Jika dekat rumah tu ada tanam pokok Aloe Vera, mak-mak boleh tambahkan dengan sedikit Minyak Kelapa Dara (VCO). Campuran kedua-dua bahan semulajadi ini sangatlah baik disapu pada seluruh badan, dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Ia mampu melebatkan rambut, melembapkan dan melembutkan kulit serta macam-macam lagi. Malah boleh buat sendiri je minyak ni, jimat kos bebas bahan kimia.
Baca perkongsian kelebihan Minyak Kelapa Dara (VCO) + Aloe Vera yang diamalkan oleh Puan Nur Aida Md Zainuddin ini.
Minyak Kelapa Dara (VCO) + Aloe Vera
Tiba-tiba jadi rajin bila tengok pokok Aloe Vera penuh banyak. Buat minyak Virgin Coconut Oil (VCO) + Aloe Vera.
Yang bestnyaa memang sangat besttt rupanya hasil dia.
Kegunaan:
1. Pelebat Rambut
Sebagai pelebat dan cantikkan serta buat rambut lebih bermaya dan lembut.
2. Pelembap Kulit
Boleh buat pelembap kulit. Memang berkesan! Pakai ditumit, siku, lutut.
Tapi aida pakai semua.
3. Elak Rekahan Perut
Sekarang mengandung aida sapu pada perut untuk elak stretch mark,
rekahan pada perut.
4. Fungsi Seluruh Badan
Seluruh badan actually boleh guna saaaangat besttt!!
5. Sebagai Minyak Urut
Minyak urut pun best sebab hasilnya kulit jadi lembut je. Ada aloe vera tu.
Mmg besttt!!
Cara Membuat:
Gambar last tu bila dah masak minyak ni kena tapis. Yang tapis serdak dia
tu aida bubuh pada rambut suami sebab rambut dia jenis GUGUR sekarang!! Tapii serdak ni Aida tak galakkan untuk rambut perempuan yang panjangg nanti susah nak buang serdak-serdak tu. SO TAK PAYAH PAKAI pada rambut kita ye.
Tips lain: Tak perlu juga kupas kulit macam aida buat. Cukup buang kuning dia yang gatal tu dan potong buang duri tepi-tepi. Lepas tu hiris nipis-nipis. Masak guna VCO lepas tu tapis. Cara ni lagi senang sebab kita tak perlu mesin/guna chopper nak hancurkan dan masa lebih jimat. Dan lagi senang nak tapis nanti.
Jadi selamat mencubaaaa.
Artikel Berkaitan:
Umur 55 Rambut Takde Uban, DAUN KARI Rahsia Rambut Berkilat Hitam
Saintis Dedah Kimchi Boleh Rawat Masalah Keguguran Rambut!
MW: Banyak khasiat Aloe Vera dan Minyak Kelapa Dara ni, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Boleh lebatkan dan cantikkan rambut serta lembapkn dan lembutkan kulit. Ada tanam pokok aloe vera dekat rumah tu, boleh cuba ikut cara yang dikongsikan ini.
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI