Kuali yang diguna setiap hari memang mudah berkerak hitam dan payah nak cuci. Walaupun guna macam-macam cara, sampai luka-luka tangan menyentalnya. Rupanya guna kapur makan boleh tanggalkan bontot kuali berkerak hitam ni dengan mudah.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Amy Rosinasebagai rujukan;
Alhamdulilahhh ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia pekahwinan. Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang.Saya share untuk suri semua sama-sama kita bahagia
Hangpa cuma perlu kapoq makan.Kapoq yang makan dengan sirih tu, berus dawai dan pisau. Tak berapa bekilat lagi tu tengah sental suami panggil tadi. Nak mudah lagi, lama rebus lagi mudahh tanggal.
Bahan Diperlukan:
Kapur Makan
Kuali Besar
Pisau
Cara Membuat:
1.Tudiaa dah pernah sental tapi putus asa.
2.Sapu punggung kuali dengan kapur.Ratakan kerak hitam tu.
3.Letak dalam kuali besar.
4.Didihkan sekejap je. Baru naik buih-buih ja saya tutup api kalau lagi lama lagi bagus.
Ads
5.Nampak ada lekang-lekang dah.
6.Tuu kepingan hitam yang tanggal.
7.Kikis kerak tebal masa kuali masih panas dengan pisau. Lembut je kerak tu.
Ads
8.Kerak nipis gosok pakai berus dawai.
Tadaa
Ads
Tempoh dari awal berkerak sampai berkilat sekejap sangat. Kalau dari sapu rebus sampai kikis tak sampai pun 30 minit.
MW: Wah mudahnya, tak payah susah payah nak sental kuali kerak berhitam, sapu kapur makan rebus je dalam air panas mendidih. Kerak jadi lembut, mudah dikikis berkilat macam kuali baru.
Walaupun duduk di rumah flat yang tiada laman, mak ayah sebenarnya masih boleh meneruskan hobi berkebun. Tanam sayuran dengan kaedah gantung dan self watering.
Cnioryta Orkid berkongsi tip berkebun di rumah flat yang tiada laman dan hasil tanaman gunakan kaedah gantung pada ampaian baju.
Apa yang diperlukan adalah :
Media tanam : Cocopeat 100%
Baja : Antaranya baja AB, baja kopi amino 888, ezigrow dan tinja ayam dan diproses. Gunakan ikut keperluan. Ada juga menggunakan baja buatan sendiri iaitu MOL BAWANG.
Cara Tanam Sayuran Dengan Kaedah Gantung
Sediakan pasu dan anak pokok.
Ini sabut kelapa, saya alas bawah pasu supaya bila siram media tanam tak turun ikut lubang. Boleh cari sabut kelapa di nurseri.
Media tanam, cocopeat. Letak atas sabut kelapa tadi.
Saya semai guna cawan minum ni. Bila nak pindahkan, saya korek media tanam dan ukur cawan dulu.
Akan jadi macam ni.
Masukkan terus dalam lubang dah korek tadi.. Bukan ape.. malas nak kecah-kecah.
Tutup lah dengan serpih kayu ni. Selain menutup permukaan, dia juga tujuannya menyokong anak benih.
Gantunglah beliau-beliau.. Tunggu lah 3 minggu++
Hasil Sebelum Dan Selepas
Sebelum
Selepas
Tips :
√ Selepas dan selepas. Saya tak guna yis ya untuk buat baja. Dia memang gebu sokmo. Tak de lah.. Tips dia, satu pasu tu letak lah dalam 5 pokok.
√ Yang bulat-bulat tu LECA tujuan untuk tutup permukaan media tanam supaya tak cepat kering, disebabkan saya guna cocopeat yang mana sifat cocopeat cepat kering. Sama juga lah fungsinya dengan serpih-serpih kayu tu.
Antara Sayuran Ditanam Di Rumah Flat, Kaedah Gantung
Pudina, tanam secara digantung.
Salad oak leaf. Rasanya manis.
Salad
Sawi kerinting dan biasa.
Lettuce
Dwarf lettuce
Pakchoi (depan) dan sawi kerinting (belakang).
Kailan.. Manis kailan ni.. Kalau nak beli cari benih kailan hongkong ya.
MW : Nampak subur salad ditanam dengan kaedah ini. Bolehlah dicuba kelak.
Pokok Aloe Vera memang banyak khasiatnya. Bukan sahaja boleh digunakan untuk kecantikan, malah boleh juga dimakan apabila dicampur dalam air. Namun ada cara dan tipsnya untuk buat jeli Aloe Vera ni. Ini kerana jika salah cara, ia boleh menjadi pahit dan menyebabkan cirit birit. Salah satu tip penting langkap yang perlu dilakukan ialah tegakkan Aloe Vera selama 2 jam selepas dipotong bagi mengeluarkan semua getah kuningnya yang ada sebelum dimasak.
Untuk faham lebih lanjut, ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Rdza Tuahini sebagai panduan.
Akhirnya saya try jugak buat. Rasa dia kosong kalau tak letak apa-apa, so saya letak Gula Melaka. Saya share cara saya ya:
1. Potong daun yang besar, potong bahagian atas (hujung runcing) sedikit.
2. Tegakkan selama 2 jam+ untuk keluarkan getah kuning.
3. Basuh, buang duri, dan kupas kulit, (guna pisau pengupas buah lagi mudah)
4. Potong 4 segi ikut selera masing-masing.
5. Bilas sekali dalam air.
6. Didihkan dalam air sehingga mendidih dan kacau.
7. Buang air didihan, tos dan bilas dengan air sejuk.
8. Masak sekali lagi dalam air cukup-cukup sampai aloe vera tenggelam.
9. Letak daun pandan dan gula melaka.
10. Biarkan mendidih, sejukkan.
11. Letak dalam gelas dan tuang air
Info Ekstra:
1. Tunggu sejuk supaya air gula Melaka betul-betul meresap.
2. Jangan letak terus dalam air sirap, kalau tak rasa gula melaka akan keluar dan aloe vera takde rasa (tawar). Letak dalam gelas, bila nak minum baru letakkan sirap atau apa-apa bancuhan air lain
3. Masak ikut naluri.Sepatutnya aloe vera masih rasa berjeli bila dikunyah. Kalau dah kosong/kering maknanya dah masak terlalu lama dan khasiat dah berkurang.
Penting:
Langkah kedua tu sangat penting untuk buang getah kuning (aloin), bahan bertoksik yang berasa pahit, dan boleh akibatkan cirit birit. Boleh google Aloin in aloevera.
Mingguan Wanita: Begini rupanya cara betul nak masak Aloe Vera. Kena tegakkan batang Aloevera dan buang getah kuning dulu sebelum nak masak. Barulah tak pahit dan tak cirit birit.
Beli kereta atau MPV untuk keselesaan atau kehendak semata-mata. Ada orang sanggup berhabisan demi sebuah kereta. Tak kurang juga ada yang beli kereta atas keperluan memandangkan ahli keluarga semakin bertambah.
Namun, pernah tak kita fikir tentang kos untuk servis, minyak, bayaran bulanan untuk sebuah kereta. Bagaimana pula kalau kereta besar hanya disewa untuk satu-satu perjalanan tertentu saja. Untung atau rugi?
Fairus Mohd Tabiee ada berkongsi pandangan dan pendapatan tentang kos untuk memiliki kereta MPV Vellfire atau hanya menyewa saja. Semua ini untuk keselesaan atau kehendak? Inilah jawapannya.
Bawa vellfire balik kampung dengan ahli keluarga tu memang best. Kereta besar, selesa, anak-anak seronok dan boleh punggah banyak barang. Ini adalah MPV terbaik kegilaan ramai orang. Siapa yang dah pakai vellfire, susah nak downgrade ke MPV lain.
Aku juga pemilik kenderaan ini. Jadi, matlamat utama memiliki sebuah vellfire adalah KESELESAAN.. ingat KESELESAAN..
Aku jumpa seorang sahabat. Umurnya sudah lebih 50 tahun.
Investment beliau merata tempat. Beliau adalah orang yang success namun hidup low profile.
Duduk rumah pun income beratus ribu sebulan. Jangan risau, beliau bukan trader forex.
Beliau telah kongsikan sesuatu yang menyebabkan aku berfikir panjang. Padahal benda itu aku dah sedar lama, cuma aku tak jumpa orang yang praktikkannya lagi. Bila sahabat aku yang jauh lebih success dari aku buat benda ni, menung juga aku sekejap.
Katanya,
“Matematik Tidak Pernah Menipu Kita. Ilmu matematik ada banyak dalam Al Quran. Cuma kau gunakan ilmu ini untuk hidup, atau kau gunakan ilmu ini untuk nafsu”.
Terkesima aku.
Ini Perbezaanya
Jom aku kongsikan,
1. Jika kita beli vellfire recond 2.5cc 2019 harganya sekitar RM250,000 waktu ini.
RM3000 sebulan pinjaman (RM36,000 setahun)
RM7000 setahun insuran
RM780 setahun cukai jalan
RM400 purata maintanance (RM4800 setahun)
Ini tidak termasuk upgrading, sportrim, sound system, ekzos dan sebagainya yang lazim dibuat oleh pemilik kenderaan ini.
Jumlah kos yang kita keluarkan setahun untuk memiliki sebuah kenderaan ini ialah RM48,580.
Jika kenderaan ini kita gunakan selama 9 tahun, kos keseluruhan adalah sebanyak RM437,220.
(+/- harga insuran mengikut nilai kenderaan)
2. Kenderaan ini akhirnya akan outdated juga nanti dan pasti ada keluaran baru yang lebih menawan. Waktu itu jiwa kita meronta-ronta untuk memiliki keluaran baru pula. Itulah sifat manusia.
3. Secara purata, aku sendiri balik ke kampung 6 kali dalam setahun. Setiap kali balik, aku akan spend maksimum 4 hari menjadikan setahun hanya selama 24 hari.
4. Dalam setahun, purata aku bawa anak-anak berjalan jauh dan bermalam 2 kali dan rata-ratanya hanya 2 hari. Jadi, aku gunakan vellfire ini untuk bercuti bersama keluarga hanya 4 hari sahaja.
5. Keseluruhan penggunaan kenderaan vellfire ini dalam lingkungan 28 hari dalam setahun. Selain dari itu, kenderaan ini hanya di parking dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Saiznya besar dan penggunaan petrol yang tidak ekonomi. underutilize.
6. Waktu ini, vellfire baru boleh disewa dengan kadar RM700 sehari. Untuk kegunaan selama 28 hari kita hanya perlu kos sewaan RM19,600 sahaja tanpa memikirkan keperluan baikpulih, roadtax, insurans, tayar dan sebagainya. Kita spend hanya 40% sahaja berbanding memilikinya secara total.
7. Bila aku argue hal ini, sahabat tadi ingatkan semula pada aku,
“Matlamat kau memandu vellfire untuk apa? Kau dapat tak KESELESAAN yang kau mahukan tadi?
Adakah perlu kau miliki?”.
Berfikir secara realistik itu sebenarnya mudah sahaja, tetapi berfikir dengan nafsu dan kehendak itu yang susah.
Banyak ilmu dan pengalaman yang aku belajar dari sahabat ini, kali ini aku mahu cuba praktikkannya sendiri.
Harap-harap aku tak tergoda dengan amoi seksi pakai skirt pendek di use car lagi. Nampak gayanya burn lah deposit aku kat usecar tu.
Nota : Abaikan posting ini jika kau mahu jadikan vellfire lambang kejayaan.
Mingguan Wanita : Kalau mampu boleh saja miliki MPV terbaik ini. Tapi ada juga yang sanggup bersaing untuk menampakkan diri mampu miliki. Ini bahaya!