Isi Kandungan
ToggleSolok Lada adalah makanan biasa yang disediakan bagi orang-orang sebelah kawasan Pantai Timur.Ia bagaikan pelengkap untuk menu seperti Nasi Kerabu serta sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi putih. Solok Lada merupakan isi ikan yang disumbat didalam lada hijau besar serta dikukus dengan sedikit santan.Rupanya untuk membuat Solok Lada cukup mudah! Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazlina Nadie ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Siapa suka ni angkat tangan.Makan dengan nasi putih sedap, makan dengan nasi kerabu lagi sedap.Kalau cara mak saya dia suka guna ikan rebus.Kalau ikut cara ibu mertua dia guna ikan mentah.”
Ni saya sertakan resepi Solok Lada:
Bahan-Bahan:
Lada hijau
Ikan selayang @ kembung @ lolong
10 biji lada hitam
2-3 ulas bawang merah
Sedikit halia
Kelapa parut ( agak-agak lebih kurang sama banyak dengan isi ikan)
Santan untuk merebus solok lada.
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan.(Boleh guna ikan rebus @ ikan mentah)
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk semua bahan bagi lumat dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
5. Rebus @ kukus solok lada dengan sedikit santan. Siap..
Dah boleh makan dengan nasi.
Selamat Mencuba!
Sumber:Hazlina Nadie
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dea Belum Terfikir Tentang Persiapan Raya, Paling Penting Cukup Makan, Pakai dan Ada Rumah Untuk Berteduh
Zainab atau mesra panggilan Dea adalah antara wanita yang kurang bernasib baik apabila bergelar ibu tunggal dalam usia yang muda. Biar pun bukan mudah, Dea menganggap segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Bukan mudah membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi. Lebih-lebih lagi sempena kedatangan syawal yang kurang dua minggu lagi. Terus-terang ibu muda ini belum lakukan sebarang persiapan untuk raya, baik untuk dirinya atau pun anak-anak. Paling penting makan, pakai anak-anak terjaga dan ada rumah untuk berteduh.
Setiap pasangan mengidamkan perkahwinan yang didasari cinta berkekalan hingga ke Jannah. Kita hanya merancang, selebihnya Allah yang menentukan. Jodoh, takdir dan pertemuan telah tertulis sejak azali lagi. Jika tiba masanya perpisahan berlaku, maka terjadilah dengan kehendak-Nya. Sebagai manusia biasa kita perlu redha dengan setiap ujiannya biar pedih menikam hati.
Zainab Abdul Razak atau panggilan Dea berusia 34 tahun, merupakan salah seorang wanita di luar sana yang terparangkap dengan gelaran ibu tunggal. Ternyata biar pun berat ujian yang diberikan, Dea terus kuat melangkah demi amanah yang dikurniakan padanya iaitu anak kembarnya. Kehidupannya dahulu sedikit sebanyak berubah apabila dirinya mulai positif menerima segala ketentuan Ilahi.
“Saya di kurniakan sepasang kembar yang di lahirkan pada 29 Mac 2014 dan kini berusia 4 tahun. Nama mereka ialah Ali Huraira dan Alya Humaira. Saya telah di tinggalkan bekas suami seawal empat bulan perkahwinan dan proses perceraian tidak dapat dilakukan kerana saya mengandung ketika itu. Dalam erti kata lain saya telah menjadi ibu tunggal semenjak awal kandungan sehingga kini yang telah memasuki tahun ke empat.
“Saya mengenali bekas suami melalui seorang kawan. Tidak lama setelah perkenalan kami memutuskan untuk bernikah. Pernikahan kami agak sederhana, dan seperti pasangan lain kami juga merancang untuk mempunyai anak, namun bekas suami tidak dapat serius dalam berumah tangga dan tidak dapat meninggalkan tabiat buruknya yang menjejaskan hubungan kami suami, isteri.
“Saya amat kecewa setelah banyak kali beri peluang dan dia janji untuk berubah. Saya dapat rasakan saya dan dia perlu berpisah. Akhirnya ketika saya sedang mengandung, kami tidak tinggal serumah lagi,” ungkap Dea yang kini bekerja sebagai Pembantu Pengurus di Elzar Trading Sdn Bhd.
Lalui Pengalaman Mengandung Seorang Diri
Ternyata bukan mudah untuk bergelar ibu tunggal. Sekiranya insan lain ditemani sang suami saat-saat kehamilan dan teruja berkongsi momen indah menunggu detik kelahiran, berbeza sekali dengan Dea. Ketika dirinya berpisah, kandungannya baru mencecah usia dua bulan. Seluruh perjalanan mengandung dan melahirkan anak di laluinya sendirian.
Begitu juga setelah melahirkan anak, berpeluh keringatnya mengusung anak kembarnya yang dilahirkan pramatang berulang alik ke hospital untuk melalui rawatan susulan dan pemeriksaan rutin. Segala-galanya dirinya lakukan sendiri. Akhirnya setelah usia anak hampir setahun, Dea dan bekas suami sah bercerai.
Anak kembarnya adalah harta dunia dan akhirat buat Dea. Dialah ibu dan dialah bapa buat anak-anaknya. Malahan anaknya tidak pernah mengenali siapa bapa mereka kerana sejak dilahirkan hanya Dea di depan mata mereka. Oleh itu anak-anaknya tidak pernah merasa kehilangan sesuatu kerana tidak pernah sekali pun merasai kasih sayang dari seorang ayah.
Menurut Dea, dirinya tidak mengambil masa terlalu lama untuk bangun daripada kesedihan. Malahan seoalah-olah kepahitan yang dilaluinya langsung tidak terkesan di hati kerana dirinya terlampau sibuk mengurus sepasang kembar dari sebesar dua jari dan kini makin membesar.
Tambahnya, barangkali tempoh perkahwinan yang singkat membuatkan dirinya tidak begitu ambil pusing, lebih-lebih lagi anak kembarnya memerlukan perhatian 200% darinya.
Utamakan Keperluan Anak
Setiap wanita yang bergelar ibu akan berubah secara total setelah memiliki anak. Menurut Dea, perkara yang sangat berbeza berbanding zaman bujang, kini dirinya tidak lagi berbelanja untuk diri sendiri melainkan untuk makanan.
“Setiap kali selepas gaji, saya akan menolak terus mana yang perlu di bayar seperti sewa rumah, ansuran kereta, sekolah anak dan juga bayaran pengasuh. Di situ gaji saya hanya berbaki kurang RM 300 dan duit itulah saya akan guna untuk sebulan. Oleh itu, perkara pertama yang saya harus lupakan adalah keperluan diri saya sendiri. Makanan anak, dan susu adalah keutamaan saya.
“Alhamdulillah, ramai sahabat dari media sosial yang banyak membantu saya. Saya adalah seorang yang sebatang kara, iaitu tidak mempunyai keluarga, saya hidup seorang diri di sini. Setelah mempunyai anak, banyak perkara yang saya tidak tahu. Tetapi, saya amat bersyukur, ramai sahabat yang berpengalaman banyak membantu saya dan memberi khidmat nasihat. Ada juga antara mereka yang memberikan bantuan seperti pakaian bayi dan barangan terpakai untuk anak-anak saya. ” ceritanya panjang lebar.
Di samping itu, kadang-kadang setiap cabaran yang dilaluinya Dea membuatkan diri semakin kuat menghadapi lumrah kehidupan. Cabaran yang paling ketara setiap kali dirinya perlu mengangkut anaknya seorang diri secara serentak.
Maklumlah tinggal di rumah flat yang tiada lif, memang perkara ini menyukarkan dirinya yang tinggal sebatang kara. Di tambah pula dengan masalah urat saraf yang dialaminya selepas melahirkan anak, membuatkan Dea pitam beberapa kali tatkala turun dan naik tangga sambil mendukong anaknya. Namun kini setelah dikenang ianya menjadi kenangan terindah.
Sayangilah Diri Anak Sepenuhnya
“Tidak banyak yang dapat saya nasihatkan kerana saya juga masih belum sempurna, yang paling utama saya ingin mengingatkan pada ibu-ibu tunggal di luar sana agar sayangilah diri anak dahulu sebelum menyayangi diri sendiri dan sebelum menyayangi orang lain.
“Sebagai seorang ibu tunggal, kita adalah segalanya untuk anak kita, maka jadikanlah mereka segalanya untuk diri kita. Jangan sesekali mengabaikan anak-anak demi mencari pasangan hidup. Anak adalah keutamaan. Saya amat kesal apabila banyak kes yang melibatkan teman lelaki kepada ibu tunggal yang mendera anak dan yang lebih malangnya, para ibu tunggal itu memilih untuk mendiamkan diri dan menyokong perbuatan teman lelaki. Kes seperti ini adalah amat menyedihkan dan saya berdoa setiap masa moga di jauhkan sifat seperti ini dari saya dan anda semua,” luahnya tegas.
Biar pun dirinya kerap dihujani bebanan, tenyata masih ada masanya dirinya mengecap nikmat bahagia. Sudan tentu menjadi pengalaman manis buatnya apabila orang sekeliling memuji anak-anaknya, Dea merasakan ianya satu pencapaian yang cukup besar buatnya. Setiap pujian dan perkembangan anak kembarnya adalah satu pencapaian baru yang harus Dea banggakan.
Manakala pengalaman yang cukup pahit apabila setahun yang lalu, keluarga kecil ini dihalau keluar dari rumah sewa kerana tidak dapat menjelaskan bayaran sewa akibat kehilangan kerja.
Ditanya tentang sambutan hari raya kali ini, Dea jelaskan “Hari raya sebagai ibu tunggal hanya kami bertiga biasanya duduk di rumah sahaja tidak kemana melainkan ada jemputan. Pada tahun lepas, saya dapat bantuan sedikit dari seoang sahabat untuk membeli baju raya anak-anak.
“Namun pada tahun ini, saya terpaksa mengumpul duit untuk membayar cukai jalan yang perlu dperbaharui selepas hari raya, maka saya tiada sebarang persiapan baru untuk tahun ini. Saya akan mencari baju baju yang masih elok dalam simpanan untuk anak-anak pakai pada hari raya pertama, insyaallah.”
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hargai Nenek Tersayang “Bila Datuk Dah Tak Ada, Kami Tinggal Berdua” Afieq Shazwan
Isi Kandungan
ToggleDisebalik keceriaan selebriti lelaki yang juga pemilik nama sebenar Muhammad Shafieq Shazwan Zamros atau nama glamornya Afieq Shazwan punya cerita yang cukup menarik.
Sewatu sesi fotografi hari raya baru-baru ini, MW sempat menemubual Afieq dan paling meninggalkan kesan, semenjak pemergian arwah datuk Afieq menemani neneknya, Puan Noor, 70.
Afieq Shazwan Dibesarkan Nenek & Arwah Datuk
Syawal hari ke lapan hari ini, masih berkisar tentang sambutan Aidilfitri, menyentuh tentang hari raya tahun ini, Afieq menerangkan dirinya begitu rapat dengan datuk dan neneknya kerana sejak kecil dibesarkan oleh mereka.
“Sejak kecik sehingga kini, saya tinggal bersama nenek yang saya panggil sebagai mama. Bila datuk dah tak ada, kami tinggal berdua.
“Walaupun ada rumah sendiri dan rumah kedua ibu bapa juga tidak jauh daripada rumah nenek, saya lebih selesa tinggal bersama nenek.
“Jadi puasa dan raya pun, kami selalu berdua. Terlalu banyak kenangan manis antara saya dan nenek,” ungkap Afieq mulai bicara.
Raya Afieq Tetap Meriah Walaupun Berdua Dengan Nenek
Menurut Afieq walaupun hanya berdua namun ada sahaja aktiviti dilakukan mereka. Malah cucu lelaki penyayang ini juga begitu ringan tulang membantu lakukan kerja rumah.
“Walaupun hanya berdua, tapi saya rasa dah cukup meriah sangat bila di rumah. Baik sewaktu bulan Ramadan mahupun raya, ada sahaja aktiviti kami bersama.
“Paling seronok, nenek turunkan ilmu membuat ketupat pada saya. Setiap kali raya, tugas wajib saya adalah buat ketupat daripada proses menganyam sehinggalah siap masak.
“Ketupat ni sebenarnya juadah kegemaran arwah datuk, tapi bila datuk dah tak ada, nenek dah tak mahu buat. Jadi sayalah yang ambil-alih tugasan itu untuk hidupkan ‘feel’ raya kami,” ungkap Afieq.
Ikut SOP, Tidak Ada Aktiviti Ziarah Raya
Pandemik Covid-19 juga turut memberi kesan pada sambutan Syawal Afieq. Akui dirinya sedikit terkilan kerana tidak dapat beraya di Johor.
“Kalau ikut perancangan, saya mahu tunaikan impian nenek yang mahu beraya dengan saudara-maranya di Johor.
“Selalunya memang sayalah yang jadi pemandu nenek kalau dia mahu beraya ke mana-mana. Tapi disebabkan PKP, hasrat nenek tidak dapat ditunaikan dan kami hanya beraya di Klang sahaja,” kongsi Afieq.
Sumber Foto: Rosli Talib
Baca Disini Juga:
Sempurnakan Raya: Hajat Ibu Sediakan Baju Raya Untuk Anak Termakbul
Mas Anizan, Wilma & Zarina Kongsi Kemeriahan Aidilfitri
Menu Nak Kurus Untuk Tempoh Lima Hari Sebelum Raya. Boleh Cuba!
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ayam Penyet Berempah Cara Mudah, Serbuk Serdak Itu Yang Buat Sedap
Isi Kandungan
ToggleTeringin hendak makan ayam penyet berempah dengan serbuk serdak yang sedap? Tak susah sebenarnya hendak buat ayam penyet ini.
Perap terlebih dahulu ayam itu dengan bahan-bahan yang sesuai dan kemudian goreng sehingga garing. Nak lagi sedap, boleh juga buat serbuk sendiri.
Tak tahu bahan dan cara nak buat? Boleh cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini.
Resipi Ayam Penyet
Bahan-bahan Ayam Penyet Berempah Dan Kuah Sup
Seekor Ayam
Cara Buat
1-Cucuk sekeliling isi ayam dengan garfu. Untuk dapat ‘feel’ makan ayam penyet macam kat kedai, boleh guna bahagian ayam macam cikgu ye.
2-Rebus ayam tadi dalam kuah sup. Boleh tambahkan kaki dan leher ayam sekali. Keluarkan ayam setelah isinya separa masak. Toskan.
Cara buat kuah sup
– Masukkan air dalam periuk.
– Biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan, sup bunjut dan satu kiub pati ayam knorr.
– Perasakan dengan garam secukup rasa.
– Masa nak hidang, taburkan daun bawang dan bawang goreng
Bahan Dan Cara Buat Perapan Ayam Penyet Cara Mudah
1-Dalam satu bekas, masukkan secubit kapur dicampur 1/5 cawan air sejuk. Masukkan juga 3 sudu tepung beras. Dan, paling penting kena ada rempah ayam berempah cikgu afy untuk memudahkan kerja di dapur. Gunakan 1 sudu besar serbuk untuk menjadikan perapan ayam bertambah sedap.
2-Masukkan pula 1/3 sudu kecil serbuk kunyit. Masukkan juga secubit dua garam. Sepatutnya, kalau perap tanpa letak air dah tak perlu ye.
3-Kacau sebati bahan-bahan.Ambil ayam yang telah direbus tadi, perap ayam selama 30 minit. Perapkan sekali tauhu dan tempe.
4- Goreng sehingga ayam garing. Bau ayam waktu ni sangatlah wangi.
Artikel berkaitan
Wanita Ini Kongsi Teknik & Ramuan Istimewa Ayam Goreng Berempah Yang Dibuat Berniaga, Memang Sedap!
Resipi Serdak Berherba
1. Kisar serai sehingga halus. Kisar pula halia dan toskan juga airnya sehingga kering.
2. Asingkan kedua-dua bahan. Gaul dengan bahan di bawah:
– dua sudu besar tepung beras
– dua sudu besar telur putih
– secubit kunyit
– 1 sudu besar rempah ayam berempah cikgu afy
– sebatikan dengan air sejuk dan secubit dua garam.
3. Goreng berasingan kedua-dua bahan di atas sehingga garing.
4. Tabur atas ayam selepas serdak siap.
Sumber: Afy AL Habibi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI