Sebelum kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian apabila dia sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk menjaga ibunya sedang sakit.
Bimbang keadaan ibunya, dia sanggup ponteng sekolah jaga umi, namun kini dia tinggal sebatang kara bila uminya meninggal. Sudah tentu perkara ini memberi tamparan hebat buat adik Nor Syafira ini.
Tinggal Sebatang Kara Selepas Umi Meninggal
Tumpat: “Umi ada berpesan agar saya jaga diri dengan baik dan kami sama-sama menangis ketika itu kerana umi memang sudah berasakan hayatnya tidak lama,” kata Nor Syafira Mohd Razali.
Kanak-kanak berusia 11 tahun itu kini hidup sebatang kara apabila ibunya, Norhayati Che Noh, 45, yang menderita penyakit darah tinggi, kencing manis kronik dan buah pinggang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, malam tadi.
Nor Syafira berkata, sebelum dimasukkan ke HRPZ II, ibunya mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat selama seminggu dan sepanjang tempoh itu dia sentiasa berada di sisi arwah.
“Umi meminta kebenaran doktor untuk pulang kerana rindukan rumah kami dan ketika berada di rumah lah dia sempat menitipkan pesanan itu dan kami sama-sama menangis.
“Keesokan harinya keadaan umi kembali kritikal sebelum segera dirujuk ke HRPZ II dan selepas 10 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), umi menghembuskan nafas terakhir malam tadi kira-kira 7.40 malam,” katanya dalam nada sebak.
Sayang Tinggalkan Rumah
NorSyafira ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dalam Rhu di sini selepas mengiringi jenazah ibunya ke Tanah Perkuburan Islam Kubur Dato’ berkata, dia buntu dan masih belum membuat keputusan ingin menetap bersama siapa.
Ads
Dia yang juga murid Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat 1 berkata, ada beberapa pihak yang sudi menjemputnya tinggal bersama namun rasa sayang terhadap rumah yang didiami bersama arwah ibu membuatkannya berat kerana tidak sanggup melupakan segala kenangan bersama.
“Saya sayangkan rumah ini kerana ia baru sahaja dibaiki dan banyak kenangan bersama umi disebabkan umi yang membesarkan saya berseorangan selepas bercerai dengan ayah 11 tahun lalu.
“Selain terlalu rindukan umi, hati saya juga meronta untuk kembali bersekolah kerana sudah hampir setahun meninggalkan alam persekolahan,” kata anak tunggal itu.
Ads
Aktivis Akan Membantu
Sementara itu wakil kumpulan aktivis masyarakat, Cempaka Merah Asnaf Society, Che Norhayati Mohamed berkata, Nor Syafira akan diletakkan di bawah jagaan pihaknya kerana selama hayat arwah Norhayati, segala kebajikan dua beranak itu di bawah tanggungjawab mereka.
“Kami akan menguruskan proses penjagaan Nor Syafira dan membuat pertukaran sekolah dengan mencari sekolah harian yang mempunyai asrama.
“Kami juga akan sentiasa memantau perkembangan Nor Syafira sehingga dia menamatkan pengajian dan mampu berdikari suatu hari nanti,” katanya.
MW: Besarnya jiwa adik Nor Syafira, semoga dia terus kuat berhadapan dengan ujian Allah yang hebat ini. Ini mungkin masa tepat untuk Nor Syafira memikirkan masa depannya.
Alhamdulillah, berita gembira pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse telah selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 10.15 malam tadi.
Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan bayi seberat 3.85 kilogram itu menerusi kaedah pembedahan dan dilaporkan kini dalam keadaan yang sihat.
Terdahulu, Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, mendirikan rumah tangga pada bulan Mac 2016 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam, selepas sembilan tahun menjalin percintaan.
Syarikat pengurusannya, Laugh Out Loud Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan Pengacara Gegar Vaganza itu juga akan berehat selama dua bulan daripada segala aktiviti seni untuk menjalani proses berpantang, selain memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.
“Jihan dan bayinya dalam keadaan baik dan sedang berehat. Memandangkan ini kelahiran sulungnya, Jihan akan menumpukan perhatian sepanjang tempoh itu.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan terdekat, media serta peminat,” katanya menerusi kenyataan itu.
Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan, Ungku Hariz Faizal yang juga pelakon meluahkan perasaan syukur sudah bergelar bapa.
Ungku Hariz turut mengucapkan terima kasih dan berharap semua peminat mendoakan kesejahteraan keluarga kecilnya.
Sementara itu program Vlog Mommy Jihan yang memaparkan aktiviti Jihan dan suami sepanjang tempoh kehamilannya berusia 31 sehingga bersalin disiarkan setiap Isnin dan Selasa, jam 10.55 malam di saluran Astro Ria.
Pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 28, telah selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada 8 November lalu. Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32, menerusi akaun Instgramnya.
Terbaru menerusi sebuah video pendek yang dikongsi pelakon itu sendiri di laman Instagram, suami Emma, Shazli kelihatan terlalu sebak dan menitiskan air mata ketika mengazankan bayi sulungnya.
“All i want to say is. i love both of you so much. thank you Allah for this memorable and precious experience which i would cherish for the rest of my life @eslovestory @shazli.a .
“8/11/20 alhamdulillah emma gave birth to a healthy baby boy weighing at 3.2kg hospital @hospitalumra at 2.38am normal labour,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen beserta video pendek.
Suami Emma Maembong Sentiasa Di Sisi
Seperti mana dipetik menerusi portal Harian Metro, Emma berasa syukur kerana semuanya telah selamat.
“Alhamdulillah proses kelahiran berjalan dengan selamat dan lancar.
“Ketika membuat pemeriksaan doktor memaklumkan ‘jalan untuk bersalin’ sudah terbuka satu sentimeter pada jam 4 petang dan akhirnya putera sulung saya selamat dilahirkan secara normal keesokannya,” ungkap Emma Maembong.
Emma juga rasa sangat bertuah kerana suami memberi semangat dan ada di sisinya sepanjang waktu.
“Saya kini menjalani tempoh berpantang di rumah dengan dibantu seorang pekerja dari pusat penjagaan yang menawarkan perkhidmatan berpantang untuk membantu saya yang baru bersalin serta merawat bayi.
“Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Saya dan anak dijaga dengan rapi apabila saya tidak perlu risau soal makan, urutan atau apa saja perkara yang boleh dan tidak selepas bersalin,”kata Emma.
Betullah apa yang ditulis pelakon Niena Baharun atau nama sebenarnya Amaniena Binti Kamarul Baharun, 25 tentang watak Husna itu. Marah, meluat, sakit hati penonton drama Jangan Benci Cintaku dekat Husna tak boleh ditahan-tahan.
Jangankan instagram Niena Baharun kena serang, yang lucu sampai ke IG Nek Pah (lakonan Azizah Mahzan) pun kena kecam. Walau ramai yang mengecam, Niena tak terasa hati pun sebab dia tahu itu adalah lakonannya yang berjaya membawakan watak antagonis seperti yang dimahukan pengarah.
Apa pun mak-mak, nak kecam Husna itu tak salah. Jangan terlebih emo sampai marahkan Niena ya. Kesian, lagi-lagi sekarang ini Niena sedang hamil anak sulungnya. Seperti yang dimaklumkan dalam instagramnya, kandungannya itu sudah pun masuk usia 6 bulan. Sebab itulah, Niena mahu fokus pada bayinya saja.
“Kita baca comments yang duk geram, mengutuk, maki hamun dengan si Husna dalam ig, fb, dan di mana mana ada je Husna. Macam macam emosi pulak tu . Takpe, teruskan.. Cuma maafkan kita tak mampu nak balas satu satu. Apa apa pun kita appreciate sangat diatas kata kata yang membina . Thank you for all the comments.
“Okay, sekarang kita nak fokus pada baby. Apa yang penting kena beli dulu untuk persediaan nanti?” Luah Niena positif.
Tiada Alahan Sepanjang Mengandung
Pelakon yang juga seorang model ini pernah membintangi drama berjudul Sayangku Kapten Mukhriz. Namanya terus menjadi trending selepas melakonkan watak Husna, orang ketiga yang mahu merampas Shah dari tangan isteri pertamanya, Rafeeqa (netizen juga senang memanggilnya Fikachu).
Tulis Niena lagi sepanjang kehamilannya, dia tak mengalami sebarang alahan. Dia juga berselera makan apa saja.
“Alhamdulillah, sepanjang pregnant ni takde alahan, makan semua okay tolak batu dan kayu je yang sememangnya tak boleh makan! Jumpa durian, melantak sampai 10 ulas lebih, cerita dekat doc tak pasal pasal kena bebel dan dia suruh limitkan makan durian. Nasib baik semua okay.”
“Cuma yang terpendam daripada awal pregnant sampai sekarang nak tengok air laut yang kebiruan je. Adakah ini dipanggil mengidam?
“Puas husband pujuk, nak ajak bawak pergi tempat lain tapi bukan pulau sebab dia risau nak naik bot, tak kira la bot tu besar ke kecik. Hmm ada ke yang pernah mengalami situasi ni?” Tulisnya lanjut. Memang kalau ibu mengandung ini dia punya mengidam lain macam kan. Bertabahlah encik suami.
Mingguan Wanita mendoakan Niena Baharun menjalani kehamilan yang menyenangkan dan diharapkan kelak dapat bersalin dengan aman.
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...