Bahagia ayah ini, bila mana anak-anak tunaikan impian dalam diam. Kisahnya, ayah ini, Kades sudah menjual kereta lamanya yang kerap kali rosak. Dekat dua bulan jugalah ayah tiada kenderaan.
Jadi, sedikit bebanlah untuk ayah nak pergi ke klinik, beli barang keperluan dapur bagai. Kadang tu mintalah juga pinjam kereta anak. Tapi, ayah tetap rasa susah hati.
Sebolehnya, ayah tak nak susahkan anak-anak. Jadi, hari-hari ayah belek page kedai kereta terpakai. Ada rezeki, ayah ini mahulah cari kereta pengganti. Rupanya dalam diam, anak-anaknya sudah tunaikan impian ayah.
Indah kisahnya,
Kejutan Hadiah Kenderaan Baru Untuk Abah
“Syukur alhamdulillah, maha suci allah, Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Setelah berbulan abah jual kereta lamanya sebab banyak kerosakannya, baru hari ni berpeluang bagi mak abah kereta baru untuk memudahkan pergerakan mak abah.
Walau bukan kereta jenama luar negara mahupun kereta keluaran model baharu, syukur ya Allah dapat juga memudahkan urusan mak abah kelak.
Tak putus-putus ucapan syukur mak abah atas pemberian yang tidak seberapa ni walhal pemberian ni sikit pun tak dapat membalas segala jasa dan pengorbanan mak abah pada kami
Terima kasih banyak pada adik tersayang @eynazilia @hafiqazlin bersusah payah bertungkus lumus dari awal hingga akhir rencana demi menjaya dan merealisasikan impian kita untuk hadiah yang bermakna untuk mak abah kali ni, hanya Allah saja dapat membalas segala jasa baik kalian.
Ads
P/S: kita record video konon nak tengok abah ngan mak nangis terharu, alih-alih kita plak yang menangis teruk sebab tak tahan tengok reaksi mak abah. Klik sini untuk lihat videonya.”
Sejak Tiada Kenderaan, Hari-hari Abah Buka Page Menjual Kereta Terpakai
Ketika Mingguan Wanita menghubungi anak-anak baik ini, mahu bertanyakan lanjut di sebalik pemberian hadiah kereta untuk kegunaan abah dan ibunya, Rafizah. Dan ini yang anak ini, Zamona Kades kongsikan.
“Subhanallah, semua pun asbab Allah Maha Baik.
Asalnya kereta lama mak abah saya rosak dan tak mampu dah nak baiki lagi sebab terlalu mahal nak repair.. so kita sepakat kata let go je kereta tu, dapat pun sikit je pulangan duitnya.
Ads
Dari bulan 12 tahun lepas, mak abah saya susah nak bergerak gi mana-mana sebab tak ada kenderaan sendiri. Nak pergi klinik checkup, nak beli barang keperluan dan macam-macam lah. Meminjam kereta kita dan mak abah rasa menyusahkan sebab saya dan adik pun bekerja kan.
Tapi sebenarnya tak rasa menyusahkan pun, mungkin sebab mak abah saya tak selesa. Biasa lah orang tua, mereka rasa menyusahkan anak-anak.. so dari sejak tak ada kereta tu, abah saya hari-hari akan bukak video di fb kedai menjual kereta terpakai.
Kami tak smpai hati, jadi diam-diam hadiahkan tanpa pengetahuan mak abah.
Tak sangka betapa bersyukurnya mak abah saya kerana kita hadiahkan kereta yang tak seberapa ni kat mak abah.” Kongsi Zamona kepada Mingguan Wanita.
Ads
Dua Beradik Sepakat Bahagiakan Mak Abah
Pemberian hadiah kereta ini disepakat oleh dua beradik daripada 5 orang beradik. “Kami ada 5 beradik. Saya keempat dan adik anak kelima. Atas saya semua abang-abang.
Abang-abang pun dah banyak membantu mak abah dulu, masa saya dan adik saya belajar. In fact, kereta lama tu pun abang-abang saya yang belikan dan repairkan.
Mungkin sekarang kos hidup makin meningkat dan anak-anak pun ramai, jadi tibalah giliran saya dan adik pula.
Dan yang banyak membantu uruskan adik dan adik ipar berkenaan keluarkan kereta baru. Yang mana, kosnya kami kongsi bersama.”
MW : Bertuah mak ayahnya, anak-anak tetap kenang kepayahan mak ayah yang tiada kenderaan. . Semoga kisah ini jadi inspirasi untuk anak-anak yang lain, agar terus menghargai mak ayah dengan cara masing-masing.
Peranan dan tanggungjawab mak ayah sangat besar dalam mendidik tingkah laku dan memantau pergaulan anak-anak. Terutamanya apabila anak-anak semakin meningkat remaja.
Sungguh mengejutkan apabila membaca berita sebegini.Tergamaknya perbuatan adik beradik yang masih diperingkat usia remaja melakukan perbuatan keji sumbang mahram di rumah sendiri sehingga melahirkan seorang bayi.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mengaku mengadakan hubungan sumbang mahram dengan kakaknya sehingga melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas rumah mereka di Taman Diawan malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, perbuatan sumbang mahram tersebut terbongkar apabila kakak yang berusia 15 tahun yang baru bersalin itu dibawa ke Hospital Kampar untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10 malam semalam.
“Sebelum dibawa di hospital, remaja perempuan yang tidak bersekolah tersebut mengadu sakit perut kepada ibunya pada pukul 3.30 petang sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air besar.
“Remaja yang mengaku tidak mengetahui dia sedang mengandung itu terkejut apabila dia secara tiba-tiba melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas berkenaan,” katanya.
Hasil Sumbang Mahram
Tambah Hasron Nazri, ibu remaja yang berada di dapur ketika itu terdengar jeritan mangsa sebelum masuk ke tandas dan mendapati dia berlumuran darah selain terdapat seorang bayi di dalam mangkuk tandas.
“Ibunya terus membawa remaja dan bayi tersebut ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Hasil soal siasat terhadap remaja perempuan itu mendapati dia mengaku telah beberapa kali melakukan hubungan sumbang mahram dengan adik lelakinya pada Mei lalu di bilik belakang rumah mereka,” katanya.
gambar hiasan
Bersalin Awal Usia 7 Bulan
Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan awal iaitu kira-kira usia tujuh bulan kandungan dan dia kini berada di bawah pemerhatian doktor pakar manakala remaja perempuan tersebut kini dirawat di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
“Polis telah menahan adiknya di rumah mereka dan dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.
MW: Mengucap panjang baca berita sebegini. Mak ayah mohon pantau tingkah laku dan pergaulan anak-anak walaupun sesama adik beradik. Bataskan pergaulan, cara pemakaian serta asingkan bilik bila mereka mula mencapai usia baligh.
Sejak Barisan Nasional kalah dalam PRU14, ramai yang dah mula buka mulut dan fikir balik apa yang jadi punca kekalahan kali ini. Salah satu kenyataan tular baru-baru ini adalah daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mengaku bahawa kekalahan dalam PRU14 adalah disebabkan oleh kecuaian pihaknya.
Begitu banyak sebenarnya luahan yang disimpan rapi dalam hati sebelum ini tetapi sekarang dilepaskan satu persatu disebabkan rasa kecewa. Sampai ada yang dituduh macam lalang sebab nampak begitu ketara kongsi gambar di media sosial secara tetiba dan berikan pandangan yang berbeza daripada sebelum kerajaan bertukar. Malahan ada yang berani kritik secara terbuka apa yang silap di mata mereka tentang kekalahan Barisan Nasional.
Terbaru keluar pula dari sudut pandang seorang selebriti wanita, Fynn Jamal yang mana dia meluahkan rasa sedih melihat bendera biru tua yang jatuh di bawah, simbol kepada kerajaan yang sudah bertukar. Apa yang menarik, penyanyi ini memberikan pandangan ‘halus’ yang cukup menyentuh emosi pembaca, sekali gus membuka mata orang ramai dalam isu ini. Setuju atau tidak, terpulang.
Nah, jemput selami…
Pandangan Fynn Jamal Tentang Kejatuhan Barisan Nasional
Tika majoriti berborak tentang keseronokan jatuhnya Barisan Nasional, aku diamkan diri mencari masa terbaik untuk menulis dengan rasional.
Memandangkan hak kebebasan suara hari ini alhamdulillah tidak sejumud dulu—
aku rasa boleh kot aku luah isi hati aku.
Aku sedih tengok robohnya bendera biru.
Aku orang johor jati. Anak pemandu bas yang asalnya askar pencen. Dari kecik aku diajar hormat 3 bendera: bendera negara, negeri dan parti yang mewakili bangsa. Aku punyalah patriotik — aku kahwin hari merdeka, weh. haha.
So yes.
Aku sedih bendera biru tua roboh dan jatuh.
Aku johor di Kota Tinggi. Barisan masih tegak di situ. Orang kota masih bertabah walau banyak daerah dah rebah.
Nak kata bagus — tak.
Nak kata tak bagus — tak jugak.
Entah.
Hakikatnya dalam hati aku sedih, gembira, serabut semua ada. Bercampur-aduk setiap rasa.
Dan dalam semua rasa yang ada ini—
aku akui,
mual pun ada sama.
Pernah dengr terma “a bully is once a victim”? ia adalah konsep di mana seseorg yang pernah menjadi mangsa— apabila di atas— akan menjadi exactly siapa yang pernah memangsakan dia.
I have to admit aku tak berkenan dgn musim merewang membawang tentang lalang ini. For whatever reasons yang aku tak berminat nak ambik tau tentang kenapa dan apa undian orang— aku nak point out satu benda obvious yang mungkin ramai pilih untuk tak ambil tahu.
The reason many of us decide to not vote / vote against the barisan is not because we swayed. but wallahi— because of tun M.
Let’s face it. Pilihanraya kali ini bukan 100% atas dasar kesetiaan parti— it is a choice between a giant and someone who’s not.
Ingat senang nak kentalkan hati untuk pilih barisan atau Tun? Tapi ramai kami tau— sebuah kapal hanyalah besi dan papan terapung tanpa nakhoda yang memacunya dengan terbilang.
Be nice to people. Lalang atau tidak— itulah dia majoriti yang memudahkan menang harapan. It took A LOT to let go of barisan for our parents or whoever for that matter. Jangan kerana sedap membawang lalang-lalang ini— tahun depan mereka tebas diri dan patah semula ke kebun lama.
Jangan jadi benda yang kalian sendiri benci ketika kalian di bawah sana.
Many of us ada di belakang kalian kerana kami percaya Tun.
Percayalah.
We REALLY want to see changes.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mudahnya mak-mak nak buat telur rebus ikut cara yang wanita ini kongsikan.Tak perlu guna air yang banyak pun, sebaliknya hanya perlukan tisu basah dan periuk nasi.Hasilnya telur rebus tetap elok sempurna kejadiannya.
Bukan apa, jika rebus seperti biasa dalam periuk atas api dapur, kadang kala airnya melimpah ataupun telurnya pecah merekah sebab terlebih masak.Lebih parah, air kering sebab terlupa nak tutup api dapur. Ikut cara ini lebih mudah, periuk tak hitam, malah tak perlu tunggu sebab telur akan masak sendiri.
Berikut perkongsian oleh Su Ha sebagai rujukan mak-mak;
“Sejak pertama kali tengok orang post tentang masak telur guna periuk elektrik terus ummi su cuba.Pertama kali buat menjadi dan untuk hari-hari seterusnya memang tak pernah rebus telur guna air dah.Guna cara ni lebih mudah, periuk tak jadi hitam dan hasilnya dapat kuning telur yang wow!!”
Meh tengok langkah-langkahnya bagi sesiapa yang masih belum tahu:
Bahan-Bahan:
Tisu Dapur
Telur
Periuk Nasi
Telur
Cara Membuat:
1.Ambil 1 helai tisu dapur untuk dapatkan telur seperti di atas atau 2 helai tisu untuk telur rebus biasa.
2.Basahkan tisu tadi dengan air dan letak di dalam periuk.
3.Basuh telur sebersih-bersihnya dan letak di atas tisu basah tadi.
4.Tekan suis dan tunggu sehingga masak.
5.Tadaaa dah siap dan sedia untuk dimakan.
Siap, Selamat Mencuba!
Cukup senang kan! selepas ni kalau mak-mak nak buat telur rebus, ikut je cara macam ni.Lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa di dapur.
Kredit: Su Ha
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...