Mak-mak jangan ingat, nak bercucuk tanam hanya letak benih, siram dan nanti hiduplah pokok itu. Senang sangat caranya. Kalau pokok mati, tanam yang baru. Tapi sampai bila? Kena tahu ilmunya juga supaya tidaklah mak-mak alami kegagalan.
Jangan ingat, nak bercucuk tanam satu perkara yang mudah. Sampaikan ada sesetengah mak-mak merasakan dia tanam itu tak menjadi sebab ‘tangan panas’ yang biasa kita sebut.
Walau bagaimana pun, kita kena tahu ilmunya sebelum nak bercucuk tanam. Memadai dengan perkara-perkara asas pun dah mencukupi.
Jangan tak tahu, ada beberapa perkara yang mak-mak kena tahu ilmunya barulah berjaya untuk bercucuk tanam. Ini perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poad tentang ilmu yang boleh kita ‘cedok’ sebelum bercucuk tanam.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak BERCUCUK TANAM Kena Ada Hari-Hari Sesuai, Barulah Hidup Subur
Petua Elak Serangga Tanaman, Sembur Rendaman Kulit Bawang Selama 3 Hari, Selesai Masalah!
Info Lebih Menarik DI SINI
Kena tahu Ilmunya Untuk Bercucuk Tanam
TANAH
Tanah ialah media tanaman yang paling penting sebelum seseorang itu berhajat untuk bercucuk tanam. Masalah tanah adalah kurang bagi mereka yang mempunyai halaman yang luas kerana tanah sudah sedia ada, cuma perlu tambah kompos sahaja dan sekam padi bakar atau tanah hitam.
Bagi yang tidak mmpunyai tanah, wajib untuk kita mngetahui campuran tanah yang diperlukan sebelum menyemai atau pun menanam.Tanah yang diperlukan adalah seperti tanah hitam atau topsoil, sekam bakar/mentah/cocopeat/pasir halus dan kompos.
Nisbah ygan selalu digunakan ialah 3:2:1. Jika ada yang mnggunakan tanah sawit, ianya tak perlu ditambah apa apa lagi kerana sifatnya yang sudah. Dolomite pula digunakan untuk merawat tanah yang bermasalah seperti berkulat dan masam.
BAJA
Ia ada banyak brand di pasaran. Yang tiada brand juga ada. Baja yang boleh dibuat dan didapati di dapur juga banyak. Ilmu perlu banyak tentang pembajaan. Penggunaan baja kimia adalah tidak digalakkan walaupun hasilnya baik.
Seeloknya guna baja organik seperti tinja ayam proses atau tinja kambing proses, baja kopi serta sawit dan yang sewaktu dengannya. Sukatan pula biasanya hanya sesudu kecil dan ditabur seminggu sekali. Kesilapan ketika mnggunakan baja akan mmberi effect yang tidak baik pada pokok. Contohnya, daun mengerekot, layu dan daun gugur. Jika ini berlaku, siram pokok dengan air dalam jumlah yang banyak
RACUN SERANGGA
Masalah tanaman yang paling merisaukaan ialah serangan makhluk nyg tak diundang pada tanaman dan boleh bermula seawal semaian lagi. Sebelum masalah ini brlaku, perlunya kita protect dahulu.
Setiap rumah yang bercucuk tanam, perlu ada sekurangnya sebotol cuka kayu organik sebagai penyelesai masalah ringan seperti serangan semut hitam dan merah yang tidak serius, serangan bena yang tidak serius, pucuk mati, daun berlubang lubang, leaf minor, dimakan ulat hijau, aphit, hamama dan sebagainya. Jika masalah serius, perlu ada racun kimia seperti strex yang sangat efektif, tapi saya tak guna dan tak galakkan.
Serangan makhluk perosak boleh selesai dengan cara protect awal sebelum diserang. Pokok pangkalnya usaha dan kerajinan.
CAHAYA DAN AIR
Ada pokok yang tidak boleh terkena cahaya matahari terus 100% lebih-lebih lagi setelah tanaman dipindahkan. Setelah tanaman dipindahkan, jangan sesekali letak di bawah matahari sepenuhnya.
Perlu cahaya redup dahulu selama 3/4 hari sebelum diberi cahaya terus. Perlunya kita mencuba cuba spy pokok dapat sesuaikan diri. Begitu juga dengan air.
Dalam tempoh tanaman kurang daripada dua bulan, jangan terlalu excited siram pokok dengan air yang banyak. Media yang terlalu lembab akan mengakibatkan banyak masalah timbul.
Begitu juga jika terlalu kering, masalah juga akan timbul. Check kelembapan tanah dengan sudu besi jika tiada meter ph tanah. Kalau terlalu basah, jemur di tempat panas dan jangan siram seharian.
Semoga memberi sedikit manfaat kpd semua.
MW: Bila dah tahu ilmunya, barulah boleh mula bercucuk tanam. Moga ia memberi manfaat dan panduan terutamanya yang baru nak mula berkebun.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI