Rupanya lelaki ber T-Shirt merah, berkain pelekat kotak-kotak yang setia melayan ayah yang stroke dan dementia itu adalah adik bongsu pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang.
Siapa yang menyaksikan video berlatarkan lagu ‘daddy cool’ itu pasti tersentuh hati dengan gelagat dua beranak ini. Macam-macam cara adik bongsu ini buat nak bagi ayah kekal cergas. Sekejap-sekejap, di suruhnya ayah bersenam angkat tangan. Siap buat pusingan U yang comel.
Kongsi adik bongsu Azizulhasni ini, sebelum ini dia sebak bila mengenangkan akan kedatangan Hari Ibu. Katanya, “aku diam je. Sedih, dah lama tak merasa ada ibu.”
Jadi bila tiba Hari Bapa dia balas balik. Hasilnya terciptalah video ‘Ini Kisah Syurgaku’ yang menyentuh hati ramai orang.
“Walaupun ayah dok pernah kenal dan ingat anak bongsu ni akibat stroke. Tapi aku tahu ayah sentiasa sedor kehadiran aku.” luahnya.
Pesannya lagi,
“Enjoy my video dan semoga menjadi tauladan kepada anda semua untuk menghargai Ayah ketika mereka masih ada. Selamat Hari Bapa Pok Awang. “Allahummaghfir lii wa liwaalidaiyya warhamhuma kama rabbayanii shaghiraa” Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan sayangilah keduanya sebagaimana mereka menyayangi aku ketika kecil. Aamin Ya Rabbal Alamiin.”
Ayah Dijaga Rapi Adik-Beradik Di Dungun
Sementera itu, Azizulhasni sendiri berkongsi kisah yang ayahnya, Awang Bin Embong merupakan stroke survivor dan mengalami Dementia.
“Siapa-siapa yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami Dementia ni pasti faham bagaimana cabaran yang diharungi oleh pesakit dan juga ahli keluarga itu sendiri.
It’s an excruciating experience i tell you. Tengok video ni bercampur baur perasaan. Sedih ade, suka pun ade. Tetapi at least aku bersyukur sangat sebab tahu Ayoh di jaga rapi oleh adik beradik di Dungun.
Hanya Allah yang boleh membalas jasa mereka.”
Sibuk Kejar Duniawi, Mak Ayah Kat Kampung Tak Boleh Jaga – Azizulhasni
Dalam pada itu, Azizulhasni meluahkan rasa kesal yang mendalam apabila tak berdaya menjaga kedua ibu bapanya di kampung, dek kesibukan urusan kerjayanya.
“Kadang-kadang tu ada datang jugak sekali sekala perasaan macam useless je hidup ni. Terlalu sibuk dengan hal duniawi sampai Ayah dan Mak sendiri kat kampung pon tak boleh jaga.
Umur belasan tahun dah tinggalkan Mak dan Ayah demi nak kejar cita-cita dunia, konon nak jadi juara dunia. Bila menang di sanjung, bila kalah di..??
Betul lah kata orang, nikmat dunia itu sangat kecil jika dibandingkan dengan nikmat akhirat. Harap suatu hari dapat berbakti kepada mereka.
Korang semua yang ada peluang nak jaga Mak dan Ayah tu, gunalah peluang sebaik mungkin, saya ni hanya mampu berdoa je. Moga Allah permudahkan segalanya.”
Baca sini : Janganlah jatuh hukum, anak sepuluh tak mampu jaga mak seorang.
Memori Dating Berdua Dengan Ayah
“Alhamdulillah ingat lagi, sebelum Ayoh kene stroke Allah bagi peluang dating berdua. First time pergi keluar berdua bersarapan dekat warung di kampung dan kesempatan digunakan dengan diisi dengan perbualan panjang.
Such a golden moment. Kemuncak dia masa Ayoh pegi tengok saya race Sea Games Kuala Lumpur 2017 di Velodrome Nilai. Lepas tu kesihatan Ayoh makin merosot.
Ayoh memang wira dan pahlawan yang melawan segala bentuk penyakit, dugaan serta segala macam yang melanda diri nya. In fact Ayoh sendiri memang bekas tentera dulu.
Terima kasih Ayoh sebab saya rasa semangat pahlawan tu memang turun dekat diri saya skit. Saya tak nak ucap Selamat Hari Bapa kerna bagi saya setiap hari adalah hari yang special buat Ayoh. STAYSTRONGAYOH
Terima kasih adik bongsu @asive_awang atas perkongsian video.”
Untuk rekod, ayah Azizulhasni ini mengalami strok kecil beberapa bulan sebelum atlet ini ke China untuk kejohanan sukan trek berbasikal pada tahun 2018.
Mingguan Wanita : Benar.. tak mudah menjaga orang tua yang diuji sakit stroke apatah lagi Dementia yang juga dikenali sebagai nyanyuk. Andai bersabar, pahala yang besar jadi milik anak-anak yang kekal berbakti penuh keikhlasan itu.
Sumber/Foto : azive awang, azizulhasni awang
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI