Sebelum ini, BroOhsem, Akhtar Syamir pernah berkongsi bagaimana dia sebagai suami dengan rela hati memberi kad debit bank kepada isteri. Kali ini, suami ini berkongsi pula simpanan yang disiapkan khas untuk isteri sepanjang PKP ini.
Kerana, dia tahu yang isterinya suka menyimpan RM5, RM20. Demi nak menggembirakan hati isteri.. Akhtar pun sama-sama ‘support’ minat isteri itu. Kadang-kadang segaja tukarkan duit kepada RM5. Nanti bolehlah beri pada isteri.
Eh! Ada Duit RM5 La..
“Baby, ada 2 ringgit tak? Nak bayar ikan pekasam nanti, RM12 je. Sayang order dengan kawan.” Tanya isteri saya Nora Azni semalam.
“Ambil dalam dompet I“, jawab saya ringkas.
“Eh, ade duit 5 ringgit la.”
“Ambillah, memang I tukarkan kat mamak pagi tadi, I tahu U kumpul duit 5 ringgit”
“Tapi I kumpul duit RM20 jugak”
“Ambillah, ade sekeping tu, simpan elok-elok”
“2 ringgit ni I ambil jugak tau, nak bayar ikan pekasam”
“Ye, ambillah. Rasa macam kena rompak dah ni. Hahahaha..”
Itulah yang berlaku semalam. Dalam hati saya bersyukur kerana dapat beri isteri saya simpan.
Sejak PKP bermula dan kerajaan umumkan dapat penangguhan bayaran ansuran rumah dan kereta, saya mula bahagikan 3 duit gaji saya.
Ads
Asalnya saya rancang untuk fokus pada bayar balik hutang jahat seperti hutang kad kredit. Tetapi saya ambil keputusan untuk bahagi 3. 1 bahagian untuk bayar hutang jahat. 1 bahagian untuk kegunaan saya, bayar bil dan keperluan rumah. 1 bahagian lagi untuk isteri.
Niatkan Nak Belikan Isteri Emas
Bila buat macam ni, bukan sahaja isteri saya yang rasa seronok, tapi saya yang rasa lagi seronok. Hidup saya rasa lebih gembira, rezeki alhamdulillah semakin ada. Hati saya pun lebih tenang.
Lepas tu saya perasan dia ada simpan duit RM5 dari awal tahun lagi. Sengaja saya tukarkan RM5 bila ada kesempatan semasa keluar kerja atau pulang dari kerja. Selalu saya yang akan ingatkan supaya ambil RM5 dalam dompet.
Sasaran saya ialah RM550 dalam masa 6 bulan lagi. Saya nak belikan dia emas untuk dia pakai dan simpan. Ini tak campur simpanan RM5 dan RM20 dia lagi.
Saya perasan. Semakin banyak saya beri padanya, semakin banyak saya dilimpahi rezeki.
Sekarang, setiap kali keluar ke kedai, saya akan sengaja bayar dengan duit besar supaya ada kebarangkalian akan dapat RM5.
Janganlah kedekut dengan isteri. Percayalah, didalam rezeki kita, ada rezeki isteri juga. Kalau kita menahan-nahan nafkah isteri, rezeki kita juga akan tertahan-tahan.
Ramai yang ingat, nafkah isteri itu hanya menyediakan makan dan tempat tinggal sahaja. Salah tu. Itu adalah tanggungjawab. Nafkah ini ialah duit untuk menjadi hak multak isteri. Terpulang kepada dia nak buat apa. Jangan pula kita dah beri dan mengharapkan dia beli barang dapur dengan duit itu pula. Salah jugak tu.
Semoga dapat mencetus idea dan merungkai kekeliruan. Siapa geng simpan RM5.
MW : Bagus kiranya suami faham dan sokong minat isteri dalam bab menyimpan duit ini. Makin berbunga-bungalah hati isteri dilimpahi rasa bahagia dalam rumah tangga.
*Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis, Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi : http://t.me/broohsemfans , BroOhsem
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri adalah insan yang patut dihargai setiap masa sebab pengorbanannya cukup besar dalam rumah tangga. Dan hargailah mereka walaupun mereka cuma seorang suri rumah, yang kerjanya tak pernah habis. Namun satu yang patut kaum suami faham, isteri ini wanita yang patut disayangi kerana perasaannya yang sangat lembut dan sensitif.
Lagi teruk ada yang berkira dengan isteri dan anak-anak dan tak fikir pengorbanan isteri. Sama juga dengan situasi yang tular baru-baru ini, ada suami merungut apabila 2% kwsp miliknya bakal ditolak untuk isterinya. Ini golongan nak jimat atau kedekut? Allah, tak luak pun duit kalau berkongsi dengan isteri sendiri.
Nah, untuk jentik sedikit emosi para suami, jemput baca perkongsian saudara Amir Syahir…
“Kenapa dengan kawan kawan abang baik sangat? Dengan saya tanya sikit pun abang nak marah-marah.”
“Saya tanya bila abang nak balik pun abang nak marah-marah.”
“Saya tanya abang dah makan ke belum pun Abang nak naik angin.”
“Dengan kawan-kawan, elok je. Siap boleh bergurau lagi. Kalau kawan tanya elok je abang jawab. Tambah-tambah dengan kawan perempuan tu.”
***
Tuan-tuan macam golongan di atas tak? Ada juga saya jumpa golongan jenis ni. Tak faham saya. Masa bercinta kemain layan makwe elok-elok. Dah kahwin lama, layan isteri macam orang gaji kau pulak.
Kenapa ya suami macam tu. Dengan kawan-kawan pijak semut pun tak mati. Dengan isteri tak boleh silap sikit. Asyik nak melenting.
Isteri tanya je pun. Kau tinggikan suara. Kau jawab acuh tak acuh je. Jawab sambil main telefon je. Mata tak alih langsung pandang muka bini. Laman sosial jugak menarik minat kau lagi daripada layan bini kau tu.
Isteri Sanggup Berkorban Dan Berdoa
Tahu tak, hargai isteri tu lebih mulia dan baik. Isteri itu yang doakan kau siang dan malam. Yang sanggup berkorban segala-galanya untuk kau.
Hargailah nikmat bahagia bersama isteri yang Allah bagi saat ini. Jangan bila Allah tarik suatu hari nanti baru kau akan menyesal dan merana jiwa.
Kalau boleh layan kawan dengan baik, dengan isteri kena layan seratus kali lebih baik. Kerana dia sanggup bersusah senang dengan kau. Kerana dia tidak pernah jemu menyediakan makan minum untuk kau.
Jika ditakdirkan kau sakit dan tidak berdaya suatu hari nanti, isteri yang selalu kau marahi itulah yang akan menjaga kau siang dan malam. Isteri itulah yang akan setia di sisi tanpa mengeluh sedikit pun.
Janganlah abaikan sedikit pun perasaan isteri kau. Jangan sedikit pun sakiti hati orang yang pernah banyak kali berjuang, berkorban nyawa untuk kau. Berlembutlah dengannya.
Hargailah dan muliakanlah dia. Dia adalah ibu kepada anak-anak kau. Dia adalah jalan pahala buat kau. Dia adalah jalan syurga buat kau.
Bersyukurlah kerana dia sanggup menerima kau yang serba kekurangan. Bersyukurlah kerana Allah izinkan kau untuk hidup berkelurga bersama anak dan isteri tercinta.
Di bulan Ramadan yang mulia ni, elok la kita berubah ke arah kebaikan. Layanlah isteri seperi pemaisuri, jangan layan serupa orang gaji je.
Saidatina Aisyah binti Abu Bakar R.A pernah ditanya oleh salah seorang sahabat. “Apakah yang Nabi lakukan ketika berada di rumah bersama isterinya?” Ia menjawab, “Dahulu Nabi boleh membantu buat kerja rumah dalam keluarga.” (HR. Bukhari).
Membantu buat kerja rumah keluarganya pastinya berkait apa saja yang boleh senangkan kerja isteri. Contoh mudah seperti mencuci pakaian, menjemurkan pakaian, menyapu rumah dan memandikan anak-anak.
Moga manfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lahirkan rasa kasih dalam diri anak-anak melalui sifat ibu bapanya yang penyayang. Cara itu perlu dilatih sebaik anak lahir ke dunia dan merasai deria sentuhan ibu ayahnya.
Ikut saranan yang dikongsikan oleh Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Pensyarah Jabatan Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra dan Mursyif di Pondok Sungai Durian, tentang tempat kawasan tubuh anak yang perlu ibu bapa cium setiap hari. Dalam masa yang sama berikan sentuhan dan gosokan pada 5 lagi tempat pada anggota tubuh anak.
Mengikut saranan doktor Psikologi terhadap ibubapa, terdapat empat ciuman dan beberapa sentuhan yang harus diamalkan terhadap anak-anak. Ianya hendaklah dilakukan setiapa hari, semenjak lahir setiap hari tanpa had waktu dan umur, selagi dia masih menjadi anak kita.
4 Ciuman
1. Pertama di ubun-ubun, sebagai menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya (sambil mendoakan agar si anak jadi anak soleh), insya’Allah.
2. Kedua di dahi, ciuman ini menandakan kita redha terhadapnya sebagai dia anak kita. Rasulullah s.a.w pernah mencium anaknya, Fatimah r.anha di dahi beliau.
3. Ketiga di kedua-dua pipi, iaitu sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap si anak.
4. Keempat di tangan anak, tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang) sebagaimana Rasulullah s.a.w juga selalu mencium tangan anakandanya Fatimah r.a.
Perhatian: Ciuman dimulut hanya khas untuk isteri sahaja.
5 Sentuhan
1. Mengosok belakang kepala anak, sebagai tanda kasihan belas dan anak akan merasai dikasihani dan terlindung.
2. Menggosok atas kepala atau ubun-ubun, ini untuk menunjukkan kebanggaan kita terhadapnya.
3. Menggosok atas dahi anak, sebagai tanda syauq (perasaan sayang dan rindu) kita terhadap anak.
4. Keempat kedua pipi, juga tanda mawaddah wa hubb (kasih sayang)
5. Memegang kedua tangannya, untuk menenangkan anak ketika nampak perasaannya kacau atau keliru.
Tambahan: Gosok di dada Ketika perlu.
Bila nampak dia menunjukan kecenderungan membuat sesuatu yang tidak baik atau sedang marah, gosoklah dadanya untuk menenangkannya.
Wallahu a’lam.
#UAM, 24 Julai 2016/19 Syawwal 1437H.
Video
Sumber/Foto/Video: Fanpage Abdul Basit Abdul Rahman via Mingguan Wanita
Baca Sini: Cium Anak Pagi & Malam, Antara 14 Cara Buat Ibu Bahagia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang kesian bila lihat anak selalu menangis susah nak buang air besar sebab sembelit dan najis keras.Seringkali mak ayah tertanya-tanya apa punca yang mengakibatkan anak boleh kena sembelit dan najisnya jadi keras. Kebanyakkan tanggapan mak ayah ia berpunca daripada susu formula yang tidak sesuai dan perlu tukar kepada jenis/jenama yang lain. Andaian ini sebenarnya kurang tepat.
Menerusi perkongsian oleh Dr Hairin Anisa Tajuddinyang merupakan seorang Doktor Pakar Kanak-Kanak ada 3 punca yang menyebabkan anak hadapi masalah ini..
Berikut merupakan antara perkongsian beliau;
Assalam
I’m sharing cases yesterday. Semalam constipation day ..pelik kan? Kalau ada seorang datang dengan satu problem.Nanti berturut pulak patients yang ada simptom yang sama.
Memang semalam ada baby darapada umur 10 bulan hingga anak umur 4 tahun yang ada masalah najis keras.Susah nak buang air besar malah sampai najisnya berdarah sebab luka anusnya (lubang dubur).
Sama aje historynya:
1) Bagi susu Formula Milk (FM) dan too dependant dengan FM tu
Penjelasannya :
Susu formula milk (FM) terutama yang high calorie menyebabkan anak selalu rasa kenyang, digestion susu FM lambat dan anak rasa mudah sebab tak perlu kunyah.Hisap telan aje). Sebab itu anak jadi kurang selera makan. Susu FM pulak adalah tepung.Ada campuran kanji seperit corn starch, maka najis akan keras macam kena glue (gam kan buat daripada kanji).
2) Kurang Minum Air Masak (tak termasuk air-air lain ye), mak kata bagi air masak tapi jumlahnya setiap hari tak cukup
Penjelasannya :
Air masak sangat penting untuk melembutkan najis yang terhasil dalam usus.Jika badan kurang air, maka lebih banyak air daripada usus yang akan diserap ke dalam darah.Maka najis jadi kurang air & keras.
3) Kurang pengambilan fiber or serat (ambil tapi tak cukup)
Penjelasannya :
Serat ni ibarat macam sponge (jika sponge kita yang tinggi fiber, akan senang nak serap air kan?)
Serat besar yang ada dalam makanan tidak diserap balik oleh tubuh & tertinggal dalam usus (maka najis yang ada tinggi serat) untuk menyerap semula air dalam usus yang ada najis & memastikan najis sentiasa lembut.
Serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi, adalah makanan yang bagus untuk perjalanan usus.
# Ada mak kata dah masukkan sayur tapi satu jenis aje sayur dalam bubur atau hidangannya.
# Ada yang ingat kentang tu pun sayur sedangkan kentang tu sejenis makanan kanji yang boleh keraskan najis.Ia pengganti kepada nasi (karbohidrat).
# Ada yang beli serat daripada pharmacy sedangkan serat boleh didapati daripada natural fruit & sayur & oat.
#Ada yang ingat susu FM berlabel IT (improve transit) kononnya untuk sembelit tapi tetap sembelit sebab apa? Semuanya sebab tak cukup makan serat & minum air masak.
Macam-macam cerita semalam kalau nak share.
Nanti saya cerita berapa amount air masak yang diperlukan oleh anak2-anak ye.
Selepas 2 Tahun Ganti Dengan Susu Segar @ Susu UHT
Setelah putus susu ibu, after 2 years old boleh diganti dengan susu fresh milk or susu UHT (Full cream), mereka tidak boleh bergantung kepada susu semata-mata, maka 3 kali susu sehari dah cukup, selebihnya berikan makanan seperti cheese & yogurt dan lain lain serta makanan lain yang natural.
Jika anak yang tak menyusu ibu, selepas 1 tahun tak perlu bagi susu FM lagi, berikan susu Fresh milk or Full Cream UHT kalau susah nak jumpa fresh milk. Nak bagi yang ada perasa sekali sekala pun boleh. Tapi sebab ianya manis maka campurlah separuh susu putih & separuh susu berperisa. Pelbagaikan nutritious drink seperti campurkan susu Fresh dengan horlick or malt chocolate pun boleh tapi kurangkan gula ye.
Alhamdulillah ramai patients saya yang berjaya pulih daripada sembelit setelah tukar diet changes tanpa perlu pening-pening kepala nak tukar susu formula apa.
Banyak nak kongsi lagi.InsyaAlllah jika ada masa. Wassalam.
Nur Afiqah Amran yang juga Pengasas Perfume Paradise mengkagumi semangat pelakon veteran Ku Faridah atau lebih popular dengan panggilan Mak Engku. Wanita yang berusia...