
Isi Kandungan
ToggleSebelum ini, jika mahu claim balik Wang Tidak Dituntut, individu perlu ke Jabatan Akaun Negara untuk buat semakan. Rupanya buat secara online pun dah boleh dah.
Lelaki ini, Mohd Rusaini Bin Hashim dah pun mencubanya secara dalam talian. Hasil semakan di online, dia dapat balik Wang Tidak Dituntut sejumlah RM700++. Seronokkan, macam rezeki terpijak pun iya.
“Alhamdullilah.. wang tidak dituntut dalam RM 700++ boleh la buat beli jajan.”
Apa sebenarnya Wang Tidak Dituntut tu.. bahasa mudahnya, duit yang ada dalam akaun bank lama yang dah terbiar atau ditutup tapi mak ayah tak tuntut. Duit tu, masih ada sebenarnya. Dan boleh dituntut.
Walaupun cuma RM10 pun, akan dipulangkan kepada mak ayah. Sebelum ini, perlu ke Jabatan Akaun Negara untuk buat semakan. Sekarang tak lagi. Hadam sini cara nak semak menerusi online.
Cara Semakan Wang Tidak Dituntut Secara Online
Ini cara untuk semakan wang tidak dituntut (WTD) secara online
1. Pergi ke laman web https://egumis.anm.gov.my/
2. Untuk pengguna pertama kali – perlu mendaftar first – boleh click pendaftaran.
3. Isi maklumat yang diminta seperti email, kad pengenalan username dan pasword.
4. Setelah selesai pendaftaran. anda boleh login ke dalam portal (tidak perlu pengesahan melalui email)
5. Selepas login pertama kali, anda diminta untuk memasukkan pasword yang baru.
6. Selepas itu anda diminta untuk kemaskini maklumat seperti alamat dan nombor telefon.
7. Selepas selesai kemaskini.. anda dah boleh melakukan pencarian menggunakan no kad pengenalan – hanya 2 carian boleh dilakukan sehari.
8. Jika ada wang tidak dituntut.. hasil carian akan memaparkan senarai berserta jumlah wang yang tidak dituntut.
Cara Untuk Tuntutan Wang
Cuba la.. mudah.. tak perlu pergi ke Jabatan Akaun Negara dah untuk semakan.. tetapi untuk tuntutan bayaran balik, perlu isi borang..
√ Hantar by pos atau pergi ke cawangan Jabatan Akauntan Negara yang terdekat.
Borang tuntutan bayaran balik boleh didapati di sini : http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut
Sebelum ini, MW pernah siarkan kisah wanita ini yang claim balik Wang Tidak Dituntut dari akaun bank lamanya, dan dia dapat balik sejumlah RM14,000.
Rujukan Bergambar Untuk Semakan Wang Tidak Dituntut

Semoga bermanfaat!
Sumber/Foto : Mohd Ruzaini Bin Hashim , blog aku:- http://perjalananku.com/?p=4239
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Ini Suami Saya!’, Pasangannya Disangka Anak Sebab Isteri Lebih Tinggi 6 Inci

Isi Kandungan
ToggleIsteri lebih tinggi daripada suami. Kalau ada pun hanya segelintir saja dan inilah yang dikatakan jodoh. Sebabnya, kebanyakan pasangan, dah tentulah suami lebih tinggi daripada isteri.
Kalau isteri lebih tinggi daripada suami mungkin kita yang pandang pun rasa ‘pelik’. Sekali pandang, jadi dua tiga kali pandang. Percaya atau tidak. Itulah yang dikatakan jodoh
Walaupun wanita yan bakal bergelar isteri, tentu inginkan suami yang lebih tinggi daripadanya atau sama-sama tinggi supaya ada rasa yakin dan dilindungi. Namun, tidak bermakna rezeki dapat pasangan yang rendah itu tidak elok.
Jangan pandang enteng, semua telah ditetapkan. Inilah yang berlaku di luar negara apabila seorang wanita yang mempunyai ketinggian lebih enam inci daripada suaminya disalah erti dan menganggap suaminya anak dia.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: ‘Terlalu Pendek, Kurang Menarik.’ Tak Disukai Ibu Mentua, Wanita Ini DiTinggalkan Bakal Suami
Info Lebih Menarik DI SINI
Isteri Lebih Tinggi, Bukan Penghalang Kebahagiaan
Seorang wanita yang lebih tinggi 6 inci daripada suaminya sudah lali dengan komen dan pandangan orang. Apa yang dicari oleh pasangan ini adalah kebahagian dalam perhubungan dan pedulikan tentang apa yang orang lain kata.
Jesika, 30 tahun, dari Arizona, AS, mempunyai ketinggian 5 kaki 7 inci dan suaminya, Hunter, 31 tahun pula hanya tinggi 5 kaki 1 inci.
Pasangan itu bertemu pada tahun 2020 dan walaupun “sedikit terkejut” dengan perbezaan ketinggian tetapi Jesika jatuh cinta pada suaminya dalam masa beberapa hari selepas bertemu dengannya.
Mereka sering dijadikan bahan jenaka dengan perbezaan fizikal ketinggian yang dimiliki tetapi ia langsung tidak memberi kesan dan tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan.
“Saya mempunyai kawan dan orang lain bertanya mengapa saya bersama seseorang yang lebih pendek daripada saya,” kata Jesika.
“Malah, ada juga Jesika mendapat komen dan bertanya adakah orang yang sentiasa ada bersama saya itu adalah anak,” katanya yang turut mendapat gangguan memandangkan dia berada dengan orang yang lebih rendah daripadanya.
“Semua orang yang saya temui sebelum ini adalah lebih tinggi daripada saya, jadi ia tidak pernah mengganggu saya.
Tidak Kisah
“Kali pertama bertemu Hunter memang agak mengejutkan tetapi saya tahu dia lebih pendek dan saya jelas tidak kisah.
“Walaupun ia mengambil masa seketika apabila saya melihatnya secara peribadi buat kali pertama tetapi selepas dua hari, saya sedar yang diri ini telah suka padanya.
Pasangan itu berkahwin pada Februari 2022 dan kini menjalani kehidupan sebagai suami isteri, berkongsi perjalanan mereka di TikTok.
Mereka berharap perkongsian hidup mereka bersama-sama akan membantu menangani stigma yang melekat pada hubungan ketinggian bercampur.

“Ramai lelaki atau wanita lain turut berkongsi dengan kami yang mereka juga berada dalam situasi yang sama.
Mingguan Wanita : Mulut orang tak boleh ditutup, ada saja yang tidak puas hati. Lalui kehidupan kita dengan tenang dan cara kita. Kecapilah bahagia dengan pasangan, tak kiralah kekurangan fizikal sekalipun.
Sumber: Mirror.co.uk
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kate Middleton Sahkan Hidap Kanser, Akui Ia Satu Kejutan Besar Buat Dirinya

Isi Kandungan
ToggleKate Middleton sahkan hidap kanser, akui ia satu kejutan besar buat dirinya. Selepas pelbagai spekulasi berlalu termasuk pertanyaan di mana Kate Middleton kerana menghilang sejak Disember tahun lalu, kini teka teki keberadaan Princess of Wales menjawab semua spekulasi mengenai dirinya.
Semalam menerusi klip video yang dirakam di Windsor, Kate Middleton, memaklumkan dirinya mengidap kanser dan mengesahkan dirinya sedang menjalani kemoterapi pencegahan.
Kate Middleton Sahkan Hidap Kanser
“Ini sudah tentu merupakan kejutan besar. Saya dan William telah melakukan segala yang kami mampu dan menguruskan perkara ini secara peribadi demi keluarga muda kami,” kata Kate, 42 yang dilihat agak lemah dan pucat.
BREAKING
Kate Middleton announces she has cancer and is undergoing the early stages of chemotherapy. pic.twitter.com/60fEKb6xhc
— Yashar Ali 🐘 (@yashar) March 22, 2024
Akui Ia Satu Kejutan Besar Buat Dirinya
Isteri kepada pewaris takhta Britain ini berkata, penemuan kanser selepas susulan pembedahan perut yang dijalaninya jelas satu kejutan besar buatnya dan keluarga.
“Pasukan perubatan saya menasihatkan agar saya menjalani kemoterapi pencegahan dan saya kini berada pada peringkat awal rawatan itu,” katanya yang dilihat mengenakan seluar jeans dan baju panas dalam klip video berkenaan.
“Saya akan mengambil masa untuk pulih daripada pembedahan besar bagi memulakan rawatan (kemoterapi) saya.
“Namun paling penting, kami mengambil masa untuk menjelaskan segala-galanya kepada George, Charlotte dan Louis dengan cara yang sesuai untuk mereka dan untuk meyakinkan mereka bahawa saya akan baik-baik saja.
“Seperti yang saya katakan kepada mereka, saya sihat dan semakin kuat setiap hari dengan memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh, dalam fikiran, badan dan semangat saya,” katanya yang tidak memaklumkan jenis kanser dihidapinya.
Dalam sejarah perkahwinannya bersama Putera William, Kate Middleton yang merupakan rakyat biasa dan menjadi sangat popular di hati rakyat sejak mengahwini William pada 2011 lalu.
Dalam pada itu, Raja Britain Charles III berbangga dengan Kate, Princess of Wales, kerana keberaniannya bercakap mengenai rawatan kansernya. Dirinya kini turut menjalani rawatan akibat kanser.
Sementara itu, Putera Harry dan isteri, Meghan turut menyampaikan kata-kata sokongan kepada Kate.
Dia yang kini tinggal di California, Amerika Syarikat bertindak memutuskan hubungan dengan istana dan memilih kehidupan biasa.

“Kami berharap Kate dan keluarga diberi ruang untuk sembuh tanpa gangguan dan secara aman,” kata Harry dan Meghan, yang juga Duke dan Duchess Sussex.
Pemimpin politik Britain menawarkan sokongan kepada Princess of Wales, Kate Middleton, selepas pengumuman pengesahan mengenai kanser dihadapinya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kate Middleton Dipilih Sebagai Kerabat DiRaja Paling Bergaya Di Dunia!
Kate Middleton Manis Ukir Senyuman, Cergas & Ceria Meskipun Baru Lepas Bersalin Anak Ketiga
Dalam Diam Putera William Dikatakan Curang Dengan Kawan Isteri, Kate Middleton
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nostalgia Buka Puasa Buffet Bertemakan 60-an Di BTHKL, Promosi “Early Bird” Hanya RM68!

Bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi pastinya akan mengundang nostalgia dan menggamit memori. Apatah lagi terkenangkan menu berbuka puasa yang sedap-sedap sering dihidangkan oleh mak-mak kita. Sementelah, rentas negeri juga masih tidak dibenarkan, hanya mampu memendam rasa untuk menikmati hidangan buka puasa enak bersama keluarga di kampung.
Namun jangan kecewa, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur (BTHKL) kembali ke zaman 60-an di mana para pengunjung dapat menikmati lagu-lagu artis popular tahun 60-an sambil menikmati masakan Melayu kegemaran mereka untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang. Ramadan jatuh pada bulan April dan Mei tahun ini, pihak hotel menawarkan pelbagai jenis hidangan yang pastinya dapat memenuhi selera segenap lapisan masyarakat. Sekaligus mengubat rindu berbuka puasa dengan masakan kampung!
Pengurus Hotel BTHKL, Pn. May Cheong berkata, “Walaupun sambutan Ramadan tahun ini sedikit berbeza dari yang dulu, kita masih dapat meraikannya dengan bersederhana, namun meriah sesuai dengan norma baru. Tahun ini, kami mempunyai pelbagai promosi untuk ditawarkan kepada semua”.
BUFFET BUKA PUASA 2021 – TEMA 60-AN @ JUNIOR MANHATTAN
Istimewanya, stesen masakan secara langsung serta pelbagai masakan Melayu yang pastinya menyelerakan dengan hidangan utama bufetnya ialah Kambing Perap disajikan bersama Biriyani dan juga hidangan istimewa lain termasuk: Kari Kepala Ikan Istimewa “Kedah”, Sup Power, Satay Bakar, Sambal Udang Galah, Asam Pedas Ekor Sapi, Ayam Percik Putih, Daging Gulai Kampung, Dalcha Kambing Dengan Sayuran, Nasi Tomato dan untuk penutup, Aneka Kuih Melayu dan pelbagai jenis Kuih Raya.
Buffet Buka Puasa bertemakana 60-an ini akan diadakan bermula 16 April hingga 10 Mei 2021 dari 7:00 malam hingga 9.30 malam di Junior Manhattan, Level 14 Barat.
Rebut promosi jimat lebih banyak dengan mendapatkan baucar “Early Bird” sekarang dengan harga hanya RM68.00 bersih untuk dewasa dan RM34.00 bersih untuk kanak-kanak dari 17 Mac hingga 12 April 2021 ini.
Ini kerana mulai 13 April 2021, harga untuk orang dewasa adalah RM98.00 bersih sementara harga untuk kanak-kanak (berumur 4-12 tahun) adalah RM58.00 bersih. Namun demikian, menariknya pembelian baucar untuk 6 orang ke atas pada harga biasa layak untuk mendapat sebuah bilik rehat dari (6:30pm – 9:00pm).
Jangan bimbang, sesuai dengan SOP baru, jarak sosial meja dan jumlah tetamu di meja telah dirancang secara sistematik dan stesen sanitasi tangan berada di sekitar dewan. Di samping SOP wajib yang dikenakan iaitu mengimbas aplikasi MySejahtera dan pemeriksaan suhu semasa ketibaan, protokol hotel juga mewajibkan staf hotel memakai topeng muka dan sarung tangan pada setiap di samping dewan ini dibersihkan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan. Ruangan Solat yang kerap dibersihkan juga disediakan untuk kemudahan anda.
IFTAR WITH A TWIST @ BERJAYA CAFÉ
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang unik untuk juadah buka puasa, Berjaya Café, restoran yang menyajikan makanan berasaskan tumbuhan yang popular di BTHKL menawarkan promosi Iftar with a Twist. Hidangan vegetarian khas untuk 3 orang termasuk Set Nasi Lemak dan sate yang unik akan benar-benar memberikan pengalaman buka puasa yang tidak dapat dilupakan.
Harga bermula pada RM168.00 bersih untuk Set Nasi Lemak dan RM218.00 bersih untuk Set Nasi Biryani, untuk 3 orang dan boleh juga dinikmati antara 16 April – 10 Mei 2021, 7:00 – 9:30 malam @ Berjaya Café, Level 14 Barat nanti.
FAMILY FEAST BUKA PUASA SPECIAL
Malah lebih menarik, sekiranya ingin berbuka puasa di rumah sendiri, tetapi masih mahukan pelbagai jenis hidangan, (BTHKL) juga mempunyai Family Feast Buka Puasa Special yang sesuai untuk 5 orang. Dengan harga RM388.00 bersih, keluarga dapat menikmati hidangan lazat termasuk Ayam Masak Ros, Daging Gulai Kampung, Tenggiri Masak Berlada, Labu Masak Lemak Cili Padi dan Nasi Tomato dan Nasi Putih dengan pelbagai jenis kuih raya, kuih Melayu dan Kek Gula Hangus boleh dihantar secara PERCUMA jika berada sekitar 20km dari BTHKL.
Pesanan boleh dibuat antara 13 April – 12 Mei 2021 dari 3.00 petang – 6.00 petang dengan memilih untuk membuat pesanan melalui Perkhidmatan Pemesanan Makanan Tanpa Kontak melalui https://berjaya.revahospitality.app/dining
GERAI PANDU LALU DAN SERVIS PENGHANTARAN BUKA PUASA
Bukan itu sahaja, bagi pelanggan yang mencari cara yang lebih mudah untuk menikmati juadah berbuka puasa dari BTHKL, boleh memilih Gerai Pandu Lalu Buka Puasal kami yang menawarkan Nasi Biriyani dengan pilihan Ayam atau Kambing serta Thai Beef Noodle Soup dan Thai Kway Teow dengan harga bermula dari RM11.00 bersih termasuk sebotol air mineral.

Gerai Pandu Lalu ini terletak di kawasan perhentian bas hanya beberapa langkah dari air pancut berhampiran pintu masuk hotel. Tidak dapat mengambil pesanan? Terdapat juga pilihan untuk memesan makanan dengan penghantaran percuma dalam jarak 10km dari BTHKL. Pesanan boleh dibuat melalui https://berjaya.revahospitality.app/dining
Berkunjunglah ke Bazaar Ramadan @ Foyer, Tingkat 14, Sayap Barat, terletak di sepanjang laluan menuju ke dewan Junior Manhattan untuk buka puasa. Boleh singgah ke barisan gerai yang menjual pelbagai pilihan barangan buatan tangan, pakaian dan banyak lagi untuk melengkapi bulan puasa nanti.
Peluang perniagaan ini diwujudkan untuk memberi platform kepada orang ramai untuk menjana pendapatan tambahan sepanjang bulan Ramadan ini pada harga RM1,250.00 untuk 25 hari, 5:00 petang – 9:30 malam , bermula 16 April hingga 10 Mei 2021.
Jadi jangan berlengah lagi, cepat rebut peluang menarik “early bird” yang pastinya lebih banyak jimat.Jadikan BTHKL sebagai sebahagian dari pengalaman buka puasa tahun ini dan ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga dan yang tersayang dengan pelbagai pakej promosi yang ditawarkan.
Untuk membuat tempahan boleh klik di sini dan sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi 018-960 6888 atau e-mel ke bth.sales2@berjayahotel.com
*Julat Umur untuk Kelayakan: Kanak-kanak (4 – 11 tahun), Warga Emas (+60 tahun)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI