.
Untuk faham lebih lanjut cuba semak tanda-tanda ‘micromanage’ perkongsian daripada Mohd Fhais Salim ini.
Ini rupanya tanda bila kita terlalu Micromanage kepada anak!
1.Tak boleh nampak anak susah sikit cepat je nak menolong, “Aduh kasihannya dia, meh ibu tolong…”
2.Risau berlebih-lebihan, “eh mainan ni tak boleh nanti dia masuk mulut, eh panjat ni tak boleh nanti jatuh, eh tak boleh berlari nanti tersadung”
3.Selalu nak cepat, “Nak tunggu adik naik kereta sendiri memang terkial-kial, meh ayah angkatkan”
4.Mudah tak sampai hati dengan anak, contoh nak ajar anak potty train tapi bila tengok anak gelisah, susah benar nak buang air, terus fikir macam-macam kang sembelit pula budak ni.
5.Terlalu perfectionist sangat pun tak boleh. “tak cantik tulisan abg ni, tulis semula” kadang yang tak cantik tu la anak selesa dan happy belajar.
6.Tak suka rumah bersepah, “kakak main jangan bersepah-sepah” Suruh anak bermain tak bersepah ibarat kita suruh anak mandi tapi jangan basah. Tak releven langsung.
7.Terlalu obses nak anak jadi sebiji macam kita. “Ibu dulu pandai matematik, jadi abg pun kena pandai matematik”
8.Tak benarkan langsung anak buat salah atau gagal, suka membetulkan kerja sekolah anak sebelum anak habis buat pun lagi.
9.Cemas sangat kalau anak menangis, mengamuk atau tantrum. Terus beri apa sahaja anak minta masa itu adalah sangat bahaya, itu namanya kita Reward Bad Behaviour dia.
Tanpa sedar sikap micromanage ni sebenarnya melemahkan kemahiran self-manage anak kita.
– berdikari lemah
– autonomi lemah
– coping skil lemah
– self-control lemah
Ibarat kita ni jadi PA anak-anak, semua rutin kehidupan dia kita nak uruskan.Tanpa kita, anak langsung tak boleh survive!
Jika di rumah ( dunia kecil ) ni anak anak tak mampu untuk survive sendiri, bagaimana dia nak survive di dunia luar yang lebih buas, lebih ganas dan lebih merisaukan kita nanti.
Berhenti la micromanage sebelum terlambat!
Wallahu A’lam,
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnnya, mak ayah elakkanlah terlalu ‘micromanage’ anak-anak agar mereka dapat lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung pada kita.
Satu hal yang paling sukar dalam mendidik anak-anak apabila mereka mulai meniti usia remaja. Masa ini mak ayah nampak perubahan kematangan dalam diri anak.
Hakikatnya, anak kita masih lagi perlukan perhatian dan ‘guide’ dari mak ayah.
Jangan sesekali mak ayah tak ambil peduli atau beri kebebasan kepada mereka. Biarpun mereka sudah melepasi usia 10 tahun ke atas, pantau dalam masa sama sayangi mereka.
Perkongsian Puan Rehan Sidik dalam menasihati anak-anak remajanya ini ada banyak benarnya. Moga mak ayah kuat dan kental jiwa mendepani anak-anak yang meningkat remaja.
10 Tahun Dah Ya..
Masya Allah.
Cepat betul masa nya.
Sekarang, anak-anak umi dah masuk fasa remaja dah ya. Umur 13 – 17 ni, anak-anak memang nak nampak sama sokmo ngan mak dia.
Baju, tudung, kasut, lipstik..memang ikut cara mak dia. Nak tak nak, K. Han kena faham, ini masa fasa anak remaja try try nak jadi dewasa agaknya.. cam mereka sekarang ni.
Yesss!!
Mereka mahu dilihat seperti dewasa.
Mereka mahu dilayan seperti dewasa.
Mereka mahu dihormati seperti dewasa.
Mak-mak..tak salah, jika di fasa ini kita berikan anak-anak peranan dan amanah untuk digalas.
Tersilap Mencorak, Anak Remaja Mula Tunjuk Kuasa
Anak yang positif, mereka akan tunjukkan rasa tanggungjawab itu. Namun, sebaliknya.. Jika kita tersilap mencorak, mereka akan mula menunjukkan kuasa. Tak kira di rumah atau dengan kawan-kawan di sekolah.
Cuba tengok, renungg anak-anak remaja kita di rumah, pada umur ini mereka nampak besar, cantik dan kuat kan?
TAPI SEBENARNYA..
Kematangan JIWA, HATI dan CARA BERFIKIR mereka belum tentu sejajar dengan kematangan fizikalnya. Mereka perlu guide dari kita. Sangat perlu.
Ini masa untuk kita MENCORAK KEHIDUPAN anak-anak. Teruskan beri bimbingan dan sokongan tanpa jemu.
Sayang kamu.
MW : Asasnya mak ayah perlulah diperkemas dan diperkukuhkan dari kecil lagi. Fitrahnya, 7 tahun pertama kenalkan dengan keimanan. Berlembutlah dan berkasih sayanglah. Dan 7 tahun seterusnya, disiplinkan lah. Tegas tapi tak bermakna keras.
Doa pendek namun penuh pengertian menjadi sandaran serta ilham buat penyanyi kesayangan negara Datuk Seri Siti Nurhaliza,39 dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa,59 ketika menamakan anak mereka Siti Aafiyah Binti Khalid.
‘Aafiyah’, ringkas, pendek, senang disebut namun penuh bermakna. Dikala segelintir mak ayah yang suka letak nama anak panjang berjela, sebutan dan tulisan pun payah nak sebut, makna anak pun tak tentu maksudnya. Tindakan Siti Nurhaliza dan suami menamakan anak mereka wajar dipuji dan contohi oleh mak ayah yang lain.
Siti Nurhaliza ada berkongsi video pendek doa ini di laman instagram sebagai panduan buat para peminatnya.
Ia merupakan doa yang diajarkan Rasullah (SAW) kepada bapa saudara sendiri, Al Abbas.
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً
Allahumma Inni Asaluka Al-‘afiyah
Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: “Ya Rasulullah, ajarkanlah doa,” katanya.
Nabi (ﷺ) berkata: “Wahai bapa saudara saya, bacalah :
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة
Allahumma inni asaluka al-‘afiyah
(Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah).
‘Afiyah bermaksud :
Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa.
Untuk menjadi sihat,kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam ‘afiyah.
Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.Jadi, pada asasnya ‘Afiyah bermaksud:
“Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan.”
Ini termasuk didunia dan akhirat.
Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali selepas beberapa hari dan berkata:
“Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang besar.”
Nabi (ﷺ) berkata:
“Bapa saudara ku yang dikasihi, memohon kepada Allah untuk ‘Afiyah, anda tidak boleh diberi apa-apa lebih baik daripada ‘afiyah. Ia adalah doa yang mudah.”
Yang benar bermakna apa yang anda katakan ketika berdoa.
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk selamat daripada sebarang kesusahan,kesedihan,bahaya dan jangan menguji saya dan lain-lain.”
Semua ini termasuk dalam “Allahumma inni asaluka al-‘afiyah” (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi).
Team Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memilih untuk bersederhana dalam segala segi, baik memilih nama anak, mengadakan majlis dan sebagainya. Mungkin selepas ini nama ‘Aafiyah’ bakal menjadi trend, inspirasi dan ikutan ramai, buat mak ayah dalam menamakan anak mereka!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...