Bertahan lama atau tidak sesebuah rumah tangga adalah bergantung kepada sikap sabar suami, isteri dalam sebuah perkahwinan. Jika tiada sikap sabar mana mungkin hubungan suami, isteri mampu kekal lama, berbelas, berpuluh tahun.

Sabar adalah kunci utama rumah tangga bertahan lama kerana rumah tangga ini bukan selamanya bahagia, kadang-kadang diuji dengan pelbagai asam garam rumah tangga. Hanya mereka yang bersabar saja mampu bertahan.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan jadikannya inspirasi untuk terus kekal bersabar:

Bila orang tanya, sudah berapa lama kahwin?

“15 tahun dah, 20 tahun dah…”

Wah, ini mesti pandai jaga hati pasangan, pandai masak, pandai mengemas rumah, pandai jaga badan, pandai bergaya…

Seronoklah boleh kekal lama macam itu…

Sebenarnya, kunci kepada lamanya perhubungan itu adalah SABAR…orang akan nampak macam 20 tahun itu adalah tempoh yang seronok, yang bahagia, walhal dalam 20 tahun itu sudah macam-macam yang jadi dalam rumah tangga…

IKLAN

Sudah pernah ada rasa hendak berpisah, sudah pernah ada rasa hendak mengalah, sudah pernah ada rasa tawar hati, sudah pernah ada rasa hendak hidup sendiri… Kalau bukan disebabkan sifat sabar yang ada dalam hati itu, tak mungkin dan hampir mustahil untuk bertahan selama tempoh tersebut…

Baca Juga Di Sini:

Kalau SAYANG Jaga Sama MACAM Bercinta, Kalau Tak Nak, Lepaskan SAJA

Duit Tak Boleh Beli Bahagia, Malah Boleh Jadi Perang Dalam Rumah Tangga

IKLAN

Sepanjang tempoh mendirikan rumah tangga, ada naik turunnya… Ada ketikanya bahagia, ada ketikanya bermasam muka… Bukan hari-hari kita gembira, dan bukan juga hari2 kita berduka…

Sabar dalam rumah tangga ini tidak terhad kepada sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan semata-mata… Ada orang bersabar dengan mertua, ada orang bersabar dengan ipar duai, ada orang bersabar dengan orang ketiga, ada orang bersabar dengan kesusahan keluarga, ada orang bersabar dengan ujian kesihatan, ada orang bersabar dengan rezeki Allah SWT dan sebagainya…

Kalau sabar itu tiada di hati, dalam beberapa bulan sahaja hubungan itu sudah tamat… Sudah diletakkan titik hanya kerana tak sabar…

IKLAN

Tak sabar dengan sikap dan perbuatan pasangan, tak sabar dengan mulut mertua, tak sabar dengan karenah ipar duai, tak sabar dengan kehadiran orang ketiga, tak sabar hidup susah dan sebagainya…

Selagi Hati Mampu Bersabar

Uniknya hati tu kerana hati sentiasa berpesan dan menasihati diri serta akal untuk terus menanti sesuatu yang tak pasti… Hati kalau sudah sayang, akan sentiasa meletakkan harapan dalam hubungan itu agar ianya berkekalan… Selagi hati boleh bersabar, maka selagi itulah hubungan akan berjalan walaupun ianya tidak selancar yang difikirkan…

Untuk berada dalam tempoh 15 tahun, 20 tahun perhubungan bukanlah sesuatu yang sukar, namun ianya juga tidak semudah yang disangkakan…

Hanya SABAR sebagai peneman…😊

Nota Kaki : Ada orang, kesabaran dia hilang selepas 20 tahun… Di saat kesabaran dia hilanglah dia mula untuk buat pilihan yang baru kerana dia sudah cukup lama BERSABAR….✌️

MW: Jaminan untuk kekal bahagia dalam rumah tangga adalah sabar. “Sabar” tidak semudah diungkap, sabar memerlukan pengorbanan dan pengertian yang mendalam tak kiralah daripada seorang suami atau isteri. 

Sumber:  Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI