
Isi Kandungan
ToggleRupanya perap ikan bilis dengan cuka makan seketika adalah petua bagi jadikan ia lebih garing dan kerangupannya bertahan lebih lama.Bukan apa, walaupun hanya sekadar goreng ikan bilis, jika tak kena cara ia akan jadi liat, lembik dan tak rangup seperti yang diinginkan. Bagi mak-mak yang suka goreng ikan bilis boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Nur Hazwanie Ishak ini.
“Ikan bilis yang digoreng garing memang sedap dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Tapi tahukah cara untuk mendapatkan ikan bilis goreng yang sedap dan kerangupannya tahan lama? Jom cuba petua ini.”
Bahan-Bahan:
Ikan bilis
Cuka makan
Cara-Caranya:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa.
Insya-Allah ikan bilis akan lebih garing dan kerangupannya mampu bertahan lama.
Tips Elakkan Minyak Agar Tidak Terpercik Ketika Menggoreng
- Masukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian teruskan menggoreng.

2.Masukkan sekeping asam gelugur ke dalam minyak. biarkan sekejap. Keluarkan asam gelugur ketika hendak menggoreng.
Selamat Mencuba!
Sumber:Nur Hazwanie Ishak
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mohon Doakan Keselamatan & Kesihatan Bayi Pra Matang Kami. Moga Mampu Membesar Sihat Seperti Anak Lain”

“Mohon Doakan Keselamatan & Kesihatan Bayi Pra Matang Kami. Moga Mampu Membesar Sihat Seperti Anak Lain” Julfekar dan Min Yasmin. Begitulah doa yang dipohon oleh pasangan selebriti yang baru saja menimang cahaya mata sulung mereka 16 September lalu.
Dek kerana masalah tekanan darah tinggi, Min Yasmin yang tidak terkawal dan perlu menjalani pembedahan segera apabila degup jantung bayi semakin lemah terpaksa akur melahirkan bayi sulung walaupun tidak cukup bulan.
“Mohon Doakan Keselamatan & Kesihatan Bayi Pra Matang Kami
Selepas 10 tahun menanti, komposer, Julfekar Ahmad Shah dan isterinya yang juga penyanyi, Min Yasmin dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 16 September lalu di Sabah.
Julfekar dan Min mendirikan rumah tangga pada April 2014 dan ini menjadi perkahwinan kedua buat Julfekar.
Menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan empat cahaya mata.
Seperti mana mesej yang dikirimkan, pasangan itu memaklumkan mereka telahpun menimang cahaya mata sulung.
“Assalamualaikum… Min & Abang Julfekar nak berkongsi…
“Allahuakbar.. Alhamdulillah.
“Penantian cahaya mata setelah 10 tahun Min & Abang Jul mendirikan rumahtangga bersama.
“Syukur, Min telah selamat melahirkan seorang Bayi Lelaki pada Hari Malaysia 16 September pada jam 7.49 malam baru-baru ini
“Min telah dikejarkan ke Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.
“Setelah berbincang, untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan detak jantung bayi yang mula semakin lemah, Min terus dibedah dengan serta merta.
“Mohon doakan keselamatan & kesihatan sepenuhnya bayi Pra Matang kami yang berusia 30 minggu (7 bulan ½) ini.
“Moga anak kami ini mampu membesar sihat seperti anak-anak yang lain. Moga anak ini menjadi seorang anak yang Soleh & membawa kebaikkan kepada agama, bangsa & keluarga.
“Bertambahlah seorang lagi anak Bro Jul sekarang. Terima Kasih semua atas doanya & Syukur kehadrat Ilahi atas kelahiran seorang lagi Umat Muhammad SAW dibumi ini. Alhamdulillah.” kongsi mereka.
Mingguan Wanita: Semoga bayi pramatang pasangan ini cepat membesar dan sihat.

Mesti Baca: Bersalin Empat Bulan Lebih Awal, Bayi Paling Pramatang Dunia Sambut Hari Lahir Pertama
Baca Lagi Di Sini: Min Yasmin Tak Popular Di Malaysia, Tapi Bila Buat Konsert Dekat Filipina Lebih 60,000 Peminatnya Datang
Artikel Menarik: Lahir Pramatang Usia 23 Minggu, Kulit Nipis Nampak Salur Darah, Bayi Bertahan Hidup Sihat!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber Foto : Ihsan Min Yasmin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Status Anak Tak Sah Taraf Hasil Perkahwinan Di Luar Negara, Mak Ayah Jangan Ambil Mudah!

Kebelakangan ini, isu anak tidak sah taraf menjadi perbualan hangat dikalangan rakyat Malaysia.Ia bermula apabila Mahkamah Rayuan membenarkan anak tak sah taraf dibinkan kepada bapanya walaupun dilahirkan kurang 6 bulan qamariah dari tarikh perkahwinan ibubapanya sepertimana digariskan dalam hukum syarak.
Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN), anak yang lahir bagi kes pernikahan pasangan Islam di luar negara (kebanyakannya berkahwin di Thailand) juga diklasifikasikan sebagai anak tak sah taraf selagimana pasangan tersebut tidak mendaftarkan perkahwinan mereka dibawah peruntukkan undang-undang di Malaysia.
Pernikahan di luar negara perlu disahkan di Mahkamah Syariah
Setiap pasangan yang bernikah di luar negara mesti mendapatkan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah terlebih dahulu sebelum mendaftarkan perkahwinan tersebut di pejabat agama. Proses tersebut AMAT PENTING kerana tidak semua pernikahan yang dilangsungkan di luar negara adalah sah lebih-lebih lagi jika pernikahan tersebut menggunakan khidmat sindiket.
Kebanyakan pasangan beranggapan hubungan mereka sudah halal setelah diijabkabul dan tidak mahu bersusah payah ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan nikah mereka. Kebiasaannya mereka akan terus menjalani kehidupan bersama seperti pasangan lain.
Apabila anak mereka dilahirkan, masalah akan mula timbul ketika mahu mendaftarkan kelahiran anak tersebut.
Bagi kes yang sebegini, sekiranya pasangan tersebut hanya mengemukakan surat perkahwinan di luar negara seperti Selatan Thailand, maka pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) TIDAK akan mencatat nama bapa atau ayah, sebaliknya meletakkan status bin atau binti Abdullah atau mana-mana Nama Allah (Asma Ul Husna) dalam sijil kelahiran anak tersebut.
Nama bapa akan dicatat setelah pernikahan disahkan. Isu ini boleh diselesaikan dengan mudah seandainya pasangan tersebut mengikut undang-undang yang digariskan.
Pihak JPN akan mencatat semula nama bapa atau ayah sebenar anak tersebut pada sijil kelahiran sekiranya pasangan tersebut boleh mengemukakan surat perakuan daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (KPNCR) atau pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri (JKSN) selaku pihak berkuasa agama Malaysia yang mengesahkan perkahwinan tersebut.
Seandainya pernikahan tersebut tidak sah, perkahwinan mereka akan difaraqkan dan anak tersebut kekal dengan berbin/bintikan “Abdullah”.
PROSEDUR DAFTAR NIKAH YANG DILANGSUNGKAN DI LUAR NEGARA TANPA KEBENARAN

- Pemohon hendak hadir ke Mahkamah Syariah untuk mendapat pengesahan pernikahan dan perintah daftar pernikahan.
- Setelah mendapat perintah daftar daripada Mahkamah Syariah, pemohon hendaklah hadir ke Jabatan Agama untuk proses pendaftaran nikah.
- Jika di Wilayah Persekutuan, pemohon hendaklah hadir ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI dan mengisi Borang Permohonan Pendaftaran Pernikahan Luar Negara.
- Dokumen yang perlu dilampirkan:
- Kad Pengenalan atau pasport (bukan warganegara) suami isteri (asal dan salinan).
- Perintah daftar pernikahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
- Salinan Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan negara berkenaan.
- Surat Perakuan Cerai asal (jika duda atau janda).
- Maklumat daripada Pegawai Penguatkuasa (Borang 5) daripada Bahagian Penguatkuasaan.
- Hadir bersama pasangan pada tarikh yang ditetapkan untuk proses soal selidik, bacaan ta’liq dan pendaftaran.
Sumber: sahabatsyarie.wordpress.com
Sahabat Mahkamah Syariah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemilik Maafkan Ibu Anak Tiga Ambil Kad Debit, Halalkan Semua Yang Dibelanjakan

Pemilik maafkan ibu anak tiga ambil kad debitnya, halalkan semua yang dibelanjakan. Tidak semua memiliki hati yang besar untuk memaafkan orang yang sengaja mengambil hak orang lain. Dan bertuahlah jika bertemu orang yang ada sifat pemaaf ini.
Tindakan seorang lelaki, Arzaim Barimin yang memaafkan dan menghalalkan perbuatan seorang ibu anak tiga yang telah membelanjakan kad debitnya selepas dirinya tertinggal di kaunter Woodfires di Stadium Sultan Ibrahim semalam berakhir dengan tindakannya memaafkan dan menghalalkan segala dibelanjakan oleh wanita ini.
Dalam satu post semalam selepas menyedari kad debitnya telah dibelanjakan di Woodfires, Arzaim telah menulis meminta tolong agar sesiapa yang mengenali individu ini agar menghubunginya.
Tulisnya :-
Minta tolong carikan pasangan suami isteri dalam video (dalam ruangan komen) & gambar. Perempuan pakai tudung biru & lelaki pakai baju merah. Anak 3 orang.
Semalam saya makan di Woodfires di Stadium Sultan Ibrahim ketika perlawanan Persahabatan JDT dan Persis Solo. Saya baju putih. Debit card tertinggal atas menu.
Pencuri (Pakai tudung biru) selamba TAP pakai card debit saya untuk beli burger.
Kalau sesiapa kenal minta hubungi saya ya. Sebab kad tu dia ada pakai dekat tempat lain juga sebelum saya sempat blok.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kedekut Bagi Belanja Rumah Sampai Isteri Terpaksa Curi Duit Suami
Suami Tergamak Curi Buah Pinggang Isteri Sendiri, Sebagai Pengganti Duit Hantaran
Isteri Kemas Rumah Buang Baju Lama, Padah Suami Sorok Duit, RM45,417 Terbuang!
Dan selepas rakaman CCTV itu mula viral dirinya memaklumkan hal ini telah diselesaikan bila mana wanita anak tiga datang menemuinya dalam satu pertemuan di Puteri Harbour jam 9 malam semalam.
Tulisnya :-
Salam. Selamat petang semua

Saya owner card debit tersebut. Kes dah selesai ya. Saya akui silap saya cuai selepas selesai bayar ambil gambar menu cadang nak beli untuk sarapan dgn wife esok nya.
Boleh pulak kad tu sama kaler dengan menu. Saya terima notifications dari Bank Islam untuk kesemua transaksi. Hanya transaksi ketiga saya trigger sbb amount besar.
Pesalah ada call saya petang tadi selepas video tersebar. Kami dah jumpa saya di Puteri Harbour tadi pukul 9 Malam. Dia mengaku salah ada “terguna” kad saya 4 kali. 2 kali beli burger Woodfire & 2 kali di KK Mart Gelang Patah. Sudah pukul 11 malam tak banyak kedai yang buka masa tu.
Katanya duit yang di gunakan adalah untuk beli barang kegunaan harian keluarga. Selepas dgr penjelasan dia, jadi saya halalkanlah semua yg di belanjakan. Burger dia akan bayar semula di Woodfire sebab saya dah terima refund dari Woodfire.
Terima kasih Woodfire & JDTFC bantu dari awal kes sampai selesai. Kes sudah selesai ya semua. Saya undur diri dulu. Minta jadikan pengajaran untuk semua.
-ARZAIM BARIMIN-
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI