Rupanya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan ‘Superglue’ yang melekat pada kulit iaitu dengan menggunakan garam. Bukan apa bila, Superglue ni adalah pelekat yang sangat kuat, bila ia melekat pada kulit memang payah nak dihilangkan.Malah buat kulit kita jadi kasar dan sangatlah tak selesa. Jika dah pernah cuba macam-macam cara, boleh cuba gosok dengan garam pula. Ia memang terbukti berkesan secara saintifik.
Untuk tahu lebih lanjut, fahamkan perkongsian menarik daripada CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini.
Superglue adalah pelekat yang sangat kuat. Ianya terdiri dari bahan kimia utama jenis cyanoacrylate iaitu ethyl, methyl atau 2-octyl cyanoacrylate. Kaedah superglue ini mengikat dengan pantas dan kuat adalah disebabkan oleh pengaktifan bahan kimia jenis cyanoacrylate oleh air.
Hanya sedikit air diperlukan untuk mengaktifkan komponen utama superglue ini, contoh tindak balas dengan lembapan air dalam udara. Tindak balas dengan molekul-molekul air (H2O -dihidrogen monoksida) akan menghasilkan carbonucleophile yang mana kemudiannya akan memulakan tindak balas berangkai sesama sendiri menghasilkan rantaian polimer cyanoacrylate berwarna putih. Dengan terbentuknya rantaian polimer ini, tekstur superglue akan mengeras lalu ikatan yang kuat akan terbentuk pada permukaan yang disentuhnya.
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya. Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Superglue punya sangat banyak fungsi dalam kehidupan kita. Namun ianya juga dengan mudah boleh terikat pada kulit kerana wujudnya lembapan pada permukaan kulit kita. Jika tidak ditanggalkan, ianya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 hari.
Cara Tanggalkan Superglue
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggosok garam pada bahagian yang terkena. Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering. Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air.
Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan. Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.
Mingguan Wanita: Baru tahu rupanya, nak tanggalkan Superglue yang melekat padak kulit, hanya perlu gosok dengan garam. Boleh cuba cara mudah yang dikongsikan ini nanti.
Perekabentuk Hiasan Dalaman ini, Khairunnisa Hamzah berkongsi idea dekorasi ruang dobi yang menawan. Biarpun, ianya cuma tempat untuk mak-mak basuh kain baju, dengan menghias ruangan itu, dapat memberi nilai tambah padanya.
Rupanya dengan menghias waima bilik membasuh sekali pun, dapat mengundang aura positif dalam kediaman mak ayah. Hadamkan perkongsiannya.
Dekor Tempat Basuh Jadi Ruang Dobi Yang LOVELY
Berapa ramai rumah dia ada mesin basuh baju?
Berapa ramai yang sambung dapur sampai habis tanah belakang?
Tapi, berapa ramai yang DEKOR tempat basuh baju dia sampai jadi ruang dobi yang sangat lovely?
Secara emosinya, kita boleh jadi sangat penat menguruskan pakaian bila tempat pengurusan itu tidak ada langsung perhatian diberikan.
Nampak tak kenapa Mommy ini sibuk mengajak pemilik kediaman untuk bangun berjaga dari terus sama begitu selamanya?
DEKOR itu memberikan rasa yang sangat positif pada sesuatu ruang.
Malah ia akan membuatkan pengguna ruang itu SUKA BERLAMA di situ.
Dekor itu pembaziran atau pelaburan jika ia mendatangkan aura positif dalam kediaman?
Dekor itu kehendak atau keperluan jika tanpa ia seseorang rasa terseksa untuk berada di dalamnya?
Ruang berDEKOR menjemput aura.
Ruang berDEKOR merajinkan anggota badan.
Ruang berDEKOR membenihkan kasih sayang dan tujuan kehidupan.
Dekorasi, Hidupkan Aura Positif Dan Berkasih Sayang
Orang di negara maju, misalnya di Eropah, mereka maju atas kesedaran kepentingan dekorasi kerana penting bagi mereka untuk hidup positif, beraura dan berkasih sayang yang bermula dari rumah.
Mereka menyediakan dekorasi dalam kediaman sendiri di setiap penjuru.
Ingat lagi kisah viral dari post Mommy tentang makeover rumah yang si suami minta kami buatkan untuk suprise isteri pulang ke kampung berpantang selama 3 bulan?
Salah satu yang membuatkan isterinya terharu ialah makeover yang dibuat pada ruang membasuhnya.
Katanya, “Macam mana akak buat ni? Tak sangka jadi macam ini“
Mungkin masih ramai lagi yang tak terbayang ruang membasuhnya boleh di DEKOR dengan baik berbanding meletakkan mesin basuh itu di belakang dengan sendirinya saja tanpa dekorasi berfungsi.
Ruang apabila tidak di DEKOR, maka tidak akan kita terfikir untuk menambah nilai padanya.
Malah mungkin setiap penghuni tidak akan berasa penting padanya. Sebab itu ruang tanpa dekor sering menjadi stor dan tempat tikus dan kucing beranak saja.
Banyak lagi kita boleh buat pada ruang tersebut.
Silap silap ada yang buat lounge atau workstation di sebelah mesin basuh selepas lihat idea-idea yang Mommy sertakan sekali melalui carian pinterest yang diselitkan dalam gambar-gambar di bawah ini.
Dekorlah!
Fahami tujuan dan kepentingan dekorasi dalam kediaman itu sendiri.
Kerana dekorasi itu adalah menghiasi peribadi dan kehidupan kita sekeluarga sendiri.
Idea Ruang Dobi Untuk Mak-mak Pilih
Rancang Rekabentuk Makeover Ruang Dobi Lovely Di Rumah Sendiri
Rancang semula di mana lokasi mesin basuh dan ruang mendobi kita. Untuk dapatkan rekabentuk 3d ruang, boleh ke http://rekabentuk3donline.blogspot.my/by http://rekabentuk3donline.blogspot.my/
Alahai, malunya bila muka ada parut jerawat. Rasa macam tak bersih pula muka walaupun tiap-tiap hari cuci muka. Bimbangnya, ia boleh jadi parut kekal sampai bila-bila.
Ada juga tumbuh jerawat sebab ambil makanan tertentu yang mungkin alahan pada kita atau perubahan hormon yang kita alami. Kalau tak kawal, bukan setakat jerawat tumbuh banyak tapi boleh meninggalkan parut jerawat kekal.
Rupa-rupanya ada petua dan tip yang boleh mak-mak gunakan untuk diri sendiri mahupun untuk anak-anak, cara nak hilangkan parut jerawat. Inilah yang dikongsikan oleh Muyassarah Samad.
Tak perlu nak beli produk kecantikan untuk hilangkan parut jerawat, guna saja bahan homemade yang ada di rumah. Lagi selamat dan tak ada bahan chemical.
Caranya semudah 1, 2, 3 dan hanya perlukan 3 bahan saja.
1. Asam jawa
2. Bedak sejuk
3. Air kosong
Petua ini memang amalkan masa zaman remaja. Masa itu muka penuh dengan jerawat, sampaikan malu nak keluar rumah.
Alhamdulillah selepas amalkan petua ini, dalam masa seminggu parut jerawat hilang. Paling penting, kalau nak ekstra kulit wajah berseri, kenalah amalkan setiap malam.
Caranya:
1. Ini kulit wajah selepas amalkan petua ini. Ia tidaklah seteruk sebelum ini.
2. Langkah 1 – Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
Asam jawa – Apa-apa jenis jenama tak kisah.
Bedak sejuk – Boleh juga guna yang buat sendiri atau beli saja.
Air kosong
3. Langkah 2 – Ambil sedikit asam jawa dan tambahakan sedikit air kosong. Pastikan ia tidak terlalu cair dan jangan terlalu pekat.
4. Langkah 3 – Kacau sebati bahan tadi.
5. Langkah 4 – Kemudian ambil bedak sejuk dan campurkan dengan pes asam jawa tadi. Kalau terlalu pekat, bolehlah tambah dengan sedikit air.
6. Langkah 5 – Inilah hasilnya bila dah sebati.
7. Langkah 6 – Sapukan pada tempat berparut atau nak sapukan ada seluruh wajah pun boleh.
8. Biarkan ia kering. Seeloknya buat pada waktu malam sebelum tidur.
Mingguan Wanita : Tak perlu pening nak cari produk yang belum tentu sesuai. Guna dulu bahan homemade yang ada kat dapur. Jimat dan berkesan.
Siapa yang tak mahu badan lentik dan langsing ditambah pula dengan otak yang cerdik. Kiranya itu satu pakej yang cukup istimewa dianugerahkan olehNya.
Bersyukur, hanya itu yang boleh diungkapkan bila diberi badan lentik atau pun lebih mudah dengan badan langsing yang diidamkan oleh setiap perempuan.
Semuanya ini boleh berlaku, asalkan kita berusaha untuk dapatkan apa yang diinginkan. Kejayaan yang diinginkan itu tidak datang bergolek. Kena ada usaha.
Apa yang dimaksudkan badan lentik dan otak cerdik ini dan cara untuk mendapatnya. Ikuti tip berguna daripada Dr Rizal Abu Bakar.
Ini saya bagi tip yang senang nak ikut untuk dapatkan otak cerdik, cantik dan badan lentik. Perlu buat ini saja, senang untuk ikut.
. 1. Berhenti ambil processed food
2. Jauhi fast food
3. Hindari gula putih
4. Banyakkan makanan berserat
5. Ambil smart fat seperti avocado, minyak kelapa, yogurt, minyak zaitun atau mct oil.
6. Katakan tidak pada makan bergoreng – deep fried
7. Minum air putih. Boleh campur potongan lemon, timun atau halia. Nikmat berganda kat situ.
8. Elak jajan. Bawa bekal kacang kacang atau buah buah kering.
9. Masak dengan cara sihat di rumah seperti stim, bakar dan rebus.
10. Awalkan sarapan pagi.
11. Jauhi tepung putih. Ganti dengan tepung unbleached, multigrain atau wholemeal
12. Elak nasi putih. Ambil beras perang. Alternatif yang lebih baik.
Tip di atas untuk yang mahu sihat hingga ke liang lahad, mahu cantik di saat orang lain lembik dan mahu badan lentik di saat orang lain badannya gelebeh..
Terima kasih.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Perkara yang senang nak ikut. Tak perlulah beria-ia nak ‘potong usus’ semata-mata nak kurus. Cuba tip mudah ini pun dah cukup.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...