Kebiasaannya apabila membuat rendang kita menggunakan bahan seperti ayam mahupun daging. Namun sebenarnya, nangka muda pun boleh dibuat rendang, selain masak lemak mahupun gulai. Memang menarik resipi yang dikongsikan oleh Puan Hanieliza Kamarudin ini. Inginkan kelainan, boleh cuba buat sendiri resipi rendang yang dikongsikan ini.
Beberapa hari lalu ada kawan kliza bagi nangka muda dan semalam Brother in law kliza tolong buang kulit, potong kecil dan rebuskan.
Lama betul kliza tak buat rendang nangka so akhirnya terjadilah saperti yang dirancangkan.
RENDANG NANGKA
Bahan A
1 biji nangka muda (anggaran 2 kg)
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
1 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan kerisek
2 helai daun kunyit (Dihiris)
7 helai daun limau purut (Dikoyak)
Bahan B (Dikisar halus)
1 cawan ikan bilis
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili api merah
2 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Nangka dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan nangka, santan, minyak masak, dan bahan kisar ke dalam kuali besar.
3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak sambil kacau sekali sekala.
4. Masukkan gula melaka, garam, kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi.
5. Apabila nampak naik minyak dan pekat boleh tutup api dan hidangkan.
Siap! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Rebus NANGKA MUDA Sebiji-Sebiji, MUDAH Potong Getah Tak Melekat Pisau!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Rendang Udang SEDAP Air Tangan Bonda, Mudah Guna 4 bahan!
Artikel Menarik:RENDANG PUCUK UBI 2 Jam Kacau Sampai Betul-Betul Kering, Patutlah Orang Jual Mahal!
Mingguan Wanita: Menarik rendang nangka muda ni. Inginkan kelainan buat rendang boleh cuba resipi ini nanti.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber:Hanieliza Kamarudin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI