Sedapnya Ayam Bijan, Cendawan Shimeji Telur Masin Dan Ayam Kiub Halia Madu

Sedapnya! Bagi penggemar masakan Cina, tengok gambar pun dah boleh dibayangkan akan kesedapan hidangan tersebut. Kali ini dikongsikan tiga masakan asli Cina yang sangat sedap dan mudah dibuat iaitu Ayam Masak Bijan, Deep Fried Shimeji Mushroom With Salted Egg Yolk dan Ayam Masak Kiub Halia Bersama Madu.

Tak susah mana pun. Ikut je cara-cara yang dikongsikan itu. Hidangan ini juga tak pedas, jadi anak-anak pun boleh makan. Jimat masa dan tenaga kerana tak perlu masak lauk lain untuk mereka. Selamat mencuba!

Sedapnya…Ini Resipinya Tau!

AYAM MASAK BIJAN 

Sedapnya Ayam Bijan, Cendawan Shimeji Telur Masin Dan Ayam Kiub Halia Madu

Ads

BAHAN-BAHAN:

1/3 ekor ayam – bahagian dada, bersihkan
1 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
3 inci halia
Garam dan gula
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan bijan – digoreng tanpa minyak
1 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Ayam dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
  2. Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
  3. Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi dan tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

DEEP FRIED SHIMEJI MUSHROOM WITH SALTED EGG YOLK

Sedapnya Ayam Bijan, Cendawan Shimeji Telur Masin Dan Ayam Kiub Halia MaduBAHAN-BAHAN:

50 gram Shimeji Mushroom – bersihkan dan asingkan tiap batang
40 gram serbuk kuning telur masin
20 gram serbuk keju parmesan
5 gram serbuk pati ayam
100 gram planta
Tepung jagung
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak masak

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam satu mangkuk, campurkan tepung jagung dengan air. Kacau hingga ia sebati. Celup sudu ke dalam adunan dan jika adunan boleh melekat pada belakang sudu, bermakna adunan sudah sedia).
  2. Celup cendawan Shimeji satu persatu ke dalam adunan tadi.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali hingga 190C. Goreng cendawan secara ‘deep fried’ sehingga ia bertukar menjadi kuning keemasan. Angkat dan toskan dengan tisu dapur. Ulangi langkah hingga selesai. Ketepikan.
  4. Panaskan planta di dalam kuali dan masukkan serbuk kuning telur masin, serbuk ayam, gula dan keju parmesan. Kacau sekata.
  5. Masukkan satu persatu cendawan yang telah digoreng tadi ke dalam adunan tersebut dan goreng. Hidangkan ketika panas.

SEDAPNYA AYAM GORENG KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU….

Sedapnya Ayam Bijan, Cendawan Shimeji Telur Masin Dan Ayam Kiub Halia MaduBAHAN-BAHAN:

½ ekor ayam – bersihkan, potong kecil
Air secukupnya – untuk rebus
Minyak masak

BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:

200 gram halia muda
75 gram cuka putih
100 gram gula
30 gram madu

Ads

BAHAN UNTUK PERAP:

1 biji telur
50 gram tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam

CARA-MEMASAK:

  1. Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
  2. Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
  3. Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
  4. Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
  6. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
  7. Angkat dan sedia dinikmati. Sedapnya…!

https://www.mingguanwanita.my/ayam-asap-teh-resipi-masakan-cina-paling-aneh-pelik-tapi-sedap/

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI