Jika ada ada laman yang terhad, tapi berhajat nak tanam nanas MD2 dalam pasu jangan susah hati. Jika betul caranya, nenas MD2 yang ditanam dekat laman rumah dalam pasu itu boleh berbuah cepat dan manis leting buahnya.
Lelaki ini, Azuan Abdullah yang berlatar pendidikan dari Universiti Putra Malaysia berkongsi panduan menanam nanas MD2 dalam pasu.
“Alhamdulillah. Pagi semalam kami siap tanam nanas MD2. Tanam tak banyak pun, 5 pasu je.” Walau pun cuma 5 pasu, hasil buah nenas MD2 ini akan lebih cepat berbuah.
Begini Cara Tanam Nanas MD2 Dalam Pasu
Guna pasu plastik saiz 16 x 15 inci. Pasu dari kedai Mr Diy.
Isi tanah campuran dalam pasu hingga hampir penuh. Tanah campuran ni kami buat sendiri. Nisbah 1 tanah + 2 organik + 3 pasir.
Bila tanam MD2 dalam pasu, media tanaman yang paling penting. Kita nak media yang peroi dan poros.
Nanas MD2 sangat sangat manja dan sensitif bila media padat, lembap dan banyak pegang air. Kesannya pokok akan jadi buruk @ reput pangkal.
Anak benih saya guna sulur gred A. Tinggi anak benih 2 kaki lebih.
Gambar 4 (selepas)
Sebelum tanam nanas dalam pasu, buang dulu semua akar yang ada di bahagian pangkal anak benih. Boleh rujuk gambar 3 (sebelum) dan gambar 4 (selepas).
Masa nak tanam sulur tu, kita ada 2 pilihan samada nak buang akar atau tak. Terpulang pada diri kita. Usah kita jadikan ia satu isu yang besar. Ilmu pertanian ini sangat luas.
Ads
Macam saya, saya pilih untuk buang akar sebelum tanam. Ianya berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya.
Saya ada juga merujuk kepada sifu saya yang ada ladang beratus ekar, beliau pun buang juga akar sebelum tanam nanas.
Akar yang sedia ada tidak akan berfungsi bila kita tanam. Maksudnya akar ini akan mati dan kering. Akar yang sedia ada akan mati dan kering dalam tempoh 1 – 2 minggu lepas tanam. Bila akar ni dah kering, barulah akar baru akan tumbuh.
Senang cerita, akar yang sedia ada ni akan melambatkan proses pertumbuhan akar baru.
Sebab tu la saya buang akar sebelum tanam. Ia boleh mempercepatkan pertumbuhan akar baru.
Biasanya dalam masa 1-2 minggu lepas tanam, pokok dah berakar.
Lagi cepat berakar, lagi cepat pokok besar.
Lebih cepat pokok besar, lagi cepat boleh hormon.
Lagi cepat hormon, lagi cepat boleh harvest.
Lebih cepat harvest, lagi cepat boleh jual.
Lagi cepat jual, lagi cepat boleh duit.
Bila cepat boleh duit, kita pun banyak happy.
Mingguan Wanita : Dah fahamkan caranya. Selepas ini, bolehlah cuba tanam nanas tepi rumah pula ya.
Negeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairiyang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
1.Santan saya tak letak.
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
▶Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
▶Hirisan Bawang
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
▶Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
▶Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
▶Asam Jawa
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
Tak semua masakan kita gunakan limau purut, ada juga yang digunakan untuk mandi. Sebab ada sesetengah masakan saja yang mungkin guna untuk buah atau pun daunnya.
Jangan ingat daun dan buah limau purut digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi bunga atau untuk perubatan tradisional. Sebenarnya, ada petua lain yang boleh kita buat dengan daun dan buahnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Siti Aminah, petua untuk hilangkan keletihan badan.
Seharian bekerja mahupun urus rumahtangga, dah tentu akan datang rasa letih dan penat. Bila datang semua ini, mulalah rasa nak baring saja, kononnya bolehlah kurangkan rasa kepenatan itu.
Namun, rehat dan baring belum tentu melegakan perasaan itu. Ada juga yang mandi atau guna aroma terapi untuk mengembalikan kesegaran badan. Kali ini, kalau ada pokok limau purut di rumah, bolehlah gunakan untuk dibuat mandi.
Sebelum tidur apa kata, mandi dulu dengan air daun limau purut supaya tubuh badan berasa lebih segar.
Cara penyediaannya sangat mudah.
1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam
4. Ramaskan daun limau purut & perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi
6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala & rambut
7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.
Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Ia juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.
Memang agak pelik bila lihat tanaman susah berbunga dan ada juga pokok yang tak berbuah. Walhal, tanaman ini sudah lama membesar, tapi ia tetap sama dan tak mengeluarkan hasil.
Jenuh jugalah mak-mak letak baja dan aneka campuran bahan untuk pokok mmbesar, berbunga atau berbuah. Hasilnya agak hampa.
Jadi, ada cara yang boleh mak-mak cuba untuk pastikan tanaman dan pokok berbunga serta berbuah. Melalui perkongsian Remy Soid, dia menggunakan teknik ‘sunat’ pokok agar ia membuahkan hasil.
Boleh cuba cara dia lakukan. Moga ia memberi manfaat dan membantu mak-mak di luar sana.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...