
Tular di media sosial gambar serpihan pesawat Lion Air, ini satu ujian besar buat keluarga mangsa.
Kalau empat tahun lepas Malaysia pernah kehilangan pesawat MH370, yang sedihnya belum terubat. Namun kali ini Indonesia, kehilangan JT610 pesawat Lion Air yang terhempas di tengah laut di Tanjung Karawang, Indonesia.
Lebih mencuit emosi, dalam pesawat ini ada 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.
Pesawat Lion Air Terhempas Selepas 13 Minit
Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang dipercayai terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.
Kisahnya, Pesawat Lion Air JT 610 itu baru sahaja berlepas dalam 13 minit yang meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan tiba-tiba terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.
Sebenarnya ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).
Tetapi melalui jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, pesawat dari jenis Boeing 737 MAX 8 disahkan telah terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang terlibat. Cukup perit untuk ‘telan’ berita ini, namun kita hanya mampu berdoa moga segala urusan pencarian dipermudahkan.
Sumber: Astro Awani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Baik Berubah Dingin, “Suruh Isteri Keluar Bekerja & Belajar Berdikari, Rupanya Tanda Ajal Makin Dekat…

Isi Kandungan
ToggleSuami Baik Berubah Dingin, Pulau Isteri & Suruh Bekerja
Jelasnya, orang kerap bertanya dari mana dirinya mendapat kekuatan menghadapi ujian ini tapi sebenarnya sebelum semua kejadian ini terjadi, ada perubahan dalam rumahtangga mereka hingga membuatnya berasa dipulaukan tanpa sedar itu adalah cara suami mempersiapkan dirinya menghadapi ujian di masa akan datang.

Rahsia Tuhan yang selama nih saya pertikaikan kenapa saya diuji begini? Tahun nie, merupakan tahun yang berat dan tahun yang banyak buat saya rasa sedih. Sebab perubahan drastik arwah terhadap saya. Macamna burn out saya dengan sifat dia yang 100% berubah dengan saya. Saya rasa betapa dia tak sayang saya lagi, dia tak peduli saya lagi.

Saya tertanya, di mana kekurangan saya sebagai isterinya tapi tak ada jawapan…
Dia menghalang keras untuk saya bekerja sepanjang tempoh kami berkahwin tetapi pada bulan Julai, dia suarakan untuk saya kembali berkhidmat dengan KAFA. Kata beliau, sebab tak nak saya sunyi. Sukar untuk saya faham ketika itu kenapa dia suruh saya buat semua sendiri. Dari urusan mencari nafkah hingga urusan anak-anak dan urusan-urusan lain yang dia buat selama ini.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Bukan Semua Lelaki Itu Sama, Ramai Suami Baik “Pastikan Anak Isterinya Tak Lapar Di Rumah”
2 bulan sebelum ajal, suami menghilangkan diri…

Saya akan cerita pada anak-anak Babah mereka seorang superhero…
Balik rumah bertambah sedih bila saya tengok arwah dah siap asingkan baju-baju arwah ke dlm plastik. Baju last dia pakai semua dia basuh siap-siap. Tak ada baju yang dia pakai bersepah kat lantai. Dah mungkin, dia tak nak saya rindu dia. Rumah pun dia dah kemas rapi-rapi.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki Balik Kampung Ke Kelantan, Kentalnya Semangat Nak Mengundi

Isi Kandungan
TogglePelajar OKU nekad jalan kaki balik kampung ke Kelantan. Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) akan diadakan esok, pertama kali remaja berusia 18 tahun akan mengundi. Malah ada yang menyifatkan gelombang keterujaan anak muda yang pertama kali mahu mengundi.
Dek kerana mahu melunaskan tanggungjawab kepada negara, seorang pelajar kelainan upaya (OKU) gigih berjalan kaki untuk pulang ke kampungnya di Kelantan.
Pelajar OKU Nekad Jalan Kaki Balik Kampung Ke Kelantan
Demi tanggungjawab sebagai pengundi, Muhammad Haikal Noor Azmin, 18, yang juga merupakan pelajar Kolej Komuniti Kepala Batas di Pulau Pinang tekad untuk berjalan kaki ke kampung halamannya.
Perkara itu terjadi dek kerana tiket bas ekspres untuk pulang ke Kelantan dikatakan habis dijual.
Muhammad Haikal yang juga seorang OKU Pertuturan dan Pergerakan berjalan sendirian sambil menyorong beg pakaian. Kebetulan ketika itu pensyarahnya bertemu dengan pelajar tersebut.
Ditemui Keletihan
Seperti mana dipetik menerusi Kosmo Online, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Ts. Jasni Mohd. Yusof menyatakan pelajar tersebut ditemui dalam keadaan keletihan namun tetap mahu meneruskan perjalanan pulang ke kampung halamannya.
“Muhammad Haikal adalah pelajar bidang Sijil Animasi 2D dan dia juga kurang sempurna daripada segi pergerakan dan pertuturan namun semangatnya kuat.
“Kita mengambil inisiatif dengan menghantar Muhammad Haikal pulang Kelantan menggunakan kenderaan jabatan hari ini supaya boleh mengundi Sabtu nanti.
“Sumbangan turut dibuat oleh semua kakitangan kolej bagi memudahkan urusan perjalanan pelajar berkenaan,” ujarnya.
Baca Disini : Lima Tahun Lagi, Ikut Cara Ini Kalau Hendak Mengundi Dengan Mudah Dan Cepat.
Jenis-jenis Perangai Masa Pilihan Raya, Pernah Pergi Mengundi Ke Tidak?
Terharu Dengan Bantuan dari Pihak Kolej
Muhammad Haikal juga menerangkan dia begitu terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kolej berkenaan.
Bantuan tersebut juga meringankan beban keluarganya. Anak sulung dari lima beradik itu telah kehilangan ayah tercinta sejak berusia 11 tahun. Sejak ayahnya meninggal dunia Muhammad Haikal memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mingguan Wanita : Alahai bersemangat sungguh adik ni nak balik mengundi. Bagusnya dia!
Sumber : Kosmo Online
RAHSIA CANTIK NASHA AZIZ
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Pernah Jadi Jutawan Sombong’ Sehingga Allah Tiupkan Rasa Rindu Bersolat, Dhuha Dan Tahajud

Isi Kandungan
TogglePerjalanan hidup wanita ini, Sri Hanni Borhan sarat pengajaran. Pernah satu ketika diuji dengan rasa bongkak dan sombong dengan Allah. Sampailah satu hari, Allah tiupkan rasa rindu nak bersolat, berdhuha dan bertahajud.
Sayangnya, proses penyerahan jiwa kepada Yang Esa, tidak semudah hambaNya yang lain. Dia tak boleh berdhuha mahupun tahajud. Kerana, pada tahun 2016, wanita ini pernah melakukan satu kesilapan kepada Yang Maha Pemberi Rezeki.
Nak Murah Rezeki Jadi Jutawan, Jangan Blok Hati Bergantunglah Pada Allah
Lalok rupanya minum air gula ni ya?
Dah tidur, bangun, makan, tidur, bangun, ketawa mudah terhibur.
Huh! dahsyat penangan air gula.
Mak ayah,
Saya nak share satu je dalam perjalanan hidup ini. Kalau boleh jangan buatlah. Kalau ada pilihan elakkan.
Suka saya nak sampaikan pada mak ayah.
Nak murah rezeki ni, nak jadi jutawan, saya syorkan jangan blok hati. Diri kita ni baik ke, nakal ke, tutup aurat ke, tidak ke. Satu je pesan saya. Jangan sebab ada duit pergi cari bomoh buat pendinding ke, pelaris ke, kebal ke, pengasih ke, semua tu tak payah.
Perjalanan saya sehingga jadi juta-jutawan, saya sedikit tiada pergantungan dengan bomoh. Bila sudah berjaya, sudah betol-betul kaya, saya terikut-ikut kata orang untuk kebal.
Pendinding kerana takut orang cuba gagalkan saya, buat saya sakit, dan tidak mahu dicantas atau disailang.
Perjalanan selama setahun, saya mengenali guru-guru hebat ni, hidup saya tidak tenang walaupun kaya.
Sehingga saya buang balik, baru saya sihat dan relevan. Tiada kebocoran wang dan hati sangat tenang walaupun melalui proses pembuangan tu saya mengalami konflik emosi yang maksimum sehingga cenderung membunuh diri sendiri.
Confius terhadap Allah, itulah dugaan-dugaan yang kita terima tanpa fikir akibat.
Tahun 2015 Adalah Proses Saya Mengumpul Kesesatan
Sayang-sayang jangan pernah takut akan rezeki Allah. Proven saya jutawan, adalah sepenuhnya pergantungan kepada Allah dari tahun 2005 sehingga 2015.
Tahun 2015 adalah proses saya mengumpul kesesatan dengan bomoh-bomoh ni.
Dan tahun 2016 saya sudah jadi orang yang bongkak dan terlalu sombong dengan kekebalan, kekuatan tanpa sakit.
Sehingga ada satu hari Allah meniupkan rasa kerinduan setiap hari untuk saya bersolat, buat dhuha kembali. Malangnya.. Bila bersolat tahajud, berdhuha seperti biasa, lagi banyak bayangan hantu muncul di sana sini, emosi jadi tidak tenang mudah marah dan naik angin.
Kesombongan saya terlalu tinggi sehingga saya rasa itu bukan diri saya.
Jika saya demam atau sakit, bila masuk hospital, doktor mempunyai masalah cucuk jarum ke any part of my body. Jarum akan bengkok dan rosak. Kalau nak bagi saya tidur, mereka akan guna high dos.
Setiap Kali Mendekati Allah, Itulah Emosi Dan Fikiran Jadi Celaru
Sepanjang tahun 2017 saya melalui proses penyingkiran berperingkat termasuk pergi umrah dua kali.
Dan setiap kali kita mendekati Allah, setiap kali tulah emosi, fikiran kita akan bercelaru tahap nak pecah otak tentang kompiusnya hidup ini.
Alhamdulillah..
Sekarang kita semua berada di penghujung tahun 2018.
Saya rasa bersyukur, saya dah boleh kembali mengaji, solat dengan hati yang lapang, tenang dan sejuk tanpa kompius.
Dan saya juga rasa, kebocoran rezeki sudah tiada sejak awal tahun 2018.
Jelas sangat, Allah tahu rezeki tu kita minta ke dia atau tak.
Aku Rindu Diriku Sendiri, Kenapa Allah Tak Beri
Mak ayah nak tahu, rezeki yang saya wakafkan, agihkan beras-beras, susu-susu tu semua adalah penghasilan sebelum saya terjebak dengan perkara tu. Itulah penghasilan terkumpul untuk dana wakaf dan sedekah (infak).
Bila start 2015, bila saya terjebak perkara tu, tabung infak kita tak terisi. Malah kita berinfak selama 2 tahun kebelakangan ni dari rezeki kita kumpul pada peringkat awal-awal tahun 2010 hingga 2015 (berkatnya rezeki tu kita ada lagi sampai hari ini untuk diagih-agihkan lagi. Can you imagine keberkatan rezeki yang Allah beri).
Bila saya tengok tabung infak tak terisi dari keuntungan syarikat pertengahan 2015, saya terfikir-fikir hebatnya jualan berbelas juta, tapi dimana penghasilannya yang saya dah janji untuk berkongsi.
Saya muhasabah diri, ‘Oh! mungkin aku lupa diri, mungkin aku mungkir janji. Lalu… Selalu saya update ‘Aku rindu diriku sendiri’ Kenapa Allah tak beri?
Hari ni, bila saya nak siapkan workbook, forecast 2019. Saya kaji perjalanan financial, kehidupan saya 2018.
Ya Allah.. Tanpa saya sedar hidup saya jauh lebih baik, jauh lebih tenang walaupun rumahtangga berkocak sekali sekala. Saya syukur sangat.
Tiada kesempurnaan tu datang semua, takut – takut kita lupa meminta pada yang Maha Pemberi. Saya senyum lagi.. tak tahu kepuasan apa yang sedang menguasai diri ini, rasa bersyukur sangat.
Dan Saya bersyukur saya dapat lalui 2017 dengan kuat. Saya bersyukur saya berjaya harungi ombak besar 2018. Ya, saya bersyukur sangat, untuk 2019 saya tahu.. Bukan ada ketenangan dalam hidup pun, dan saya sentiasa bersedia.
Dan saya sentiasa menyusun setiap strategi, setiap jadual kerja saya, perancangan yang teliti, plan by plan.. Back up by back up things.
Mak ayah kena paham satu je,
“Kejayaan bermula dengan persediaan”
Bukan kita minta saja atau tunggu saja.
Pesan hani: Facebook tempat menulis, bukan realiti kehidupan.
Sumber/Foto : Sri Hanni Borhan
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI