14 tahun menjaga cinta hatinya yang pernah terlantar koma selepas melahirkan anak kedua mereka. Ketika proses kelahiran itu, isterinya Norhidayah Yusri mengalami serangan sawan berpunca daripada meningitis yang mengakibatkan dia kemudiannya koma, bisu, hilang deria pendengaran selama setahun dan lumpuh tiga suku badan ke bawah.

Edika kemudian memilih untuk mengundurkan diri daripada radar seni buat seketika dan menumpukan perhatiannya menjaga isteri dan anak-anak tanpa bantuan. Selaku model terkemuka tanah air sekitar tahun 80-an dulu, ketampanan wajahnya dan watak lakonannya yang mendukung peranan sebagai lelaki buaya membuatkan ramai yang terkesan dengan kesetiaannya terhadap isterinya.

Apabila diajukan pertanyaan mengapa dia memilih untuk terus setia bersama isteri hingga ke hari ini? Dengan tegasnya lelaki berusia 52 tahun ini punya sebab tersendiri mengapa dia perlu berada disisi isterinya.

“Ramai yang bertanya kenapa saya perlu setia dengan keadaan isteri yang begitu selama 14 tahun. Perkahwinan ini satu ikatan yang ‘powerful’. Ia merupakan satu janji yang kita lafazkan diikuti akad dan satu janji besar kita dengan Allah S.W.T. Saya setia kepadanya atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang suami,”tegasnya.

Ads

Lakonkan watak hero

Beliau sering diberikan watak sebagai hero dalam drama lakonannya, lagaknya seperti mampu menyelesaikan apa sahaja masalah. Tetapi realitinya, dia sendiri mempunyai isu peribadi yang dilalui sebaik mungkin. Pernah juga terlintas di hatinya kenapa dalam lautan manusia yang lain, kenapa dia perlu diuji sebegini.

Ads

“Saya selalu bertanya dalam doa, kenapa saya diuji sebegini. Kenapa tidak orang lain. Tetapi apabila melihat kekuatan isteri saya bangkit dan positif menerima ujian ini, saya jadi tekad dan malu melihat keyakinan yang ada pada isteri,”kongsi aktor ini berlapang dada mendepani ujian ini.

“Saya Setia Kerana Tanggungjawab” …EDIKA YUSOF

Ads

Stevens Johnson uji Hamdan 

Gara-gara mengalami masalah keradangan pada mata, ubat titis mata yang digunakan oleh Hamdan menyebabkan dirinya diserang sindrom Stevens Johnson. Penggunaan dos antibiotik membuatkan Hamdan diserang keradangan hingga menyebabkan dia kehilangan deria penglihatan kekal. Selepas hampir dua tahun diuji, Hamdan masih mengumpul kekuatan melalui hari-hari depannya dengan isterinya Hidayah. Hamdan dalam usaha mengumpul dana untuk membuat pembedahan mata kanannya yang menelan jumlah RM70 ribu di International Speacialist Eye Centre, ISEC, KL. Mengambil upah mencuci pinggan di sebuah kedai makan, usahanya itu mungkin mengambil sedikit masa. Bagi yang ingin menyumbangkan sumbangan, salurkan sumbangan itu ke akaun Hamdan Hashim di 104068296200 (Maybank) atau boleh hubungi isterinya, Nurhidayah di 017-2308498.

Bagi yang terlepas slot Mingguan Wanita Talk Show hari ini yang membicarakan isu Korban Kasih, jangan lupa saksikan ulangannya jam 8 malam di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI