Rupanya ada 2 zikir yang sangat digalakkan dibaca selepas solat Subuh & Maghrib. Selain ia merupakan satu amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Nabi SAW,ia mampu beri ganjaran yang sangat besar jika kita mengamalkannya.Rebutlah sebanyak mungkin peluang yang ada dengan membaca dua bacaan zikir ini. Semoga kita sama-sama cuba mengamalkannya agar beroleh ganjaran dan keberkatan daripadaNya.
Pertama :
Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan :
Maksudnya:
“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu”
Kedua :
Membaca sebanyak tujuh kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan.
Maksudnya:
“Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”
Boleh juga membaca :
Maksudnya:
“Ya Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”
Fadilat Amalan Yang Pertama;
Hadis daripada Abu Zar berkata,Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda,
“Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah”.
(Riwayat at-Tarmizi dengan Sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)
Fadilat Amalan Yang Kedua;
Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda;
“Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.”
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa’i)
Semoga ia menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T, selamatkan dari azab api neraka serta ditempatkan di SyurgaNya.InsyaAllah
Sumber: Ustaz Dato’ Dr Hj Abdul Basit Hj Abdul Rahman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI