Sedihnya apabila melihat sebuah video yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew tentang kedaifan sebuah keluarga yang tinggal dalam sebuah pondok buruk di celahan semak.
Bagus sungguh, Ustaz Ebit Lew sikapnya yang mulia dan prihatin tak pernah putus semangat untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia.
Sedihnya, 6 Bulan Keluarga Ini Tinggal Di Pondok Buruk
Keadaan keluarga daif itu yang tinggal di Kajang cukup menusuk sanaburi, malah khabarnya pasangan suami isteri dan dua orang anak remajanya itu sudah enam bulan tinggal di pondok buruk itu.
“Sayunya hati. Tadi kami ke Kajang Selangor. Dapat berita sepasang suami isteri dengan dua orang anak remaja sudah enam bulan tinggal dalam pondok buruk di celah semak sebelah laluan kereta api.
“Kasihan mereka. Mak dan adiknya telah pergi menumpang di rumah saudara. Ujian mereka. ayah bekas askar. Anak lelakinya 18 tahun kerja kutip sampah. Rajin orangnya. Tiada SPM last belajar darjah 6. Saya tengok ic. Alamat Kajang.
“Menangis Melihat Keadaan Adik Ini”
Ads
“Menangis melihat keadaan adik ni. Saya minta team ambil mak dan adiknya. Supaya semua dapat duduk semula kembali. Saya carikan rumah sewa untuk mereka. InsyaAllah kita akan bayar sewa bulannya sehingga mereka boleh berdikari sendiri. Syukur dapat cari rumah yang selesa berdekatan kilang cermin. Adik ni nak buat part time disitu.
“Adik ni menangis gembira. Muda lagi dapat beri kehidupan baru buat keluarga. Kata saya,dulu saya tiada duit keluarga saya susah. Sekarang Allah beri rezeki lebih sikit pada saya tapi mak ayah saya dah tiada. Adik syukur muda-muda kerana rajin Allah takdirkan kita berjumpa disini. Terima kasih ustaz.
“Terima kasih kak Rose dan keluarga yang mesej saya dan masyarakat sekitar yang selalu dan banyak membantu.
Semoga Allah Bantu Mudahkan
“Adik tadi nak belajar solat dan lain-lain. InsyaAllah kami akan membantu. Doakan ye buat keluarga ini yer.
Ads
“Semoga Allah bantu mudahkan. Terima kasih semua masyarakat badan kerajaan dan bukan. Terima kasih Masjid dan Pusat Zakat. Terima kasih NGO semua. Terima kasih yang bersama usaha ini. Terima kasih jiran masyarakat prihatin. Terima kasih semua. Kami cuma debu dan baru merangkak dalam usaha yang besar ini.
“Dengan pertolongan Allah juga. Tiada daya upaya melainkan pertolongan Allah. Terima kasih semua masyarakat Malaysia tanpa kira agama bangsa dan negara,” tulis Ustaz Ebit.
Hari ini anak sulung personaliti TV, Irma Hasmie Binti Ibrahim dan suaminya, Redza Syah Azmeer Radzuan genap 5 tahun. Rupanya sejak usia 2 bulan, Irma Hasmie dah bisikkan doa yang baik-baik, yang manis-manis untuk anak lelakinya itu, Redza Syah Irfhan.
Dalam perkongsiannya ini, Irma maklumkan yang dia dah simpan lama video doa anaknya itu. “Waktu ini Irfhan usianya baru 2 bulan. Moga Allah mendengar dan makbulkan doa buat anak-anakku.”
Dan video itu sudah disampan lama dekat lima tahun, Irma kongsi semula. “Subhanalllah… Hari ini usia Redza Syah Irfhan genap 5 tahun. Syulkur Alhamdulillah, terima kasih atas anugerah ini Ya Allah.”
Akui Irma lagi memang sejak dari awal dia mahu anak kecilnya itu belajar surah Al-Ikhlas. “Surah Al-Ikhlas pula antara surah terawal yang Irfhan belajar.
“Surah ini banyak fadhilat dan khasiatnya. Saya memang minta Irfhan amalkan selalu.” Terang Irma yang juga mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Irma Nur Naylie, 4 tahun.
Ini Fadhilat Surah Al-Ikhlas
SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama.
Malah surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT. .
Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan.
Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan linguistik terhadap surah itu sendiri. .
Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
Mak-mak dah fahamkan kebaikan surah Al-Ikhlas ini, marilah kita dekatkan anak-anak dengan bacaan dan penghayatannya. Moga keluarga kita akan sentiasa dalam lindungan rahmat Allah.
MW ucapkan selamat hari lahir buat Redza Syah Irfhan menjadi anak yang soleh dan menjaga ibu dan ayahnya.
Dengar Doa Yang Irma Hasmie Bisikkan Di Telinga Anak
Hal tersembunyi yang ejen mungkin tak beritahu bila melabur di unit trust, semuanya janji pulangan tinggi. Pasti ramai di antara kita tahu tentang pelaburan di unit trust. Ramai dijanjikan pulangan tinggi, lebih dari kadar di peroleh dari dividen KWSP.
Memikirkan akaun satu KWSP boleh diambil untuk pelaburan di unit amanah, pasti ramai yang membuat pelaburan ini. Tapi adakalanya, sikap “tidak membaca, mengambil tahu lebih lanjut” dan hanya bergantung kepada penerangan ejen unit trust, membuatkan sebahagian pelabur tidak memperoleh pulangan tinggi seperti diharapkan.
Perunding kewangan, Afyan Mat Rawi di fbnya berkongsi 5 perkara yang mungkin ejen unit trust tak beritahu dan ilmu ini boleh menjadi panduan buat mereka yang baru berjinak-jinak melabur di unit trust.
Hal “Tersembunyi” Yang Ejen Mungkin Tak Kongsi Bila Melabur Di Unit Trust
Ini perkongsiannya :-
5 perkara yang “mungkin” ejen unit trust tidak beritahu…
Tulisan dan poster asal daripada weblog KC Lau, antara financial planner berbangsa Cina di Malaysia. Blog beliau antara rujukan awal saya sejak lebih 10 tahun dahulu.
Saya tulis balik menggunakan bahasa Malaysia. Tajuk asal ialah “5 things unit trust consultant will not tell you…” yang saya terjemahkan secara bebas dengan tajuk “5 perkara yang “mungkin” ejen unit trust tidak beritahu… ” dengan bantuan ChatGP dan sedikit tokok tambah.
Link asal saya kongsikan di ruangan komen untuk pemahaman penuh.
Menabung dalam dana unit trust adalah satu cara yang popular untuk melabur, selain daripada pelaburan emas, hartanah, saham dan sebagainya.
Bagi individu yang belum mempunyai pengalaman dalam pelaburan, ejen dana unit trust biasanya akan membantu mereka membuat keputusan pelaburan yang bijak.
Dalam artikel ini, akan dikongsikan 5 perkara penting yang ejen unit trust mungkin tidak memberitahu pelabur-pelabur, terutamanya mereka yang baru memulakan pelaburan.
#1: Mampu mengatasi pulangan simpanan tetap / fix deposit (FD) & KWSP
Sebelum membeli unit dana, pelabur perlu memahami bahawa dana unit bukanlah satu-satunya pilihan untuk melabur.
Contohnya, wang simpanan tetap (FD) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga boleh menjadi pilihan dengan risiko yang rendah.
Bagaimanapun, jika anda ingin melabur dalam dana unit trust, anda perlu memastikan bahawa ia mampu menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi daripada FD dan KWSP.
Ejen unit trust mungkin akan memberitahu anda bahawa dana unit trust yang mereka tawarkan mampu memberikan pulangan pelaburan yang tinggi, tetapi pelabur perlu melakukan kiraan sendiri untuk memastikan ia benar-benar berbaloi. Selain daripada itu, pelabur juga perlu mempertimbangkan caj pengurusan dan caj wakil yang perlu dibayar kepada pengurusan dana.
Dalam sebuah wawancara, CEO KWSP pernah berkongsi bahawa hanya 20% pencarum yang mengeluarkan wang daripada KWSP yang mendapat pulangan melebihi KWSP.
#2: Prestasi Dana Unit Trust
Ejen unit trust biasanya akan menekankan prestasi dana unit trust yang mereka tawarkan.
Namun begitu, prestasi dana unit trust tidak boleh dianggap sebagai petunjuk prestasi masa depan.
Kebanyakan dana unit trust menggunakan nilai bersih aset (NAV) sebagai petunjuk prestasi dana. Namun, pelabur perlu memahami konsep “Fund Volatility Factor (FVF)” yang digunakan untuk mengukur ketidakstabilan prestasi dana dalam masa tiga tahun.
Jika nilai FVF adalah 10%, ini bermakna prestasi dana boleh meningkat atau menurun dalam julat +/- 10%. Oleh itu, dana dengan nilai FVF yang tinggi mempunyai ketidakstabilan prestasi yang lebih tinggi daripada dana dengan nilai FVF yang rendah.
Pelabur boleh semak volatility dana unit trust yang mereka ingin labur menggunakan fund fact sheet.
#3: Adakah Saya Membeli Dana Dagangan?
Ejen unit trust mungkin akan memberitahu pelabur bahawa dana unit trust adalah pelaburan jangka panjang dan bukan untuk tujuan jangka pendek.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa dana unit trust yang beroperasi seperti dana dagangan.
Oleh itu, jika pelabur memilih untuk melabur dalam dana unit trust, mereka perlu memastikan bahawa dana tersebut mempunyai objektif pelaburan yang sesuai dengan matlamat pelaburan mereka.
Semuanya Janji Pulangan Tinggi
#4: Jaminan Pulangan
Maaf jika saya menulis perkara ini. Walaupun terdapat banyak perunding yang mempunyai perkhidmatan pelanggan yang hebat, namun harus diingat mereka ialah ejen kepada syarikat pelaburan yang mereka wakili. Saya percaya keutamaan semua perunding adalah untuk menjadikan prinsipal masing-masing kaya dahulu berbanding dengan pelabur. Biar saya terangkan.
Sebelum melabur dalam unit amanah, kita perlu memahami bahawa risiko pelaburan adalah seiring dengan pulangan. Oleh itu, kita perlu mengambil kira risiko dan faedah yang terlibat dalam setiap pelaburan yang kita lakukan.
Ini termasuk kos-kos yang terlibat seperti caj jualan, yuran pengurusan, yuran amanah, caj pertukaran dan kos-kos lain yang mungkin dikenakan.
Bagi perunding unit amanah, mereka mendapat keuntungan daripada pelabur melalui caj dan yuran yang dikenakan, sama ada pada ketika market baik atau buruk.
Walau bagaimanapun, bagi pembeli atau pelabur, kita perlu membayar yuran untuk mendapat peluang untuk mendapat keuntungan daripada menjual unit pada harga yang lebih tinggi daripada harga pembelian.
Ini bermakna, pembeli mempunyai risiko untuk kehilangan wang jika nilai aset tidak bertambah pada masa depan.
Oleh itu, sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam unit amanah, kita perlu memahami risiko dan faedah yang terlibat dalam pelaburan.
Harus diingat, perkara ini turut berlaku dalam mana-mana pelaburan lain seperti emas, saham, hartanah, kripto dan sebagainya. Semua pelaburan akan ada kos dan risiko yang tersendiri. Yang pertama untung ialah ejen, broker, syarikat atau platform pelaburan terbabit.
#5: Saya Seorang Pelabur Berisiko?
Banyak orang percaya bahawa pelabur saham adalah pelabur yang berisiko tinggi. Namun, hakikatnya, sebelum melabur, pelabur saham adalah orang yang konservatif. Mereka ingin tahu apa yang mereka pelaburkan, bagaimana wang mereka digunakan, potensi pulangan dan bagaimana risiko dapat diurangkan.
Sebelum melabur dalam saham, pelabur perlu membaca dokumen rasmi seperti laporan tahunan, laporan suku tahunan, siaran media dan pembentangan pelabur untuk menilai pelaburan.
Ini berbeza dengan unit amanah, di mana kebanyakan orang membeli unit tanpa mengetahui bagaimana wang mereka dilaburkan dan hanya mengharapkan nilai unit akan meningkat pada masa hadapan.
Kepada perunding unit amanah, pastikan anda memberikan penjelasan yang jelas mengenai bagaimana wang pelabur akan dilaburkan. Pelaburan tanpa pengetahuan adalah sangat berisiko dan dapat menyebabkan kerugian besar dalam jangka panjang.
KESIMPULANNYA, ini beberapa tips untuk memilih dana pelaburan yang tepat:
– Cari dana dengan caj jualan yang rendah atau tiada caj jualan langsung.
– Tanyakan FVF & PTR dana.
– Tanyakan tentang pengagihan dana.
– Bandingkan prestasi dengan simpanan tetap (FD) dan KWSP.
Bersyukur anak-anak kita dapat pinjaman buku teks, namun tidak semua bernasib baik apabila buku yang diterima rosak dan tidak dijaga dengan baik oleh pelajar tahun sebelumnya.
Sebagai mak, pasti anda tak senang duduk bila buku teks yang diterima dalam keadaan begitu. Mungkin perkongsian ibu ini dapat dijadikan contoh. Mungkin buku teks yang kurang elok dapat diberi nafas baru dan kelihatan seperti baru, Jadi tidak perlulah membazir membeli buku baru.
Buku Teks Terakhir Di Repair . Rezeki dapat buku teks barai tak ada kulit belakang, kulit depan pun dah koyak hampir separuh ️. . Buku Text BI Superminds ini buku teks paling mahal kalau nak beli baru. . Nak tukar lain cikgu kata tak ada stok. . Tapi tak mengapa, ummi boleh adjust punya . Beli manila kad, cari colour yang paling hampir dengan warna buku. Manila kad ni keras sikit dari manila kad biasa. Manila kad biasa harga RM 0.70 tetapi yang ini RM 2.30 sekeping.
Langkah demi langkah:
Langkah 1: Ok mula-mula kita potong ikut saiz buku.
Langkah 2: Lekatkan double sided tape di bahagian sisi tulang buku teks. Lekatkan kad manila yang telah dipotong tadi. Yeah jadi dah kulit buku. Takkan nak biar kosong gitu je nanti anak tak kenal itu buku apa. Nak tulis tajuk buku guna tangan hodoh pula nanti . Jom kita cantikkan buku teks ni.
Langkah 3: Google cari gambar kulit buku teks depan, belakang. Adjust edit size yang sesuai (sebab ada gambar saiz kecil, ada pula gambar pecah). Bila dah edit, kemudian printlah. Kalau malas nak google, malas nak edit boleh je pinjam buku teks kawan then fotostat warna.
Langkah 4: Tampal gambar kulit buku tu kemas-kemas. Guna gam stick / kalau guna gam cair nanti bertompok kertas.
Langkah 5: Guna self-adhesive sticker untuk balut kulit buku. Mula lekat dari tengah tulang buku (ikut jelah panduan pada kertas sticker tu). Part ini perlu kesabaran tinggi dan dibuat dengan lemah-lembut agar lekat smooth agar tak berkedut or ada bubble terperangkap.
Langkah 6:
Tadaaa siap dah. Nampak macam buku baru kan? oh ya, sticker kulit buku tu pilih jenis emboss lagi better dari jenis clear. Harga pun mahal sikit jugalah RM12 ada 10 pieces tapi takpelah sebab pegang pun sedap, grip dan tak licin.
[ update ] Bahagian dalam kulit buku pun kita tampal guna self-adhesive sticker. Barulah nampak macam laminate.Bahagian dalam antara kulit buku dan muka surat pun kita selotape juga agar lebih kukuh sebab bahagian kelepet tu anak akan buka tutup buku (guna selotape size kecil pun sudah memadai)
MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu mak-mak yang runsing tengok buku teks anak yang rosak. Kosnya tak mahal dan anda tak perlu membeli buku teks baru. Jadi boleh berjimat.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.