Rupanya masih hidup, pelakon veteran Bollywood dikatakan meninggal dunia akibat dibunuh anak sendiri. Sebelum ini dunia digemparkan apabila Veena Kapoor didakwa telah dibunuh anaknya sendiri.
Veena Kapoor didakwa telah dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta.
Selepas membunuh ibunya, mayat Veena dibuang oleh suspek ke dalam sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai.
Malah pelakon itu juga dilapor dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas bergaduh dengan anak lelakinya yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat (AS).
Rupanya Masih Hidup
Pelakon veteran wanita itu tampil menafikan berita tersebut. Rupanya dia masih hidup dan mangsa yang dilaporkan mati dibunuh itu adalah individu berbeza meskipun memiliki nama sama.
Pelakon itu juga telah tampil membuat laporan polis bersama anak lelakinya, sekali gus menghentikan berita palsu yang mengejutkan dunia hiburan Bollywood itu.
Ads
“Ini berita palsu. Saya Veena Kapoor masih hidup dan berada dalam keadaan baik, belum mati.
“Jangan percaya khabar angin. Memang ada wanita yang mati dibunuh dan memiliki nama sama dengan saya, tetapi itu bukan saya.
“Saya tinggal di Goregaon, wanita yang dibunuh itu menetap di Juhu,” kongsinya seperti mana dilaporkan portal Hindustan Times.
Dihujani Panggilan Telefon
Sejak berita kematian palsu Veena Kapoor tersebar, dia dan keluarga dihujani panggilan telefon sehingga emosinya terganggu dan tidak dapat fokus kepada kerja yang dilakukan.
“Saya sakit kepala kerana terpaksa melayan panggilan yang tanpa henti kerana berita ini dan ia juga menganggu kesihatan saya,” sambungnya.
Usahawan, Syifa Melvin akhirnya buka mulut berkongsi cerita sebenar tentang dirinya yang dikaitkan dengan prestasi merudum pemain bola sepak skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.
Akuinya, sejak kisah tentang dirinya tular, dia tidak mahu ambil peduli tentangnya. Namun, ramai pula yang mengecam tanpa tahu hakikat sebenar yang dia sedang lalui.
Tulisnya di instagram miliknya,
“I didnt open my mouth since benda ni tular.. and i tak tau macam mana dorang press ni dapat cerita? Since ramai yang menghentam.. let me spill the tea.
I’ve been working my ass off cari duit sendiri tidur tak cukup apatah lagi rehat tak cukup just for the sake of nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri, tak pernah sekali mintak duit “Dia” untuk sara hidup… Dia pun kenal Syifa macam mana.
Part Paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, Cuma dia sahaja tahu.
Dia tak perform atas padang tak kena mengena dengan soal personal, Sekali pun Syifa tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan.. Tak tau pulak boleh jadi besar macam ni.. Terima kasih kepada yang komen maki, hina atau puji.. Syifa doakan korang jangan melatah dengan apa yang korang baca, yang mengalami dan rasai hanya kami berdua.. Semoga semua dalam lindungan Allah swt.
Sebelum ini tular di instagram Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegur sikap bintang sensasi bola sepak JDT itu yang dikatakan sedang hangat bercinta sehingga hilang fokus. Dan berdepan tekanan apbila didesak untuk berkahwin daripada kekasihnya yang juga seorang pelakon, Syifa Melvin.
MW :Doakan yang baik-baik untuk mereka. Semoga dapat diatasi kekeliruan ini dengan sebaiknya.
Lepas rumah musnah dilenyapkan banjir, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak perlu ditebuk. Pelakon dan pelawak Ebby Yus berasa sangat bersyukur apabila kesihatannya semakin pulih dan doktor pakar memaklumkan paru-parunya tidak perlu ditebuk seperti dirancang sebelum ini.
Lepas Rumah Musnah Dilenyapkan Banjir, Bersyukur Paru-Paru Tidak Perlu Ditebuk
Dugaan demi dugaan menimpa, namun Ebby tetap bersyukur, selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat lenyap dibawa arus banjir, beberapa hari lalu pula Ebby dimasukkan ke hospital.
Seperti yang diketahui sebelum ini Ebby mempunyai penyakit lemah jantung dan buah pinggang.
Dipetik menerusi laporan Sinar Harian, pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid ini menerangkan ujian imbasan sinar-X yang dibuat menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Doktor pakar maklumkan, saya tidak perlu menjalani proses menebuk paru-paru bagi mengeluarkan air.
“Selepas lima hari mendapatkan rawatan, doktor kata paru-paru saya semakin pulih dan saya perlu jalani rawatan susulan selepas ini.
“Cuma saya belum pasti bila dibenarkan keluar hospital,” kongsi Ebby.
Nafi Kepenatan Edarkan Bantuan Banjir
Malah Ebby juga menafikan dia kepenatan ekoran sibuk mengedarkan bantuan banjir sehingga dimasukkan ke hospital.
“Sebenarnya saya ke hospital kerana mengalami cirit-birit, tetapi bila jalani pemeriksaan, doktor lihat paru-paru saya ada air.
“Itu yang saya terus ditahan untuk rawatan lanjut,” jelasnya.
Seorang wanita di Kemboja ditahan selepas dia merakamkan aksinya memasak dan memakan beberapa haiwan liar dilindungi. Ah Lin Tuch dan suaminya, Phoun Raty menghasilkan video yang kemudiannya dimuat naik ke Youtube untuk jana pendapatan AS$500 (RM1,978) menerusi iklan tajaan Google yang ditunjukkan pada klip video berkenaan.
Ibu kepada seorang anak itu tanpa rasa bersalah memakan ular tedung selar, jerung dan beberapa spesies burung dilindungi yang dimasak di hutan berhampiran kediaman mereka di Phnom Penh.
Perbuatannya mencetuskan kemarahan banyak pihak hingga menyebabkan Kementerian Alam Sekitar memburu pasangan suami isteri terbabit pada minggu lalu.
Mereka tampil dan mengaku melakukan perbuatan tersebut dan turut memohon maaf.
“Kami dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Kebanyakan haiwan yang dimasak itu bukan spesies terancam, namun ia dilindungi. Hanya satu spesies fishing cat yang diancam kepupusan,” kata Ketua Direktorat Umum untuk Pentadbiran Perlindungan dan Pemuliharaan Alam Sekitar, Chea Sam Arng.
Difahamkan, pasangan terbabit telah mengeluarkan sebahagian klip kontroversi itu.
Macam-macam cara kreatif yang boleh dibuat untuk mendapatkan pendapatan tambahan, tapi awas iya jangan sampai lakukan perkara yang boleh menyalahi undang-undang. Silap-silap, didakwa dan masuk mahkamah pula nanti.