
Isi Kandungan
ToggleJika selalu mak-mak beli je sate, apa kata buat sendiri je di rumah. Rupanya tak susah manapun nak buat sate ni kena tahu bahan-bahan asas untuk perapan daging sate dan pastikan lidi untuk cucuk sate direndam terlebih dahulu untuk elakkannya terbakar nanti.
Boleh ikut resipi buat sate dan tip yang dikongsikan oleh Puan Eiza Ax ini sebagai rujukan.
“Bile anak suka sate mama nye, Mama rajin buat kan. Ni kali kedua buat…sedap sangat. Tq pade yang share resepi.Ramai yang mintak resepi kite kongsi bersama”
Bahan-Bahan (Sate Ayam):
Dada ayam potong dadu
Bahan (kisar)
Serai
Lengkuas
Kunyit hidup (takde boleh pakai serbuk kunyit)
Halia
Jintan putih (sangai dulu sampai wangi)
Jintan Manis (Disangai)
Ketumbar (Disangai)
Bawang putih
Bawang merah
Cara Membuat:
1. Perap dada ayam dengan bahan kisar.
2. Masukkan gula dan garam.
3. Biarkan perapan minimum 3 jam dalam peti, lagi lama perap lagi sedap.
4. Lepas dah perap boleh la cucuk.
5. Pastikan lidi cucuk tu direndam dalam air 4 jam atau lebih untuk mengelakkan lidi terbakar masa panggang/bakar.
5. Mase panggang boleh buat minyak renjis.
Minyak Renjis:
Ketuk hujung serai
Minyak
Air perapan ayam
Gula 1 sudu (letak gule untuk nampak ayam tu berjus, cepat masak dan kilat.
Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Resipi Jilat Jari Ayam Perap Mayo, Digoreng Boleh Dibakar Lagi Sedap!
MW: Sedapnya bakar sate sendiri di rumah. Boleh buat sendiri je nanti untuk anak-anak makan. Tak susah mana pun ikut resipi dan tip yang dikongsikan ini.
Sumber: Eiza Ax
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelakon Emelda Rosmila Kongsi 3 Resipi Smoothies Sedap, Pekat & Creamy, Tak Tinggi Kalori

Isi Kandungan
ToggleLama tak mendengar cerita pelakon cantik Emelda Rosmila Abdul Hamid, yang juga merupakan suri hati kepada pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramlie, 46, ini. Pada usia 39 tahun, wanita ini masih kekal cantik dan ramping menawan, malah tidak keberatan berkongsi antara rahsia cantik yang dirinya amalkan.
Selain jus selery, rupa-rupanya Emelda sangat menggemari pelbagai jenis buah-buahan, membuat smoothies sendiri dan meminumnya setiap hari sebagai amalan ketika waktu sarapan pagi.
Berikut 3 jenis resipi smoothies yang dikongsikan dan menjadi kegemaran pelakon ini.
Resipi 1
Bahan-Bahan:
2 biji Mangga (Beku)
2 biji pisang (Beku)
2 biji Peach
Setengah biji nenas
Sedikit Madu (Optional)
Kiub Ais (Optional)
Sedikit Air supaya mudah dikisar
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.
Menurut Emelda, smoothie ini boleh minum untuk 3 orang. Kombinasi buah mangga dan pisang menjadikan smoothie ini pekat dan berkrim. Namun tidak perlu bimbang, kerana ia tidak tinggi kalori malah manis buah tak sama dengan manisnya gula.
View this post on InstagramA post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on
Resipi 2
Bahan-Bahan:
2 biji Epal Merah (Dibuang kulit & potong kiub)
1 biji pisang (Beku) (buat jadi pekat )
1 biji pisang
1 cawan atau lebih susu badam
1 sudu kecil serbuk halia
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu kecil serbuk kayu manis
sedikit madu untuk rasa manis
sedikit kiub ais
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.
Menurut Emelda, smoothie ini sesuai diminum ketika waktu pagi dan petang. Ia buatkan kita kenyang dan boleh dijadikan sarapan pagi. Rasanya sangat sedap, berkrim, beraroma dan sangat baik untuk penghadaman.
View this post on InstagramA post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on
Resipi 3
Bahan-Bahan:
1 biji mangga ( optional: boleh guna fresh atau frozen)
Nenas 1 biji ( optional: boleh guna separuh, 1 biji untuk 2 hidangan)
1 inci halia
1 cawan air sejuk atau suhu bilik *Nak sedap lagi boleh guna air kelapa
Sedikit kiub ais
Cara Membuat:
Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga halus.

Menurut Emelda, smoothie ini kombinasi buah-buahan dan herba. Mangga, nenas dan halia mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Mangga kaya dengan beta-carotene untuk menyokong kulit dan mengelakkan kanser kulit.
Nenas pula, merupakan buah tropika yang kaya dengan vitamin, enzim dan anti oksidan. Ia meningkatkan sistem pertahanan tubuh, membina tulang yang kuat serta membantu penghadaman lebih baik serta rendah kalori. Halia pula mempunyai banyak mineral, amino asid dan lebih 500 enzim yang memberi ketenangan. Ia anti viral, anti bakteria dan anti parasit serta memnggalakan sistem imun yang sihat.
View this post on InstagramA post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on
MW: Banyak sungguh kelebihan minum smoothies yang dikongsikan oleh pelakon ini, terutamanya jika di ambil ketika sarapan pagi. Jadi buat mak-mak yang nak kekal cantik dan jaga badan, bolehlah amalkan minum smoothies ini seperti yang dikongsikan oleh Emelda.
Sumber:Instagram emeldarosemila
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertama Kali Buat ‘CREAMY CRAB CROQUETTE’, Anak Cakap Sedap Makan Habis Licin!

Isi Kandungan
TogglePertama kali buat ‘CREAMY CRAB CROQUETTE’ ni anak-anak dah cakap sedap, makan sampai habis Licin. Resipi ini memang sesuai sediakan untuk anak-anak, malah mak-mak mudah nak disediakan. Bukan apa jika kita beli yang frozen seperti nugget, sosej memang banyak pengawet dan bahan perisa tambahan. Bila kita buat sendiri untuk kudapan anak lebih puas hati, jimat malah terjamin halal dan kebersihannya.
Boleh cuba resipi mudah ‘CREAMY CRAB CROQUETTE’ seperti yang dikongsikan oleh Puan Kyra Amanda ini.
My first time , buat CREAMY CRAB CROQUETTE. Memang licin weei , anak-anak cakap shedapp ibu. Next ibu buat lagi.Mudah je
Bahan-Bahan:
Isi ketam
Bawang merah
Daun bawang
1 kiub pati ayam
Setengah buku Butter
3,4 sudu Tepung gandum
Susu full cream
Telur
Serbuk roti
Cara Membuat:
1. Mula-mula, rebuskan isi ketam sekejap. Masukkan dalam mangkuk, letak bawang merah yang dipotong dadu dan hirisan daun bawang. Ketepikan seketika.
2.Gaulkan kesemua tadi, dan letakan satu ketul kiub pati ayam. Dan gaulkan lagi sampai dah hancur kiub pati ayam.
3. Cairkan separuh butter sampai cair.
4. Masukkan tepung gandum dalam 3 hingga 4 sudu. Kacau sehingga pekat.
5. Masukkan pula sedikit susu full cream. Kacau sehingga pekat.
6. Masukkan isi ketam tadi dan gaul rata.
7. Untuk bahan terakhir, sediakan telur dan serbuk roti.
8. Bentukkan isi ketam biar bulat. Kemudian celupkan dalam telur dan celupkan pula dalam serbuk roti. Ulang sebanyak 2 kali celupan supaya bebola lebih padat dan tidak pecah.
9. Sejukkan dalam peti bahagian atas dalam 1 hingga 2 jam.
10. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian baru gorengkan bebola tadi sehingga garing dan berwarna keemasan. Angkat dan hidangkan.
Siap!
Baca Lagi Di Sini :
Anak Nelayan Ini Kongsi Tip Pilih Ketam Isi Padu, Banyak Telur
Pakar Dedah Banyak Kelebihan Makan Nenas, Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari
DADA AYAM Banyak Takde Siapa Nak Makan, Buat Macam Ni Sekejap Je Licin!
Mingguan Wanita: Wah menarik resipi CREAMY CRAB CROQUETTE ini dan sangat sedap. Boleh cuba buat, anak-anak mesti suka dan makan sampai habis licin nanti.
Sumber : Khyra Amanda

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yana Samsudin Kongsi Resipi Air Tangan Mak, ‘Nasi Beriani Ketam Bertempiaran Lari’

Isi Kandungan
ToggleJika selalu nasi beriani daging lembu, kambing dan ayam, rupanya boleh juga dimasukkan hidangan laut seperti ketam. Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Yana Samsudin ada memuat naik perkongsian video memasak bersama mak tersayang. Resipi yang dikongsikan didalam video tersebut merupakan air tangan mak yana sendiri dan dinamakan cukup mencuit hati iaitu ‘Nasi Beriani Ketam Bertempiaran Lari’.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
Bahan-Bahan:
Bawang Putih
Bawang merah
Halia
(*ditumbuk)
Serai (diketuk)
Daun Pandan
Kayu manis
Bunga Lawang
3 sudu besar Minyak sapi
2 sudu besar serbuk kurma beriani
3/4 ekor ketam segar
serbuk perasa ajinomoto
sedikit garam
4 cawan Beras
4 cawan air
1 Sudu besar kordial sanquick oren
2 sudu besar santan kotak
Cara Membuat:
1.Masukkan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk.
2.Masukkan pula serai, daun pandan, kayu manis dan bunga lawang, biarkan sehinggan naik bau.
3.Masukkan pula serbuk kurma beriani dan masukkan ketam kacau sebati.
4.Masukkan sedikit garam, serbuk perasa ajinomoto dan masukkan 4 pot beras.
5.Masukkan pula 4 cawan air dan kacau sebati.
6.Masukkan 2 sudu besar santan kotak dan 1 sudu besar kordial sanquick oren.
7.Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak.
Siap! Selamat mencuba!

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Jadi buat mak-mak yang suka makan nasi beriani dan inginkan kelainan, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Sumber:Yana Samsudin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI