Kuali merupakan salah satu perkakasan wajib ada di dapur. Namun jika tak tahu jaga, kuali memang senang berkarat dan masakan mudah melekat. Rupa-rupanya jika baru beli kuali kena bakar dahulu atau dikenali “season the wok”. Proses ini penting bagi memastikan kuali tahan lama, elak berkarat dan masakan pun tak melekat.
Ini yang dikongsikan oleh Wan LuQman, boleh dijadikan panduan.
My 3rd kuali.
Baru-baru ni jumpa kuali saiz 13″ terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13″.Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni. Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah. Haha…macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda.
Goreng nasi sambil melambung-lambung nasi tu, goreng telur mata, goreng ikan, memang cantik dan best. Ade je yang dijual pre season wok. Mahal sikit lah.Proses semua makan masa lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Kander punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner.
Ini Cara-Caranya:
1. Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu. Tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14″ 16″.. saiz 13″ susah sikit nak dapat. Tapi kuali jenis ni takde dah saiz lagi kecik rasanya kat malaysia. 13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasik goreng sorang makan.
Harga dia average RM18-23. Tengok kedai dan tempat.
2.Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang. Kita kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
5.Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
6.Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.
7.Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10min.
Ads
8.Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit.
9.Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak kat ruang tamu tu!
10.Test Run…goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke.
Masa ni kander goreng kobis, halia dan bawang putih je pun. Tapi bau dia masyaallah terliur! hehe
11.Bile dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
12.Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah…kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar-tukar hahah
13.Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.
Ads
14.Lap-lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan gaul rata lagi sekali.
15.Bile kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api…siap.
Besok-besok nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season. Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem tak melekat sampai sudah.
16.Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu tak season pun…malas. Bila tak season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih-bersih, bila dah kering dan simpan. Akan naik karat-karat tu…jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan.haaa gitulah. Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Kuali pun kander jaga, apetah lagi hati dinder. Lagi lah dijaga….cewaahhh. Eh?!
Kander selitkan gambar kuali yang dibakar semalam. Tengok jadi macam mana? Itu lah hasil yang kita mahu..fully seasoned, hitam. Season ni kena buat 2-3 kali tau. Mula-mula je banyak proses. Lepas dah season pertama kali, kali kedua season simple je.
Sebelum masak, panaskan kuali tu sampai berasap sikit, tuang minyak dan ratakan ke seluruh permukaan then start masak.
Ads
Dah habis pakai nanti lepas, didihkan air dalam kuali tu sekejap sebelum mencuci. Lepas tu keringkan atas api dapur, sampai dia panas dan betul-betul kering. Tutup api kemudian sapu minyak dan simpan (bila dah sejuk).
Dengar macam renyah, tapi kita mesti ada 1 kuali feberet. Bila semangat nak masak stir fry ke nasi goreng ke, mesti nak guna equipment yang paling kita suka dan sayang ya and I love my wok.
Oh ya ada yang tanya semalam pakai dapur ape? Kander guna dapur cap Morgan. Ape ntah model dia….tak ingat. Beli melalui shopee waktu PKP tahun lepas. Lingkaran api dia banyak, turbo fire. Memang yang macam ni kander cari. Akhirnya dapat. Tapi sebaiknya guna high pressure…tapi macam tak sesuai nak guna dalam rumah melainkan ada kawasan open and good ventilation area / exhaust fan.
Tengok api dia, puas hati kan? Tuku ni kena rajin servis. 1-2 bulan sekali. Cucuk-cucuk guna lidi dalam lubang api tu je.
MW: Baru tahu tip ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi selepas ni, bila beli kuali baru, pastikan dibakar dahulu supaya tak berkarat masakan pun tak melekat nanti!
Ayam boleh dikatakan satu kemestian lauk basah yang wajib di beli setiap kali ke pasaraya. Kebiasaanya kita suruh je orang jual ayam tu potongkan, ikut jumlah potongan yang kita mahukan.Lebih mudah! Namun demikian, dalam waktu tertentu, jika kita dapat ayam seekor yang belum dipotong memang buntu juga dibuatnya.
Bukan apa, potong ayam ni adalah ‘skill’ yang kita perlu belajar, baru lah ayam tersebut tak hancur dikerjakan nanti. Sebenarnya mudah je rupanya nak potong ayam sendiri di rumah.
Boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ida Joe ini sebagai panduan, bila nak potong ayam seekor.
Hari tu Saya Ada terbaca dalam 1 group tentang Ada yang tak reti nak potong ayam macam mana.Saya pun dulu tak pandai juga Nak potong ayam.Sejak dah Ada Anak 3 baru la pandai potong sikit-sikit.
Kalau nak senang ,suruh jer orang jual ayam tu potongkan. Mudah, balik basuh-basuh terus masak.
Tapi kat sini saya tunjuk serba ringkas je cara saya potong ayam. Ikutkan tadi Nak suruh jer adik billion tu potong.Tapi ramai sangat beratur terus tak jadi. Balik umah potong sendiri.
Cara-Caranya :
1. Mula-mula letak ayam pada papan pemotong.
2. Belah sikit bahagian tengah-tengah.
3. Kemudian tarik bahagian yang dibelah tadi guna tangan.
4. Sampai putus 2 macam ni.
5. Kemudian potong 2 bahagian punggung.
6. Tadaaa hasilnya.
7. Selepas itu pada bahagian peha, potong ikut sendi.
8. Nampak,elok kejadian sendinya.
9. Bahagian thigh besar, saya potong 2.
10. Kemudian potong tengkuk.
11. Belah 2 pula bahagian dada.
12. Jeng jeng, dah jadi 2 bahagian.
13. Kepak pun potong ikut sendi je.
14. Dada potong kepada 3 bahagian, nak lebih pun boleh.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Sebenarnya nak dapatkan vanity anak dara yang cantik dan memikat tak perlu pun beli perabot yang mahal-mahal tu. Guna konsep mudah jumpa, murah dan jimat ruang pun boleh jadi.
Ibu ini, Emma Villaberkongsi cara bagaimana dia hasilkan vanity anak dara dengan konsep mudah, murah dan jimat ruang.
“Saya buat simple macam ini je. Sesuai dengan usia dia. Ketinggian cermin pun ikut keselesaan dia. Tak payah meja bagai.”
“Saya guna rak ikea yang murah tu dan cat putih.”
“Barang-barang dia pun simple je. Masih guna bedak anakku.”
Macam Ini Cara Maknya Sediakan Vanity Anak Dara
Stool berbulu tu actually stool ikea je lepas tu saya letak mini rug beli online buat lapik je. Nampak gebu macam cushion kan.
Rak putih itu beli di ikea, yang murah tu. Saya cat putih. Bulus tu beli di shopee. Lazada, ali express, ezbuy pun ada.
Saiz stool 30cm. Jadi saya beli saiz 40cm supaya ada lebihan jatuh tepi stool nampak macam cushion tebal.
Masih guna bedak anakku. Cologne pun dia guna secoet-secoet je cermat budaknya.
Oh ya, anak saya tahun 1 next year (ketika status ini dimuat naik bertarikh 5 Disember 2018).
Mudah, murah and jimat space. Guna sikit je space. Model takde la pulak kalau nak tengok ketinggian cermin tu dengan tuan bilik.
Lampu flamingo tu ada orang bagi. Tapi dekat Kaison ada jual. Macam-macam bentuk.
Action je ni. Nak bagi dia senang hati ada barang macam ibu. Drawer beli dekat Mr.Diy. Harga antara RM15 ke RM18.
Frameless round mirrow size 30cm beli dekat Homepro.
Sarung bantal quilt dan ropol tu beli di kedai cadar myhome one. Saya beli lama dah dulu dekat mysale.com. Lepas tu ramai juga mencari. Cuma dah tak ada sekarang.
Saya nak tambah untuk queen pun dah tak jumpa. Tapi kalau biasa shopping online cuba cari dekat ebay search ruffle bedding. Macam-macam jenis ada nanti.
Gambar bilik pernah tunjuk dah dekat group Kelab Dekorasi IKEA Malaysia. Just search nama saya nanti keluar posting dari saya yang lepas-lepas.
Cushion cover ini tempah printing dekat kawan. Lepas itu saya jahit sendiri.
MW : Haa.. nampak kan idea buat vanity anak dara ini macam mana. Guna bahan simple pun boleh jadi cantik.
Kebiasaannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Namun tukang masak ini, ada cara tersendiri dalam memastikan periuk belanga yang digunakan disental setiap 2 minggu sekali dan jadi bersih berkilat! Hanya menggunakan 3 bahan iaitu gosok periuk kasar, gosok periuk halus dan sabun mandi.
Mak-mak boleh baca perkongsian Puan Tinie Razak ini sebagai rujukan;
“Baru selesai menggosok periuk belanga dengan 3 barang ni je.Memang selama ni, saya guna 3 barang ni untuk tonyoh periuk belanga saya.Semoga bermanfaat untuk semua.”
1. Gosok periuk kasar (scotch brite)
2. Gosok periuk halus (steel wool)
3. Sabun mandi popinjay hijau (sabun cap burung)
Dan semestinya air lah.
Update:
Saya guna sabun popinjay ni sebab dia cepat kembang (macam sabun kapak) bila terendam air, kebanyakan sabun mandi yang lain, dia lambat sikit. So, saya akan tekapkan kat sabun dan gosok. Sabun ni saya beli dekat nsk. Tapi dekat kedai runcit or pasaraya pun ada je.
Ada yang komen cakap, kononnya saya jarang masak, sebab tu periuk belanga bersih. Saya owner Tinie’s Kitchen. Seorang tukang masak dan kerja saya memang memasak.
Cumanya, setiap 2 minggu sekali saya akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So, tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
Mana yang berkerak tebal pulak, sis semua boleh kikis dulu dengan pisau, kemudian gosok dengan yang kasar kemudian yang halus pulak. (Nak seribu daya kan?)
Tak semua steelwool berkesan, so kena pandai cari. Yang saya guna ni jenis yang bungkus besar, pastu nak guna kena tarik-tarik dulu.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini.