Pernah tak terfikir, kita ingin bersedekah tetapi mengenankan kita pun hampir tiada apa-apa, jadi hasrat itu dilupakan. Sedangkan kita tidak tahu mungkin dengan sedekah itu menjadi asbab untuk kita memperolehi rezeki yang lebih baik.
Ada juga kisah orang yang bersedekah walaupun tidak mempunyai apa-apa. Sekali takdir Allah, dia memperolehi rezeki yang tidak disangka-sangka. Hebatnya bersedekah.
Begitu juga dengan bacaan Al Fatihah, jangan ingat kita membacanya ketika solat sahaja. Doakan mak ayah, untuk anak-anak dan sebagainya, mulakan dengan membaca Al Fatihah. Moga-moga ia dapat membantu kita untuk jadi lebih baik lagi.
Perkongsian daripada Busseroa Abd Jalil ini boleh dijadikan panduan untuk kita semua.
Sedekah Setiap Hari
Kata Puan Noraini pengasas produk Nurraiysa, hidupnya berubah 100% selepas beliau amalkan nasihat daripada seseorang iaitu:
“Kita mesti bersedekah setiap hari”.
Kata seorang ustaz pula dalam satu kuliah, sedekah yang paling bermakna adalah sedekah di saat kita pun hampir tiada apa-apa.
Ads
Dalam sebuah buku yang saya baca pula berkata, berilah sedekah tanpa mengira walau sesiapapun penerimanya kerana jika si miskin yang menerima kita membantunya. Jika yang menerima itu si kaya maka kita memberinya idea untuk turut bersedekah. Dari segi besar atau kecil pahala yang diterima itu reward daripada “Dia” dan pastinya bukan urusan kita.
Jadi, untuk combined ketiga-tiga teori ini bukan mudah. Sedekah setiap hari, sedekah walaupun kita susah dan sedekah tanpa melihat siapa. Maka apa yang saya buat?
Ads
1. Jika saya melihat sesuatu makanan terutamanya dan saya tahu makanan itu digemari oleh seseorang pasti saya akan membelikan untuknya walaupun sedikit. Misalnya ikan bawal putih dalam gambar di bawah. Saya dan famili tak minat ikan tersebut tetapi kalau terjumpa ikan tersebut saya akan beli untuk uncle cina di sebelah rumah saya. Uncle tinggal berdua dengan isteri, jadi beli 2 ekor pun dah banyak.
Setiap kali saya bagi mesti uncle cakap…
Aya Era… ini ikan manyak mahal… You susah2 saja…
Dari sudut lain, kurang sikit malu saya tatkala kami sefamili asyik rembat pelam, cili, daun pisang dan macam-macam lagi yang uncle tanam di depan rumah walaupun sering dipelawa.
2. Nak sedekah besar-besar saya belum mampu. Sikit-sikit bolehlah. Jadi setiap kali saya beratur untuk membayar harga sesuatu barangan yang saya beli sama ada di pasaraya, kedai, restoran atau gerai di tepi jalan saya akan menoleh kepada pembeli yang beratur di belakang saya.
Ads
Kadang2 di belakang saya itu seorang pak cik sedang beratur untuk membayar harga sekampit beras yang sedang dipeluknya. Kadang-kadang pula ada 2-3 orang budak² tahfiz sedang pegang sebungkus dua maggi dan biskut di tangan. Ada ketika saya lihat seorang lelaki berhenti motor dan membeli hanya dua biji kuih di gerai di tepi jalan.
Tatkala melihat situasi sebegitu saya mesti bayarkan. Percayalah selepas anda membayar untuk mereka, pasti ada sirna luar biasa dari mata mereka yang tak mampu diucap dengan kata-kata.
3. Jika terlintas seseorang di minda saya, terus saya hadiahkan al-Fatihah untuknya semoga semua urusannya dimudahkan. Sekiranya dia orang yang telah menyakiti hati saya, maka saya berdoa dia tidak singgah lagi di minda saya. Dan Jika dia bukan muslim saya mengharapkan yang terbaik untuknya.
Buat apa share semua ni?
Sebab kita belum sehebat Ustaz Ebit untuk menggembirakan orang lain dalam kapasiti yang besar.
Namun syukurlah jika kita sama2 dapat mulakan dengan new normal yang kecil dahulu.
MW: Moga ia memberi panduan dan pengajaran untuk kita semua. Jangan berkira-kira kalau nak memberi.
Dalam hidup ini kita rasa kehidupan kita lebih baik berbanding dengan orang lain. Apa saja yang kita mahu atau idamkan akan dapat. Lepas itu mula memandang rendah pada orang lain.
Begitulah sikap manusia bila rasa diri lebih baik dan punyai segalanya. Tanpa dia sedar, semua ini adalah rezeki dan anugerah yang Allah berikan. Sepatutnya bersyukur.
Sebenarnya, ada banyak lagi sifat sombong yang boleh kita tengok. Bukan saja rasa diri lebih baik dari orang lain. Moga dengan perkongsian daria Cgu Jinggo ini membuka mata dan hati agar jauhi dari sifat sombong ini.
Tanda-tanda sifat sombong dapat dikesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.
Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu:
1. Payah terima pandangan/nasihat orang lain, sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu adalah lebih baik
2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.
4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.
5. Memandang hina orang lain/golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya. 11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra/bergaul/bersosial dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka cerita kelebihan sendiri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji, dia berasa bangga dan senang hati.
Jenis Sombong
Terdapat 3 jenis sombong yang perlu kita ketahui.
1. Sombong terhadap Allah swt
Iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
2. Sombong terhadap Rasul
Tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.
3. Sombong terhadap makhluk
Iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.
Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa, ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis
Rasulullah ﷺ
ﻻ ﻳﺪﺧﻞُ ﺍﻟﺠﻨَّﺔَ ﻣﻦ ﻛﺎﻥ ﻓﻲ ﻗﻠﺒِﻪ ﻣﺜﻘﺎﻝُ ﺫﺭَّﺓٍ ﻣﻦ ﻛِﺒﺮٍ “Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi.” (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)
Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.
Mingguan Wanita : Moga kita semua dijauhkan dari sifat sombong ini. Sentiasalah merendahkan diri. Tak rugi pun.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Waktu pagi adalah waktu yang cukup berkat. Waktu inilah dibuka pintu rezeki setiap orang. Sebab itu, orang tua cakap, bangun seawal pagi supaya rezeki masuk. Rugilah bagi yang kerap bangun lewat.
Ini antara bait-bait yang dikatakan oleh Khairul Syazwan. Moga ia menjadi panduan dan amalan untuk kita semua.
Pagi diciptakan Allah sangat indah.
Waktu satu jam sebelum subuh dan satu jam selepas subuh adalah sangat yang paling dekat manusia itu dengan Tuhannya.
Sebab itu, siapa yang mengusahakan segalanya di awal pagi, insyaAllah dia akan tenang melalui kehidupan ini walau banyaknya diuji.
Rahsia Yang Maha Esa
Maka, pagi-pagi ni ada rahsia Allah yang akan diberikan kepada kita. Yang mana, kalau kita lakukan, insyaAllah. Kita benar mendapat apa yang terbaik dalam hidup ini.
1. Pagi itu berkat.
Berkat ni maksudnya cukup. Siapa yang bangun awal, solat subuh awal waktu, tidak tidur selepas subuh, itulah kecukupan yang akan mencukupkan semuanya. Soal rezeki, soal rumahtangga, soal kerja dan segalanya. Itulah powernya waktu pagi. Waktu dimana Nabi kita sendiri mendoakan umatnya.
2. Pagi itu sihat.
Bangun pagi, buka tingkap dan angin yang masuk ke dalam rumah itu, menyegarkan dan menjadikan ahli rumah itu positif. Malah, kalau kita jogging ke, buat senaman di luar rumah pun, memang kita akan rasa segar dan sihat. Embun yang turun di waktu pagi itulah, yang paling segar.
3. Pagi itu kuat.
Kalau kita lihat orang yang kaya, orang yang berjaya, orang yang ada jutaan followers, hidup mereka memang dari awal pagi. Mereka orang yang tahu dari mana nak dapatkan kekuatan itu. Suami isteri yang kuat itu, walaupun semalam penat, tapi bila mereka positif di awal pagi, mereka lah pasangan yang paling kuat sepanjang hari.
Dari Abu Hurairah R.A,
Bahawa Nabi SAW bersabda: “Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang dari kalian saat tidur dengan tiga ikatan ia akan membisikkan kepadamu bahawa malam masih panjang, jika ia terbangun lalu berzikir pada Allah lepaslah satu ikatan, jika ia berwuduk maka lepaslah dua ikatan, dan jika ia melanjutkan dengan solat, maka lepaslah seluruh ikatan itu, sehingga pada pagi harinya ia mulai dengan penuh semangat dan jiwanya pun sihat, namun jika tidak, maka dia akan memasuki waktu pagi dengan jiwa yang keji dan penuh kemalasan.” [HR Bukhari]
Berpagi itu berkat!
MW: Waktu pagi nie, ramai yang tarik selimut untuk tidur kembali. Kita tak tahu, inilah waktu pagi yang cukup berkat untuk kita.
Zaman sekarang, kita tak dapat lari daripada berkongsi gambar orang yang telah meninggal dunia di media sosial. Salahkah berkongsi gambar orang yang meninggal dunia? Sesetengah orang berpandangan bahawa tak baik sebenarnya berkongsi gambar orang yang mati.
Namun setengahnya berpendapat bahawa tidak salah asalkan gambar yang kita gunakan menutup aurat dan kita berkongsi gambar adalah atas niat yang baik.
Ikuti perkongsian, PU AZMAN : Ada budaya di kalangan masyarakat berbunyi : “Jangan post tentang arwah banyak sangat, nanti arwah tak tenang di sana”. . Kenyataan di atas tidak betul sama sekali. Perbuatan orang hidup tidak bagi kesan langsung kepada orang mati DALAM HAL INI. . Tiada masalah menceritakan kebaikan orang mati sebagai pengajaran dan semangat kepada yang hidup. Tiada masalah postkan foto kenangan yang sopan, tutup aurat dan syarie sebagai melepas rindu. Hal ini tidak bermakna yang post itu tidak redha. Redha atau tak, itu perbuatan hati. Kita orang luar tak boleh nak nilai.
Tiada Kena Mengena
Bahkan jika yang hidup melakukan perbuatan yang dilarang iaitu meratap (melampau), juga tidak bagi kesan kepada si mati. Bahkan si pelaku yang masih hidup itu sahaja yang mendapat kesan dosa atau tidak. .
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ . . Maksud :”Dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain”. . Ramai di kalangan kita yang selalu postkan tentang kerinduan kita dan kebaikan orang-orang soleh di zaman silam, sekali pun mereka telah meninggalkan kita ratusan tahun. Seumpama Imam Syafie dan sewaktu dengannya. . Cuma pesanan pada kita-kita yang post ni (termasuk Cik Man) agar sentiasa bimbing jiwa supaya tak terkeluar dari batas redha. . Sekian dari Cik Man. . Hanya rindu.
MW: Jadi jangan bimbang, kalau rindu pada yang tiada tidak salah berkongsi gambar di akaun media sosial. Tetapi janganlah keterlaluan hingga menunjukkan seakan-akan kita tidak redha dengan pemergian orang yang kita sayangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...