Berkongsi pengalaman menjadi ibu anak dua sejak dua bulan lalu, Scha Al-Yahya akui ia bukan tugas mudah, tetapi mencuba sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata kepada Lara Alana, 7, dan Lyla Amina, dua bulan.
Scha Akui Sangat Mencabar
Pelakon dan pengacara cantik ini akui sedang menyesuaikan diri untuk berlaku adik kepada kedua anaknya.
“Memang mencabar bila dah jadi ibu kepada dua cahaya mata. Pada mulanya saya fikir tidak sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi sebenarnya sangat mencabar.
“Walaupun Lara dah besar, tetapi dia juga perlukan perhatian. Adiknya tentu sekalilah, bila cukup masa untuk menyusu atau tidur, dia akan menangis.
“Bila adik menangis, Lara pun mula nak menangis. Bila perlu tepuk untuk tidurkan Lyla, Lara juga nak. Perhatian tu pun banyak kepada Lara juga sebab dia sudah besar, faham dan cepat terasa.
“Jadi, itulah cabaran kena lalui sekarang yang mana saya kena sentiasa ingatkan diri sendiri dan Awal, yang pertama jangan lupa.
“Kadang-kadang kalau ke mana-mana pun orang akan fokus pada Lyla. Saya akan pergi pada Lara. Itulah cabarannya sekarang,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.
Ads
Berat Badan Ideal Lepas Bersalin
Kini mendapat berat badan ideal selepas bersalin sememangnya menjadi idaman buat mana-mana wanita. Scha pula, tidak memberi fokus untuk kembali mendapatkan berat badan sebelum hamil, sebaliknya mengutamakan kesihatan dalaman dan pemakanan selepas selesai tempoh berpantang.
“Saya tak nafikan dah dapat berat badan asal saya. Cuma tak ada apa-apa rahsia atau rutin ketat yang saya ikuti.
“Mungkin bentuk badan saya tak banyak berubah walaupun ketika hamil, jadi saya tak ambil masa lama untuk menurunkan berat.
“Bagaimanapun menerusi perbualan dengan doktor sebelum ini, dia juga tidak galakkan saya mengejar penurunan berat badan, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesihatan dalaman dan paling penting adalah pemakanan selepas habis berpantang.
“Lebih-lebih lagi saya menyusukan Lyla sepenuhnya, jadi kena titik beratkan pengambilan makanan berkhasiat untuknya dan saya juga,” ujarnya yang kini kembali sibuk bekerja dan memenuhi undangan berbuka puasa dan tugas sebagai duta bersama suami, Awal Ashaari dan anak sulungnya, Lara Alana.
Ads
Sumber: Sinar Plus Sumber Foto: Instagram Scha Al Yahya
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Menjadi kebiasaan ramai antara kita yang caj telefon dan letak berhampiran tilam sebelum tidur. Rupanya tabiat buruk ini boleh membahayakan diri apabila telefon boleh meletup dan terbakar.
Dalam kejadian baru-baru ini, seorang kerani bank melecur di lengan selepas tersentuh pintarnya yang dipercayai terlebih cas di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam, awal pagi kelmarin.
Tilam Terbakar
Kejadian jam 4.20 pagi itu hampir menyebabkan kebakaran apabila tilamnya mulai terbakar, disyaki kesan suhu tinggi telefon pintar berkenaan.
Nur Filzah Abdul Rahman, 24, berkata telefon pintar yang dicas itu diletak di atas tilam.
“Saya mengecas telefon pintar sebelum tidur dan biasanya saya letakkan di lantai, namun malam itu saya letakkan di atas tilam sebelah kiri saya.
“Saya terjaga kira-kira jam 4.20 pagi apabila berasa panas di belakang badan. Ketika mengiring ke kiri, saya terkuis telefon dan lengan saya terasa pedih.
“Saya terus menghidupkan suis lampu dan sebaik keadaan terang, baru saya sedari bilik dipenuhi asap dan tilam saya berbara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Filzah berkata, tilam berkenaan disyaki terbakar akibat suhu panas telefon pintarnya.
Beliau dan rakan serumah bergegas mengambil sebaldi air dan dicurah ke atas tilam bagi mengelak kebakaran sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Mingguan Wanita mendoakan agar wanita ini cepat sembuh.Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita, agar lebih berhati-hati dan tidak meletakkan telefon berhampiran dengan diri ketika tidur dalam jangka masa yang panjang.
Sejak hari pertama negara menerima pesakit Covid-19 di hospital, isteri angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha iaitu Datin Dr Halina Mohd Yunos sudah mula menjalankan kerja-kerja penyaringan ke atas pesakit Covid-19 di hospital.
Sebagaimana semua sedia maklum, frontliners inilah antara individu paling mudah terdedah dengan jangkitan virus Covid-19 melalui pesakit. Dan malam tadi, Dr Sheikh Muszaphar dikejutkan dengan kondisii isterinya yang tiba-tiba alami simptom batuk dan sakit tekak.
Dr Halina Tunjukkan Tanda Sakit Tekak Dan Batuk
Kongsinya di laman instagramnya, sebaik saja balik dari tempat kerja isterinya mula menunjukkan tanda sakit tekak dan batuk. Selepas mengambil ujian swab Covid-19, isterinya itu kuarantin diri. Sementera menunggu keputusan keluar, Dr Halina bersendirian dalam bilik di rumah mereka.
“Sedih saya melihatnya, malah dia tidak boleh berada dekat dengan anak-anak. Tak boleh bayangkan bagaimana dia mengharungi ujian 8 jam itu.”
“Saya masih ingat bagaimana dia menghubungi saya dari hospital, tidak tahu ke mana dia harus pergi, memandangkan dia tidak mahu (virus) menjangkiti saya dan anak-anak. Dalam keadaannya sebegitu pun, dia masih risaukan yang lain.”
Dalam Sakit Dr Halina Tetap Terus Bekerja
Begitulah hati seorang ibu yang mahu menjaga keselamatan suam dan empat orang anak-anaknya, Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Akhirnya, nikmat kesyukuran yang menjadi sandaran apabila hasil ujian Covid-19 menunjukkan ianya negatif.
“Dan Alhamdulillah – keputusan itu NEGATIF.”
Biar pun diduga dengan kesakitan, Dr Halina tetap tidak mengalah malah terus tekad pergi bekerja pada hari ini.
“Itulah Dr Halina – bukan kerana dia isteri saya TETAPI kerana dia seorang doktor yang telah dilatih untuk membantu orang lain.. rela berkorban demi merawat orang yang sakit.. yang penting adalah menyelamatkan nyawa seseorang biar besar mana pun risikonya.
Pesannya lagi, “Kepada para doktor, jururawat dan petugas perubatan di luar sana.. teruslah berani dan kuat.”
“Anda sentiasa ada dalam doa-doa kami.”
Love As Always …
PS – To my Beloved wife Do continue your brave and noble effort .
InsyaAllah – Allah will ease your path Dunia & Akhirat
PSS – You are my true Hero
PSSS – Diri ini berasa kerdil jika dibandingkan dengan segala pengorbanan mu
MW : Begitulah hebatnya pengorbanan seorang DOKTOR. Demi kesihatan orang awam, sanggup berkorban apa saja. Sedangkan, mereka pun ada anak-anak dan suami untuk dijaga. Teruslah rakyat Malaysia #DudukRumah agar pengorbanan besar ini berbaloi nilainya.
Jari Punca Ke Neraka menjadi kupasan topik menarik dalam Mingguan Wanita Talkshow yang bersiaran pagi tadi di Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada pukul 11 pagi hingga 12 tengahari. Hos Siti Elizad dan Amin Idris serta tetamu jemputan Elfira Loy, Abam dan Da’i Wan membincangkan isu yang menjadi perhatian ramai ini. Ini kerana golongan selebriti khususnya antara pihak yang sering menerima kecaman hebat dalam apa juga posting mereka di media sosial.
Antara point menarik sepanjang topik ini dibincangkan adalah;
Da’i Wan
Da’i Wan antara pendakwah yang selalu menerima kecaman daripada netizen lantaran selalu memuat naik posting dan lantang menulis surat terbuka di laman media sosial.Jelas Da’i Wan posting tersebut bukan bertujuan mengejar populariti berbuat sesuatu demi manusia, sebaliknya dengan niat untuk menyampaikan landasan ilmu yang sebenarnya demi berdakwah.
2. Elfira Loy
Elfira pula mengambil langkah kekal positif dan berdiam diri daripada menjawab segala kecaman dan tohmahan netizen. Menurut Elfira segala posting di media sosial bukan untuk mendapat ‘validation’ daripada orang sebaliknya dengan niat hanya untuk berkongsi. Bagi Elfira abaikan segala kecaman dan biarlah segala persoalan terjawab sendiri di kemudian hari.
3.Abam
Berdepan dengan kecaman keterlaluan baru-baru ini, Abam mengambil langkah berjumpa dengan individu terlibat untuk penjelasan. Kemaafan dipinta, abam memaafkan dengan hati terbuka.
4.Mawi
Bagi Mawi pula, sebagai seorang selebriti dan dikenali ramai orang, segala kecaman mengenai dirinya dianggap satu cabaran dalam bidang ini.Kita tak boleh puaskan hati semua orang, yang penting tahu niat dan tujuan kita. Tambah Mawi lagi, sebelum jari segalanya bermula dari hati. Bila hati sakit segalanya dilihat dan dianggap serba serbi tak kena.
Jadi berhati-hatilah dalam memberi komen di media sosial. Komen negatif boleh mencetuskan pergaduhan, rasa tak puas hati dan pertelingkahan. Sekaligus secara tak langsung menjadikan kita salah seorang ‘pembuli siber’ menerusi komen yang kita tulis.
Ingat iya dosa sesama manusia, tidak dapat diampunkan tuhan. Jangan pula kita merangkak di akhirat nanti, menuntut kemaafan daripada orang yang kita telah berbuat dosa kerana jari kita yang rancak menulis komen negatif di media sosial. Jangan kerana jari boleh menjadi punca kita terjerumus ke neraka.
Bagi yang ketinggalan dan mahu menonton siaran penuh rancangan ini, jangan lupa saksikan siaran ulangannya jam 5 petang ini pada hari dan saluran yang sama.