tayang kejayaan anak

Pelik, nak kongsi kebahagiaan anak pun dikatakan saja tayang kejayaan anak. Itu lah salah satu pemikiran negatif orang kita, semua salah.

Entah lah, tetapi bila baca pandangan daripada Uztaz Nazri ini, rasa lebih tenang dan membahagiakan. Sebab cara yang ditulis sangat positif.

PERLUKAH TAYANG KEJAYAAN ANAK??

Mutakhir ini, sudah jadi trend, ibu bapa mengupload gambar kejayaan anak masing-masing di laman sosial, seperti FB. Lantas, ada netizen kurang senang dengan fenomena ini.

Ia dikatakan akan mendukacitakan Ibu bapa atau anak-anak yang tidak berjaya. Ia juga dikatakan antara punca anak-anak tertekan. Lalu, disebabkan inilah barangkali… ia juga mendesak kerajaan menghapuskan sistem peperiksaan. Barangkali.

Benarkah begitu?? Sekali lagi saya mohon berbeza pandangan. Saya tidak melihat fenomena ini sebagai “ancaman” yang membawa tekanan kepada anak-anak JIKA IBUBAPA ITU BERSIKAP POSITIF DAN BERSYUKUR.

Ads

Mengapa disalahkan kepada mereka yang mengupload gambar kejayaan? Salahkah mereka ingin mengabadikan kenangan indah mereka di laman facebook mereka?

Yang salahnya Kita. Mengapa kita tidak berfikiran positif sahaja?… Oo.. anaknya berjaya. Itu rezeki dia. Barangkali saya tidak kena teknik nya. Mungkin rezeki anak saya belum tiba… Jika kita berfikiran positif seperti ini, sudah pasti tiada tekanan buat kita.

Kena Cuba Bersyukur

Mengapa Kita tidak bersyukur memiliki anak? Walaupun anak Kita kurang berjaya, dia tetap anak kita. Kejayaan akademik bukanlah syarat utama bahagia. Tetapi, jadikan lah akhlak yang paling utama.

Ads

Hari ini saya meraikan kejayaan anak-anak murid saya. Sebagai guru, saya mahu lihat anak-anak murid saya berjaya menaiki pentas Anugerah ini. Lebih-lebih lagi lah anak saya señdiri.

Namun, kelibat anak saya sendiri tidak kelihatan di pentas. Apakah patut saya tertekan? Tidak! Kita kena percaya kepada rezeki. Rezeki Allah hanya Allah tahu… Ia bukan terletak dia atas kertas ataupun sijil.

Ads

Macam Mana Pula Kalau Anak Tak Berapa Nak Berjaya

Peluklah anak kita yang kurang berjaya itu. Sayangilah dia. Berilah keyakinan kepadanya. Jangan calarkan hatinya dengan membanding-bandingkan dengan anak-anak orang lain. Jadikan gambar-gambar yang melintas di wall FB anda sebagai pendorong sahaja. Bukannya tekanan supaya anda dapat sebagai mana orang lain dapat.

Walaupun anak saya kurang berjaya, mendapat no 20 daripada 56 orang murid, namun ia bukanlah penghalang untuk saya berbangga dan bergembira bersamanya. Saya tidak malu untuk katakannya… Saya tetap ajak dia bergambar Di pentas keramat itu, tanpa sedikit pun rasa kesal. Ingat… Jangan hanya bergambar bila anakmu berjaya sahaja.

Dialah anak saya. Dialah Anugerah Allah kepada saya. Dialah yg akan mewarisi apa yg saya Ada suatu hari nanti. Dialah darah daging saya. Mengapa harus saya bersedih, hanya kerana dia tidak cemerlang dalam ukuran akademik sahaja?

FIKIR-FIKIRKAN!!!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI