Sakit hati kerana curang, isteri sanggup upah orang tamatkan riwayat suami. Tergamak sungguh seorang isteri mengupah tujuh lelaki dek kerana marah dan kecewa dengan sikap suami.
Benarlah, disebabkan perasaan marah seseorang sanggup bertindak di luar kewarasan fikiran. Mungkin begitulah yang dialami wanita ini hingga dia sanggup mengupah orang lain membunuh suaminya. Allahuakbar!
Sakit Hati Kerana Curang
Sayang sekali melihat mahligai perkahwinan berusia puluhan tahun musnah gara-gara perselingkuhan si suami.
Perkara yang lebih tragis terjadi selepas si isteri menghidu kisah kecurangan suaminya.
Menurut Tribunnews, gara-gara berang dengan suami curang, wanita bernama NW, 49 nekad mengupah tujuh lelaki untuk menamatkan riwayat suaminya, Khairul Amin, 54.
Isteri Sanggup Upah Orang
Lebih tragis, kematian pemilik restoran makanan padang itu berlaku di kediamannya sendiri pada 27 Oktober lalu.
Pada jam 11.40 malam, anak mereka menemui Khairul dalam keadaan cedera parah akibat ditikam. Dia ketika itu menjerit meminta tolong.
Susulan itu, anak mereka menghubungi NW dan memberitahu Khairul yang cedera parah diserang kumpulan samseng.
NW kemudian berpura-pura terkejut dan sedih dengan keadaan menimpa suaminya.
Tamatkan Riwayat Suami
Bagaimanapun perbuatan NW didedahkan polis. Polis Krawang mengatakan kematian Khairul adalah pembunuhan terancang yang mana si isteri adalah dalangnya.
Hasil penyiasatan polis, pasangan yang dikurniakan tiga orang cucu itu bahagia sehingga perselingkuhan Khairul terbongkar.
Apa yang meremukkan hati NW, Khairul rupanya memiliki beberapa orang lagi isteri muda.
Ads
Malah NW turut mendedahkan suaminya sering meminta wang dalam jumlah yang banyak selama ini untuk diserahkan kepada isteri-isterinya yang lain.
Ia berlarutan hingga duit simpanan daripada perniagaan mereka juga semakin susut.
Merancang Pembunuhan Suami
Menurut polis, bertitik tolak dari itu kemarahan wanita terbabit memuncak sehingga nekad bertindak merancang pembunuhan si suami pada September lalu NW.
Bukan sekali dua cubaan membunuh dilakukan, tetapi tiga kali.
Selepas dua kali gagal, percubaan kali ketiga menyaksikan riwayat Khairul berakhir.
Difahamkan, tujuh lelaki upahan berkenaan menerima Rp 30 juta (RM 8706.54) sebagai upah.
Mingguan Wanita : Benarlah ikut kata, binasa. Ikutkan hati, mati. Beginilah nasib seorang wanita apabila marahnya pada suami memakan diri sendiri. Semoga kisah ini membuat mak-mak tidak terlalu mengikut perasaan bila mengetahui suami curang.
Pasangan penyanyi terkenal Ernie Zakri dan Syamel yang baru saja mengikat tali pertunangan baru-baru ini bersyukur kerana peminat tidak putus-putus mendoakan yang baik-baik buat hubungan mereka.
Menurut Ernie seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus berkata dia dan Syamel hanya berkongsi sesuatu yang sudah pasti.
“Memang ada peminat yang sudah jangka mengenai hubungan saya dengan Syamel sebelum ini, jadi bila kami sudah rasmi bertunang, ramai yang tumpang gembira dan mengirimkan doa.
“Ada juga yang beranggapan saya seperti main tarik tali dengan hubungan kami sebelum ini, tapi hakikatnya baik saya mahupun Syamel kurang selesa berkongsi sesuatu yang belum pasti.
“Ketika itu kami masih di tahap awal bercinta dan macam-macam boleh jadi, Sebab itulah kami tidak kongsi apa-apa.
“Bukan niat nak mempermainkan orang, cuma kami berdua lebih berhati-hati dan hanya sedia berkongsi apabila tiba masanya,” ungkap Ernie.
Tidak Tolak Jadi Ada Yang Mahu Menaja Perkahwinan
Ernie Zakri juga tidak menolak jika ada pihak yang mahu menaja majlis perkahwinannya bersama Syamel yang dijangka berlangsung pada awal tahun depan.
“Kalau ada yang mahu menaja dan bekerjasama, apa salahnya. Buat masa ini kami masih buat pertimbangan dan tengok mana yang bersesuaian.
“Sehingga kini kami sebenarnya belum membuat sebarang persiapan kerana banyak perkara yang masih dalam perbincangan lagi termasuk tarikh dan lokasi majlis.
“Tentang tema dan konsep perkahwinan pun saya dan Syamel belum muktamatkan lagi dan masih dalam perancangan.
“Begitu juga soal jemputan kerana kita perlu ambil kira soal SOP dan sebagainya. Apa pun, mohon doakan agar semua perancangan kami untuk majlis itu nanti,” sambungnya.
Sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Ernie Zakri
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak-mak sekarang dengan shopping online dah macam isi dengan kuku. Sebab itu, bila Karangkraf Mall menyahut MYCYBERSALE 2017 sepanjang 9-13 Oktober ini, wajiblah mak-mak rebut peluang keemasan yang memang takkan jumpa dekat mana-mana kedai bulu online.
Ini online sale terbesar dan tergempak di Malaysia. Ada 1,000 e-trailers di seluruh Malaysia akan memulakan perang diskaun sesama sendiri! Karangkraf Mall sendiri dah sediakan diskaun sehingga 90%.
Senarai Diskaun Shopping Online Karangkraf Mall Online Sepanjang Lima Hari Cybersale
1. MAJALAH & BUKU RM1, RM3, RM5, RM10
Buku-buku terbitan Alaf21, Buku Prima, Kids Prima, karya Bestari, Buku Pojok dan Bestari Karangkraf tersedia dengan diskaun gila-gila. 100 majalah dilelong dan lebih 3000 buku dan novel dijual dengan harga murah tak masuk akal.
2. BUKU RESEPI TEPILIH 30%
3. LEBIH 50 PAKEJ SUPER JIMAT
4. FLASH SALE RM1 SETIAP HARI (10-11 pagi & 3-4 petang)
5. FREE SHIPPING – PEMBELIAN LEBIH RM100
6. HADIAH MISTERI EKSKLUSIF
7. BAUCAR TUNAI PERCUMA
8. CABUTAN BERTUAH
9. FREE SHIPPING + BAUCAR KFC – PEMBELIAN LEBIH RM200
Belian lebih RM250 menerima penghantaran percuma, baucar tunia dan beg eksklusif Karangkraf Mall.
10.TIKET ZOO MELAKA PERCUMA** – BAGI PEMBELIAN MAJALAH PA&MA ISU SEPT/OKT 2017
Ada Juga!
√ Tawaran pakej buku dari penulis-penulis terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, tokoh terkenal seperti Dr basit Abd Rahman, Dr Rozaimi Ramle dan Ustaz Kazim Elias turut disediakan.
√ 15 pakej Al-Quran terbaik serendah RM40 untuk 2 naskhah.
Dalam keluarga, mesti ada anak yang mak ayah paling suka, selalu minta tolong dan ada yang dimanjakan. Lebih-lebih lagi bila tengok anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Bila anak ada kelebihan dan kekurangan, mulalah mak ayah bandingkan dan pilih kasih. Kalau perhatikan, anak sulung rasanya menjadi harapan yang tinggi pada mak ayah untuk beri contoh dan menjaga adik-adik. Ini belum lagi, anak bongsu yang paling dimanjakan.
Begitu juga dalam pelajaran, mak ayah memang letak harapan tinggi untuk anak jadi pandai. Kalau tak, mulalah bandingkan anak dengan anak yang lain. Kadang-kadang, inilah yang boleh menjadi dendam dan dengki sesama mereka adik beradik.
Jadinya, mak ayah janganlah pilih kasih, layanlah mereka seadilnya sebab mereka ini adalah dariah daging kita juga. Swtiap anak ada kelebihan dan kekurangannya.
“Kalaulah ada pilihan untuk jadi pandai, semua budak pun nak jadi pandai.”
“Kenapa?” tanya saya.
“Sebab budak pun faham, kalau kita pandai mak ayah sayang lebih.
Saya tahu anak saya ni belajar slow sangat. Tapi hati dia baik,” sebak suara ibunya.
Pada usia 9 tahun, dia belum pandai membaca dan mengira. Selepas dirujuk ke klinik kanak-kanak, dia memang ada masalah pembelajaran yang spesifik.
Apa yang si ibu nampak, layanan suami pada anak sulung sangat berbeza dengan layanan pada adik-adiknya.
Adik beradik lain bergaduh, abang kena marah. Adik sepahkan rumah, pun dia kena marah.
Bab permainan, cuma dibeli untuk adik-adik.
Sampai ada 1 hari tu, terluah ayat ni dari mulut anak, “Ayah tu memang lebihkan adik adik.”
Boleh Timbulkan Rasa Dengki Anak
“Favouritism” berlaku bila kita selalu pilih kasih antara anak.
Dari pandangan mata pun anak boleh terasa mak ayah pilih kasih. Apatah lagi, kalau adik kerap dipuji, diberi hadiah dan dipeluk sayang.
Pilih kasih ni boleh suburkan rasa dengki dalam hati anak.
Setiap anak tu unik, pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Bila anak berebut perhatian, ‘eye contact’ dan sentuhan mesti sampai pada semua anak. Belai mereka dan beri fokus secara bergilir.
Jangan pilih kasih tak kisah pada anak lelaki atau perempuan, sulung atau bongsu. Anak kita semuanya ada perasaan. Layan mereka dengan seadilnya. Mereka juga punya hati.
Mingguan Wanita : Anak-anak ini adalah darah daging kita. Layanlah seadilnya, buang sikpa pilih kasih pada anak.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...