Sekeluarga disahkan positif Covid-19, kesemua jalani kuaranti kendiri di rumah, hanya isteri sahaja kritikal hingga akhir hayatnya. “Saya perlu kuat demi anak, jika saya tumbang anak-anak ikut tumbang.”
Setelah Shuib kehilangan Siti Sarah Raissudin, seorang lagi selebriti iaitu Badrol Shah juga berdepan dengan ujian berat ini. Dia juga kehilangan isteri tersayang akibat virus Covid-19.
Menurut pelakon kerdil, Badrol Shah, memberitahu isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, telah kembali ke rahmatullah, pada petang selasa selepas lapan hari arwah isterinya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat virus berkenaan.
Isteri Sudah Tiada
“Isteri saya, Farah Shila sudah tiada. Allah lebih sayang kamu. Masuklah kamu ke dalam syurga bersama anak kita,” tulisnya ringkas di Facebook.
Dalam pada itu, beberapa kenalannya serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah kepadanya dan berharap dia tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.
Nafi Isteri Hamil
Walau bagaimanapun Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meninggal dunia seperti yang telah tersebar di media sosial.
Menurut doktor, arwah isterinya telah dijangkiti vitus Covid-19 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu isterinya ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaanya menjadi lebih teruk sehingga terpaksa di bawa ke ICU HKL.
“Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan dan dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid-19 meninggal dunia setiap hari. “Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.
Dijangkiti Ketika Keluar Rumah
Allahyarham isteri Badrol merupakan seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur yang telah dijangkiti Covid-19 ketika berada di sekitar kawasan rumah mereka iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.
“Arwah isteri dijangkiti virus masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan positif.
Ads
“Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.
“Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya lagi.
Badrol berkahwin dengan allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun. Sebelum itu, pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isteri memasuki bulan kelima pada tahun 2018.
Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordian Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.
Kini Arwah Bersatu Dengan Anak Sulung
“Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.
“Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak, kalau saya tumbang, pasti anak-anak pun ikut tumbang.
“Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab, dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya sudah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak,” katanya.
Ads
Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busat Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Badrol sekeluarga, semoga mereka terus kuat menghadapi ujian berat ini. Al-Fatihah.
Media Hiburan merupakan sebuah jenama majalah hiburan terkenal tanah air. Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama ini terus subur dalam versi laman web dan juga di platform media sosial seperti Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok.
Dengan lebih 7.5 juta jumlah bacaan sebulan di laman web, jenama ini terus memacu khusus berita-berita hiburan tanah air dalam juga luar negara.
Terbaharu, sebuah program televisyen yang diberi nama Media Hiburan Throwback akan bersiaran di kaca televisyen anda. Bermula dalam versi digital, rancangan ini berjaya mencecah jutaan tontonan di platform digital dan kini ia diangkat sebagai rancangan waktu perdana di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.
Media Hiburan – Tampil Artis Terkenal
Dihoskan oleh Radin, rancangan ini akan menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan. Antaranya seperti Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahira, Awie dan ramai lagi.
Selebriti ini akan dikejutkan dengan artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka jalanan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini. Bayangkan bila photoshoot mereka 30 tahun lalu ditonjolkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar.
Memang riuh rendah dengan gelak ketawa artis dna selebriti yang terlibat di set penggambaran apabila mereka dikejutkan dengan cerita-cerita lama. Kalau nak tahu apa yang berjaya team Media Hiburan korek dari arkib sepanjang 35 tahun lalu, jangan lupa saksikan rancangan ini!
MW: Mesti macam-macam gaya dan cerita nanti. Paling best, boleh tengok gambar mereka masa muda-muda dulu.
Setiap hari kita masak tetapi bukan selalu kita servis dapur. Malah mungkin ada yang langsung tak tahu pun dapur perlu sesekali diservis untuk buang karat yang melekat.
Hari-hari dapur bekerja untuk kitakan.
Bila kali terakhir uolss servis dapur uolss?
Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.
Alat-alat yang perlu disediakan:
1.Playar
2.Paku saiz seinci setengah
3.WD-40 (Spray anti karat)
4.Pisau
Cara-cara servis dapur
1.Buka tungku dari dapur (pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas)
2.Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau (Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak.Melecur tangan nanti)
3.Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang)
4.Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku (yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu)
5.Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal.(Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal)
Sharelah jika bermanfaat pada uolss.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dr Soo Wincci Ratu Cantik Malaysia Pertama yang kini telah bergelar Profesor Madya! Cantik dan bijak sama seiring. Itulah yang boleh disimpulkan buat wanita yang sangat cintakan ilmu ini dan wajar dijadikan sumber inspirasi buat wanita lain untuk mencapai cita-cita hingga berjaya.
Pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR)
Penyanyi dan bekas ratu cantik Miss World Malaysia, Dr Soo Wincci mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), hari ini.
Wincci berkata, pelantikannya sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World Malaysia pertama mendapat pengiktirafan itu.
“Beberapa tahun ini, kita semua betul-betul diuji. Bak kata pepatah, ‘apa yang tak dapat musnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat’.
“Ini memang bukan ‘April Fool’. Hari ini, secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula daripada seorang ratu cantik, sekarang, satu demi saya langkah ke alam profesor,” katanya.
Kejar Impian, Berani Bangkit Lebih Kuat
Menerusi hantaran dimuat naik, Wincci juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang ada di sepanjang perjalanannya dan turut berkongsi perasaan patriotiknya.
“Jutaan penghargaan kepada semua yang selalu menyokong perjalanan saya. Terima kasih juga kepada semua yang mentertawakan, mengkhianati dan melukakan saya. Segalanya pasti ada hikmah tersirat.
“Ia adalah satu bab baharu. Saya tidak akan melupakan negara saya. Saya juga tak akan melepaskan pasaran antarabangsa.
“Jangan menyerah kalah kepada impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan,” tulisnya.
Mingguan Wanita: Kagum sungguh dengan Dr Soo Winci ini. Memang cantik dan bijak sama seiring. Sangat cintakan ilmu, tak mudah putus asa mahupun mengalah dalam mengejar impian untuk terus berjaya. Terbaik! Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain dalam mencapai cita-cita.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.