Dekat 13 hari, pengacara Yatt Hamzah menanti detik kelahiran bayinya yang sudah melewati tarikh bersalin. Akhirnya, tanggal 30 Disember 2019 melahirkan anak perempuan keempatnya kira-kira jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur.
Berita gembira ini dikongsikan Yatt sendiri di instagramnya. Sebelum ini Yatt sendiri berteka-teki sama ada bayinya itu akan dilahirkan tahun ini atau pada tahun baru.
Kongsi Yatt,
.
13 Hari Yatt Hamzah Menanti..
Bismillahirrahmanirrahim.
Ads
Alhamdulillah selepas 13 hari menunggu sejak EDD pd 18 Dec lalu, akhirnya Bonda berjaya pujuk baby keluar semalam. Dengan izin Allah, Bonda selamat melahirkan cahaya mata ke 4, juga seorang mujahidah (yaaa, girl jugaa), secara normal dengan berat 3.3 kg, pada 30 Dec 2019 tepat jam 6.01 petang di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur @PUSRAWIOFFICIAL
Terima kasih atas doa-doa yang baik dan sokongan dari semua keluarga, sahabat dan followers.
Ads
Berkat doa dari semua, Alhamdulillah Bonda dan baby selamat dan sihat. Semoga baby membesar menjadi Mujahidah Solehah..Aameen Ya Allah..
Suami Tangguh Ke Misi Bantuan Demi Isteri
Terima kasih tak terhingga kepada pihak Hospital Pusrawi di atas servis dan layanan yang amat baik, terutamanya en Adib & team, Dr Asmah Yun, Dr Habibah dan semua staff jururawat yang banyak membantu Bonda dari proses check up hinggalah melahirkan.
Ads
Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.
Paling bererti, terima kasih suami tercinta @zulfadhli_khiruddin yang sentiasa berada di sisi dari saat di emergency, di labour room ketika isterimu berjuang dan sanggup menundakan misi bantuan ke Syria bersama team #mapim hanya untuk menantikan moment kelahiran Mujahidah ke-4 ini. Alhamdulillah syukur.
MW : Tahniah Yatt dan famili. Semoga kehadiran bayi keempat ini akan menambah seri bahagia keluarga Yatt.
“Menggigil tangan bila doktor minta pegang gunting, potong tali pusat baby” menangis lihat isteri tahan kesakitan begitulah yang diluahkan oleh pelakon dan usahawan berjaya Fizo Omar.
Fizo dan isteri Fazeera Nazri telah dikurniakan anak perempuan. Kelahiran anak sulung pasangan itu menjadikan Fizo bergelar ayah kepada dua orang puteri, puteri pertama, Wan Maryam lahir menerusi perkahwinan terdahulu dan sudah berusia 5 tahun.
“Menggigil Tangan Bila Doktor Minta Pegang Gunting, Potong Tali Pusat Baby”
Sememangnya bukan semua orang dapat menyaksikan dan menamani isteri melahirkan anak, namun Fizo bertuah kerana berpeluang untuk menemani isterinya, Fazeera di dalam bilik bersalin sehinggakan mengalir air mata.
Seperti mana yang diluahkan, Fizo menceritakan Fazeera melalui tempoh penantian yang agak lama kerana kelahiran itu mengambil masa selama 10 jam. Fazeera memilih untuk melahirkan secara normal.
“24 jun isteri saya dimasukkan ke Labour room pukul 3pm, hampir 10 jam get ready untuk baby dilahirkan. Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yang tepat untuk isteri saya mengambil bius epidural.
“Kalau tak saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan ‘contraction’ sebelum nak bersalin.
“Gugur air mata jantan seorang suami bila tgk orang yg kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita,” kongsi Fizo.
Gugur Air Mata Jantan
Fizo melahirkan perasaan yang bercampur baur dan menjelangnya jam 12.39 pagi (25 Jun) sekali lagi air mata Fizo mengalir keluar.
“Sekali lagi gugur air jantan, perasaan kali ni terus bertukar gembira, sedih dan sebak sebagai seorang ayah pulak bila kau tengok buat pertama kalinya seorang anak yang ditunggu-tunggu selama ni.
“Serius weh abe joe tak boleh tahan perasaan ni sampai menggigil tangan ni bila doktor minta pegang gunting untuk potong tali pusat baby,” ujarnya.
Ketua Kelurga Yang Terbaik
Walaupun sebelum ini sudah bergelar bapa, namun perasaan itu tetap baru dan Fizo perlu menggalas tanggungjawab dengan sebaik-baiknya kerana itu amanah yang dikirimkan kepadanya.
Malah Fizo juga sempat berpesan kepada mereka yang bergelar suami dan bakal ayah untuk merasai pengalaman menemani para isteri melahirkan kerana menurutnya dengan pengalaman ini dapat menjadikan diri sebagai ketua keluarga yang baik.
“Perasaan abe joe masa macam… ok, this is the moment u gonna start ur real life, after keluar dari kandungan ibu dan terputusnya ‘sambungan’ dgn ibu di dalam kandungan.
“The moment abe joe potong tali pusat tu, wujudnya satu bisikan. “ini zuriat kau, kau kene jadi ayah yang baik, suami yang baik dan contoh yang baik kepada keluarga dan semua orang.” Datangnya seorang baby, bukan sahaja untuk kita meraikan kegembiraan.
“Tapi bersama tanggungjawab untuk membesarkan dan mendidik dan juga motivasi kepada si ayah untuk menjadi seorang leader yang lebih baik dr sebelum ini,” sambungnya.
“Alhamdulillah Syukur, Moga Dalam Lindungan Allah Sentiasa”
Menerusi ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan berdoa agar Allah permudahkan semua urusan keluarga Fizo.
Tergamak seorang ayah yang sepatutnya menjadi pelindung, namun mendera anak sendiri sehingga maut malah selamba menanam mayat anak sendiri di tepi jalan untuk menutup jenayah yang dilakukan.
Seorang bapa ditahan kerana disyaki mendera anaknya hingga meninggal dunia sebelum menanam mayat kanak-kanak itu berhampiran sebuah tempat riadah, di sini bagi menyembunyikan perbuatannya, semalam.
Perbuatan kejam suspek itu terbongkar selepas polis menerima aduan isteri suspek pada Jumaat lalu memaklumkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun didera oleh suaminya.
Anak Keadaan Lemah & Keluar Darah
Isteri suspek yang juga seorang warga asing berusia 41 tahun membuat laporan selepas mendapati anak yang berusia sembilan tahun dalam keadaan lemah dan darah keluar dari mulutnya sebaik pulang bekerja kira-kira jam 7 malam, Jumaat lalu.
Kejadian berlaku di kediaman keluarga itu di Jalan Pudu di sini, dan pengadu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa suaminya ada memukul anaknya itu kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.
Sebaik menerima aduan, sepasukan anggota polis bersama pengadu ke rumah suspek untuk mengambil anaknya yang ditinggalkan namun anak serta suaminya tiada di rumah.
Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha mengesan suspek sebelum dia berjaya dikesan dan ditangkap di Jalan Pasar Pudu di sini, semalam.
Mengaku Tanam Mayat Anak Tepi Jalan
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya,, hari ini mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek yang juga seorang penganggur, mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini.
Suspek kini direman tujuh hari dan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, Noor Dellhan meminta orang ramai terutama ahli keluarga atau jiran supaya sentiasa peka dan segera melaporkan sebarang kes dera yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau jiran masing-masing.
Tiada istilah cepat mahupun terlambat dalam urusan berkaitan jodoh. Semuanya ketentuan tuhan dan dianugerahkan pada waktu yang paling tepat. Pelakon drama bersiri Gerak Khas yang terkenal dengan watak Detektif Lim, Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, mengakhiri zaman bujang pada usia 55 tahun apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan, Norhayati Abdullah, 39, di sini, pagi semalam.
Akad Nikah Berjalan Lancar
Sah dengan sekali lafaz, pasangan yang sudah enam tahun menyulam cinta itu dinikahkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, disaksikan enam tetamu. Farid bersyukur majlis akad nikah lancar biarpun terpaksa berdepan dugaan kecil.
“Lebih membuatkan saya terharu apabila kami terserempak dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di JAWI.
“Beliau sempat mendoakan saya dan isteri,” katanya.
Nikah Tempoh PKP
Memilih bernikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Farid terpaksa berdepan beberapa dugaan.
“Mengikut perancangan awal, abang ipar yang menetap di Kelantan sepatutnya menjadi wali.Namun, disebabkan PKP dan larangan merentas negeri, kami terpaksa membuat rancangan lain. Kami meminta abang ipar yang menetap di sini, untuk menjadi wali.
“Disebabkan itu, kami terpaksa menghantar surat permohonan nikah yang baharu,” katanya.
Bagaimanapun, kata Farid, abang ipar itu pula cedera akibat terjatuh dari pokok, sebelum majlis pernikahan.
“Pada mulanya, kami fikir ingin teruskan sahaja rancangan asal membawa abang ipar di Kelantan menjadi wali.
“Namun, memikirkan perlu isi borang baharu dan prosedur agak leceh, kami teruskan juga. Kami terpaksa meminta kebenaran JAWI membawa seorang lagi tetamu untuk memapah abang ipar,” katanya.
Mempercepatkan Tarikh Nikah
Bukan itu sahaja, Farid berkata, tarikh pernikahan mereka terpaksa dipercepatkan tiga hari.
“Jika tidak, mungkin impian bernikah tahun ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang tidak diketahui berikutan tiada kekosongan slot akad nikah akibat PKP.
“Agak kelam kabut apabila JAWI memaklumkan tarikh pernikahan terpaksa dipercepatkan.
“Selain itu, kami juga dikehendaki menjalani ujian calitan di hospital kerajaan dan tidak dibenarkan melakukannya di hospital swasta.
“Ujian calitan pula perlu dilakukan dalam tempoh tiga hari, jika tidak laporan dianggap tidak sah,” katanya.
Namun, Farid menganggap semua itu sekadar dugaan dan tidak tertekan.
“Bagi saya, tidak perlu bebankan fikirkan dengan terlalu memikirkan rintangan. Apa yang penting, majlis pernikahan lancar,” katanya.
Detik Perkenalan
Berkongsi detik perkenalan dengan isteri, Farid memberitahu, dia mengenali Norhayati ketika melakukan penggambaran di tempat pasangannya itu bekerja.
Farid berkata, sikap isteri yang penyabar, memahami dan tidak banyak kerenah menambat hatinya.Farid juga tidak menganggap keputusan berkahwin pada usia 55 tahun sebagai terlambat, sebaliknya percaya ketentuan Tuhan.
“Semua ini ketentuan Allah. Saya sentiasa berpegang kepada ayat di setiap kesempitan mungkin ada kemudahan.
“Pada mulanya saya mengaku, ada terfikir, andai ada rezeki menimang zuriat, anak masih kecil. Sedangkan umur semakin meningkat.Tapi, lama-kelamaan saya malas hendak fikir lagi. Saya tidak mahu serabut pemikiran dengan perkara-perkara ‘toksik’.
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya yang belum memutuskan mahu menganjurkan majlis resepsi selepas PKP tamat.
MW: Tahniah diucapkan buat ‘Detektif Lim’ dan isteri atas perkahwinan ini. Meskipun mengakhiri zaman bujang pada usia 55 tahun, sesungguhnya segala urusan jodoh adalah rahsia dan ketentuan Allah. Selamat berbahagia!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.