Sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibunya yang lumpuh. Mungkin ini satu keputusan yang cukup berat bagi seorang anak. Apatah lagi kerjaya yang cukup hebat dengan gaji yang lumayan.
Namun, apalah sangat untuk dinilai dengan pengorbanan seorang ibu. Berhenti kerja dan fokus dalam menjaga ibu yang sakit, tidak seskali akan membuatkan diri rasa menyesal kerana sudah lakukan yang terbaik untuk orang tua.
Mungkin inilah yang dilalui oleh Rashidah Razali yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang lumpuh. Inilah peluang yang dia ada selagi hayat ibu dikandung badan.
Bagi Rashidah Razali, dia sedikit pun tidak menyesal berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit (bedridden).
Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia dan iparnya bertanggungjawab dalam membantu menjaga ibu yang uzur selain mereka 11 beradik.
Kata anak kelapan ini, ibunya mengalami strok sejak Jun tahun lepas dan lumpuh sebelah kanan badan.
“Sejak itu urusan berkaitan diri ibu dijalankan oleh adik beradik. Sama ada mengangkat ke tandas, mandikan dan membantu ibu solat.
Gambar sebelum ibunya jatuh sakit.
“Sekarang ibu bedridden dan keadaan ini masih baru lagi iaitu pada Jun. Ia disebabkan paras oksigen dalam badan ibu menurun selain terdapat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.
“Jururawat tidak galakkan kami adik beradik urus ibu seperti sediakala iaitu angkat masuk bilik mandi seperti sebelumnya.
Ads
“Mereka sarankan semua urusan ibu dilakukan di atas katil dan mereka terus ajar teknik untuk menguruskan ibu bedridden serta memberi tips lain sebagai panduan,” katanya.
Menurut anak jati Kuala Berang Terengganu itu lagi, dia mula menjaga ibu sejak kerajaan mewujudkan skim bekerja dari rumah (BDR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021.
Bagaimanapun selepas BDR ditamatkan, dia perlu berulang alik ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur.
.
Ekoran itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.
“Bermula dari situ saya melakukan kerja sendiri dan Alhamdulillah suami menyokong setiap tindakan yang diambil. Saya juga berpeluang menjaga ibu secara bergilir dengan adik beradik yang lain,” luahnya.
Tidak Rasa Terbeban
Rashidah yang kini bekerja sebagai ahli fisioterapi di samping terlibat dalam perniagaan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berkata, dia sedikit pun tidak berasa lelah atau terbeban sepanjang tempoh mengurus dan menjaga ibu yang terlantar sakit.
“Alhamdulillah kesukaran jaga ibu bagi saya tiada, memandangkan ibu bukanlah pesakit yang panas baran.
“Disebabkan background pekerjaan saya sebelum ini banyak berkecimpung dengan kecederaan dan atlet, ia membuatkan saya terbiasa dengan pengurusan pesakit.
Ads
“Cuma bezanya teknik urus bedridden, tetapi ia mudah dilakukan selepas diajar jururawat hospital ketika ibu warded,” jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.
Bercerita lanjut, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana keperluan ibu dapat dijaga dengan baik.
“Alhamdulillah saya dan adik beradik serta ipar bergilir urus ibu. Sesi saya jaga rutin ibu adalah pada waktu siang iaitu pagi memandangkan selepas Zohor saya perlu bekerja.
“Jadi selepas waktu itu, adik beradik mahupun ipar yang akan ambil alih,” tambahnya.
Dalam pada itu, Rashidah turut menyatakan bahawa kekuatannya hadir saat melihat wajah ibu walaupun kadang kala penat.
Ads
“Mengeluh terbeban tu tiada sebab saya bergilir dengan adik beradik. Penat pasti ada dan itu perkara biasa dalam uruskan orang s4k1t.
“Cuma satu saja saya pasak dalam hati, pasti ada ganjaran bagi orang yang menyantuni ibu bapa.
“Tambahan pula ibu bapa cuma satu dan pergi mereka tak ada ganti. Jadi sementara ibu masih ada saya akan berbakti sebaik mungkin sebelum terlambat atau menyesal di kemudian hari.
“Saya nak elakkan perkara-perkara seperti itu. Oleh itu apabila ada peluang saya akan buat dan berikan yang terbaik,” luahnya lagi.
.
Mingguan Wanita : Besar rahmatnya anak menjaga ibu. Moga Rashidah dan kelaurga dipermudah segala urusan. Aamiin.
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau mesra dengan panggilan Ustaz Kazim sekali lagi dimasukkan ke hospital ekoran kesihatan yang terjejas sejak beberapa hari lalu. Dikatakan Ustaz Kazim tak sihat dan beliau telah dimasukkan ke hospital, diminta semua mendoakan agar kesihatanya bertambah baik.
Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias dikejarkan untuk rawatan kecemasan ke sebuah hospital swasta di sini petang semalam.
Jelas pembantunya, Mohamad Amin Maula Mohamad Azizi, Ustaz Kazim dibawa hospital berkenaan selepas mengadu penat dan sakit kepala sebaik selepas pulang menghadiri rakaman program sebuah stesen televisyen di Kuala Lumpur.
“Semalam selepas program beliau memang mengadu rasa penat, pening kepala dan badan tidak larat.
“Melihat keadaan ustaz kami terus membawanya ke unit kecemasan hospital petang semalam,” katanya.
Keadaan Ustaz Kazim Bertambah Baik
Di samping itu, menurut Mohamad Amin yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas Pusat Pendidikan Al-Barakah, keadaan Ustaz Kazim, kini bertambah baik berbanding semalam.
“Setakat ini, alhamdulillah keadaan Ustaz Kazim hari ini bertambah baik dan dia masih sedang menerima rawatan di hospital.
“Kita akan memaklumkan perkembangan tahap kesihatan beliau dari semasa ke semasa,” katanya.
Diminta Semua Mendoakan Ustaz Kazim
Terdahulu, satu hantaran status dimuatnaik melalui media sosial Facebook Dato’ Mohd Kazim Elias hari ini berkenaan beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital.
“Semoga Ustaz Mohd Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai dari Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lalu,” katanya melalui hantaran Facebook berkenaan.
MW: Semoga Ustaz Kazim kembali sihat dan sembuh seperti sediakala. Insyallah…
Allah Lebih Menyayangimu “Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Siti Sarah binti Raisuddin,” luah Shuib.
Siti Sarah Raissuddin, 37, telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Allah Lebih Menyayangimu, Siti Sarah Meninggal Dunia
Allah lebih menyayangimu Siti Sarah, semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Berita sedih dan penuh duka itu disampaikan pihak pengurusan penyanyi yang juga ibu kepada empat orang anak ini, Indigital Music.
Allahyarham Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib meninggal dunia selepas beberapa bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Siti Sarah Meninggal Dunia 5.13 Pagi
Sesungguhnya perkhabaran ini mengundang sebak dan air mata penulis sendiri mengalir ketika membaca mesej yang dihantar.
“Dengan berat hati dan berdukacita, kami ingin memaklumkan bahawasanya Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
“Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah,” tulis pihak pengurusan Indigital Music.
Penyanyi ini, terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan. Dan selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan.
Siti Sarah bersama suami yang juga pelawak, Shuib disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu. Pasangan itu berkahwin pada 26 Februari 2011. Pasangan ini juga mempunyai tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Mingguan Wanita : Salam takziah diucapkan buat Shuib dan keluarga. Semoga Allah ampunkan dosa dan tempatkan arwah dikalangan orang yang beriman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Melihat gambar-gambar cantik ‘wanita’ ini, sungguh tak sangka ia merupakan wajah seorang lelaki. ‘Wanita’ ini kelihatan cukup sempurna memiliki wajah ‘doll face’. Manakan tidak, berwajah putih gebu, comel, kulitnya halus, bermata bundar dan bersinar serta mempunyai tubuh badan yang langsing bak model antarabangsa, pasti membuatkan ramai wanita yang cemburu dengan kecantikannya.
Lelaki Paling Cantik Thailand
Pemilik gambar ini bernama Yoshi Rinrada.Berasal dari Thailand dan dilahirkan sebagai seorang lelaki. Baru-baru ini, gambar-gambar Yoshi mulai tular di laman sosial dan terkenal kerana mendapat gelaran menjadi salah seorang lelaki paling cantik di negara tersebut.Yoshi juga sering tampil didalam klip video serta pernah berlakon didalam beberapa drama.Malah turut mempunyai follower hampir 1 juta di Instagram!
Percaya Diri Perempuan
Apabila ditanya jika beliau ingin melakukan pembedahan jantina, beliau hanya berkata ia bergantung ke mana haluan hidup akan membawanya suatu hari nanti. Yoshi berkata beliau yakin bahawa dirinya adalah seorang perempuan kerana membesar dengan persekitaran yang dikelilingi kanak-kanak perempuan sejak kecil.
Siapa sangka dengan wajah secantik ini, Yoshi sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki dan berubah menjadi perempuan yang mampu memberi ‘saingan’ dibandingkan dengan perempuan ‘asli’ di negaranya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.