Bagi peminat sambal dan masakan yang pedas-pedas, kena cuba buat sendiri sambal ayam geprek ini sendiri. Memang sedap dan lain daripada yang lain. Istimewanya, ramuannya sambalnya tak perlu dimasak, hanya perlu di geprek (lenyek) dengan minyak panas.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Juwita Afifah ini.Katanya resipi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta, Indonesia.
Berikut perkongsian tersebut;
SAMBAL GEPREK PALING ENAKKK
Haritu saya ada share resepi sambal penyet kan. Harini saya nak share pula resepi sambal geprek.
Ayam geprek ni berbeza dengan ayam penyet dan berbeza juga dengan ayam gepuk. Sebab ayam geprek mesti digoreng dengan ayam celup tepung yang takde tulang (boneless/fillet). Ayam celup tepung ni saya tak buat sendiri. Beli yang frozen je kat tesco. Sebab nak cepat.
Sambal juga berbeza. Kalau sambal penyet, kena masak dua kali atas api. Sambal geprek tak perlu masak, sama macam sambal gepuk. Hanya letak minyak panas.
Cuma sambal gepuk tak perlu digaul dengan ayam, dan sambal geprek pula memang kena gaul rata dengan ayam.
Resepi ni sedikit berbeza, tapi memang paling sedap di tekak saya. Macam biasa, saya godek-godek dan ambil dari blog orang Indonesia. Katanya, resepi ini adalah resepi asal sambal geprek iaitu dari Jogjakarta.
Cili padi
Cili besar (dicincang kasar)
Bawang putih
Kacang gajus
Minyak panas bekas goreng ayam
Cara-caranya :
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta.
2. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung.
3. Masukkan cili besar.
4. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew.Ni gambar dah letak cili besar. Lepastu letak minyak panas. Dalam 3 sudu. Ni saya ambil direct dari kuali. Sebab dalam kuali tengah goreng ayam. Kalau ambil minyak yang tak berapa panas, nanti tak berapa menjadi tau.
5. Dah letak minyak, dia akan keluar bunyi berdesir.Gaul rata.
Ads
6. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng.
7.Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal.
8.Dan gaul dengan sambal.
Ads
9.Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. MashaAllah. Sedapnya. Boleh makan dengan tauhu/tempe. Ni saya goreng tauhu celup tepung jugak.
Selamat mencuba semua.
P/s : Geprek = lenyek/tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.
Juwita Afifah
MW:Sedapnya sambal geprek ni. Mak-mak yang suka makan pedas-pedas boleh cuba resipi yang dikongsikan ni. Makan dengan nasi putih je pun, dah boleh bertambah-tambah nasi.
Sambal tempe menjadi kegemaran ramai sebagai penambah selera. Jika anda suka melancong ke luar negara, sambal tempe selalunya sering dibawa bersama untuk dinikmati bersama nasi putih.
Ada bermacam versi sambal tempe. Ada sambal tempe kering dan juga basah. Jika anda gemarkan sambal tempe jenis basah, bolehlah cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini.
Paling istimewa sambal tempe yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini versi basah dan bilisnya pun rangup. Boleh buat stok simpan dalam bekas kedap udara. Senang bila teringin nak makan.
Sambal Tempe Basah, Makan Dengan Nasi Panas
RESIPI SAMBAL TEMPE BASAH
BAHAN-BAHAN:
4 paket tempe – hiris nipis & goreng garing
4 biji ubi kentang – potong nipis & goreng
2 genggam ikan bilis – goreng garing
2 ½ sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam gelugur
1/2 cawan air – sebaiknya guna air panas
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
25 tangkai cili kering
1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
Ratah Pun Sedap
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing.
3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.
4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata.
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.
Bila dah muak dengan biskut raya kebanyakan orang lebih suka makan sejenis snek, salah satunya Cornflakes Pedas. Apa yang menarik, resepi ini dikongsi oleh seorang lelaki, Rezal Mansor yang katanya ini snek ini sedap dan laku keras kalau jamu waktu raya.
Satu kuih raya dah siap, Cornflakes pedas ini taste dia sedap macam kerepek ubi pedas dan garing. Tadi tak ada daun limau purut, jadi gantikan dengan daun kari. Ikan bilis tu saje nak menyedapkan rasa dan sedap lagi, kalau bubuh kacang goreng.
Snek Cornflakes Pedas
Bahan-bahan:
40 gm bawang putih dicincang
40 gm bawang merah dicincang
2 sudu kecik minyak
60 gm pes cili
120 gm gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap
4 helai daun limau purut dihiris halus
120 gm bijiran cornflakes
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Tambahkan pes cili dan masak lagi selama beberapa minit.
3. Kemudian masukkan gula, garam, kicap dan daun limau purut dan masak lagi selama 2 minit.
4. Masukkan cornflakes dan kacau sehingga semua rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
6. Letakkan cornflakes pedas dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 hingga 6 minit atau sehingga cornflakes garing
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba semua!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tukang Masak Kongsi Resipi AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’! Ada caranya untuk memasak ayam berlado yang sangat sedap, tak keras malah kekal ‘juicy’. Rupanya kena rebus sekejap sebelum digoreng. Ini tip yang dikongsikan oleh tukang masak yang juga peniaga makanan nasi campur sendiri.
Cuba resipi Ayam Berlado daripada Tukang Masak Yayar B. Awang Noh ini. Menu masakan yang selalu dibuat niaga.
Takde idea nak masak apa hari ini? Dah tak lalu nak makan daging, jom yayar kongsikan resipi Ayam Berlado super sedap.
Bahan-Bahan:
10 ketul ayam (direbus sekejap)
Bawang putih (kisar)
serbuk kunyit
garam
Segenggam Cili Api
Cili Besar
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Rebus ayam sekejap.Selepas rebus kisarkan bawang putih bersama serbuk kunyit dan garam.
2. Gaulkan pada ayam kita yang telah rebus tadi, perap seketika.
3. Dah setengah jam boleh goreng sekejap ayam tadi. Jadinya ayam takkan keras malah akan juicy tetapi tetap masak kerana kita dah rebus ayam tadi.
4. Kisarkan cili api dicampur bersama cili besar, bawang besar dan bawang putih. Kisar manja-manja je.
5. Masukkan dalam kuali dan didihkan biar berkurangan air dalam cili kita tadi.
6. Bila air dah separuh kering, masukkan minyak masak. Boleh guna minyak yang kita buat goreng ayam tadi.
7. Masukkan serai serta daun limau purut.
8. Kacau dan boleh perasakan dengan garam dan ajinomoto (kalau guna)
9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dan siap!
Mingguan Wanita: Jadi kalau nak buat ayam berlado ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan rebus ayam sekejap barulah digoreng. Barulah ayam tak keras atau kering dan kekal ‘juicy’.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...