Bila berdiet, mulalah berkira-kira untuk makan. Bukan apa, takut berat badan bertambah dan hilang terus program diet yang dilakukan selama ini. Semua jenis makanan dikawal dan hanya ambil makanan yang sihat sahaja.

Tak perlulah berkira-kira untuk makan atau sekat sampai tidak ambil langsung. Kalau nak diet, cubalah ikut jadual makan yang betul. Barulah program diet yang kita amalkan itu berjaya dan ktia tidaklah terlalu mengikat nafsu untuk ambil makanan kegemaran.

Perkongsian daripada Arif Sukri ini bole membantu anda yang ingin berdiet. Jangan takut untuk makan yer.

Baca Lagi DI Sini: Mak-Mak Yang Nak Kurus, Boleh Try Menu Diet Seminggu Tanpa Nasi

Ads

Cara Diet Intermittent Fasting Ibu Menyusu, Susu Badan Mantain Tak Berkurang

Info Lebih Menarik DI SINI

Ads

Jaga Kalori
Sebenarnya kita tidak perlu takut untuk makan pada bila-bila masa sekali pun sewaktu diet. Ini kerana diet bukan kira waktu bila ditegah, waktu bila tak boleh makan.
Apa yang paling penting adalah bila kita tahu dan jaga kalori. Itu pun sudah cukup.

10 Kesalahan Tentang Jadual Makan

1. Sebab ada orang yang risau. Dia dengar, kalau diet ini lebih dari jam 8 malam mesti sudah tidak boleh makan nasi. Kalau sarapan mesti wajib jam 7 pagi.

2. Hakikatnya tidak boleh buat begitu.

3. Jadual hidup kita berbeza-beza. Ada orang yang kerja shif malam, terpaksa tidur di siang hari. Maka terlepaslah sarapannya.

4. Ada juga yang kerja shif pagi dan dia boleh makan pada jam 8 malam dengan selesa. Dan ada pula orang jam 11 malam baru boleh makan.

5. Bab nak makan jam berapa, lewat malam ke atau seawal pagi sekali pun tidaklah menjadi faktor utama kenaikan berat badan.

6. Kalau kerja lewat malam, tentulah makan malam pun akan jadi lewat.

7. Makanya tak perlu nak paksa diri makan awal-awal dan akibatnya kalian akan berlapar ketika bekerja. Makan sahaja pada bila-bila masa. Buat jadual waktu kita sendiri.

8. Yang utama bukanlah pada masa bila tidak boleh makan atau kena makan sebelum jam tertentu. Tetapi yang utama itu adalah bagaimana kita mengawal kuantiti dan menjaga kualiti makanan yang diambil.

9. Yang asyik cakap jangan makan lebih pada jam 8 malam takut gemuk itu lebih kepada mitos. Kepercayaan diri sendiri sahaja.

10. Makan je pada bila yang kalian boleh.

Kawal kalori, jaga kualiti, Insya-Allah masih boleh kurus walaupun makan malam lebih dari jam 8. Tak adalah susah sangat kalau ikut jadual sendiri kan?

Ads

Begitulah. Buat ikut mampu.

MW: Kalau kita tahu jaga kalori pun dah cukup membantu. Jangan disekat nikmat makanan tu.

Sumber: Arif Sukri

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI