Baru-baru ini, viral perkongsian tip untuk gemukkan kucing dengan beri makan roti digaul dengan isi ikan. Ramai pencinta kucing yang teruja untuk mencuba tip yang dikongsikan, apatah lagi melihat ‘si bulus’ cukup sihat, montel dan gemuk-gemuk hasilnya. Hakikatnya,ia boleh menyebabkan kucing obesiti, menghadapi masalah kesihatan dan penyakit berbahaya.
Perkara ini dijelaskan oleh veterinar Dr Kartini Jasni sendiri.
Ini tak kool, gais! Tak usahlah buat miau jadi macam tu. Kalau tengok dalam gambar tu, itu bukan comel, itu obese. Ya, kucing pun boleh obese. Obese tu adalah sejenis masalah kesihatan.
Miau yang obese mudah menghidap penyakit jantung, diabetes, arthritis, tekanan darah tinggi dan penyakit ginjal. Kebanyakan penyakit ini dari makanan yang diberi kepada mereka.
Kucing Haiwan Pemakan Daging
Tahu, kan? Kucing merupakan sejenis haiwan ‘obligate carnivore’.Maksudnya kucing adalah haiwan pemakan daging. Mereka hanya memerlukan sedikit sahaja sumber karbohidrat berbanding dengan protein dan ini berbeza antara spesis.
Keperluan nutrisi kucing dapat dibekalkan secara optimum apabila kucing makan sumber protein dari daging, ayam, burung, ikan, tikus, dan haiwan-haiwan kecil lain.
Kucing tak boleh dapat tenaga secara maksimum apabila menghadamkan karbohidrat seperti roti dan nasi, kerana mereka tiada enzim amylase dari kelenjar air liur(salivary amylase).
“Kucing tak boleh makan nasi dan roti ke?”
Ya, betul sekali. Sebenarnya tak boleh.
“Tapi, saya bagi kucing makan, OK je. Sihat je.”
Kucing domestik, biasanya jinak dan jarang berburu. Ia hanya akan makan apa yang kita diberi. Mereka tiada pilihan. Mereka makan sahaja apa yang ada. Hakikatnya, ia tak baik untuk kesihatan mereka.
Kalau kita sayang kucing kita, kita nak dia sihat, maka kena beri dia makanan berasaskan daging, dan beri dia aktif. Jangan biarkan dia obese. Kasihan dia kalau dia obese, banyak penyakit nanti.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Kartini Jasni (veterinar)
Rujukan:
Royal canin body condition scoring
AAHA diabetes management in cats
Baca Lagi Di Sini:
Kucing Peliharaan Tak Makan Cuma Minum, Terlalu RINDU Sejak Arwah Pergi
Air Rebusan RUMPUT PENDUL, Berkesan Rawat KUCING Sakit Parvo, Selsema Atau Demam
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat ‘mak ayah’ yang sayangkan kucing ingat iya, nutrisi yang diperlukan oleh si anak bulus adalah daging. Tak perlu campur roti atau nasi. Pastikan kucing kekal sihat, aktif dan tak obesiti iya.
Sumber: Dr Kartini Jasni
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI