Segalanya musnah dijilat api.” Gara-gara cemburu, suami bakar rumah jiran dek kerana tidak mampu mengawal perasaannya.
Benarlah ikut kata hati, mati. Bila sejauh ini berlaku, tentu menyesal. Namun tidak berguna lagi kerana apa yang berlaku telah pun berlaku.
Gara-Gara Cemburu
Gara-gara perasaan cemburu, seorang lelaki di wilayah Sumatera Utara bertindak nekad membakar rumah jirannya kerana disyaki mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Suspek yang dikenali sebagai NS, 39, membakar rumah mangsa, Gong Martua Pulungan, 37, yang tinggal di hadapan rumahnya.
Menurut Ketua Polis Barumun, Asisten Komisioner Polis Miptahuddin, suspek pada awalnya pergi ke rumah mangsa untuk mencarinya, namun gagal menemui lelaki itu.
Ads
Akibat tidak dapat menahan marah, dia menyiram minyak petrol ke atas sebuah motosikal model Honda Beat milik mangsa yang diletakkan di kawasan rumah tersebut.
Segalanya Musnah DiJilat Api
“Suspek kemudiannya menyalakan mancis dan membakar rumah mangsa. Keseluruhan rumah musnah akibat dijilat api marak,” kata Miptahuddin.
Mangsa yang mengalami kerugian sebanyak 120 juta rupiah (RM35,175) kemudian membuat laporan polis, manakala suspek kini ditahan di lokap. – AGENSI.
Ads
Mingguan Wanita : Walaupun marah, janganlah terlalu menurut kata hati. Tersalah langkah seperti ini, merana diri. Betul tak?
Sebagai mak ayah, kita pasti akan ikut kehendak anak-anak. Dengan kata lain, tak kisah anak nak itu atau ini, semuanya dituruti. Sayang anak katakan.
Memang setiap mak ayah sayang akan anak, zuriat keturunan. Namun, jangan terlalu ikut kehendak, bimbang esok-esok terlalu bergantung pada orang tua. Lebih teruk lagi bila anak jadi ‘tuan’ pada mak ayahnya.
Sebab itu, bila anak inginkan sesuatu, tidak salah ikut kehendak tapi janganlah keterlaluan. Ada hadnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Aminah Mat Yusoff supaya mak ayah tidak terlalu ikut kehendak anak, boleh amalkan tip-tip ini.
Sebelum anak menjadi “TUAN” kepada ibu ayah, amalkan tip ini.
1. Kawal Anak
Sediakan batas dan had yang perlu anak patuhi. Malang nasib ibu ayah jika hidup mereka dikawal oleh anak-anak.
Ibu ayah terpaksa hidup susah, menderita, kepenatan kerana memenuhi kehendak anak yang berlebihan. Hakikat yang perlu kita faham, bila anak menjadi raja. Pasti ibu ayah dianggap seperti hamba. Minta di jauhkan.
Bijaklah melayan karenah anak, semoga mereka membesar bagai juara. Membela kita, menjaga kita dan hadiahkan syurga buat kita.
2. Didikan Melalui Teladan
Apa ibu ayah buat, cakap, lazimi dalam kehidupan, itulah contoh dan disiplin yang akan anak-anak ikut.
Nak anak pandai menghormati, ibu ayah mesti saling menghormati dan hadam dengan tanggungjawab.
Kalau nak anak sopan dan beradab, ibu ayah mesti kawal segala sifat mazmumah, kata-kata kesat dan perbuatan mencarut.
Ada ibu ayah cakap, “Kami manusia, bukan malaikat, pasti buat silap. Kadang-kadang bergaduh depan anak. Marah isteri, pukul isteri. Isteri pula lawan cakap suami.
Betul, semua orang buat silap. Tetapi sebaik-baik kesilapan adalah ungkapan maaf. Bergaduh depan anak, bermaafan pun depan anak.
3. Tegas
Kena ada tapi ada batas, bukan macam gangster cari gaduh. Kelak anak pun jadi macam gangster dan suka buli kawan. Kurangkan jerit pada anak, ia menyebabkan ibu ayah stres. Suara yang perlahan dengan intonasi yang bermakna itu lebih anak-anak faham dan respect.
4. Wujudkan Sunnah Dalam Keluarga
Dekati Al-Qur’an, ajar anak hidupkan Sunnah Nabi. Cara makan, minum, tidur dan segala rutin harian yang diajar oleh Rasulullah SAW.
5. Bacaan Ma’thurat
Lazimi bacaan ma’thurat pagi petang sejak anak masih kecil. Anak akan membesar sebagai seorang yang berjiwa kental, berani, rohani yang terisi, cenderung melakukan kebaikan. Paling penting melaksanakan solat tanpa disuruh.
5. Ajar Kemahiran
Kebanyaknya skill dan kemahiran kepada anak, bukan sekadar teori. Anak yang tidak miliki kemahiran dalam ikhtiar hidup akan selamanya bergantung harap pada ibu ayah.
7. Berpada-Pada Bila Bagi Kesenangan
Biar anak belajar hidup susah, merasai betapa sukarnya untuk dapatkan sesuap nasi. Ia akan mendidik mereka supaya lebih pandai menghargai dan berusaha untuk hidup berdikari. Kemewahan hidup yang tiada batasan hanya merosakkan. Menjadikan anak manja, sombong, ego, tiada hati perut dan melawan cakap ibu ayah
Sabar, tidak pernah merasa penat dan sentiasa istiqamah mendidik anak-anak itulah kunci kepada ibu ayah yang berjaya.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Atas pelbagai faktor, kadang kala perkahwinan yang dibina terasa kosong dan hambar, meskipun pelbagai cara telah dicuba untuk menyemarakkan kembali hubungan ini.
Menurut perkongsian oleh Penceramah Motivasi, Ebit Lewterdapat empat perkara yang jika dilakukan setiap hari ia mampu menyatukan kembali hati suami isteri.
Berikut merupakan antara perkongsian beliau;
“Hari ini saya nak pergi Paramount Bangi Sentral, takdir Allah terjumpa seorang anak muda baru kahwin dalam 2 tahun. Terus dia tanya soalan..Alhamdulillah makbul doa saya nak jumpa ustaz… Saya datang sini dari jauh nak minta nasihat ustaz…
Perkahwinan Hambar
Ustaz, perkahwinan saya terasa hambar sangat..dua-dua sibuk kerja. Belum ada anak lagi. Tapi tak tahulah semuanya terasa kosong. Tak best lah kahwin ni..asyik bergaduh jer..isteri saya pemarah. Tak pandai jaga hati saya. Kuat melawan. Membebel. Tak sokong saya. Saya solat doa. Saya pergi majlis ilmu. Saya cuba buat macam-macam. Rasa macam semua dah cuba. Dah tak tahu macam mana tapi bergaduh jer..apa lagi saya boleh buat ustaz..
Adik pernah suap makanan dalam mulut isteri tak?
Makan satu pinggan kongsi dua orang. Pernah ke?
Takdelah ustaz. Masing-masing sibuk. Nak makan sama pun tak sempat…
Nikmatnya makan suap-suap. Cium tangan pasangan. Makan dari tangan orang kita sayangi kerana Allah. Sentuhan itulah nikmat dunia ini. Kasih sayang.. buatlah kerana Allah dan rasailah..
Itulah jawapannya. Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan orang yang kita cintai..Itulah sunnah Nabi saw. Ia menyatukan hati. Merapatkan hati yang jauh..
4 perkara semua orang lakukan setiap hari tetapi bila kita buat bersama ia menyatukan hati. Terutama suami isteri yang pasti dari latar belakang yang berbeza.
Satu makan sama-sama. Kedua tidur sama-sama. Ketiga mandi sama-sama. Keempat berjalan-jalan sama-sama.
Tambah 2 asas utama. Sama-sama solat dan hidupkan Ta’lim rumah..
Sedihkan bila sebuah keluarga tapi tak dapat nak duduk makan sama. Masing-masing sibuk pegang hp. Sibuk dengan tv dan kerja. Dulu-dulu semua bangsa melayu, cina, India makan sekeluarga. Orang jawa makan nasi ambeng. Dapat pahala suapkan isteri. Nabi saw makan dari tempat gigitan isterinya. Minum dari gelas yang ada kesan bibir isterinya..
Tidur pun dah jadi asing-asing. Ada suami tidur di ruang tamu. Isteri tidur seorang diri dalam bilik..Nabi saw tidur satu selimut dan bermesra bergurau walau isteri tengah haid. Itu semua mendatangkan rasa cinta dan sayang.
Ramai lelaki suka keluar melepak dengan kawan-kawan atau dengan aktiviti sehingga 2 pagi. Tak suka bersama isteri. Nabi saw bawa isteri makan jemputan orang bersama isteri dan berjalan-jalan sambil berbual dengan isteri pada waktu malam..
Ada orang nampak pasangan lari. Tak suka dekat-dekat. Rimas. Nabi saw mandi sekali dengan isteri dalam satu bekas sambil bergurau. Isterinya sapukan minyak pada badannya..
Saudara tadi kata. Allah banyak lagi saya belum buat ustaz..kelemahan saya..
Sikit jer tapi besar kesannya. Semua itu kita buat setiap hari. Cuma bila bersama orang kita cinta. Disayangi Allah. Diampunkan dosa. Dekat dengan Nabi saw. Iman bertambah. Bahagia dan rasa cinta bertambah setiap hari. Itulah sunnah..
Bila kita kenal Allah kita akan mensyukuri hidup ini. Bila ada rasa cinta hargai dan terus nikmatinya. Bawa pasangan dekat pada Allah. Solat tahajud sama-sama. Baca Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama-sama. Cinta dan rasa nikmat itu lebih dalam sangat dalam..Cubalah rasainya. Lalui hidup ini dengan cinta.
Isteri berkorban meninggalkan karier dan seterusnya memilih untuk menguruskan anak-anak dan keluarga bukanlah satu keputusan yang mudah. Tetapi kebanyakan mak-mak menganggap ia sebagai amanah dan tanggungjawab.
Jadi mereka tidak berkira walaupun penat setiap hari. Namun sebagai suami, sebaiknya sekali-sekala ikutlah kehendak isteri jika dia ajak bercuti. Sebenarnya isteri bukan mengada-ngada ajak bercuti, sebaliknya dia mahu menjaga emosi dan psikologi agar lebih segar.
Dulu saya ini jenis yang agak serius sikit. Saya fikir buat apa nak bercuti kalau tidak ada tujuan. Tengok youtube, search google pun boleh kalau nak tengok pemandangan kan.
Itu dulu. Sehinggalah satu hari hidup saya jadi macam tepu bila kena jaga isteri berpantang. Ya lah, tiap hari nak kena hadap anak. Tiap hari nak kena masak. Tiap hari nak kena cuci pinggan.
Rutin yang sama ini saja saya duduk ulang tiap hari. Rupanya rutin harian ini perlahan-lahan membuatkan hidup saya jadi tepu. Dia bukan penat fizikal sangat tapi lebih kepada ’emotional burnout’.
Masa itu lah saya baru sedar. Rupanya isteri saya bukan nak bermewah-mewah dengan ajak bercuti sangat. Rupanya dia nak keluar daripada ’emotional burnout’ saja!
Wajah Bersinar Bila Bercuti
Ini saya bawa anak isteri saya bercuti ke Port Dickson sekejap. Memang nampak bersinar-sinar wajahnya. Senyum je memanjang. Sebenarnya tak perlu bawa ke tempat mahal pun. Kadang ke kedai Eco ke kedai RM2 pun dia sudah suka sangat dah. Ikut bajet masing-masing saja sebenarnya.
Selama ni kita ingat isteri kita manja dan mengada-ngada nak ajak pergi bercuti rupanya memang benda ni keperluan bagi dia supaya emosi dan psikologinya tetap segar dan terjaga.
MW: Mengambil dan menjaga hati isteri tidaklah sesusah mana, paling penting bertolak ansur dan fahami emosi isteri. Setiap hari berada di rumah membuatkan isteri ingin keluar dan lari sekejap dari rumah yang menjadi tempat dia “bekerja” setiap hari. Bawalah isteri ke mana saja, mengikut bajet masing-masing.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kali ini team Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise ke Pasir Puteh, Kelantan. Pertemuan berlaku di hadapan Markas Jejak Jalanan dengan bantuan Abe Hae. Dengan...