
Isi Kandungan
ToggleHanis Zalikha,27 isteri pelakon utama Filem ‘Paskal’ Hairul Azreen,30 ni memang rajin memasak untuk suami dan anak tersayang, Yusuf Iskandar 2.Semalam, Hanis Zalikha ada berkongsi resipi yang dinamakan ‘Roti John Anniversary’ sempena meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-3. Resipi ini dimuatkan dalam insta story milik Hanis Zalikha sendiri.
Lebih istimewa, Hairul Azreen turut memuji kesedapan Roti John yang dibuat oleh isteri tersayang.Pasti hilang penat memasak dan puas rasa hati apabila suami suka dengan apa yang dimasak.
Anniversary dinner roti john hihi
A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Jom tengok cara buat resipi ‘Roti John Anniversary’ yang dikongsikan oleh Hanis Zalikha ini.
Bahan-Bahan:
Roti Hotdog
Mentega
Daging Kisar
Bawang Merah
Bawang Putih
2 sudu kecil serbuk kari
Daging Kisar
Serbuk Smoked Paprika
Serbuk Lada Hitam
3-4 biji Telur
Daun Bawang
Mayonis
Sos Cili
Keju Cheddar
Cara Membuat:
1.Tumis bawang merah dan putih yang dipotong dadu.
2.Masukkan serbuk kari dan kacau sebati.
3.Masukkan pula daging kisar.
4.Kemudian, masukkan serbuk Smoked Paprika.
5.Masukkan pula garam dengan secukup rasa.
6.Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan daging tadi serta sedikit serbuk lada hitam, kacau sebati.
7.Sementara itu, sapu mentega pada roti dan bakar seketika atas kuali.
8.Curahkan sedikit bancuhan telur tadi atas kuali.
9.Setelah telur separuh masak, masukkan pula Keju Cheddar.
10.Tekap roti yang dibakar tadi atas telur.

11.Terbalikkan roti, letak mayonis dan sos cili.
Siap!
Selamat Mencuba! Hanis Zalikha juga berharap agar perkongsian resipi Roti John yang dikongsikan bermanfaat buat yang tersayang.
Sweet sangat! Mingguan Wanita ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan ketiga buat pasangan ini. Semoga kebahagiaan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Buat mak-mak yang nak rasa sendiri macam mana Roti John sedap gila ni, boleh lah cuba resipi ni untuk hidangan berbuka nanti.
Sumber: haniszalikha
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tragedi Hari Pertama Persekolahan, Ajal Suami Isteri Meninggal Bersama Motosikal Rempuh Lori Buat Pusingan U

Isi Kandungan
ToggleTragedi hari pertama persekolahan, ajal suami isteri meninggal bersama motosikal rempuh lori buat pusingan u. Innalillahiwainnailaihirojiun. Hari pertama persekolahan semalam membawa berita sedih buat warga pendidik apabila pasangan suami isteri, Haida Sofina Ahmad Safri,28, dan suami, Mohd Nazri Khalid, 32, disahkan meninggal dunia apabila merempuh belakang lori yang membuat pusingan u secara berbahaya.
Tragedi Hari Pertama Persekolahan
Dalam kejadian petang semalam, pasangan suami isteri ini maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang sebuah lori satu tan yang membuat pusingan U di Kilometer (KM) 7.6, Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran simpang Alor Sena, Paya, Beseri, di sini, hari ini.
Mangsa masing-masing berusia 32 dan 28 tahun berasal dari Langkawi bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di daerah ini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 3.45 petang yang memaklumkan mengenai kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dan lori di kawasan berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu lori dari arah Padang Besar sedang menghala ke Kangar membuat pusingan U untuk menghala balik ke Padang Besar.
“Kedua-dua mangsa yang menunggang dan membonceng motosikal Honda Vario yang datang dari arah Kangar bagaimanapun tidak sempat mengelak sebelum melanggar bahagian belakang lori,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ajal Suami Isteri Meninggal Bersama Motosikal Rempuh Lori Buat Pusingan U
Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian mendapati laluan berkenaan adalah sebuah jalan lurus dan mempunyai garisan berkembar.
“Malah, siasatan selanjutnya turut mendapati pemandu lori berusia 67 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah namun hasil ujian saringan awal air kencing pemandu lori itu bagaimanapun didapati negatif.
“Kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah Kangar bagi urusan bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, pemandu lori itu bagaimanapun tidak ditahan reman berikutan faktor usia serta didapati mempunyai masalah kesihatan dan pendengaran.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Takdir Ajal Bersama Sehidup Semati, Suami Isteri Meninggal Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi
81 Tahun Hidup Bersama, Suami Isteri Meninggal Selang Beberapa Jam Berpegangan Tangan
51 Tahun Berkahwin Tak Pernah Berjauhan, Ajal Suami Isteri Meninggal Dunia Bersama Ketika Tidur!
Kasih Hingga Hujung Nyawa, Suami Isteri Rentung Dalam Letupan Treler Di Lebuhraya

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000.
Mohd Shokri berkata, saksi kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor P Povandran di talian 019-4702312 bagi membantu siasatan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zul Ariffin Mohon Maaf, Ambil Maklum Semua Respons Berkenaan Video Klip “Akan Lebih Meneliti, Berhati-Hati”

Isi Kandungan
ToggleZul Ariffin mohon maaf, ambil maklum semua respons berkenaan video klip. Akhirnya pelakon yang mencetuskan kontroversi beberapa hari lalu membuat permohonan maaf secara terbuka.
Pemilik nama sebenar Zulkifli Ariffin, 36 sebelum ini tiba-tiba menjadi hangat di media sosial ekoran berkongsi sedutan beberapa babak panas daripada drama Perempuan Itu yang bakal ditayangkan di TV3.
Zul Ariffin Mohon Maaf
Ekoran menerima kecaman hebat tersebut serta teguran daripada pelbagai pihak Zul Ariffin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram story miliknya.
“Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan video klip yang dipaparkan sebelum ini.
“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan tindakan memuat naik video berkenaan.
“Selepas ini, saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan dalam media sosial,” tulisnya.
Mendapat Teguran Pelbagai Pihak
Dalam video penuh kotroversi tersebut memaparkan aksi yang tidak sesuai untuk disiarkan untuk tatapan umum seperti mendukung pelakon wanita Siti Hariesa dan menyuap whipping cream dalam keadaan ghairah.
Video tersebut bukan sahaja hangat diperkatakan warganet, tetapi turut mendapat perhatian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menegur perlakuan tersebut.
Malah TV3 dalam satu kenyataan berkata, pihaknya juga memandang serius perkara tersebut dan mengingatkan semua pihak supaya lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama serta masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya.
Menarik Lagi : 7 Tahun Untuk Raih Populariti, Zul Ariffin Dah Buat Sehabis Baik Serap Semangat Tombiruo
Ruhanies Bukan Dimanja Kekasih Tetapi Kesudian Mr E Berkongsi Rezeki
Sumber / Sumber Foto : Instagram Zul Ariffin

Mingguan Wanita : Fikirlah dulu sebelum memuat naik sebarang bahan di media sosial.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidak Pernah Lelah Melayan Karenah Anak, ‘Me Time’ Sejam Sebelum Masuk Tidur Sudah Mencukupi

Bergelar seorang isteri dan ibu bukanlah satu perkara yang mudah. Ibu kepada tiga orang anak ini akui diari hariannya begitu sibuk. Mendirikan rumahtangga bersama Que Haidar pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua puteri comel, Tengku Ratu, 9 dan Tengku Cleopatra, 7 serta seorang anak lelaki Qalif, anak hasil perkahwinan pertamanya, guru tari Linda Jasmine Hashim ini menunjukkan sisi berbeza, seiring dengan kematangan dirinya.
Ditanya tentang kehidupannya yang tampak begitu bahagia dengan keletah dua puterinya yang sering dipaparkan di akaun Instagram milik dia dan suami,
Linda turut memikul tanggungjawab dan amanah berharga sebagai seorang ibu. Malah dia juga akui, kehidupan peribadinya selepas berkahwin cukup indah dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

“Tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi, kehidupan saya kini bersama Que dan anak-anak saling melengkapi. Ikutkan melayan gelagat anak-anak di rumah memang penat tetapi sangat berbaloi. Tapi ironinya, itulah fasa bermakna yang dilalui ibu bapa saat melihat mereka membesar di depan mata,” ungkap Linda yang sememangnya begitu ramah turut menerangkan kehadiran anak-anak yang mempunyai kerenah dan perangai berbeza menceriakan lagi suasana.
Saling Membantu
Akui kesibukan masa di antara dia dan suami, membuatkan diari seharian mereka begitu padat. Selain menguruskan anak, Linda juga begitu sibuk menguruskan kerjayanya dalam bidang seni tari.
“Alhamdulillah walaupun sibuk namun anak-anak kami akan uruskan bersama-sama. Jika saya sibuk, Que akan jaga anak-anak. Bila Que sibuk dengan lakonan saya akan menjaga mereka,” jelas ibu yang bekerjaya ini.
Rutin sebagai tenaga pengajar tari dan juga kerja-kerja di rumah perlu seiring dan Linda juga mahu beri yang terbaik.
“Selain mahu beri komitmen yang baik dalam kerjaya. Saya juga mahu luangkan masa dengan anak dengan cara terbaik. Saya mahu terus sukses dalam karier dan pada masa yang sama juga mahu berikan komitmen dan tumpuan yang terbaik pada anak-anak.
“Memandangan kerja saya jenis yang tak menentu, jadi saya boleh aturkan masa kerja agar bersesuaian dengan anak-anak. Saya boleh ambil anak dari sekolah dan sediakan pelbagai keperluan sebelum saya keluar bekerja.
“Saya bersyukur bila ada masa saya tidak sibuk saya akan berikan tumpuan sepenuhnya pada mereka terutama pada anak-anak perempuan saya. Saya juga boleh bekerja dari rumah, jika Que sibuk saya boleh berada di rumah. Bila Que ada di rumah saya boleh keluar bekerja,” luah Linda.
Tawaran Berlakon Untuk Anak-Anak
Menyentuh tentang telatah Tengku Ratu, 9 dan Tengku Cleopatra, 7, Linda sambil tersenyum bercerita tentang anak-anaknya yang pernah berlakon dan beraksi di pentas fesyen.
“Tengku Ratu pernah berlakon dan kedua-dua puteri saya pernah dijemput beraksi di pentas fesyen. Sebelum ini Tengku Cleo pernah dapat tawaran berlakon dan kami tanya dia nak berlakon ke tak? Dia boleh bertanya berapa bayaran dan kalau dapat bayaran nak diserahkan kepada dia terus jangan bagi pada Mummy atau Daddy,” ungkap Linda sambil tertawa apabila mengimbas kembali telatah anaknya itu.
Sokong Minat Anak-Anak
Ditanya adakah anak-anaknya juga minat dalam dunia seni terutamanya seni tarian, Linda akui sememangnya dia dapat perhatikan minat tersebut memang ada pada diri dua puterinya.
“Saya sebagai penari dan cikgu tari, suami pula terlibat dalam seni. Bohonglah jika saya tak gembira jika ada anak yang ikut jejak kami. Terpulanglah pada mereka samaada nak ikut ke tidak asalkan mereka lakukan benda yang baik.

“Tengku Ratu saya nampak dia suka menari dan ada bakat. Tapi dia jenis yang cepat mengalah. Bila dia menari salah langah dia akan putus asa. Tapi sebagai ibu dan bapa akan beri ajaran yang terbaik buat anak-anak.
“Tengku Cleo pula beritahu dia nak jadi seorang penyanyi pop satu hari nanti. Masing-masing masih kecil jadi masih berangan nak jadi apa nanti bila dewasa. Sebagai ibu bapa, kami mendorong dan menggalakkan apa yang mereka minat. Sebab itu kami hantar anak-anak ke kelas tarian balet dan gimnastik serta kelas muzik Jazz. Bakat sudah kelihatan, semuanya terserah kepada mereka,” terang Linda yang akui memang memanjakan anak-anak.
‘Me Time’ Setiap Malam
Sangat letih menguruskan keluarga dan keluar bekerja wanita ini akui setiap hari dia amat nanti-nantikan ‘me time’ terutamanya selepas anak-anak tidur.
“Paling seronok apabila anak-anak sudah tidur, setiap malam saya akan ambil masa buat air milo panas kemudian duduk menonton TV atau melayari Youtube. Pada masa inilah saya dapat menjenguk dunia media sosial. Saat-saat begini sangatlah diperlukan dan penting buat saya rehatkan minda. Sekurang-kurangnya sejam atau dua saya akan lakukan ‘me time’ ini sebelum masuk ke bilik tidur.
“Dengan kawan-kawan saya jarang jumpa dan ‘me time’ dengan mereka. Sebabnya jika saya lepak dengan kawan-kawan fikiran saya akan melayang memikirkan rumah, keadaan anak-anak dan ditambah dengan pelbagai perkara urusan kerja. Tapi saya beruntung kerana ada kawan-kawan setia dan sentiasa berhubung dengan mereka,” kata Linda.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI