sambal belacan

Ada macam-macam jenis sambal belacan yang ada.Namun yang paling penting rasa mestilah sedap secukup rasa, makan tak sakit perut sebab cili mentah dan paling penting ia mampu bertahan lama.

Bagi penggemar sambal belacan dan setiap kali makan mesti nak ada sambal, elok cuba resipi yang dikongsikan oleh Afni Abdurahar ini.

Menurut wanita ini, sambal belacan ini dipelajari daripada maknya, malah lagi sedap digoreng dulu dan sambal tahan lebih lama. Jadi bolehlah buat stok banyak-banyak dan boleh makan bila-bila masa.

Berikut perkongsian tersebut;

“Dari zaman bujang sampai anak dah 3 masih setia dengan sambal belacan ni…memang terbaik la sambal mak ajar ni”

Bahan-Bahan:

Tomato
cili api
lada merah
belacan (Belacan agak-agak je jangan banyak sangat nanti rasa belacan lebih pulak)

Ads

Sambal Belacan Mak Ajar Lagi Sedap Goreng Dulu, Tahan Lebih Lama

Cara Membuat:

1. Basuh bahan-bahan tersebut dan toskan.
2. Goreng bahan-bahan tersebut secara berasingan. Goreng tomato dulu, kemudian lada merah, cili padi dan akhir sekali baru goreng belacan.

Sambal Belacan Mak Ajar Lagi Sedap Goreng Dulu, Tahan Lebih Lama3. Dah goreng semua blend jadi gini letak minyak sikit (blend kejap je tau hanya untuk bagi bahan-bahan pecah macma dalam gambar tu).

Ads

Sambal Belacan Mak Ajar Lagi Sedap Goreng Dulu, Tahan Lebih Lama4.Tumis balik bahan yang dah di blend tadi (guna minyak yang sama waktu menggoreng bahan-bahan).
5. Perasakan garam gula…saya tambah cili dan tomato (buang tengah) masukkan sekali dengan sambal tumis tadi..rasa da okay boleh matikan api.

Sambal Belacan Mak Ajar Lagi Sedap Goreng Dulu, Tahan Lebih Lama6.Siap! makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah tambah nasi tau.

Ads

Sambal Belacan Mak Ajar Lagi Sedap Goreng Dulu, Tahan Lebih Lama

Selamat Mencuba!

MW: Sedapnya resipi sambal belacan ni. Makan dengan nasi panas, ikan goreng dan ulam memang boleh bertambah-tambah.

Sumber: Afni Abdurahar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI