Kemelut kontroversi bekas balu allahyarham Abam Bocey ini akhirnya menemui jawapannya apabila pihak mahkamah dan hakim memutuskan bekas adik iparnya, Ali, Puteh, diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 terhadap kes saman fitnah difailkan kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
Bersihkan Nama & Maruah Diri
Dalam pernyataan ringkas yang dikongsi di Instagram story, Hidayah menegaskan bahawa dirinya tidak gilakan harta arwah suami malah tidak fitnah sesiapa seperti yang dituduh. Hidayah juga meluahkan rasa syukur dan malah turut berterima kasih pada tuan hakim apabila kemenangan tersebut dapat membuktikan kebenaran sekaligus membersihkan nama dan maruahnya.
Hidayah juga percaya bahawa berkat doa semua orang yang mendoakannya, doa anak yatim serta yakin Allah bersama orang yang benar dan memakbulkan doa orang yang teraniaya.
Sementara itu, bagi menzahirkan rasa kesyukuran di atas kemenangan keputusan tersebut yang memihak padanya, Hidayah juga berkesempatan membeli buah-buahan, bersedekah untuk orang-orang surau.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah dan tahniah atas keputusan kemenangan ini. Sekaligus dapat membersihkan nama dan maruah diri Hidayah yang dituduh gila harta selama ini. Semoga Hidayah dapat membesarkan anak tunggal kesayangan dan menjalani kehidupan yang lebih baik dan tenang selepas ini.
Elak jadi mangsa kecaman. Segalanya sangat cepat viral dengan kuasa media sosial. Silap cakap, buat perangai, mulalah akan terima kecaman dan kutukan. Bukan untuk menjatuhkan tapi sebagai satu pengajaran.
Jangan main-main dengan media sosial sekarang ini. Boleh dikatakan, bila buat baik pun viral, apatah lagi yang tidak menyenangkan hati akan lagi cepatlah komen-komen dari netizen.
Mungkin kisah ini dari minggu lepas lagi dan hingga sekarang masih ada yang tidak puas hati atas tindakan dan percakapan dan jawapan dari seorang penyanyi tanahair.
Bukan untuk mengeruhkan keadaan, tidak memihak pada mana-mana sekali pun. Cuma apa yang perlu kita ambil pengajaran adalah adab ketika berurusan dengan orang.
Perkongsian daripada dari Nor Zabetha ini adalah untuk memberitahu, tak kira kita orang terkenal atau hebat sekali pun, jaga adab bila berurusan dengan orang sn semua ini boleh elak jadi kecaman orang yang mendengarnya.
Saya terlihat sedutan laporan berita antara penyampai berita dan Dato Hattan.
Dato Hattan berulang kali bertanya siapa penulis lirik lagu XPDC. Bagus pembaca berita mengendalikan situasi. Dia cuba juga menjawab dan dia cuba ketawa kecil sedikit.
Sudah diberikan jawapan masih lagi, Dato Hattan menyampaikan rasa tidak puas hatinya. “Adoi”.
Bila saya baca komen, rata-rata tidak setuju dan marah. Cara pengendalian yang tidak betul. Kalau kita berurusan dengan orang, jangan kaedah ini. Tidak berapa lagendanya kita atau hebatnya kita.
Jangan malukan orang lain dan membuatkan dia jelas kelihatan tidak bijak di hadapan orang lain. Pembaca berita atau penyampai berita bukanlah wartawan yang menyingkap atau mengupas setiap satu berita atau segmen yang bakal dia hasilkan.
Nama pun penyampai.
Sebab itu, ayatnya “Boleh Dato ceritakan.” Kita dengar dari yang lebih berpengetahuan.
Sebab itu dalam segmen berita jika ada sesi atau slot, perlu tanya pakar ekonomi, pakar psikologi, doktor, peguam, pakar politik. Ikut kepakaran masing-masing. Biar pakar yang menjelaskan. Orang yang ditemubual bual itu, tidak boleh tanya sambil merendah-rendahkan.
Beza Wartawan Dengan Penyampai
Saya tahu ada yang membezakan wartawan dengan penyampai, sebab wanita itu hanya penyampai dan bukan wartawan. Kalau wartawan sekalipun, dia bertanya kepada yang lebih tahu atau yang pakar dalam bidangnya. Adakah wajar kita merendah-rendahkan dia?
Contoh minta pandangan peguam untuk jelaskan tentang undang-undang. Tiba-tiba peguam tanya “Ha! Pengubahan wang haram apa seksyennya? Apa elemennya? Takkan tak buat homework sebelum interview saya”.
Banyak wartawan yang saya jumpa. Ya, Allah segala hal mereka perlu selidik dan teliti. Contoh dalam satu liputan keganasan rumahtangga untuk satu slot siaran.
Jadi mereka mengharapkan pendapat pakar dalam bidang psikologi. Pendapat peguam dalam bidang guaman. Pendapat polis berkaitan dengan jenayah yang dilaporkan.
Tanya pada yang pakar. Itu lebih baik. Dunia penyampaian berita dan siaran berbentuk liputan atau dokumentari ini perlu dilakukan dengan baik. Sebab itu, mereka menemualbual orang yang selayaknya untuk memberi pandangan.
Kalau tidak, tidak perlu temubual. Mereka ‘study’ sendiri dan terus siarkan. Kadang-kadang perkongsian dari yang lebih tahu dan yang lebih pakar itu berbeza.
Saya banyak kali bekerjasama dengan wartawan dan mereka memang sangat profesional. Sangat peramah dan belum pernah sepanjang pengalaman saya ada pengalaman yang tidak senang.
Itulah, melihat situasi ini. Kadang-kadang kita selalu mempersoalkan kenapalah kehidupan kita ini ada saja halnya. Orang tidak suka. Orang tidak faham. Pada saya cara pengendalian.
Kita bayangkan pula kalau temubual semalam Dato Hattan jawab dengan cara lain pula. “Lirik yang ditulis sangat mendalam kerana…”. Sambil menjelaskan, memberikan penghargaan kepada karya dan menjelaskan karya begini barangkali tidak lagi bakal dihasilkan.
Sambil memberi pesanan pada kita untuk menghargai karya seni dan penghormatan terakhir kepada arwah.
Barangkali klip video itu tidak viral dan barangkali Dato Hattan juga tidak dikritik. Barangkali Dato Hattan, lebih dihormati.
Tapi itulah, cara kita mengendalikan sesuatu hal sangat memberikan kesan pada sesuatu hal.
Lihat bagaimana setiap kali Khairul Aming menjelaskan setiap isu. Simple and humble. Majoriti orang suka. Lihat cara influencer lain yang jenis tidak mengaku salah dan mempersoalkan kenapa dia sentiasa menjadi mangsa kecaman atau ‘play victim’. Kita tak lagi kesian tetapi tambah meluat.
Semuanya berbalik kepada cara pengendalian. Jangan cari masalah kalau tak mahu masalah.
Jadi setiap kali, kita berurusan dengan orang, pikir cara bagaimana yang memudahkan urusan kita dan orang sana. Kita tidak pening kepala, dia pun mudah. Orang sekeliling pun tidak menghukum.
Mingguan Wanita : Tidak memihak pada mana-mana tapi sebagai manusia, tinggi atau rendah pangkat seseorang itu, jagalah adab, jangan malukan orang lain.
Nak buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara daripada Puan Syafiqah Mohdradzi…
Hari-hari cuti ni kan kalau boleh layan laksa utara piawww baqhang. Melelehhh oiii. Makan pulak berulang-ulang selang sejam makan selang sejam makan. Perghhhh!! Memang tak makan apa dah. Dok berulang laksa ja selagi tak habis kan.
Makan kat kedai tak puaih makan la. Kadang ikut nasib pulak tu. Dapat yang sedap takpa. Dapat yang ceroii macam ayaq hujan di tasik rindu tu menangis.
Ni fiqah share resepi sempoi punya untuk peminat tegar laksa. Mudah ja nak buat laksa ni. Tak payah dok buat payah noh.
Cara-cara semudah petik jari
1) 15 ekor ikan temenung (size queen) direbus.
2) Perisi isi ikan yang siap direbus.
3) 12 tangkai cabai kering digunting untuk buang biji dan direndam air panas
4) 3 biji bawang besar ( size king ), kalau size queen dalam 5 biji.
5) Blender cabai kering & bawang besar beserta belacan sebesar ibu jari kaki orang dewasa
6) Panaskan periuk dan masuk bahan blender. Masak seketika biaq menggelegak.
7) Blender isi ikan dan masukkan dalam periuk.
8) Tambah air dalam 2 liter.
9) Masak ja naik biaq menggelegak galak dan masukkan bunga kantan, daun kesom, pucuk samak, asam keping.
10) Reneh ja api sederhana biaq semua bahan2 tadi bermesra dalam periuk.
11) Perasakan dan siap.
12) Sambil-sambil kuah nak siap tu rebuih laksa siap2. Takla meleleh ayaq lioq satg dok tunggu laksa masak.
TIP:
Nak kuah laksa yang lagi piawww kuah buat malam dan dibiar semalaman. Awai pagi tu bila semua bahan dah mesra laksa akan lebih piaww.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu meraung, anak meninggal dirempuh pemandu langgar lampu merah. Tular di media sosial raungan seorang ibu yang menyaksikan anak kesayangan meninggal dunia selepas dirempuh oleh pemandu yang melanggar lampu merah. Lebih menyayat hati, mungkin sukar menerima kejadian ini,dirinya pitam di tempat kejadian.
Ibu Meraung “Anak Aku Anak Aku”
Jelas kedengaran dirinya menyebut “anak aku, anak aku” sambil dirinya ditenangkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
Remaja Meninggal Dirempuh Pemandu Langgar Lampu Merah
Dalam kejadian malam tadi, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun yang menunggang motosikal jenis Modenas meninggal dunia selepas dirempuh pemandu kenderaan yang tidak berhenti di Jalan Persiaran Senawang 1, dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Senawang.
Berdasarkan rakaman dashcam Haziq Adli Zulkiflee yang merakam kejadian ini, kereta Honda Jazz yang dinaiki dua orang remaja berusia 18 tahun bersama penumpang lelaki berusia 17 tahun dari arah Senawang ke Paroi didakwa tidak memberhentikan kenderaan meski pun lampu isyarat bertukar merah.
Bahkan ada saksi kejadian memaklumkan, “saya ada dekat lokasi tadi. Kalau tengok video dashcam tu lampu hijau dah start berkelip sebelum honda jazz tu memotong kereta ni. Lampu dah kuning then lepas dah motong lampu dah merah. Kalau ikutkan dia sempat je benti sebab jauh lagi tapi tak berhenti. Mungkin nak kejar lampu dan dia laju sangat. Kita tak tahulah then belah sana dah hijau dan start jalan. Kemudian berdentum dekat tengah tu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, memaklumkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu seorang lelaki berumur 18 tahun bersama seorang penumpang lelaki berumur 17 tahun dari arah Senawang ke Paroi.
Keadaan dua motosikal yang dirempuh sebuah kereta dekat persimpangan lampu isyarat Matahari Height, Seremban malam tadi.
“Tiba di lokasi kejadian, pemandu Honda Jazz dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah lalu melanggar dua motosikal di sebelah kiri,” katanya.
Akibat rempuhan itu, penunggang dan pembonceng Modenas Kriss yang cedera parah di kepala meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu dan penumpang Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal Honda Vario cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, G Sankar di talian 014-6000353.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
“Penderitaan yang kami tanggung hanya Allah maha mengetahuiNya. Sangat perit. Paling saya kesalkan dan jadi tertanya-tanya siapa yang menekap seterika di kemaluan anak saya. Pertanyaan itu sentiasa bermain-main di fikiran.
“Ada dua keluarga tertuduh datang jumpa saya minta maaf pada saya dan mahu saya lupakan semua dendam tapi itu tak mungkin kerana jauh di sudut hati rasa terkilan itu ada.
“Suami sendiri sanggup tak jalani pembedahan jantung kerana mahu menunggu keputusan dari Mahkamah mengenai kes ini,”luah Hawa ketika dihubungi Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...