“Saya Nampak Separuh Badan Wanita, Tangan & Kaki Tertimbus Dalam Runtuhan” Cukup menyayat hati dan pastinya trauma buat mangsa yang terlibat dalam insiden tragedi tanah runtuh di Batang Kali awal pagi tadi.
“Saya terdengar jeritan meminta tolong sebelum ternampak ada separuh badan yang hanya nampak tangan dan kaki tertimbus dalam runtuhan tanah.
“Saya dan rakan terus menggali tanah itu dengan tangan kami untuk membantu wanita dan anaknya,” kata Chong, 28.
Chong adalah mangsa yang terselamat dalam runtuhan tanah di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini, hari ini.
Perkhemahan Bahagian Zon A
Lelaki dari Melaka itu berkata, runtuhan tanah berlaku di tapak perkhemahan bahagian zon A dengan hampir keseluruhan kawasan itu musnah.
Menurutnya, dia bersama 18 ahli keluarga dan rakan berkhemah di zon B yang tidak terjejas teruk dan semua kumpulannya selamat.
Ads
Katanya, sebelum itu mereka terdengar bunyi dentuman kuat sebelum runtuhan tanah merosakkan khemahnya.
“Kami keluar menyelamatkan diri dan tiba-tiba saya terdengar jeritan wanita meminta tolong dan ternampak ada separuh badan wanita tertimbus.
“Tanpa berlengah saya dan seorang lagi rakan lelaki terus menggali tanah dengan tangan selama 10 hingga 15 minit sebelum mangsa dan anak perempuannya diselamatkan,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini, hari ini.
Dua Beranak Dapat Diselamatkan
Menurutnya, dia tidak mengenali mangsa terbabit, namun bersyukur dua beranak itu dapat diselamatkan.
“Tapak perkhemahan itu memang cantik tetapi runtuhan itu menyebabkan semua kawasan sudah menjadi seperti rata.
Ads
“Saya tak pasti berapa ramai mangsa terbabit dalam kejadian itu tetapi percaya masih ada lagi di bawah (tertimbus),” katanya.
Dengan Dentuman Kilat
Mengimbas detik kejadian itu, Chong berkata, kejadian berlaku pada 2 pagi dan ketika itu mereka sedang tidur di khemah masing-masing.
“Ketika tanah runtuh saya terdengar seperti dentuman kilat dan runtuhan tanah dirasai berada di kepala. Kami kemudiannya terus keluar untuk selamatkan diri. Malam tadi hujan cuma renyai.
Ads
“Saya bersyukur kumpulan kami semua selamat cuma khemah saya saja koyak dalam kejadian itu. Kami datang ke tapak perkhemahan itu sejak kelmarin dan sepatutnya pulang hari ini,” katanya.
Sementara itu, Teh Lynn Xuan, 22, berkata, ketika kejadian dia hanya tidur-tidur ayam saja dan terdengar bunyi kuat seperti batu berguling serta air menitis di luar khemahnya.
Katanya, dia juga berkhemah di bahagian zon B dan datang ke tapak itu untuk bercuti bersama 20 lagi keluarganya dari Melaka.
“Kejadian itu menyebabkan khemah tertolak hingga kaki kami naik ke atas ketika tidur dan ia berlaku sangat cepat,” katanya sambil memberitahu kumpulannya juga semua selamat.
Turut dilaporkan juga lebih 20 guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong dan ahli keluarga mereka, disahkan antara ratusan mangsa tanah runtuh perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan pasukan penyelamat dalam menyelamatkan mangsa yang terlibat.
20 jenama biskut lokal paling sedap dan wajib beli untuk Aidilfitri ini adalah hasil keluaran para pengusaha biskut tempatan yang terlibat di Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya Mingguan Wanita bersama CSR pada 12 Mac 2023 lalu.
Ini adalah sebahagian daripada 40 pembuat biskut raya yang terlibat dalam fiesta yang sangat meriah itu. Ada pelbagai jenis biskut yang pasti menggoda rasa.
Klik sahaja pada semua pautan dan pastinya ada yang mengundang rasa. Semua memang sedap, Tak perlu bersusah payah ke mana-mana kerana boleh dibeli atas talian. Sebut sahaja nak apa, semuanya ada.
Menawarkan inovasi biskut tradisional kepada yang moden mengikut cita rasa terkini. Digabungkan dengan bahan dan rasa mewah. Enak dan berbaloi dengan harga.
Choc Button Nutella yang semakin di minati ramai ini bakal melengkapkan juadah hari raya anda. Biskut yang satu ini bukan biasa-biasa. Ia disalut penuh badam yang ‘crunchy’. Ditambah pula dengan lemak manis rasa nutella yang seolah-olah ‘menari-nari’ di dalam mulut anda. Pasti memukau citarasa sesiapa sahaja. Satu pasti tidak cukup, memang tak berhenti kalau makan!
“Biskut batik by sista sekali rasa pasti teringat-ingat”
Rasa klasik zaman dahulu serratus peratus mengunakan milo tanpa pengawet dan telur, serbuk koko rasa crunchy biskut Merry serta kekenyalan coklat milo. Sekali rasa pasti teringat-ingat.
Biskut Kacang Peas yang istimewa. Menggunakan kacang peas yang dikisar halus dan disangai hingga menghasilkan biskut dengan tekstur yang ringan dan halus. Ditambah lagi dengan serbuk santan yang membangkitkan lagi beraroma. Rasa klasik dan istimewa. Tetap menjadi buruan penggemar-penggemar biskut raya dulu-dulu.
Rasa cornflakes cookies yang lain dari lain. Menggunakan resepi yang dibawa khas dari masa hadapan, tahun 3000. Rasa sedap, rangup & teringat-ingat. Terasa seperti hari-hari, hari raya.
Kualiti adalah resepi kami. Semperit Classic menjadi pilihan yang muda dan tua. Tart Cardbury cair di mulut sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. Rasa sekali pasti nak lagi. Dibawakan dari penyediaan cara tradisional hingga ke moden. Diadun bersama bahan-bahan premium. Tanpa bahan pemutih untuk setiap produk kami. Setiap gigitan akan membuatkan anda melting. Pasti tetamu tidak akan melupakan setiap gigitan produk kami. Rasa premium tapi harga kasih sayang.
Tart Sandwich yang cair di mulut makan sekali pasti teringat-ingat lagi dan juga pelbagai biskut yang diinovasi untuk raya kali ini mengikut selera anda.
“Menggunakan bahan-bahan premium dan berkualiti dari biskut tradisi sehinggalah ke moden. Resepi yang digunakan untuk membuat biskut tradisi juga adalah resepi dari turun temurun. Keunikan kesemua biskut raya yang dihasilkan menggunakan tangan ini sangat berbeza rasanya jika dibandingkan dengan biskut raya yang mengunakan mesin. Ianya dapat dipantau satu persatu selain dijamin kualitinya. Rasa yang tidak begitu manis dan amat bersesuaian dengan semua peringkat usia juga menjadi keutamaan kami. Rasa sekali, pasti nak lagi”
“Dari classic ke moden, semuanya boleh didapati di The Parfait Bites. Lima jenis biskut raya klasik resepi turun temurun dgn citarasa orang lama. Terdapat juga lebih 10 jenis biskut moden pilihan ramai setiap generasi dengan rasa yang akan membuatkan anda tak boleh berhenti mengunyah.”
Mengimbas kenangan dan nostalgia indah saat menikmati keenakan tart nenas. Kami turut menjual pelbagai Brownies, Marble cake dan Butter cake. Bahan-bahan daripada kualiti premium yang dijamin keenakannya.
Ramai pengunjung pertengahan usia, #fiestahomebakersmingguanwanita di Setia City Mall Setia Alam teruja dapat merasa agar-agar kering yang kami hasilkan. Mereka kata, kuih dulu-dulu dan nostalgia zaman kanak-kanak. Kalau anak muda pula, “ehhh apa ni?” Sedappp… Macam jelly… Kami sebagai pengusaha rasa bangga dan seronok kerana dapat perkenalkan resipi warisan kepada anak muda dan mengimbau kenangan silam.
Jika dulu-dulu agar-agar kering di susun didalam talam dan dijemur terik matahari, sekarang kami menggunakan mesin pengering khas. Jadi terhindar dari habuk pencemaran udara dan serangga.
Produk terbaru kami pula Tart Bar Keju pun mendapat sambutan hangat. Terasa lemak keju dan gabungan masam manis jem nenas memang padu.
“Homemade cookies with butter & love, 𝚌𝚕𝚊𝚜𝚜𝚒𝚌 𝚝𝚘 𝚖𝚘𝚍𝚎𝚛𝚗 𝚌𝚘𝚘𝚔𝚒𝚎𝚜 ”
“Kuih-kuih dari klasik ke moden, yang klasik rasa seperti air tangan orang zaman dahulu. Yang moden pula menggunakan bahan-bahan premium. Yang penting tidak terlalu manis sesuai untuk semua. Rasa premium , TAPI tidak pada harga!
“Raya bersama Hayfa’s Kukis dengan variasi 17 jenis biskut raya tradisional & moden yang memenuhi citarasa segenap lapisan umur. Resepi tradisi turun temurun air tangan ibu. Setiap gigitan mampu mengimbau kenangan raya bersama keluarga tersayang.
” Cookies made with love, And be remembered for all time” Bahan utama dalam cookies umielicious adalah pure butter dan dark chocolate compound yang menjadikan cookies ini premium dan berkualiti. Memang ummphh rasa biskut raya ini. Kami pasti ianya akan menjadi biskut yang paling cepat habis dalam balang. Selamat Mencuba.
Semua cookies Menggunakan Anchor Pure butter dan coklat Yang berkualiti tinggi, kurang manis sesuai untuk semua golongan dengan harga mampu milik. Setiap gigitan terasa premium, Cair dimulut, tidak melekat Di lelalangit, rapuh Dan membuatkan semua teringat² dengan kesedapannya.
Biskut raya moden dan tradisional yang menggunakan bahan-bahan premium serta berkualiti tinggi untuk kepuasan pembeli. Kuih raya tradisional seperti Buah Rotan dan Popia Nestum yang kurang manis dan rangup hasil dari air tangan orang lama sentiasa akan memberikan kepuasan kepada sesiapa yang menjamahnya.
Selain itu, biskut moden yang semestinya mengikut trend kuih semasa seperti Nastar Cheese Tart, Biskut Arab, Chocolate Cornflake Bar dan Swiss Nutella pula menggunakan bahan-bahan premium dan berkualiti tinggi yang pastinya tidak rugi dicuba.
Yang pasti tetamu akan memuji-muji kuih raya anda tahun ni.
MW: Semua sedap dan ada keistimewaan sendiri. Apa pun memang kena cuba mana-mana yang berkenan di hati. Klik sahaja pada pautan yang diberi untuk setiap pembuat kuih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap pagi ada antara kita yang akan minum air MILO® sebagai minuman wajib. Tak ada MILO® tak best katanya! MILO® sememangnya kegemaran rakyat Malaysia sejak dari dulu lagi.
Sebagai mak-mak sudah pasti gaya hidup sihat anak-anak menjadi kepentingan dan keutamaan. Minuman MILO® penuh dengan kebaikan dan khasiat malah boleh memberikan kecergasan kepada kanak-kanak.
Setiap hirupan minuman coklat malt MILO® sangat berharga dan menjadi igauan. Apatah lagi apabila minuman kegemaran ramai ini diolah menjadi resepi yang kreatif dan viral hingga membuatkan anda terliur.
Diet Seimbang, Gaya Hidup Sihat
Tidak perlu diperkenalkan lagi, sememangnya MILO® merupakan minuman yang sesuai dipadankan dengandiet seimbang yang menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat.
MILO® diperbuat daripada barli malt, susu dan koko serta gabungan 6 vitamin dan 3 mineral penting yang membantu untuk membebaskan tenaga daripada makananuntuk tempuhi haridenganaktif.
Tahukah anda, secawan MILO® mengandungi ramuan berkhasiat supaya anda bertenagauntukboleh melangkah lebih jauh.Di mana secawan mengandungi MILO® 124kcal yang memenuhi 6% keperluan tenaga harian (berdasarkan 2000kcal).
Resipi Terbaru MILO®, Wajib Cuba!
Pergi sahaja kemana-mana pun minuman MILO® pasti menjadi pilihan pelbagai generasi tidak kira tua dan muda. Tak kisahlah hidangan yang diminum sejuk atau panas. Bila dah dapat nikmati secawan minuman coklat malt ini pasti hati menjadi girang dan badan bertenaga.
Bagi anda yang gemar meneroka dan mencuba sesuatu yang baharu, pastinya resipi lazat MILO® yang direka khas bersama pakar pemakanan MILO® sangat sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Hidangan MILO® walaupun kosong memang sedap, apatah lagi bila sudah diolah pasti membuatkan anda terliur. Sesekali cubalah resipi MILO® istimewa!
Terdapat bermacam-macam variasi produk Milo® selain serbuk Milo® biasa yang boleh digunakan dalam resipi minuman Milo® setiap hari, seperti Milo® Hi-Fibre, Milo® 3-in-1, Milo® Less Sugar dan Milo® with Whole Grain Cereal.
5 Resepi Lazat MILO® Mampu Buat Anda Terliur
Setiap resipi MILO® membekalkan anda dan keluarga nutrien yang diperlukan agar bertenaga untuk melangkah jauh. Malah bila anda perlukan tenaga, itulah tandanya masa untuk menikmati MILO®.
Ini 5 resipi MILO® yang sesuai dilayan tak kira masa pagi atau petang.
MILO® AVOCADO MILKSHAKE
BAHAN-BAHAN
1 stikpek MILO® 3 IN 1
30g Buah avacado masak
80ml Susu rendah lemak sejuk
1 cawan Ais
CARA PENYEDIAAN
Tuangkan semua bahan-bahan ke dalam mesin kisar dan kisar sehingga tekstur menjadi pekat. Tuang ke dalam gelas dan hidangkan sejuk.
2. MILO® BRULEE
BAHAN-BAHAN:
120ml Buih Susu
2 sudu besar Sirap MILO®
Ais (ikut kesukaan)
Untuk campuran Sirap MILO®:
100g SERBUK MILO®
40ml Air panas
Untuk hiasan:
1 sudu teh SERBUK MILO®
CARA PENYEDIAAN
Sediakan sirap MILO® dengan tambah 100g SERBUK MILO® ke dalam 40ml air panas dan kacau sehingga sebati.
Didihkan susu dalam satu periuk kecil, pukul susu dengan menggerakkan pembuih susu di sekitar sehingga buih yang lembut dan gebu terbentuk.
Tambah 2 sudu besar sirap MILO® mengelilingi cawan dan tuangkan 120ml buih susu ke dalam cawan.
Taburkan 1 sudu kecil SERBUK MILO® di atas sebagai hiasan.
3. MILO® YOGURT BERI SMOOTHIE
Saiz Hidangan: 1
Masa penyediaan: 5 minit
BAHAN-BAHAN:
30g SERBUK MILO®
80g Yogurt asli rendah lemak
60ml Susu rendah lemak sejuk
40g Strawberi dan Blueberi (segar atau sejuk beku)
Ais (Ikut kesukaan)
CARA PENYEDIAAN
Tuangkan semua bahan-bahan ke dalam mesin kisar dan kisar sehingga tekstur menjadi pekat.
4. MILO® SMOOTHIE CORNFLAKES & KURMA
1 stikpek MILO® 3 IN 1
150ml Susu soya tanpa gula
5g Cornflakes
4g Kurma, dicincang
Tinggalkan sedikit MILO® dan kurma untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan-bahan kecuali cornflakes ke dalam periuk dan biar mereneh.
Tuang ke dalam cawan dan taburkan cornflakes di atas. Kacau sebati dan hidangkan panas.
5. BUTTERY HOT COCONUT MILO®
Bahan-bahan:
1 stikpek MILO® Kosong
150ml Air Kelapa
8g Kurma, dicincang
1 sudu teh Mentega tanpa garam
Tinggalkan sedikit MILO® dan Mentega untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk dan biar mereneh.
Menguruskan kewangan dan perbelanjaan secara teratur dan baik bukanlah satu perkara yang mudah. Perancangan kewangan sangat penting, apatah lagi keutamaan dan matlamat kewangan pula adalah berbeza-beza mengikut setiap peringkat kehidupan yang kita lalui.
Setiap daripada kita akan melalui fasa-fasa kehidupan berdikari yang penting. Ia bermula dari kita bergelar mahasiswa, seterusnya memasuki alam pekerjaan, mendirikan rumahtangga dan sudah tentu fasa mencabar sebagai ibu dan ayah yang memikul tanggungjawab besar terhadap anak-anak.
Justeru itu, dari awal lagi, kita perlu ada kesedaran mengatur kewangan, mempunyai ilmu serta asas dalam menguruskan kewangan sendiri dengan baik. Pengurusan kewangan sendiri pada setiap peringkat kehidupan ini dapat diamalkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah, dengan menambah pendapatan dengan melakukan kerja sambilan atau perniagaan kecil-kecilan, mempunyai simpanan sendiri, melakukan perbelanjaan secara berhemah, membuat pelaburan bijak dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai persediaan dalam menghadapi kekangan seperti contoh, keadaan ekonomi yang tidak menentu serta perlindungan kecemasan untuk masa depan nanti. Mengetahui hal ini, janganlah sampai kita terlambat dalam menyedari kepentingan mengurus kewangan sendiri mahupun untuk keluarga.
Jika anda masih samar-samar bila kah fasa terbaik memulakan perancangan kewangan mengikut peringkat kehidupan, di sini dinyatakan satu persatu supaya anda lebih jelas.
Pelajar Universiti
Saat bergelar mahasiswa, memang tidak dinafikan kita begitu teruja dengan biasiswa, pinjaman pendidikan dan elaun daripada ibu dan ayah. Hati meronta-ronta untuk membeli barang-barang bukan keperluan belajar seperti pakaian mewah, aksesori, kosmetik dan banyak lagi. Itu adalah satu pembaziran. Berbelanjalah ikut keperluan bukannya nafsu.
Jika perlu membeli buku rujukan, boleh dapatkan daripada pelajar senior dengan membeli pada harga murah malah boleh sahaja muat turun nota-nota yang ada di Internet. Jika hendak ke kuliah dan jaraknya jauh, kita boleh tumpang sahabat yang mempunyai kenderaan dan membayar pada harga berpatutan berbanding membeli kereta. Jadilah mahasiswa yang bijak merancang kewangan. Kita tidak tahu apa kesulitan menanti di hari depan.
Sebolehnya asingkan sebahagian biasiswa atau pinjaman pendidikan yang diperolehi untuk simpanan peribadi bagi tujuan kecemasan. Jika anda dapat membahagikan masa dengan baik, tiada salahnya melakukan kerja separuh masa mahupun memulakan bisnes kecil-kecilan untuk mendapatkan wang saku tambahan. Sekaligus ia dapat membantu menampung perbelanjaan harian, menjana sedikit pendapatan sampingan dan menguasai kemahiran insaniah yang baik selain daripada pencapaian akademik cemerlang yang mana, ini akan dapat mencerahkan lagi harapan anda sebagai seorang pelajar.
2. Alam Pekerjaan
Memasuki alam perkerjaan dengan kerjaya idaman setelah berhempas pulas menghabiskan pengajian di universiti memang menjadi impian setiap siswazah. Apatah lagi berpeluang mempunyai pendapatan sendiri setanding kelulusan yang dimiliki.
Ini lah peluang kita memperkukuhkan lagi pengurusan kewangan kerana telah mempunyai pendapatan sendiri secara konsisten. Saat ini, kita sepatutnya sudah mula mengenal pasti pecahan pembahagian gaji dengan cekap dan jelas.
Dalam memastikan setiap matlamat kewangan tercapai, penting untuk kita wujudkan tabung khas pada setiap tujuan. Sebagai contoh, ‘Tabung Kecemasan’, perlu ada sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji. Dengan wang ini kita akan gunakan sewaktu menghadapi waktu yang sukar seperti dilanda musibah banjir, kebakaran, kemalangan, diberhentikan kerja dan lain-lain. Anggaran ini adalah supaya kita boleh bersedia apabila diuji dengan keadaan yang tidak dijangka.
Malah sewaktu masih bujang, komitmen diri pastinya tidak sebanyak mereka yang telah berkahwin. Jadi, inilah masanya mengumpul sebanyak mungkin simpanan, aset dan harta serta mengelakkan pembaziran. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan berbanding mengikut kehendak. Paling penting elakkan terikut-ikut dengan trend berbelanja tanpa batasan seterusnya terbeban pula dengan hutang serta tanggungan yang tidak wajar.
Berapa banyak nak menyimpan? Sebagai permulaan, untuk setiap pendapatan yang diperolehi perlu diasingkan untuk simpanan sendiri. Sekurang-kurangnya, buat simpanan 10% daripada pendapatan setiap bulan secara konsisten, kemudian tingkatkan jumlah simpanan sehingga 20% ke 30% setiap beberapa bulan (mengikut kesesuaian). Jika berkemampuan, ada baiknya juga mempelbagaikan simpanan kita, seperti membuat pelaburan bagi menambah nilai dan jumlah simpanan untuk jangka masa panjang, dan lain-lain. Namun begitu, sebelum melakukan pelaburan, pastikan ia merupakan pelaburan yang selamat dan bukan skim penipuan pelaburan.
Pengurusan kewangan bijak tidak terhenti di situ, malah seawal memulakan pekerjaan, kita sewajarnya sudah menetapkan sasaran simpanan untuk perkara penting lain seperti majlis perkahwinan, deposit pembelian rumah pertama dan sebagainya, untuk memudahkan memasuki fasa peringkat seterusnya nanti. Senaraikan keutamaan agar kita lebih jelas dan tidak tersasar.
3. Bergelar Ibu Bapa
Menginjak ke alam perkahwinan seterusnya bergelar ibu dan ayah, kita tidak dapat lari daripada bebanan tanggungjawab yang lebih besar dan banyak. Tanggungjawab ini hadir bersama komitmen kewangan membeli barangan keperluan bayi dan anak-anak, upah pengasuh, perbelanjaan pendidikan, insurans, percutian keluarga dan banyak lagi. Oleh yang demikian, perancangan kewangan yang baik selepas berkahwin amatlah penting dan memainkan peranan utama dalam keharmonian rumahtangga.
Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu pula, adalah mustahak untuk kita menguruskan kewangan dengan baik menerusi perbelanjaan secara berhemah. Wanita atau isteri selalu dianggap sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga, kerana peranannya dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Oleh yang demikian, wanita boleh mengamalkan prinsip 50:30:20 dalam menguruskan kewangan, iaitu 50% perbelanjaan, 30% keperluan dan 20% simpanan apabila menerima gaji atau pendapatan pada setiap bulan.
Selain perbelanjaan bulanan, membesarkan anak-anak juga memerlukan komitmen yang tinggi, dari mereka kecil hinggalah dewasa. Oleh itu, perlu asingkan sedikit pendapatan yang ada untuk tujuan simpanan tabung pendidikan mereka.
Oleh hal yang demikian, bagi membantu kita mengurus dan merancang kewangan lebih baik dan teratur, amalkanlah mencatat setiap perbelanjaan bulanan sama ada keperluan utama atau kehendak semata-mata. Dengan cara ini kita boleh membuat keputusan lebih cekap untuk tindakan selanjutnya. Mungkin dengan cara ini kita terfikir untuk mencari pilihan lain yang lebih berbaloi dan tidaklah kita tersasar daripada kemampuan kewangan semasa. Bukan itu sahaja, kita juga lebih jelas dengan pola perbelanjaan. Ini baik untuk dijadikan rujukan mengurus kewangan keluarga.
Mengurus kewangan bukanlah sesuatu yang sulit jika kita sudah membiasakannya dari awal. Pengurusan kewangan terancang amat penting supaya kita dapat wujudkan struktur kewangan kukuh, tahu hala tuju dan secara tidak langsung meminimumkan risiko yang tidak dijangka kelak. Lebih awal kita merancang pengurusan kewangan, lebih tenang untuk kita hadapi sebarang kekangan yang boleh berlaku.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...