
Isi Kandungan
ToggleSolok Lada adalah makanan biasa yang disediakan bagi orang-orang sebelah kawasan Pantai Timur.Ia bagaikan pelengkap untuk menu seperti Nasi Kerabu serta sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi putih. Solok Lada merupakan isi ikan yang disumbat didalam lada hijau besar serta dikukus dengan sedikit santan.Rupanya untuk membuat Solok Lada cukup mudah! Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazlina Nadie ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Siapa suka ni angkat tangan.Makan dengan nasi putih sedap, makan dengan nasi kerabu lagi sedap.Kalau cara mak saya dia suka guna ikan rebus.Kalau ikut cara ibu mertua dia guna ikan mentah.”
Ni saya sertakan resepi Solok Lada:
Bahan-Bahan:
Lada hijau
Ikan selayang @ kembung @ lolong
10 biji lada hitam
2-3 ulas bawang merah
Sedikit halia
Kelapa parut ( agak-agak lebih kurang sama banyak dengan isi ikan)
Santan untuk merebus solok lada.
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan.(Boleh guna ikan rebus @ ikan mentah)
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk semua bahan bagi lumat dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
5. Rebus @ kukus solok lada dengan sedikit santan. Siap..
Dah boleh makan dengan nasi.

Selamat Mencuba!
Sumber:Hazlina Nadie
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Langgar Pelajar UiTM Alami Halusinasi Lepas Keguguran Anak, Suami Minta Maaf Atas Tragedi

Isi Kandungan
ToggleIsteri langgar pelajar UiTM alami halusinasi lepas keguguguran anak, suami minta amaf atas tragedi. Kejadian tiga pelajar UiTM meninggal akibat diganggu wanita mengalami masalah mental sememangnya mencatatkan duka kepada keluarga terlibat.
Dan hari ini, di saat negara masih bersedih dengan tragedi yang terjadi, suami kepada wanita terbabit yang kini ditahan reman bagi siasatan, Azhar Ahmad tampil membuat permohonan maaf kepada seluruh ahli keluarga terlibat.
“Saya menangis dan sangat sedih melihat kemalangan itu. Saya mewakili isteri ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua ahli keluarga pelajar terbabit,” kata Azhar Ahmad, 53.
Dia adalah suami kepada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabit kemalangan di hadapan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat Kampung Sura Hujung, kelmarin yang mengorbankan tiga penuntut universiti itu dan seorang cedera.
Isteri Langgar Pelajar UiTM Alami Halusinasi Lepas Keguguran Anak
Memetik laporan Harian Metro, Azhar berkata, memang niatnya daripada awal kejadian berlaku, mahu berjumpa ahli keluarga mangsa dan meminta maaf namun, ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa
Menurutnya, isterinya yang berusia 49 tahun adalah seorang isteri yang baik dan penyayang, sebelum mengalami masalah kesihatan dan gangguan mental.
“Ketika mengandung anak keempat, 10 tahun lalu, doktor mengesahkan isteri mengandung di luar rahim dan terpaksa menggugurkan kandungan itu.
“Ketika mendapat rawatan di hospital di Kuala Terengganu, dia koma selama empat hari dan kehilangan banyak darah. Selepas sedar dari koma, isteri mula alami gangguan dan sering berhalusinasi dan bercakap sendirian.
“Sudah puas saya berubat, termasuk secara tradisional.. apa sahaja saya lakukan namun semuanya tidak berhasil,” katanya yang sudah berkahwin 30 tahun dengan pasangannya.
Suami Minta Maaf Atas Tragedi
Azhar berkata, walaupun keadaan isterinya begitu, wanita berkenaan tetap bertanggung jawab, malah mengemas rumah, memasak dan tidak suka keadaan rumah yang bersepah.
“Dia juga penyayang dengan anak cucu, sering membeli dan memasak makanan untuk mereka,” katanya.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang menunaikan solat maghrib dan isyak bersama anak bongsu apabila isterinya keluar rumah sambil memandu kereta.
Katanya, dia terkejut apabila mendapati isterinya yang sebelum itu menonton televisyen tiada di ruang tamu, bahkan pintu pagar rumah terbuka, dua pasang kasut isteri dan sehelai pakaiannya juga tidak ada.
“Dia tidak pernah keluar waktu malam. Kalau keluar, mesti ditemani saya dan anak-anak. Dia memandu pada waktu siang dan minum di kedai tidak jauh dari kampus,” katanya.
Menurutnya, dia bergegas ke lokasi kejadian bersama anak bongsu sebaik dihubungi rakan yang memaklumkan SUV saya terbabit kemalangan.
“Terkejut saya melihat mayat pelajar di atas jalan raya. Saya ingat seorang mangsa, rupanya tiga orang. Saya cuba cari ahli keluarga mangsa di tempat kejadian ketika itu tetapi semua orang luar Dungun.
“Kemudian saya diarah polis untuk ke balai bagi diambil keterangan,” katanya yang memaklumkan cuba bertemu keluarga mangsa di Bilik Forensik Hospital Dungun namun dinasihatkan tidak berbuat demikian bagi mengelak kekecohan.

Katanya, dia sangat kesal dengan kejadian yang berlaku bahkan sudah menyorokkan kunci kenderaan sebelum kejadian.
“Tiada siapa mahu kejadian sebegini, saya sudah sorok kunci kereta namun perkara tetap terjadi,” katanya yang berharap pihak pengurusan UiTM membantunya bertemu keluarga penuntut terbabit untuk memohon maaf.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Suami Meninggal, Jarang Isteri Kahwin Lain, Isteri Meninggal, Suami Kahwin Lagi, Lelaki & Perempuan Allah Jadikan Fitrahnya Berbeza
Suami Meninggal Dunia, Isteri Nak Tuntut KWSP Sebagai Harta Pencarian, Ini Fakta Peguam Syariah
Isteri Kena Dera Suami Meninggal Dunia, Jiran Dedah Pasangan Kerap Bergaduh
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
22.2.22 Angka Cantik Tarikh Kelahiran Putera Tersayang Kaka Azraff “Kami Berjaya! Alhamdulillah Syukur”

Isi Kandungan
Toggle22.2.22 Angka Cantik Tarikh Kelahiran Putera Tersayang Kaka Azraff. Tahniah buat Kaka Azraff dan suami yang telah dikurniakan cahaya mata kedua.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Twitter Kaka Azraff meluahkan rasa bersyukur dek kerana proses bersalin berjalan lancar.
22.2.22 Angka Cantik Tarikh Kelahiran Putera Tersayang
Pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff menyampaikan perkhabaran gembira tersebut dan turut bersyukur anak keduanya lahir pada angka cantik.
“Syukur alhamdulillah. Saya secara rasminya adalah ibu kepada dua anak,” tulisnya dan meletakkan angka cantik tarikh kelahiran putera tersayang iaitu 22.2.22 pada Tweet yang dilayangkan.
Terima Kasih Pada Suami
Malah penyanyi itu juga berterima kasih kepada suaminya, Adam Azriff kerana memberi sokongan padu dalam melahirkan anak kedua mereka.
“Kami berjaya! Alhamdulillah syukur. Terima kasih kerana menjadikan sistem sokongan, penghibur, pemberi motivasi dan doktor separuh masa terbaik sepanjang perjalanan ini.
“Saya tak tahu apa jadi tanpa awak. Saya cintakan awak bapa kepada dua anak,” luahnya lagi.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 ini juga telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Aslan yang mencecah usia dua tahun.
“Terima Kasih Kepada Semua Yang Mendoakan”
Suami kepada Kaka, Adam juga turut terharu apabila isteri dan anak keduanya selamat. Malah turut menyatakan isteri dan anak masing-masing dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya.
Menarik Lagi Disini: Pesanan Buat Ibu Mengalami Masalah Nifas Selepas Bersalin. ‘TAKE NOTE’!
“Rasa Tak Percaya, Lepas Beranak Terus Menangis!” Wanita Genit Terpaksa Bersalin Awal

Mingguan Wanita:
Sumber/Sumber Foto : Instagram Kaka Azraff & Twitter Kaka Azraff
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en Tik Tok : tiktok.com/@mingguanwanita
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kubur Penyerang Balai Polis Perlu Dijarak, “Ia Sebagai Tanda Kebencian Perbuatannya – Jawatankuasa Fatwa

Isi Kandungan
ToggleKubur penyerang balai polis perlu dijarakkan, “ia sebagai tanda kebencian perbuatannya – Jawatankuasa Fatwa. Hari ini, jenazah suspek penyerang Balai Polis Ulu Tiram yang menembak mati dua anggota polis selamat dikebumikan.
Sebagai tanda pengajaran dan peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek, kuburnya telah dijarakkan berbanding kubur lain seperti diputuskan oleh mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.
Kubur Penyerang Balai Polis Perlu Dijarak
Memetik Sinar Harian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat, perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, cara pengebumian suspek tragedi itu telah dibincangkan dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad pada Jumaat lalu.
“Ia Sebagai Tanda Kebencian Perbuatannya – Jawatankuasa Fatwa
Kenyataan ini juga sebagai perkongsian ilmu tentang bagaimana pengurusan dan pengebumian jenazah-jenazah tersebut.
“Bagi pengurusan jenazah suspek pula, Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan agar jenazah hendaklah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
“Jenazah suspek tidak dibenarkan untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk urusan berkaitan.
“Selepas selesai jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan, jenazah hendaklah dikebumikan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan dan kedudukan kuburnya hendaklah berjauhan sedikit dari liang lahad penghuni kubur yang lain,” katanya dalam kenyataan.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, berpendapat tindakan menjarakkan kubur suspek berbanding liang lahad lain sebagai satu peringatan kepada masyarakat supaya tidak terbabit atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.
“Ia juga sebagai tanda menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek lebih lebih lagi membunuh pegawai yang menjaga keselamatan negara yang tiada melakukan salah dan silap terhadap suspek.
“Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas apa yang telah dilakukannya,” katanya.
Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi Jumaat lalu itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota polis dilaporkan cedera.
Dua anggota polis yang maut ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.
Sementara Koperal Mohd Hasif Roslan, yang dilaporkan parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
Jenazah penyerang di Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal lagi Jumaat lalu, dilaporkan dikebumikan pada jam 12.15 tengah hari, pada Isnin di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.

Upacara pengebumian tersebut dikawal ketat anggota polis dan semua pihak termasuk media tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan dengan pintu utamanya ditutup dan dikawal anggota polis.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :-Wanita Dengar Jeritan Suara Dari Kubur, “Saya Akui Gementar & Takut Sepanjang Balik Ke Rumah”
Usia 30-39 Tahun, Waktu Kemuncak Ujian Hidup, Fasa TARBIAH Sebagai Rahmat, Kasih SayangNYA
‘Pemergian’ Mulia Bulan Ramadan, Wanita Rebah Meninggal Ketika Baca AlQuran Di Masjid
Kematian Yang Dicemburui, Warga Emas MENINGGAL Ketika Solat Isyak Berjemaah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI