Memang sedap makan ikan bakar yang diperap sambal dicicah air asam.Apatah lagi ikannya dibakar dalam balutan daun kunyit dan daun pisang.Semerbak aromanya meresap ke dalam ikan.

Namun, selain kena guna ikan yang segar, sambal perapnya pun kena pandai buat. Barulah ikan bakarnya sedap, manis, segar, pedas masam secukup rasa. Jika makan di gerai Ikan Bakar, memang boleh tahan mahal harganya. Lebih jimat dan berbaloi bila mak-mak buat sendiri di rumah.

Nak buat sambal Perap Ikan Bakar, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nasriah Ramli ini sebagai rujukan.

“Mai nak share cara akak buat ikan bakar. Resepi Sambal Perap Ikan Bakar Nas Style”

Bahan Kisar:

Cili kering
Lengkuas
Halia
Bawang putih & merah
Kunyit hidup
Serai
Ikan bilis @ udang kering

Cara Membuat:

1. Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan perahan air asam jawa dan masak sehingga kering.
3. Masukkan sos tiram, gula perang dan garam secukup rasa.
4. Kalau terlalu pekat atau kering, tambah sikit air.
5. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit.

Sambal Perap Ikan Bakar SEDAP, Balut Dalam Daun Kunyit Atau Daun Pisang!6. Akhir sekali, masukkan petai.

7. Apabila sambal dah sejuk, lumur pada ikan, balut dalam daun kunyit atau daun pisang.

Ads

Sambal Perap Ikan Bakar SEDAP, Balut Dalam Daun Kunyit Atau Daun Pisang!

 

Sambal Perap Ikan Bakar SEDAP, Balut Dalam Daun Kunyit Atau Daun Pisang!Sambal Perap Ikan Bakar SEDAP, Balut Dalam Daun Kunyit Atau Daun Pisang!8. Perap 30 minit sebelum dibakar.

Ads

Sambal Perap Ikan Bakar SEDAP, Balut Dalam Daun Kunyit Atau Daun Pisang!

Resepi Ayaq Asam

Bahan-Bahan:

cili merah
cili hijau
cili api
tomato
bawang besar

Cara Membuat:

1. Hiris halus bahan-bahan tersebut, gaul dan lenyek bersama
garam, gula, air asam jawa & belacan.
2. Perah air limau nipis. Nak best lagi, letak kerisek dan isi ikan rebus.

Ads

Sambal Perap Ikan Bakar SEDAP, Balut Dalam Daun Kunyit Atau Daun Pisang!

Siap!
Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Ini Cara Buat Pes Sambal Ikan Bakar Petai Sedap, Resepi Yang Cukup Terkenal Di Daerah Kuantan
Cara Mudah Bakar Ikan Dengan Arang, Letak Dalam Periuk Masak Atas Api Dapur!

MW: Mak-mak yang suka makan ikan bakar perap sambal boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Jimat banyak dan berbaloi bila kita buat sendiri di rumah. Selamat Mencuba!

Sumber: Nasriah Ramli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI