Berlegar di media sosial gambar rumah yang tinggal tangga batu pink selepas dilanda banjir di Hulu Langat. Ada juga yang terpaksa memanjat hingga syiling rumah demi menyelamatkan nyawa. Menggambarkan betapa dashyatnya tragedi banjir yang melanda kawasan itu.
Norismahida Ismail berkongsi pengalaman yang dikongsikan anak mangsa banjir Hulu Langat. Yang mana kesemua mangsa 7 beranak itu selamat berlindung atas kayu siling rumah. Itu saja bahagian yang tinggal, sedangkan lainnya sudah dihanyutkan dek banjir.
Alhamdulillah, kesemuanya masih selamat. Biarpun malam kejadian, 7 beranak ini perlu memanjat tinggi sehingga ke loteng demi menyelamatkan nyawa.
Ini kisahnya,
Semalaman (ketika status dikongsi pada 30 Disember 2021) diorang berlindung dalam siling. Antara hidup dan mati. Tawakal Alallah..
Setiap kali kayu balak menghentam, setiap kali tu jugalah rumah bergoyang. Kedudukan mereka juga bergoyang. Allahuakbar.
7 beranak. Mak, ayah, pak long 5 baranak. Sesungguhnya sisa hidup mereka masih panjang..
‘Kayu Siling Rumah Selamatkan Nyawa’ Ceritanya Macam Ni
17/12/2021 – sabtu malam – Kampung Jawa, Batu 18, Hulu Langat
Dalam pukul 10 lebih malam tu, air mula masuk rumah. Ayah dan mak dah mula angkat sikit-sikit barang ke tangga batu (rumah kayu tinggi bersambung dengan batu bahagian bawahnya)
Bantal tilam kain baju di bilik pija dan cik pon ayah angkat ke tangga. Ayah fikir air naik sikit je. Bilik mereka berdekatan dapur (bahagian bawah – rumah batu).
Ads
Dekat pukul 11 air dah mula naik sampai paras pinggang. Pak long 5 beranak (rumah sebelah, rumah batu setingkat) terus berlari ke tangga depan rumah ayah.
Hari ke 2 – bahagian depan rumah yang nampak ‘OK’
Terpaksa Panjat Hingga Palang Kayu Siling Rumah
Air semakin naik. Laju sangat. Dah paras dada di bahagian rumah kayu (tingkat atas). Tak boleh nak lari ke mana dah. Turun ke tanah, confirm tenggelam lemas. Arus deras.
Mula nya takut nak panjat ke loteng. Tapi, itu je jalan yang ada untuk selamatkan diri. Terpaksalah.
Mak ayah dah tua, selalu je tak larat. Pak long pula baru pulih lepas kena serangan strok.
11 malam. Masa panjat tu beralaskan meja makan.
Dah sampai atas. Bertenggek pula atas palang kayu siling rumah lama tu. Masing-masing goyah, kuat lagi ke kayu ni.. berpuluh tahun dah ni.
Ada sekali tu, anak bongsu paklong terjerlus kakinya ke siling rumah. Allahuakbar.. syukur sempat berpaut.
Hari ke 2 – rumah tangga pink yang viral tu. Sebelah rumah mereka
Berjiran Dengan Rumah Tangga Pink Viral
Rumah mereka dan rumah tangga pink yang viral tu kira rumah pertama yang di himpap balak hutan. (Rumah tangga pink viral tu rumah sepupu mak, pija panggil dia Mak Long)
Ads
Takde rumah lain sebelum rumah mereka. Hanyalah bukit tinggi yang dipenuhi pokok hutan berbatang besar.
Masa kejadian tu, air dari kawasan bukit bersama batang-batang balak laju turun dan terus hentam rumah mereka.
Sampai konkrik dapur tu pon tercabut. Habis barang dalam dapur hanyut entah ke mana. Yang tinggal hanya peti ais tercabut pintu Allahuakbar.
Kuasa Allah rangka rumah kayu tempat mereka berlindung tu masih bertahan. Padahal bahagian lain dinding rumah kayu tu separuh ranap dek hentakan balak. Total lost. Subhanallah..
Hari ke 4, 2 buah jentolak datang membersihkan balak, meratakan tanah dan pasir di sekitar rumah. Jentolak dari orang perseorangan, Alhamdulillah Allah gerakkan hati beliau. Semoga beliau sentiasa dalam rahmat Allah.
Jiran Fikir 7 Beranak Dihanyut Dek Banjir
Jam 6 pagi, air dah surut. Mereka turun dan bergerak ke rumah tinggi di seberang jalan.
Rupanya malam tu, semua jiran ingat mereka dah hanyut di bawa arus deras.
Semuanya kuasa Allah.
Hari ke 2 pasca banjir, dengan ihsan seseorang, mereka ber 7 ditempatkan di sebuah rumah flat – berdekatan.
Ads
Inilah serba sikit cerita dari mulut anak mangsa – pija; adik ipar Kak Is Shafizah ShaAzman Ikhwan Ismail
Bak kata suami Kak Is “kalau saya jadi diorang, kalau rumah tu di robohkan nanti, saya ambil kayu tempat bertahan tu”.
Subhanallah. Kak Is menulis cerita ni sebab rasa rare, kuasa Allah rumah tu dan bahagian siling tak roboh. Sedangkan bahagian lain dah hanyut entah ke mana.
Hari ke 3 – masih terputus hubungan. Diorang try masuk ke langat, Alhamdulillah
Ramai yang tanya nak bantuan apa, buat masa ni mereka tak nak barang sebab tak tahu nak letak kat mana. Tapi mereka perlukan tempat tinggal.. nak bina semula rumah, harap cepatlah dapat bantuan.
Kepada netizen yang datang, acah-acah bagi sampul kosong dan mintak mak dan ayah berlakon untuk ambik gambar/video tu bawak-bawak lah istighfar yer. Belum kena kat awak..takkan lah kene kat batang hidung atau keluarga sendiri baru nak terngadah.
Allahuakbar..
Semuanya pinjaman dari Allah. Nyawa kita juga.
Setiap kali hujan, kami suami isteri jadi risau.. risau banjir berulang. Terbayang-bayang muka mak ayah pija saat tu..terbayang-bayang trauma mangsa-mangsa banjir.
Wallahualam..
Coretan ini sekadar perkongsian dari Kak Is
Mingguan Wanita : Syukur keluarga ini masih dilindungiNya. Semoga mereka tabah menghadapi musibah hebat ini dan Allah gantikan kehilangan harta benda dengan lebih baik lagi.
Agak-agak dalam sebulan berapa banyak kita menabung duit daripada gaji yang kita dapat itu. Mungkin bagi yang pandai menyimpan, tak kisah sedikit pun tetap simpan, bila tengok hujung tahun, macam-macam boleh buat dengan duit simpanan itu.
Nak menabung duit ini kena ‘kuat’ dan ketepikan siap-siap supaya tak adalah tersalah pakai. Dengan duit simpan yang kita keteikan ini, bolehlah digunakan untuk waktu-waktu terdesak.
Mungkin ada juga antara kita menabung duit ini untuk pelaburan masa akan datang. Nampak saja sedikit, lama-lama akan banyak jadinya. Paling penting bila menyiumpan itu, jangan sesekali nak keluarkan.
Ada berpendapat, gaji sedikit menyebabkan tak ukup untuk kita menabung duit setiap bulan. Jangan takut, pakar ini ada cara untuk tentukan cara kita nak menyimpan duit. Boleh ikuti cara yang Dr. Azizul Azli Ahmad ini cadangkan.
Katanya, gaji banyak mana sekalipun, tidak akan cukup selagi kita tak menabung dan menyimpan, kita tak akan ke mana-mana. Jadi, kekalkan buat simpanan selagi kita masih ada kerja dan gaji.
“Bang, saya kalau menabung mesti akan habis bang.
Duit banyak sikit mesti nafsu kuda belang datang”
“Belajar simpan tempat susah keluar la..”
“Susah macam mana pun saya akan korek juga bang”
“Pernah menabung emas?”
“Belum bang”
“Belajar simpan emas tiap bulan, tiap kali gaji kau
simpan 1 dinar, 1 gram, 1 kilo baru lah senang”
“Baik saya cuba bang.
Kawan kawan,
Asas bila dapat gaji bukan melabur, tetapi menyimpan. Bila dah cukup SIMPANAN baru MELABUR.
MW: Kalau menyimpan duit, jangan sesekali cuba nak ‘tarik’ kononnya bulan depan harapan, bulan akan datang dapat simpan lebih. Rasanya, bila dah ‘bocor’, memang akan bocorlah juga tiap-tiap bulan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Dibenarkan pulang ke rumah, Aishah bersyukur diberi peluang kedua untuk teruskan kehidupan. Syukur alhamdulillah akhirnya, penyanyi bersuara lantang Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah akhirnya dibenarkan pulang ke rumah selepas 12 hari dirawat di hospital kerana jangkitan Covid-19.
Sebelum ini, Aishah dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta dan dikejarkan ke Hospital Ampang pada 30 Ogos berikutan paras oksigen merosot.
Dibenarkan Pulang Ke Rumah, Aishah Bersyukur Diberi Peluang Kedua
Malah Aishah juga berasa sangat gembira dan memanjatkan rasa kesyukuran diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.
Menerusi perkongsian menerusi akaun Instagramnya, Aishah menerangkan dia sudah dibenarkan keluar hospital setelah 12 hari dirawat.
“Alhamdulillah, Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana. Betapa bersyukurnya, hari yang dinanti-nantikan… dapat balik rumah.
“Terima kasih semua yang mendoakan. Sekarang ini doakan saya melalui tempoh penyembuhan,” tulisnya.
Menerusi hantaran lain di akaun Instagramnya, penyanyi yang popular dengan lagu, Janji Manismu ini turut memberitahu dia kini meneruskan rutin harian hospital di rumah dan masih dalam proses penyembuhan.
“Pagi yang indah, betapa bersyukurnya saya dapat masih berada di sini. Sambung rutin dari hospital, banyak ubat-ubat yang masih perlu dihabiskan.
“Biasalah saya kena susun semua, potong ubat siap-siap mengikut dos yang perlu saya ambil. Dalam gambar ini bukan nak makan semua sekali.
“Ini ubat yang diberi sehingga tiba hari pemeriksaan susulan. Terasa masuk golongan ‘warga emas’ bila dah ada buku temu janji pemeriksaan kesihatan. Jaga diri semua,” coretnya.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Aishah
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Hawari minta doa & bacakan Yassin, ibu sempat berhubung kali terakhir sebelum anak hilang selepas tawan Everest.
Kehilangan seorang pendaki Malaysia Everest (ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest masih menjadi misteri.
Memetik laporan berita daripada media tempatan Nepal, The Himalayan Times (THT) pada Sabtu, Muhammad Hawari berjaya menawan puncak Everest setinggi 8848 meter dari aras laut pada Khamis sebelum dilaporkan hilang melalui portal berita berkenaan pada Sabtu.
Pengarah Pioneer Adventure Pvt Ltd, Nivesh Karki berkata, Muhammad Hawari dilaporkan hilang pada pagi Jumaat selepas berjaya menawan puncak gunung berkenaan dan turun berehat di kem empat.
Ujar Nivesh, usaha pencarian sedang giat dijalankan termasuk menyampaikan mesej ke semua kem sama ada Muhammad Hawari ada berteduh di khemah lain.
Dalam pada itu, di sebalik kehilangan Hawari yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang paling merisaukan adalah hati seorang ibu, Che Tom Hassan.
Che Tom mohon doa dari rakyat Malaysia atas keselamatan anaknya. Hawari mempunyai dua anak iaitu Hana dan Haris, perkongsian hidup bersama Safiyyah Tang Xie Li yang juga OKU pekak. Foto FB :- Mohammad Firdaus Abd Rahim.
Menurut ibu ini, dirinya dan keluarga sempat berhubung dengan anaknya itu ketika Hawari berada di Base Camp 2 di mana Hawari meminta agar keluarga tidak risau akan keadaannya.
“Dia minta didoakan untuk keselamatannya dan bacakan Yassin untuk pendakian ke puncak Everest. Itulah kali terakhir anak berhubung dengan kelauarga,” katanya yang agak sebak sambil menahan tangisan.
Ibu Sempat Berhubung Kali Terakhir Sebelum Anak Hilang Lepas Tawan Everest
Jelas Che Tom, dia hanya mengetahui pencapaian anaknya berjaya menawan puncak Everest hanya melalui facebook dan begitu juga hal kehilangannya.
“Saya tak pernah putus harapan anak ditemui selamat dan ada berita mengenainya. Saya minta doa dari seluruh rakyat Malaysia agar anak ditemui segera,” katanya memaklumkan Hawari anak ketiganya dari lima orang.
Doakan agar Hawari yang juga peserta Malaysia Everest 2023 ditemui selamat.Hawari dilaporkan berjaya menawan Everest pada Khamis sebelum dilaporkan hilang pada Jumaat.
Hawari yang juga bapa kepada dua orang anak, Hana dan Haris merupakan pasangan hidup kepada Safiyyah Tang Xie Li yang juga OKU pekak.
Menurut sumber, Hawari dilaporkan keluar dari kem empat secara bersendirian pada awal pagi tanpa pengetahuan malim gunung.
Dalam pendakian melibatkan empat peserta ME 2023, pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, Awang Iskandar Ampuan Yaacub dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika hampir 20 meter menuju ke puncak Everest. Sehingga kini pencarian Hawari diteruskan melalui jalan darat dan sama-sama kita doa kepada Allah agar Hawari ditemui segera.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...