Sweetnya pasangan suami isteri jaguh Badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo ini. Walau sudah 7 tahun mendirikan rumahtangga, Chong Wei tetap ingat hutang bulan madu yang tak sempat ditunaikan.
Bila mana beliau umumkan persaraannya daripada sukan badminton negara, sebab masalah kesihatan, Chong Wei terus ingat dekat isterinya.
Mahu Tebus Hutang Bulan Madu Dekat Isteri
“Saya berhutang dengan isteri saya. Kami belum sempat bulan madu walaupun sudah tujuh tahun berkahwin.”
Salah satu faktor kegagalan bawa isteri ‘honeymoon’ itu disebabkan jadualnya sebagai atlet badminton yang memerlukan banyak latihan dalam menyertai pelbagai kejohanan.
“Sukan ini tidak membenarkan saya untuk berhenti atau berehat seminggu. Kemudian sambung beraksi semula. Saya terpaksa beraksi dan berlatih dan jarang mempunyai masa.”
Bagaimana pun bapa kepada dua cahayamata ini, Kingston Lee dan Terrence Lee memaklumkan yang dia akan bercuti bersama keluarganya. Kata Chong Wei lagi, dia mahu tebus semula bulan madu mereka yang tertangguh dan akan meluangkan lebih banyak masa dnegan anak-anaknya.
Chong Wei Akan Rindu Itu Akak Cuci Tandas
Persaraannya itu akan membuatkan dirinya bakal merindui akademi badminton BAM. Malah, orang sekeliling yang banyak menaikkan dirinya sehingga ke hari ini, termasuk pekerja pembersih tandas yang sering ditemuinya.
“Saya akan merindui anda semua (media) sebab ini mungkin sidang media terakhir saya. Saya akan merindui semua wartawan yang selama ini menyokong saya.”
“Dan saya juga akan merindui akademi badminton BAM, tapak untuk saya sampai ke tahap ini. Saya akan rindu itu akak cuci tandas, akak sapu lantai dan staf-staf lain dalam BAM kerana banyak tolong saya.”
“Saya juga akan merindui penaja-penaja dan paling utama rindu sorakan seluruh rakyat Malaysia.”
Bagaimana pun, Chong Wei tetap akan menabur baktu dalam sukan badminton selepas bersara.
Sumber/Foto : Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI