Jika telah tiba waktunya, tidak akan lambat biarpun sesaat. Begitulah yang dialami oleh pasangan yang baru sahaja tiga hari mendirikan rumah tangga.
Mereka diuji hebat apabila suami terlibat dalam kemalangan jalan raya dan koma. Menerusi video yang tular, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati atas apa yang berlaku.
Sedihnya, lebih-lebih lagi pasangan ini baru saja tiga hari menikah, suami akhirnya meninggal dunia selepas koma.
Sedihnya Baru Tiga Hari Menikah
Ya Allah sebaknya! Hati mana yang mampu menahan sedih apabila kehilangan insan tercinta.
Tambah lagi, insan itu bergelar suami dan lebih menyayat hati, baru sahaja beberapa hari menikmati hari bahagia.
Itulah yang terjadi kepada seorang wanita di Sulawesi Selatan yang terpaksa berpisah mati dengan suaminya selepas tiga hari melangsungkan pernikahan.
Ads
https://www.instagram.com/p/CG7kr9TA1uS/
Suami Meninggal Selepas Koma
Lapor Tribunnews, suami wanita itu dikatakan telah koma sebelum meninggal dunia akibat kemalangan.
Sebuah video kisah mereka yang dikongsikan @dunia_kaumhawa telah tular di media sosial serta menarik perhatian warganet.
Melalui video itu, terpapar detik kegembiraan mereka berdua ketika hari perkahwinan dan graduasi si isteri.
Walau bagaimanapun, suasana bertukar duka selepas si suami kemalangan di mana hanya tinggal tangisan dan wajah sedih isteri menemani jasad suaminya yang sudah tidak bernyawa.
Rata-rata warganet terasa sebak dan meluahkan simpati kepada pasangan tersebut.
Kata mereka; airayunia007 – Aku pernah merasainya… Suami meninggal kemalangan ketika aku hamil 5 bulan, terasa bingung sedih tidak dapat terima dengan semua ini. Keikhlasan dan kesabaran diuji. cindyyas_ – Ya Allah semoga isterinya diberi ketabahan dan keikhlasan Amiin ya Rabb. nooraharrahman – Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik untuk urusan dunia dan akhiratnya. ita_rhoswantii – Ya Allah sedihnya… Semoga isteri yang ditinggalkan menjadi wanita kuat dan ikhlas. syarif_fudin – Semoga diberikan tempat terindah di sisi Allah, yang ditinggalkan diberi ketabahan, Amiin. riskandriana – Banyak kali tengok video ini… tetap nangis je melihatnya.
MW: Semoga isteri ini menghadapi ujian ini, bukan mudah menerima kehilangan insan tersayang apatah lagi suami yang sangat dicintai. Al-fatihah.
Ketika orang lain, ada kerja boleh dapat gaji penuh cukup bulan. Kesan dari pandemik Covid-19, ada rakyat yang terjejas mata pencariannya. Tak bergaji, dibuang kerja malah dicutikan tanpa gaji. Dalam masa sama, hutang pinjaman masih ditanggung.
Sekitar April lalu, peminjam yang terkesan kewangannya boleh menarik nafas lega kerana moratorium yang diberikan kerajaan. September ini, moratorium akan berakhir. Ada peminjam yang masih belum lagi pulih kewangannya.
Syukurlah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar selama tiga bulan kepada invidu hilang pekerjaan dan mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan pandemik Covid-19.
Dan ini yang dikongsikan Pe Chey, selain bersyukur dengan pengumuman yang diberikan PM hari ini, mak ayah jangan pula cepat terleka.
Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar
Ketahui dan fahamilah, bila mana Perdana Menteri umumkan lagi lanjutan Moratorium dan bantuan bank bersasar ini, itu petandanya keadaan ekonomi masih belum sihat semula.
Situasinya ialah kita tak boleh ramal apa akan berlaku bulan depan dan bulan bulan mendatang. Mohon fahamlah sesiapa yang baca coretan aku ini.
Makin ramai yang dibuang kerja, dicutikan atau terpaksa dikurangkan gaji. Ini bermakna kuasa beli rakyat yang dari kelompok ini sangat terjejas. Nak beli beras pun tak lepas.
Jangankan susu anak atau pakaian. Sungguh.
Pandemik yang berlaku ini bukan main main. Bukan juga kes terpencil kerasa kesannya seluruh dunia. Mujur, kerajaan hari ini tak bermain politik ” sangat”, dan kenampakan mereka berusaha untuk memahami permasalahan rakyat. Jika tidak, aku tak tahu apa akan jadi.
Bukan juga aku nak mewujudkan rasa takut di kalangan kalian yang membaca, cumanya, percayalah dan fahamilah, situasi sekarang perlukan kita semua bersatu dan mendengar arahan yang diberikan pihak berkuasa.
Kementerian Kesihatan kata, wujudkan penjarakan, maka tolonglah jangan berkumpul, berhimpun ramai ramai. Kena pakai facemask, tolonglah pakai. Jangan bersentuhan, makanya janganlah gatal bersalam atau berpelukan.
Itu sahaja yang sebenarnya mampu kita buat.
Ini kerana Covid-19 masih ada di keliling kita.
Kita boleh gelak, kita boleh ketawa, kita boleh persenda sebab kita belum kena. Cubalah kena, tak kira diri kita atau anak beranak, itu jam, barulah nak up kat FB post bernada sayu?
Lambat dah bro, sis. Kita mana nak jaga kita.
Tiap hari, kita dengar bacaan doa oleh Perdana Menteri baik di radio atau di dalam televisyen. Sayu suaranya, namun kita jauh sekali nak aminkan. Kita mungkin anggap doa itu seolahnya sekadar doa makan. Namun percayalah, betapa berat tanggungjawabnya mengetuai kerajaan yang perlu membuat keputusan yang tepat dan cekap.
Bayangkan kau yang baca ni, kau adalah seorang Perdana Menteri, kau rasa kau boleh tak buat keputusan yang realistik ?
Aku bagi peluang kau fikir dengan soalan tu.
#NfI
Kalau bernas, sharekanlah. Kalau tak, baca je.
Mereka Ini Bakal Nikmati Tawaran Lanjutan Moratorium
1. Individu yang hilang kerja pada tahun 2020 dan masih belum dapat pekerjaan baru, akan dapat menikmati lanjutan untuk tempoh tiga bulan. Selepas tiga bulan, tempoh itu boleh dilanjutkan oleh bank, bergantung kepada situasi individu.
2. Golongan yang masih bekerja tapi gaji terjejas atau berkurang akibat Covid-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung jenis pinjaman. Misalnya, pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran asuran bulana akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji.
Bantuan adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada gaji semasa individu berkenaan.
3. Semua peminjam individu atau perusahaan kecil sedehana (PKS), baik peniaga, penjaja atau yang bekerja tersendiri yang terkesan akibat wabak Covid-19. Bergantung kepada situasi peminjam-peminjam tersebut.
Bantuan ditawarkan termasuk membayar faedah saja untuk jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.
Pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.
MW : Jangan pernah terleka, kalau bukan kita yang jaga diri kita, siapa lagi yang nak diharapkan.
Perkara paling mendebarkan buat mana-mana wanita hamil, tentulah menghadapi saat bersalin dalam labour room. Kata orang ibarat bertarung nyawa. Sebab ibu masih sedar, mulut memang takkan berhenti dari berzikir dan berdoa.
Inilah pengalaman manis yang dilalui oleh Nur Hawaniece Mohd Husin bersalinkan anak ketiganya di Andorra Women and Children Hospital Seri Kembangan
“Syukur alhamdulillah Ya Allah. Akhirnya impian mommy nak bawa awak melihat dunia kat sini menjadi kenyataan. And the best part is awak dah jadi 1st Mutiara Andorra sayang.”
Kalau Ada Contraction Tengah Malam
Terang Nur Hawaniece untuk bersalin di Andorra, sekurang-kurangnya perlu 2 kali check up di situ. Nanti, mommy ada pilihan sama ada nak pilih Dr. Kam atau Dr. Lili.
“Aku memang check up dengan Dr. Kam. Ikutkan Andorra boleh beroperasi penuh on 22hb @ 7.00 am, tapi masa 21hb malam tu Andorra kol aku.
“Cakap kalau ada contraction tengah malam tu just datang je. Guard dan nurse dah standby untuk sambut kedatangan aku.
Lepas celebrate birhday anak aku yang 1st malam tu, aku start leaking pukul 3 pagi. Tapi air ketuban tak adalah keluar habis.
“Husband aku terus bawa aku gi Andorra sebab sebenarnya dah 2 hari keluar darah tapi tak ada contraction.
“Sampai kat Andorra around 3.45 am and guard dah ready standby bawa aku masuk. Dia call midwife dan dekat pukul 4 aku la orang 1st yang merasmikan labour room kat tingkat 4 tu. Bila chek jalan, baru buka 3.5cm.”
Dalam Labor Room
Midwife tu sangat bagus sebab dia tolong bacakan surah yasin dan ayat-ayat kat kita untuk kurangkan sakit contraction.
Pastu, kat luar pun ada ayat-ayat Al Quran terpasang. Walaupun sakit, tenang rasa hati. Tetiba aku feeling macam nak besalin anak 1st pula masa tu.
Jam 6.00 am
Bukaan baru 5-6 cm dan Dr Kam masuk tanya aku “Mama boleh solat lagi ni.. apa kata solat subuh dulu” (sangat syariah compliance).
“Diaorang providekan telekung dan tanya nak solat atas katil or duduk. Aku prefer duduk la sebab masih boleh tahan lagi.”
Ayat-ayat Al Quran sentiasa berkumandang untuk bagi kita selesa.
Jam 8.40 am
Aku dah start rasa kuat giler contraction dan dah tak tahan. Dalam 8.45 kot dah buka 10cm. Doc Kam masuk dan kepala baby dah nampak.
Walaupun dah anak ke-3 sebenarnya aku dah lupa macam mana nak teran.
Dengan bantuan kepakaran doc dan midwife serta nurse kat situ, diaorang guide aku. Dan 3 kali teran baby pun keluar.
“Alhamdulillah! Cara doktor sambut baby pun bagus. Dia jaga aurat kita.”
Part paling best is tak yah kena jahit. “Masya Allah, sampai 2 kali aku tanya doc betul ke tak yah jahit?”. Berbunga-bunga hati masa tu. Hilang kejap rasa sakit.
Doc sporting siap tanya husband, tak nak ambil gambar ke? Apa lagi, aku suruh husband aku record lah frutiful moment tu.
Alhamdulillah, doc bagi peluang kat suami untuk potong sendiri tali pusat baby. Macam blur je husband masa tu.
Pastu doc terus ucap tahniah, peluk dan kiss kita macam mak-mak kita. Touching dan terharu sangat masa tu. Nurse-nurse dan midwife pun banyak sangat membantu dan bagi semangat.
Thank you very much to Dr Khamsiah Muda and to all Andorra’ family untuk kenangan terindah ini. All of you did a very good job and we really appreciate and never forget this moment. The best place and professional team that we had in our life.
Welcome to the world baby.
Laila luthfia binti Azrul Anuar
22122017 @ 08:47am
3.33kg
Dalam Wad
Jam 10.30 am kot
Diaorang bawa aku turun ward dan surprise. Andorra bg PRIVILEGE SINGLE ROOM sebab 1st baby lahir kat situ. (Actually aku ambil pakej yang 4 bedded – refer pakej diaorang kat fb Andorra eh)
Sepanjang dalam ward aku dilayan macam permaisuri beb! Dari A sampai A semua diaorang buatkan termasuklah nak tolong mandikan aku sekali.
Ha, bestkan. Tapi aku mandi sendiri je sebab malam tu dan esoknya aku dah kuat sikit.
As usual doc akan melawat dan tanya perkembangan kita dan minta review pasal bilik ok ke tak, makan ok ke tak.
Makanan
Yang ni aku rasa paling best lah sebab Chef Zubirkan yang masakkan.
– ikan pun both favourite aku, salmon and kod.
– cuma 3 kali makan jelah kat sini.
– breakfast,lunch dan dinner semua superb. Tapi laki aku lah yang makan. Aku makan ikan je. (masih mengamalkan pantang cara lama hokey)
– kalau single room.. macam hospital lain gak. Boleh nak bawa the whole family tidur kat sana tapi bawalah toto sendiri ya. Kerusi boleh laras ada lah untuk seorang tidur.
– toilettries also provided except towel.
Extra
– The whole Andorra’s family sangat membantu
– Persekitaran sangat selesa
– Nurse-nurse sangat prihatin
– Promo price sangat WORTH IT
– tqsm kat suami Dr. kham sebab sudi tahniqkan baby.
Sesungguhnya, berhati-hatilah bila paparkan sesuatu di media sosial, sebaik-baik manusia pasti ada juga yang membenci. Betul tak?
Oleh sebab itu, mak ayah perlu berhati-hati kerana tidak semua kawan-kawan, keluarga atau orang di sekeliling kita boleh terima apa yang semua dikongsikan walaupun niat kita baik untuk berkongsi rasa bahagia atau apa saja.
Malah ada segelintir daripada mereka yang cuba sebarkan fitnah atau mengeji di belakang kita dan ada juga yang tergamak menyihir kerana sakit hati.
Berhati-Hati Paparkan Sesuatu Di Media Sosial
Kongsi Fareiza Arianna, kisah disihir atau terkena buatan orang ni bukan baru di kalangan masyarakat kita. Benda ini sudah lama berlaku. Kita tahu dan sedar benda itu, tapi awareness kita pada perkara itu sangat kurang.
Contohnya bila ada orang share yang si A ni terkena buatan orang, mulalah orang kita ini akan gelabah. Kita sedar yang perbuatan menunjuk-nunjuk ini tak elok, datangkan bahaya sebab bukan semua orang akan suka. Tapi setakat itu sajalah. Sebulan, dua lepas kes itu senyap, kita ulang balik perangai lama kita.
Ikut Trend Media Sosial
Sebab apa? Sebab sekarang ini masyarakat kita seolah-olah ada satu penyakit. Selagi tak tunjuk dekat media sosial, selagi tu rasa macam tak best, tak diterima ramai. Kena tunjuk lifestyle mewah dan trendy, kena bergaya dengan barangan berjenama.
Wajib ikut trend hobi mewah walaupun sebenarnya kau tak minat pun benda tu. Sedar tak sedar, kita create satu gaya hidup just to please other people. Demi nak orang suka, hendak orang kagum dengan kita.
“Ishh…kenalah bergambar dengan kereta mewah, nanti orang kata aku tak berjaya pulak.”
“Mesti tunjuk handbag dengan barang kemas aku beli ni, barulah orang kagum tengok.”
“Kena tunjuklah sweet-sweet dengan pasangan ni, karang orang kata tak bahagia pulak.”
Begitulah… Hidup kerana “nanti orang kata.” Itu sebab semua benda hendak tunjuk. Pantang beli benda baru, mesti nak up dekat media sosial.
Benda privasi macam kemesraan pun habis semua nak tayang. Hidup kerana content, demi sebuah content. Benda ini penyakit sebenarnya, sebab hidup macam dah berpaksikan penerimaan di media sosial semata-mata.
Banyak lagi benda-benda baik yang kita boleh kongsi di media sosial ni, bukan semata harta benda. Mostly orang yang saya follow dekat media sosial ini semua sebab penulisan mereka.
Saya suka baca apa yang mereka tulis. Rasa minda dan jiwa terisi, rasa terdidik, rasa nak perbaiki diri lepas baca. Orang-orang yang saya follow ni, saya tak pernah tahu pun mereka pakai kereta apa, rumah besar mana…
Sebab mereka pun tak pernah tunjuk apa yang mereka ada. Saya pun tak ada nak ambil tahu benda tu semua…dan saya percaya, ramai juga orang yang macam saya.
Sebaik-Baik Manusia, Pasti Ada Yang Membenci
Di sini, saya kongsikan lima perkara yang tidak perlu ditayang untuk tatapan umum:
1. Ibadah dan amalan
2. Kebahagiaan atau penderitaan dalam perhubungan
3. Masalah dan kesusahan
4. Sedekah dan kebaikan
5. Pendapatan dan kekayaan
Sebaik-baik manusia, pasti akan ada orang yang membencinya. Kena ingat, bukan semua orang suka pada kita. Akan ada orang yang tak suka kita walau kita tak pernah kacau pun hidup dia. Berhati-hatilah bila memaparkan sesuatu di media sosial. Hanya kita sahaja yang mampu ubah diri kita.
Mingguan Wanita : Oleh itu, bersederhanalah dalam apa cara sekali pun termasuklah memaparkan tentang kita di media sosial. Benar tidak dinafikan media sosial memang hak kita, namun berhati-hatilah kerana lambat laun mak ayah juga yang merana.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...