Ternyata kehilangan anak bagi seorang ibu bukanlah ujian yang ringan. Mengandung, melahirkan dan belum puas mengecap bahagia anaknya pergi dahulu buat selamanya.
Sudah tentu kejadian ini memberi tamparan hebat pada ibu, berat mata memandang, berat lagi bahu si ibu yang memikul.
Oleh itu, janganlah dikecam jika anda di luar sana tidak mengetahui keadaan sebenar, hentikanlah perkara-perkara yang mampu menggguris perasaan keluarga bayi ini terutamanya ibunya.
Namun ternyata ibu ini cukup kuat, “Saya maafkan semua, biarlah saya seorang saja yang tanggung peritnya hilang seorang anak!”. Dia telah memaafkan warganet yang membuat tuduhan melulu padanya tanpa usul periksa.
Anak Sihat Ketika Dihantar, Maafkan Semua
“Dua hari sebelum (kejadian), saya ada bawa bayi ke klinik dan setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa bayi saya okay sahaja, tak ada yang merisaukan,” kata Sofiarti Oktarina Yulizar, 28, menerusi status Facebook mengenai bayinya berusia empat bulan yang sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuh di Presint 9, Putrajaya, kelmarin.
Sofiarti berkata, anak lelakinya, Muhammad Rauf Iman Ahmad Rabbani masih sihat dan aktif serta hanya selsema biasa ketika dibawa bertemu doktor itu, dua hari sebelum dihantar ke rumah pengasuh.
Ads
“Dalam laporan polis pun tiada kenyataan daripada pengasuh yang menyatakan bayi saya demam atau selsema. Bahkan pengasuh melaporkan bayi dihantar dalam keadaan sihat walafiat sahaja.
“Hal sekecil seperti ini boleh berlakunya salah faham antara saya dan pengasuh, apa lagi bila anda (warganet) melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya pun diucapkan kepada kami insan yang sedang ditimpa musibah.
“Yang seharusnya kami dapat hanya doa dan kekuatan dari anda semua,” katanya dalam hantaran itu.
Biarlah Saya Tanggung Peritnya Hilang Seorang Anak
Menurut Sofiarti Oktarina, selepas kejadian berkenaan, dia dan pengasuh tiada dendam dan yakin individu terbabit menyayangi seperti anaknya sendiri.
Malah beliau juga memaafkan warganet yang memberi pendapat serta kecaman di dalam sosial media.
Ads
“Saya maafkan anda semua dengan hati yang lapang. Andai diizinkan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung peritnya kehilangan seorang anak yang sangat dicintai.
“Kerana peritnya tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anda semua tak akan lalui apa yang saya lalui sekarang,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan seorang bayi empat bulan meninggal di rumah pengasuhnya yang baru dihantar untuk penjagaan kira-kira dua minggu lalu.
Pengasuh berkenaan sedar bayi itu sudah meninggal dunia selepas cuba mengejutkan bayi itu bangun dari tidur namun tiada sebarang tindak balas.
Berikutan itu, pengasuh berkenaan terus menghubungi ibu bayi berkenaan dan pihak hospital untuk tindakan lanjut.
.
MW: Semoga ibu muda ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. Memang tak mudah seorang ibu menerima kehilangan seorang anak, namun apa dayanya untuk menolak Ketentuan takdir Allah SWT.
Dayang mohon hentikan spekulasi dirinya sakit. Itulah antara luahan daripada penyanyi wanita bersuara lunak Dayang Nurfaizah apabila ada peminat yang mendakwa dirinya mempunyai masalah kesihatan kerana kelihatan kurus sejak kebelakangan ini.
Dayang ketika ditemubual sewaktu majlis sidang media Konsert ByAjai & Mega Friends menafikan dirinya punya masalah kesihatan. Penampilannya yang agak kurus menyebabkan ramai yang mengadaikan dirinya tidak sihat.
Dayang Mohon Hentikan Spekulasi Dirinya Sakit
Penyanyi yang berasal dari Sarawak itu menerangkan penampilannya yang sedikit susut itu adalah disebabkan mahu kelihatan kemas dan cantik di televisyen.
Malah Dayang juga memohon agar peminat untuk menghentikan spekulasi dan andaian terhadap dirinya.
“Saya jarang hendak bersuara atau bercakap mengenai hal ini, tapi saya mohon kepada peminat yang sayang akan saya untuk berhenti bertanya sama ada saya sakit dan sebagainya.
“Bukan apa, perkataan dan kata-kata yang selalu keluar itu akan menjadi satu doa. Alhamdulillah, saya sihat walafiat saja dan tidak mempunyai masalah Kesihatan,” jawab Dayang.
Akui Dayang juga dia akan berdiet sebelum memulakan konsert besar.
“Cuma saya hendak cantik, itu saja. Jadi bila ada konsert besar dan sebagainya, saya akan diet sebagai salah satu persediaan. Malah, saya juga akan bersenam bagi memastikan stamina dan tenaga sentiasa ada.
“Tidaklah saya diet sepanjang masa, sebaliknya ada ‘cheat day’ selepas melunaskan satu konsert atau majlis besar,” ujar Dayang.
Teruja Bakal Beraksi Dalam Konsert ByAjai & Mega Friends
Dayang yang dijemput sebagai salah seorang penyanyi yang akan beraksi di Konsert ByAjai & Mega Friends menerangkan dia begitu teruja untuk menyanyi di pentas konsert itu.
“Tentulah saya berasa teruja. Ajai merupakan composer yang membuatkan orang ramai mengenali saya.
“Ajai adalah seorang yang sangat ‘passionate’. Sehingga kini, saya masih mahukan khidmatannya sebagai komposer. Dalam album baru saya nanti akan ada lagu Ajai,” ungkap Dayang.
Konsert tersebut juga akan dimeriahkan dengan kehadiran Aina Abdul, Hazama, Hafiz Suip, Aufahanie dan Ajai sendiri. Konsert ByAjai & Mega Friends bakal berlangsung pada Sabtu, 3 Ogos depan Megastar Arena Kuala Lumpur dibawakan khas oleh Menara Network Sdn Bhd.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ini perkongsian dari Cik Puan Idah Binti Basri tentang cara claim Wang Tak Dituntut dari akaun-akaun lama yang kita ada dan tak dituntut walau bertahun-tahun lamanya. Rupa-rupanya mudah saja caranya. Anda pasti terkejut tengok nilai duit tuntutan dekat RM14K ini. Dah macam harta karun pun ya.
Nak bagitau kalau sesiapa ada akaun-akaun bank lama yang dah terbiar atau tutup tapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya uol boleh claim balik. Even RM20 30 ringgit diaorang akan pulangkan pada kita.
Just bawa IC ke Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut di Jabatan Akaun Negara, tingkat 42 Menara Maybank. Kalau tak pasti just bagi IC diaorang cek dan akan beritahu ada duit untuk dituntut atau tidak.
Jika ada kena isi borang seperti yang diarahkan. Kakyu tak sure yang dapat tu duit apa. Yang tau duit dari Citibank kredit card n ada di antaranya duit dari syarikat insurance.
Kakyu selama ni tak sedar pun syarikat insurance ada bank in kan duit dalam akaun. Akaun tu dah berzaman tutup.
Pergi jangan tak pergi. Kena rajin dan usaha sikit.. haa tu ha dapat RM14K beb!!!
Tip Ringkas Nak Hantar Borang Claim Untuk Duit Tak Dituntut Bawah RM100
1. Cetak kad pengenalan depan belakang.
2. Cetak muka surat pertama akaun bank simpanan (kalau nak kreditkan wang tak dituntut dalam akaun bank yang aktif). Dengan ini tak perlulah ke kaunter 22.
3. Bawa bersama kad pengenalan dan buku bank (nak menunjukkan buku bank tu masih aktif).
4. Isi borang Wang Tak Dituntut
Nota Gambar
“Ramai yang masih was-was. Ini tadi kawan Kakyu pergi 19/7 dapatlah RM1000 lebih. Lepas apa duit tiket ke Perth”
Haa.. apa lagi? cepat-cepatlah tuntut wang yang tak dituntut yang ada dalam bank tu ya. Dimaklumkan tahun depan akan dibangunkan pula satu protal yang membolehkan orang ramai menyemak Wang Tak Dituntut ini. Jadi tak perlulah beratur panjang.
Pelakon Betty Rahmad berasa bersyukur apabila pembantu baru yang menjaga anaknya merupakan seorang gadis yang sangat baik.
Malah pembantu yang dikenali sebagai Teha itu juga sebenarnya memiliki segulung Ijazah.
Dek kerana pandemik Covid-19 sememangnya memberi kesan terhadap kehidupan seluruh masyarakat dunia. Ramai yang hilang pekerjaan dan pendapatan terjejas. Bukan itu saja malah graduan lepasan universiti juga sukar untuk mendapat pekerjaan.
Malah bagi meneruskan kehidupan seharusnya kita tidak boleh memilih kerja. Begitu jugalah keadaan yang berlaku kepada gadis yang menjadi pembantu kepada Betty Rahmad. Bagi membantu keluarga dia tidak memilih pekerjaan dan hal itu seharusnya menjadi contoh kepada graduan yang lain.
Betty Rahmad Kongsi Cerita Tentang Pembantu Baru
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Betty akui pembantu barunya memohon pekerjaan untuk menjaga anaknya, Wira.
“Lama nak post pasal ni but takde masa. So today i nak bagitau my followers yang terlalu gigih follow & dm Teha about this (for so many times)
“First of all, i tak faham tahap “concern” or jealousy u all tu. Kenapa perlu gigih tanya banyak kali tanya benda yang sama? Apa yang tak puas hati sangat Teha kerja dengan saya,” luahnya.
Teha Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Malah Betty juga akui Teha memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
“Ya, Teha belajar tinggi ada Bachelor in Early Child Education. Dia apply kerja dengan saya untuk tolong jaga Wira memandangkan keadaan negara kita sekarang. Banyak taska tutup dan sebagainya. Teha ada ibu-bapa & ramai adik beradik di kampung.
“So adakah kalau u ada ijazah tinggi u perlu jaga standard & ego u untuk survive? To be honest, im so proud to see her. Baru 22tahun but sangat independant, pandai buat kerja rumah & work for her family at her young age.
“Takkan nak jadi anak yg ada ijazah tinggi tapi still minta duit dekat mak bapak untuk hidup. Lepastu salahkan keadaan. Berapa ramai orang akan suffer kalau nak fikir standard & level?
Teha Bukan Orang Gaji, Tapi Pembantu Yang Saya Anggap Seperti Adik
“She’s not my maid and i tak pernah address her as my maid. We are helping each other. Dah macam adik & asst. Saya sendiri takkan biarkan Teha untuk habiskan hidup dia dengan saya. Sampai waktu dia perlu kejar cita-cita selama ni. Get it?
“So please stop being too concern tanpa memikir perasaan orang lain. Biarlah dia ringankan beban keluarga di kampung dengan rezeki yang halal. Saya percaya Allah pasti permudahkan & bagi balasan yang baik pada Teha atas segala kebaikan dia pada family saya selama ni. Kehadiran Teha dalam family saya pun rezeki buat family saya yang bukan semua orang dapat.
“Sekian bebelan harini. Doakan yang baik-baik untuk orang lain kalau nak hidup happy,” tulisnya.
“Allah Aturkan, Korang Berdua Saling Memerlukan” – Ozlyn
Ozlyn menerusi akaun Instagramnya jozlynnhanania turut memberi komen positif kepada Betty.
“Ya Allah ku suka jawapan dia.. korg berdua saling memerlukan.. mu bantu teha, teha bantu mu.. Allah aturkan dh.. jujur ckp, anak sulung ku nak cari duit utk top up keperluan dia.. suami ku suruh buat keje kt ofis ku, cuci jamban, kemas ofis, vacuum, buang sampah, susun bil! anak ku buat mu, dpt rm 50 .. tandas x bersih mmg kena hamun jugak.. sbg tanggungjwp buat kerja kena abes, x boleh tangkap muat sb bapak ko bos!! Apa x kena staff ktorg akan amik report.. xde istilah ko anak bos! Kerja ttp kerja!! Baru berkah.. respect mu dgn Teha.. moga Allah pelihara hubungan mu dgn Teha.. aamiin”
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...